Bab 71 : KITA BERDUA SAMA

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Erika! Tunggulah dengar penjelasan abang dulu!" Jerit Xander laju mengejar Erika. Mata-mata seisi pejabat yang sedang memandangnya tidak diendahkan.

" Jangan ikut saya!" Erika memberi amaran keras. Butang turun di hadapan pintu lift ditekannya dengan tergesa-gesa. Dengan kesempatan itu, Xander terus meraih tangan Erika yang kini membelakanginya.

Pang!!!

Xander memegang wajahnya yang terasa berpinar akibat tamparan kuat dari Erika. Semua yang berada berdekatan mereka sudah terkedu. Siapa tak terkejut bila Erika yang dikenali sebagai isteri majikannya itu menampar Xander di hadapan khalayak ramai.

" I've warned you Xander!" Tengking Erika menunding ke arah Xander.

Xander yang masih terkejut dengan perbuatan Erika diam tidak berkutik. Lama pandangan mata mereka bertaut.

" Jangan cari saya and I don't want to hear any explaination from you." Mata Erika yang merah masih dipandang Xander dengan hati yang sebal.

" Please sayang...jangan macamni" Rayu Xander menahan sebak.

" Jangan ikut saya dan saya tak nak tengok muka awak." Ujar Erika dingin sebelum melangkah masuk ke dalam lift. Xander pula? Dia turuti sahaja apa yang diperkatakan Erika.

Dengan hati yang dirundung kecewa Xander terus berpatah balik ke pejabatnya bersama wajah yang pucat lesu. Fia pula sudah menghilang dari dalam pejabatnya kali ini.

" Arghhh!!!" Jerit Xander kuat. Semua barang di atas meja ditolaknya kasar. Tali leher yang dipakainya tadi direntap kasar sehingga terputus dan dicampakkan ke dalam tong sampah. Dia meraut wajahnya kasar.

Masuk sahaja di dalam perut kereta, Erika menjerit sendirian sambil memukul stereng berkali-kali.

Air mata mengalir deras di pipinya sebelum dia menyembamkan muka pada stereng kereta.

" Kenapa mesti aku?" Soal Erika pilu. Baru sahaja dia ingin menerima kehadiran lelaki itu dalam hidupnya. Namun peristiwa kali ini buatkan dia bertambah benci melihat wajah Xander.

...

Anisa hanya memandang ke arah Erika dengan keluhan. Kesian

" Patutlah dia tak cari aku masa aku lari haritu." Ujar Erika menangis di dalam dakapan Anisa Fazira. Selamatlah dia mc

lima hari sebab keracunan makan tiga hari yang lalu. Entahlah dia keracunan sebab makan apa. Tanya Anisa sendiri...

" Kau pasti yang kau tak salah faham dengan Xander kalini?" Soal Anisa ragu-ragu.

" Jadi kau tak percaya aku?" Kini Erika memandang Anisa tidak berpuas hati.

" Bukan macamtu maksud aku-

" Habistu?! Kau nak backup dialah?!" Suara Erika kini naik seoktaf. Anisa ni memang sengaja tau! Sengaja nak toreh luka dalam hati dia ni.

" Taklah! Kau ni Erika...aku cuma tak nak kau tuduh melulu tanpa usul periksa. Kau tahu ker apa niat sebenarnya perempuan tu jumpa Xander?" Soal Anisa bijak.

" Aku yakin sangat perempuan tu tengah goda Xander. Dan Xander pulak melayan!" Sinis Erika tajam.

" Macam mana kau yakin?"

" I know that girl! No, WE KNOW that girl." Sengaja Erika menekankan perkataan we know itu untuk meyakinkan Anisa bahawa dia tidak silap kali ini.

" Who is she?"

" She is-

" Assalamualaikum! Anisa!" Laungan dari luar mematikan perbualan mereka berdua.

Anisa memandang ke arah Erika yang mula berubah riak.

" Baru nak cari aku. Kenapa tak ikut jer perempuan tu?" Jelas terpamer reaksi jelek Erika.

" Aku pergi buka pintu kau duduk sini." Belum sempat Anisa melangkah sempat tangannya ditarik perlahan.

" Bagitahu Xander aku tak nak tengok muka dia." Anisa hanya mengangguk, jadi posmen lagii..

Sejurus itu, perlahan-lahan Anisa melangkah keluar menuju ke pintu pagar.

" Erika ada dekat sini kan? Panggil dia-

" Dia tak nak jumpa kau" pintas Anisa laju. Xander mengeluh kasar lalu meraut rambutnya yang sudah serabai. Nampak tak stress dia tu? Of course lah tak nampak! Okay korang bayangkan jelah.

" Tolonglah Anisa. Kau suka tengok rumah tangga sahabat baik kau bergolak? Dan kau tak membantu apa-apapun."

" Ehh! Aku bantu okay? Kalau aku tak membantu kau sekali dengan Erika aku tak bagi masuk biar terpacak depan pagar ni sampai esok." Anisa menjeling geram. Xander ni nak pujuk ker nak mengutuk? Ada yang kena parang satgi kot!

" Okay I'm sorry. But please... We need to settle this right now. Aku tak nak masalah kami berlarat lagi sampai berbulan-bulan. Kau tahukan kami berdua terseksa selama tu?" Anisa terdiam. Dia hanya meneliti luaran Xander yang kini sudah nampak selekeh. Kesian pulak Xander ni.

" Okay...tapi aku tak nak korang settled kat sini. Disebabkan aku sayang Erika tau aku terpaksa suruh dia balik. Kalau kau tak settled dengan cara baik ni penumpuk ni yang kau rasa." Anisa menghalakan penumbuhan dihadapan Xander tanda memberi amaran. Xander pula mengangguk laju.

Erika yang hanya terperap di ruang tamu Anisa mula resah.

" Apa yang diorang bincang lama sangat?" Erika mula tak senang duduk. Sekejap jalan sekejap duduk sekejap meniarap. Eh meniarap? Hehehe bohong jerr...

Beberapa minit selepas itu, Anisa muncul dengan wajah serba salah membuatkan Erika mula sangsi.

" Aku mintak maaf tau Erika." Mohon Anisa ke hadapan dan kini dibuntuti oleh seseorang.

Merah padam wajah Erika dibuatnya. Air mata yang tersisa di pipi disekanya kasar.

" Kenapa kau bawa dia masuk?" Soal Erika dingin. Merasakan susana mereka mula tegang, Anisa menyuruh Xander ke hadapan untuk memujuk Erika balik.

" Kita balik yer sayang. Kita selesaikan masalah ni antara kita berdua sahaja." Tutur Xander lembut.

" Aku mintak maaf Erika. Tapi aku rasa kau patut ikut Xander balik dan bincang baik-baik tentang hal ni." Sampuk Anisa apabila Erika langsung tiada kesan dengan pujukan suaminya itu.

" Tak ada apa yang nak dibincangkan! Sampai hati kau bawak masuk jantan tak guna-

" Erika! Balik sekarang." Arah Xander tegas. Kalau pujukan langsung tak dimakan. Biar dia berkeras kalini.

" Kau baliklah...selesaikan urusan rumah tangga kau baik-baik." Pujuk Anisa lembut.

" Tak nak."

" I said balik!" Suara Xander kali ini naik seoktaf. Erika terus mencapai beg tangannya kasar dan keluar dengan wajah yang dingin.

Laju sahaja langkah Erika di atur ke tempat pemandu kereta miliknya. Belum sempat dia menutup pintu Xander pantas menariknya keluar.

" Naik kereta abang." Tegas Xander sekali lagi dengan wajah bengis.

" Habistu kereta saya macam mana?" Erika melawan pula. Masing-masing menunjukkan angin ketika itu.

" Erika naik dengan aku. Nanti aku akan ambik kereta Erika dekat sini Dan hantar ke rumah." Beritahu Xander kepada Anisa sebelum menarik Erika masuk ke tempat penumpang kereta milik Xander. Anisa hanya mengangguk dan beberapa minit selepas itu, kereta Xander laju membelah perkarangan rumahnya.

" Harap-haraplah diorang tak bergaduh besar kalini." Gumam Anisa mengeluh sendiri.

...

Suasana di dalam kereta sunyi sepi. Dua-dua melayan perasaan dan ego masing-masing. Tidak lama selepas itu barulah Xander membuka mulut.

" Abang mintak maaf pasal tadi. Abang terpaksa berkeras supaya sayang ikut arahan abang." Mohon Xander lembut memandang ke arah Erika yang maaih terpaku bagaikan patung cendana di sebelahnya. Terbit keluhan di bibir Xander.

" Sayang maafkan abang tak?"

" Satu lagi perkataan keluar dari mulut awak saya keluar dari kereta ni." Serta merta Xander terdiam. Dia meneruskan pemanduannya kembali Dan Erika membuangkan pandangannya jauh keluar tingkap.

Beberapa puluh minit selepas itu, akhirnya mereka tiba di sebuah rumah.

" Kenapa kita dekat sini?" Soal Erika berkerut setelah keluar dari perut kereta. Kenapa diorang balik penthouse Xander dan bukan rumah Tan Sri Aryan?

Xander hanya membisu, dia membuka kunci rumahnya dan menarik Erika masuk secara paksa.

" Answer me!" Tangan di genggaman Xander direntapnya kasar. Xander mendengus geram sambil rahangnya diketap.

" Abang tak nak diorang tahu kita ada masalah." Tutur Xander cuba bertenang.

" Ouhh...kiranya abang malulah kan dengan perbuatan terkutuk abang sendiri?" Sindir Erika pedas.

" Okay let me explain this."

" Saya tak nak dengar apa-apa dari abang." Pintas Erika kasar.

" Abang tak kenal dan tak ada kena mengena dengan perempuan tu langsung."

" Huh, habistu kalau tak kenal macam mana boleh berpeluk sakan? huh, tu baru peluk kalau saya tak ada masatu silap-silap dah bercium dah. Alang-alang tu cari bilik jer terus." Sindir Erika semakin sinis.

" Apa yang sayang cakap ni?" Sungguh dia tidak menyangka Erika akan menuduhnya sehina itu.

" Kenapa tak betul ker apa yang saya cakap? Saya dah tak tahan dengan semua ni Xander. Saya memang impikan kebahagiaan dari awak sejak dulu lagi." Tutur Erika bersama takungan air mata yang cuba ditahan. Dia tidak mahu kelihatan lemah dihadapan lelaki itu Kali ini. Cukuplah dia menangis kerana lelaki itu.

" Tapi saya dah tak sanggup hidup macamni lagi. Betul ker awak cintakan saya Xander?" Mata sayu Xander ditatap tajam.

" Abang cintakan sayang-

" Then Why?! Kenapa awak sanggup menduakan saya Xander?!" Akhirnya empangan air mata yang ditahan pecah serta merta.

" Abang dah kata yang semua ni salah faham. Tak boleh ker sayang percayakan abang kalini?" Air mata lelaki itu turut mengalir. Hatinya terlalu sebak Dan fikirannya buntu. Apa lagi yang perlu dia lakukan supaya Erika sudi mendengar?

" Saya tak mampu lupakan apa yang saya nampak tadi Xander. Hati saya ni sakit sangat!" Lirih Erika menepuk dadanya berkali-kali.

" Sebab tulah abang nak terangkan apa yang sayang nampak semuanya bukan seperti yang sayang fikirkan."

" Saya tak nak!" Keras Erika berbicara.

" Habistu macam mana masalah ni nak selesai?! Apa yang sayang nak abang buat untuk puaskan hati sayang sekarangni?!" Soal Xander mula geram dengan sikap keras kepala yang ditunjukkan isterinya ketika ini.

" Lepaskan saya..."

" No! Sampai mati abang takkan lepaskan sayang." Xander mengetap rahangnya kasar. Tak pernah sedetik pun dia berniat melepaskan Erika dan isterinya itu sewenag-wenangnya meminta untuk dilepaskan.

" Tolonglah sayang... tolong percaya kali ni. Hati abang milik sayang jer. Tiada siapa yang layak menggantikan tempat sayang." Rayu Xander dengan air mata yang semakin laju mengalir.

" Bila difikirkan balik barulah saya faham. Kenapa awak tak pernah cari saya masa saya tinggalkan awak dulu. Rupanya sebab ada perempuan lain yang melayan awak saya ni tak ubah macam perempuan simpanan awak kan?!"

" Erika!" Tengking Xander tidak tahan dengan hinaan isterinya itu lagi. Erika memang melampau, sangat-sangat melampau! Namun Erika hanya menayangkan senyuman sinis. Dia masih teguh berdiri di hadapan Xander Dan melawan pandangan tajam Xander.

" Maafkan saya Xander. Saya rasa sampai sini sahaja hubungan kita, saya tak sanggup hidup terseksa-

" Jadi itu yang sayang rasa selama ni?" Pintas Xander melarikan bicara Erika.

" Sayang terseksa bersama dengan abang selamani? Sayang menyesal mengahwini abang?" Pandangan mereka bertaut sekali lagi. Dua-dua Cuba melawan perasaan yang bergolak di hati.

" Jadi betullah apa yang sayang pernah kata dulu. Kita berdua tak ada beza, Kita bedua tak jujur dengan masing-masing. Kita pentingkan diri sendiri. Kita hanya percaya perkara yang kita dengar dan lihat. Sebab itu juga kita suka menuduh seseorang tanpa usul periksa. Kita hanya menganggap diri kita terseksa berbanding orang lain yang lebih terseksa kerana ego kita."

Zappp!!! Hati Erika bagaikan direntap kasar mendengar kata sinis Xander kali ini.

" Maafkan abang sekali lagi sayang. Walau sebanyak mana perasaan benci sayang terhadap abang. Hati abang tetap akan sentiasa mencintai sayang. Abang tak akan ceraikan sayang sehingga ajal yang memisahkan kita." Tutur Xander dengan hati yang amat kecewa.

Kecewa dengan dirinya yang membenarkan Fia mengganggu hidupnya sebelum ini dan perkara yang mengecewakannya kali ini ialah Erika. Hatinya ditikam hebat kerana kata-kata yang keluar dari mulut Erika.

Tanpa berkata apa-apa lagi, Xander melangkah keluar dari rumah dan meninggalkan Erika yang masih teguh berdiri di ruang tamu.

Erika terkedu sendiri. Dia runsing dengan apa yang sudah berlaku ketika itu. Akhirnya kakinya rebah di atas lantai. Dia ketawa dalam tangisan apabila mengingati keterlanjuran katanya yang memberi tamparan hebat kepada lelaki itu.

" Maafkan saya Xander. Maaf kerana menyeksa awak dengan kejam kalini."

To be continued...

18000 words, Hmmm... sekali lagi author sebak bila tulis bab yang menyayat hati macam bab ni. Korang macam mana? Terkesan Tak? Tunggu sehingga penamat yerr. Sayonara!!

Comments and votes okayy...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro