Bab 58 : MENYESAL

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Mama macam mana?" Soal Xander membuang pandangan ke arah luar balkoni.

" Semua menyesal dengan apa yang diorang buat dekat Erika haritu. Aku pun..." Jawab Xaiden.

" Kau tak nak cari dia ker Ariq?" Soal Arif Xaiden setelah lama lelaki itu berdiam.

" Aku tak ready lagi nak jumpa dia." Jawab Xander mendatar. Sebenarnya dia tahu Erika berada dimana. Jadi dia tahu Erika selamat.

" Maafkan aku Ariq, aku geram sangat bila teringatkan kesengsaraan yang kau tanggung dulu sebab dia." Arif Xaiden memandang abangnya itu dengan rasa bersalah. Sudah seminggu Erika meninggalkannya dan sekarangni Xander pula dah mula berubah. Tak seceria dulu. Memang Xander tak marah dengan mereka semua. Tapi melalui riak muram dan mulutnya yang dah tak pot pet macam dulu pun dah boleh agak apa yang dia fikirkan.

" Hmm... takpe aku faham. Sayang jugak kau dekat aku rupanya." Jawab Xander sedikit menyindir.

" Mana adalah. Aku cuma tak sanggup tengok kau berubah jadi macam dulu. Teruk gila wei." Sempat lagi diselitkan kutukan kepada lelaki itu.

" Teruk macam mana tu?" Soal Xander ingin tahu. Maklumlah dia kan dah lupa semua benda..

" Teruk wei, kau ingat tak cerita hantu kak limah balik rumah?" Xander mengangkat keningnya. Apa kena mengenanya?

" Muka kau 10 kali lagi teruk dari dia. Sampai satu masa tu aku hampir nak halau kau dari rumah. Ingatkan hantu!" Kutuk Arif Xaiden berbakul akhirnya ketawa berdekah-dekah.

" Kau nak halau aku?" Jerkah Xander mengunci tengkok Xaiden menggunakan pelipat lengannya dan mengetuk kepala lelaki itu bertubi-tubi.

" Dasar adik tak kenang budi! Kau tu siapa nak halau aku sesuka hati?!"
Beberapa saat selepas itu, Xaiden memijak kaki Ariq Xander kuat untuk meloloskan diri. Sebelum dia berlari keluar, sempat lagi dia menari gaya beruk sesat dari planet of the apes.

" Aduhhh!" Terjerit Xander dibuatnya sambil terlompat-lompat. Sakit siot dia pijak sedangkan guna sebelah kaki! Berapa ratus kilo berat dia tu?!

" Woi lembu! kau main tipu!" Laung Xander mengejar Xaiden yang sudah lesap ditelan dinasour.

...

" Kau betul ker tak nak duduk dengan aku dah?" Soal Anisa kesian melihat wajah lesu Erika.

Terkejut jugak dia waktu pertama kali lihat kedatangan Erika dengan sebuah beg bagasi datang ke rumahnya seminggu yang lalu. Wajah Erika tampak pucat dan tak bermaya.

Lepas tiga hari Erika mengurungkan diri, barulah dia keluar dan menceritakan segala yang berlaku terhadapnya. Tulah, orang dah pesan jangan rahsiakan lama-lama. Sekarangni dah jadi macamni dia yang kena tanggung seorang diri.

Tak sangka pula layanan keluarga Xander lepas tahu tentang semua ni berubah teruk. Dia pulak sakit hati dengar semua yang berlaku.

" Aku nak duduk rumah mak bapak akulah. Aku rindu sangat dengan diorang. Walaupun dah tak ada sesiapa kat sana.." jawab Erika tersenyum nipis. Anisa pula hanya memandang Erika dengan berat hati.

Kalau Tan Sri Zarif dengan Puan Sri Marissa ada, dia tak kisah nak lepaskan Erika pergi. Tapi sekarangni dia langsung tak boleh berfikiran positif tentang apa yang bakal berlaku kalau Erika duduk di sana seorang diri.

" Aku faham perasaan kau Erika, cuma boleh tak kau duduk rumah aku dua tiga hari lagi?" Pinta Anisa menarik bagasi dari tangan Erika. Namun Erika menggeleng laju dan merebut bagasinya semula. Seketika berlakulah acara tarik menarik bagasi di hadapan pintu pagar rumah Erika.

" Ish kau ni Anisa. Pening kepala aku dibuatnya." Marah Erika mengaku kalah.

" Esok aku nak balik rumah family aku." Kata Erika berkeras. Anisa pula hanya mengangguk, haihh..Erika dan keras kepala memang tak dapat dipisahkan.

Keesokan harinya,

" Tok! tok!" Pintu bilik Erika diketuk kuat. Jam menunjukkan jam 8:45 pagi, tetapi Erika masih tidak keluar dari bilik.
Anisa cuba memulas tombol pintu biliknya tetapi dikunci dari dalam, akibat rasa cemas memikirkan keadaan sahabatnya itu dia membuka pintu bilik Erika dengan kunci pendua.

" Erika Airien!" Masuk sahaja ke dalam bilik itu Anisa terus terkejut melihat keadaan Erika yang tidak sedarkan diri sambil memakai telekung.

...

Erika membuka matanya perlahan dan melihat sekeliling yang nampak berbeza dari biliknya. Kemudian dipandang tangan kirinya yang sudah disambung dengan water drip. Dilihat ke satu sudut dimana Anisa sedang membaca sebuah majalah.

" Anisa? kenapa aku kat sini?" Soal Erika perlahan. Anisa pula terus laju mendekati katil Erika dengan wajah yang dingin.

" Kenapa kau tak bagitahu aku?!" Soal gadis itu memandangnya tajam. Erika menelan liur kasar. Apa salah dia?

" Kau mengandung kan?" Soal Anisa mencekak pinggangnya. Mendengar soalan itu, Erika mula tersengih kambing manakala Anisa sudah menggeleng geram.

To  be continued...

Comment and votes okayy...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro