Bab 67 : KERANA SEEKOR AYAM

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Satu jer yang saya nak nasihatkan. Tolong bertahan yer, sabar dengan Erika kalini. Biasalah emosi orang mengandung nikan sensitif sikit." Terang Anisa kepada Xander. Xander pula hanya tersenyum tawar.

Dia memang tengah mencuba sekarangni, dia sentiasa berdoa agar hati Erika lembut untuk menerima segalanya dan dia akan menunggu selama manapun yang diperlukan.

" Jadi kalau tak ada apa-apa saya mintak diri dulu." Pinta Anisa laju setelah melihat langit yang hampir gelap.

" Tadi datang naik kereta ker? Tak nampak pun kereta kau dekat luar?"

" Ouhh, saya naik grab. Sebab kereta dekat workshop."

" Ouhh kalau macamtu biar Xaiden hantarkanlah. Malam-malam ni macam bahaya pulak kau balik dengan orang yang tak dikenali." Ujar Xander sebaik sahaja lelaki itu lalu berhampiran mereka. Mati terus langkah Arif Xaiden bila mamanya dipetik.

" Asal aku-

" Xaiden kau hantarlah kawan baik si Erika ni ek? Kesian dia balik naik grab. " Ujar Xander memandang anak mata Xaiden dengan penuh makna. Seketika Mata mereka bertembung lama seperti sedang berdebat melalui cara yang mereka sahaja akan faham.

" Fine, jom ikut aku." Xaiden hanya menjeling tajam ke arah Xander. Siap kau aku balik satgi.

Di dalam kereta, Anisa dan Xaiden hanya sepi memikirkan hal masing-masing sehinggalah mereka sampai di hadapan pintu pagar rumah Anisa.

" Terima kasih Tuan Arif." Ujar Anisa lembut lalu laju sahaja keluar dari perut kereta. Xaiden tidak membalas, hanya anak matanya mengekor gerak-geri Anisa sehingga masuk ke dalam rumah.

" Sama-sama..."

Sesampainya di rumah Tan Sri Aryan, Arif Xaiden terus masuk ke dalam rumah lalu mata meliar mencari seseorang.

" Kau cari aku ker?" Selamba sahaja Ariq Xander duduk di atas sofa sambil menukar siaran televisyen berulang kali. Tak ada yang menarik pun.

" Kau memang sengaja nak kenalan aku kan Ariq?!" Soal Arif Xaiden pula memandang lelaki itu tajam.

" Memang." Selepas sahaja mendengar jawapan selamba bin badak abang angkatnya itu, tangan Xaiden terus bertindak mencekek Ariq Xander menggunakan lengannya. Xander terus sahaja menarik rambut Xaiden kuat sebagai membalas serangan. Akhirnya Xaiden melepaskan Xander apabila kulit kepalanya sudah rasa nak tercabut.

" Kenapa kau nak marah sangat? Anisa jer kot. Lagipun aku kesian dekat dia sebab kena balik naik grab." Jawab Xander cerdik. Arif Xaiden tersenyum sinis mendengar jawapan itu.

" Acah baik pulak kau ni. Ingat Aku Tak tahu kalau bukan disebabkan dia bestfriend Erika, kau tak ada nak tolong dia bagai." Xander hanya menayangkan sengihan seperti kerang busuk. Betullah tu kan...

...

Xander hanya tersenyum melihat pesanan ringkas yang diberikan dari Anisa. Katanya erika mengidam ayam golek dekat pasar malam berdekatan rumah mereka. Siap bagi detail lagi, sebelah stall air yang ada bumbung warna biru.

Geli hati pula teringatkan perangai isteri kesayangannya itu semenjak berbadan dua ni. Kini, sudah hampir sebulan selepas Xander buat deal untuk sediakan apa sahaja kemahuan Erika tanpa pengeatahuan wanita itu.

Erika akan kirim dekat Anisa, tapi dia tak tahu yang sebenarnya semua tu Xander yang cari dan belikan. Pernah sekali tu, Erika mengidam nak makan sate kajang pukul 10 malam, Si Xander tu jugaklah yang pergi cari dan Anisa hanya menjadi posmen tak berbayar Xander.
Hmm...siapa kata abang Mafia tak romantik?

Plastik yang berisi ayam golek yang dipesan Erika petang tadi dipandang  lama. Sekarang tunggu masa dia nak bagi dekat Anisa jer yang sekarangni dah terpacak dekat depan rumah Tan Sri Aryan.

Sesampai sahaja Xander di rumah, dia terus laju membuka pintu rumah dengan perasaan yang riang. Namun sebaik sahaja dia melangkah masuk, seisi rumah sedang berada di ruang tamu tidak terlepas juga Anisa dan Erika Airien yang memandangnya dengan seribu rasa.

" Apa yang awak belikan tu?" Soal Erika dingin membuatkan wajah Xander turut berubah.

" Sampai hati kau tipu aku kan Anisa? Aku ingat kau satu-satunya sahabat yang aku boleh percaya tahu tak? Rupanya korang SAMA jer." Sengaja ditekan perkataan sama itu sambil memandang tepat ke arah Ariq Xander yang masih terpaku di hadapan mereka semua.

" Sayang abang boleh-

" I don't want to here anything from both of you. Awak Ni kan Xander, sekali dah penipu memang selama-lamanya penipu!" Herdik Erika mengejutkan yang lain. Erika ni macam tak pernah menipu pulak...

Xander tidak menjawab. Matanya hanya memandang wajah Erika yang kini tajam melihatnya. Takkan sebab nipun nak marah sampai macamni?

Sejurus selepas itu, Erika terus laju menapak ke tingkat atas. Sebelum itu, dengan perutnya yang sudah sedikit ke depan, sempat lagi Erika menghentakkan kakinya tanda protes.

" Habislah kau Ariq." Semua kini memandang ke arah Arif Xaiden tidak percaya. Mulalah nak tunjuk perangai Bongok bin bahalol dia ni!

" Baik kau diam sebelum kaki aku hentak kepala kau dekat lantai ni!" Gertak Ariq Xander masih beriak tenang lalu meletakkan ayam ke dapur dan turun naik ke atas. Yang lain sudah menggeleng ke arah Arif Xaiden. Haihh mana dia dapat perangai nipun diorang tak tahu.

" Awakni memang tak guna otak eh sebelum bercakap? Main redah jer." Sinis Anisa berbicara kepada Arif Xaiden. Sebab apa dia marah? Sebab Erika pun marahkan dia sekali!

Pandangan tajam lelaki itu tidak dihiraukan Anisa Fazira, gadis itu kemudiannya memohon maaf kepada seisi keluarga dan terus meminta diri untuk pulang.

Arif Xaiden masih bingung dengan apa yang baru didengarinya tadi. Selama hidup dia sebelumni, Tak pernah ada perempuan berani tunjuk taiko dekat dia selain Alisa Xarra. Cari nahas agaknya!

Jam kini berganjak pada pukul 1 pagi. Erika yang dari tadi tidak keluar bilik kerana merajuk dekat Xander masih tidak dapat melelapkan mata.Entahlah sebab apa dia kena marah sangat sebab benda kecik tu, sekarangni dia yang tak dapat merasa ayam golek tu. Uwaa!!

Tidak dapat bertahan lagi, pintu biliknya dibuka perlahan sambil memerhati sekeliling. Clear!!

Dengan berhati-hati laju sahaja kakinya melangkah ke dapur. Bersinar matanya melihat plastik ayam golek yang masih elok terletak di atas meja.

Dengan cermatnya ayam itu dihidang di atas pinggang dan dimasukkan ke dalam microwave. Makan panas-panaslah best kan.

Selepas beberapa minit, pinggan yang berisi ayam golek tadi dikeluarkan dari microwave.

" Hmmm...sedapnya!!" Teruja Erika sendiri setelah menghidu haruman ayam golek yang tethidang dan sedia untuk dimakan. Lepastu apa lagi? Makan jelah!

Sedang elok di menikmati ayam golek yang diidam dari petang tadi, baru dia sedar ada mata yang memerhati sejak tadi. Pergerakannya mati secara serta merta apabila susuk seorang yang berdiri di belakangnya.

" Uhukk!! " Tersedak Erika dibuatnya setelah melihat Xander yang berdiri dibelakangnya. Tanpa dipinta, segelas air dihulur cermat oleh lelaki itu dan pantas sahaja ia dicapai.

" Sedap tak?" Soal Xander tersenyum kacak. Sebenarnya dari mula Erika turun sampailah tadi Erika tak sedar yang Xander perhati dia dari jauh.

" Bolehlah..." Jawab Erika acuh tak acuh. Sengaja dielak pandangan matanya agar tidak bertembung dengan Xander.

" I'm sorry sayang... abang cuma nak penuhi segala keperluan dan keinginan  sayang walaupun abang tahu mungkin sayang akan marah."

" Memang pun." Bidas Erika membuatkan Xander terdiam sejenak.

" Boleh tak kita buat pertaruhan?" Berkerut dahi Erika lalu memandang ke arah Ariq Xander.

" If I can make you fall in love with me in one month, you will forgive me and be mine forever." Ujar Xander tersenyum kemenangan. Belum memang lagi ek! Jangan yakin sangat.

" If I won't?"

" I'll fulfill all your wishes." Jawab Ariq Xander yakin. Lama Erika terdiam memikirkan kebernasan menerima pertaruhan suaminya itu.

" Fine, I'll give you one more chance. But remember, if you lose you'll fulfill my wishes."

" Of course! But in one condition." Erika mengangkat keningnya sebelah. Ada lagi?!

To be continued...

So apa yang terjadi lepasni? Berjaya ker Xander buat Erika jatuh cinta dengan dia lagi? Tunggulah sambungan seterusnya. Sayonara!!

Comments and votes okayy...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro