Bab 76 : PELUANG KEDUA?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sila mainkan lagu di atas semasa membaca bahagian POV Erika.

Erika's POV,

Erika memandang sekeliling bilik wad yang sunyi dengan wajah yang sayu. Semua yang menziarahinya telah pulang sebentar dan akan datang untuk menjaganya malam ini.

Sesekali Erika melihat nama yang terpapar pada screen telefonnya. Teragak-agak ibu jarinya ingin mendail nombor seseorang dengan perasaan berdebar-debar tetapi dia hanya membiarkan keinginannya berlalu pergi, keluhan berat dilepaskan buat ke berapa puluh kalinya untuk hari ini sahaja. Dia rindukan Xander...suaranya, raut wajahnya, belaiannya. Semuanya dirindui Erika ketika itu.

Pada masa yang sama, tingkah dan wajah kusam Erika diperhati seseorang tanpa riak. Selama isterinya ditahan di hospital, dia hanya mampu memandang dari jauh sebelum berlalu pergi.

Kakinya berat sahaja untuk melangkah masuk bersama hati yang masih terluka kerana kata-kata Erika kepadanya beberapa bulan yang lalu. Seteruk itu pandangan Erika terhadap dirinya...

Erika yang rasa seperti diperhati mengalihkan pandangan ke arah cermin yang berada pada pintu biliknya.

" Abang?" Desis hati Erika masih tercari-cari seseorang melalui cermin kecil yang membenarkan orang dari luar atau dari dalam melihat antara satu sama lain. Namun hampa, mungkin hanya bayangannya selama ini kerana terlalu rindu dan rasa bersalahnya yang menggunung terhadap lelaki itu.

Pada masa yang sama, Xander menyandar pada dinding bersebelahan dengan pintu bilik Erika dengan dada yang sedikit berombak. Hampir sahaja perlakuannya diketahui wanita itu.

Seminggu kemudian,

Erika memeluk tubuh di luar balkoni sambil memandang langit yang gelap tanpa sebarang sinaran bintang mahupun bulan. Sama seperti hidupnya kini, gelap tanpa bayang-bayang lelaki itu.

Seminggu berlalu selepas dia dibenarkan keluar dari wad. Dia kini tinggal bersama keluarga mertuanya dan dijaga rapi oleh Puan Sri Melissa. Katanya Erika akan terus menetap di situ sehingga dia bersalin dan habis pantang.

Bukan mereka tidak berjumpa, tetapi Xander sentiasa mengelak daripada bertembung dengannya. Tidur sekatil tetapi sentiasa membelakanginya.

Flashback

" Abang dah makan?" Soal Erika memecahkan suasana antaranya dan Xander


" Kalau belum makan, kita turun sekali yer." Sunyi. Xander hanya membiarkan pertanyaan Erika dibawa angin sebelum dia laju keluar dari bilik.

Lama Erika menunggu sehingga ada seseorang yang mengetuk pintu biliknya.

" Erika...Mari makan malam. Semua dah tunggu dekat bawah." Ajak Puan Sri Melissa lembut.

" Okay mama...sekejap lagi Erika turun."
Tidak lama selepas itu, Erika turun ke meja makan. Dilihat Xander yang sudah berada di meja makan tanpanya membuatkan hatinya bertambal sebal.

' Dia tak tunggu aku rupanya...' Desis Erika menahan rasa kecewa. Lama dia memerhati Ariq Xander dari jauh sehingga diajak oleh Tan Sri Aryan pula untuk turut serta. Lambat-lambat dia mengambil tempat di sebelah Xander.

" Turun pun, penat mama ajak makan. Seharian Erika tak makan tunggu kamu katanya." Seloroh Puan Sri Melissa kepada Xander. Erika yang mendengarnya pula tersedak dibuatnya. Pandai sungguh mak mertuanya menokok tambah cerita. Namun Xander masih sama, hanya berdiam tanpa sebarang riak.

" Ariq dah kenyanglah mama, Ariq naik atas dululah." Dalih Xander laju sahaja meninggalkan meja makan. Erika pula hanya memandang suaminya itu berlalu pergi. Terlalu terukkah apa yang dia lakukan kepada lelaki itu? Sehingga sikapnya berubah menjadi beku tanpa secalit perasaan.

End Flashback,

Sedang dia mengelamun jauh, terlayar pula peristiwa di mana Xander menyuarakan rasa hatinya yang membuatkan dia membuka mata.

" Jadi betullah apa yang sayang pernah kata dulu. Kita berdua tak ada beza, kita berdua tak jujur dengan masing-masing. Kita pentingkan diri sendiri. Kita hanya percaya apa yang kita dengar dan lihat. Sebab itu juga kita suka munuduh seseorang tanpa usul periksa. Kita hanya menganggap diri kita terseksa berbanding orang lain yang lebih terseksa kerana ego kita."

Tanpa dipinta, air mata Erika mengalir perlahan. Sungguh dia merasa bodoh dan berdosa setiap kali mengenangkan peristiwa itu. Jadi apa yang perlu dia lakukan? Dia mesti cari cara untuk perbetulkan semuanya. Mesti!

End POV.

..

" Kau nak makan ker tak ?" Soal Ryan melihat tingkah Ariq Xander yang serba tak kena. Makanan yang dipesannya langsung tak luak, tadi beria nak ajak dia keluar makan tengah hari last-last dia yang tak ada selera.

Xander hanya menayangkan senyuman kelat. Makanan yang dikuisnya tadi dipaksa suap ke dalam mulut.

" Erika macam mana?" Soalan Ryan sekali lagi membuatkan perlakuannya terhenti. Namun hanya riak sinis terpamer pada wajah Xander, sengaja dipekakkan telinga sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya lagi.

" Kau dengar tak soalan aku?" Soal Ryan semakin kuat. Xander pula mendecit malas.

" Entahlah wei, I can't even look at her, even kami duduk sebumbung, tidur sekatil aku still tak boleh nak tengok muka dia."

" Seriously? Haritu kau yang bagai nak gila cari dia. Sekarang bila dah depan mata takkan nak tengok pun tak nak? Sampai bila kau nak merajuk?" Soal Ryan menggeleng perlahan. Pening dengan masalah rumah tangga sahabatnya itu. Macam drama TV3 dah..

" Ni bukan soal merajuk, Aku just tak boleh terima apa yang dia buat dekat aku sebelumni. Rasa sakit tu masih ada sampai sekarang, setiap kali aku bersemuka dengan dia, aku rasa kecewa..." Jelas Xander dengan keluhan. Dia pun tak faham dengan dirinya sendiri.

" Okay, aku bukan nak masuk campur urusan kau. Tapi kau tak boleh biar masalah ni berlanjutan Xander, kau tu tak lama lagi nak jadi ayah, kau kena uruskan jugak macam mana cara sekalipun. Sekarang satu soalan jer Aku nak tanya kau. Jawab dengan jujur."

" Apa?"

" Kau masih cintakan Erika?"

To be continued...

Comments and votes okayy...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro