Bab 8 : PERMATA ARIQ XANDER

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Xander menekan padel minyak dengan kuat. Dia perlu menenangkan fikirannya daripada masalah yang menimpa-nimpa hidupnya ketika itu.

Menghadapap Ibu bapanya juga boleh mencetuskan pergaduhan besar. Segalanya hanya membuatkan jiwa dan raganya terseksa tanpa henti. Jika hatinya berasa tidak tenteram, dia akan pergi ke tempat persendiriannya sambil menikmati udara malam.

15 minit kemudian, Xander berhenti di satu tempat. Dia memandang langit yang terbentang luas bersama bintang yang berselerak menghiasi kegelapan. Perlahan-lahan matanya dipeuntuk menenangkan fikiran, namun segala yang berlaku sebentar tadi datang mengganggu.

Flashback,

" Kenapa kamu ni tak boleh nak dengar langsung cakap mama Ariq? Just a simple thing, lepas graduate sambung belajar dekat US," marah Puan Sri Melissa kepada anak sulun itu.

" Tapi kenapa? Ariq dah tak laratlah hidup diaturkan macamni. Ariq bukan kecik lagi ma. Lagipun Ariq tahu sebab mama suruh Ariq belajar jauh sebab tak nak tengok muka Ariq ni kan? " soal Xander sinis.

'Pangg!!!'

" Ariq Xander, kamu jangan kurang ajar sangat dengan mama. Kamu tak tahu sebab apa mama terpaksa buat macamni kamu jangan ingat yang kamu tu betul!" satu tamparan kuat yang singgah di pipi Xander dan ditambah pula dengan tengkingan emaknya. Semua itu cukup menguji kesabarannya sebagai seorang anak.

Xander yang tidak dapat menahan amarahnya hanya berdiam. Dia terus mencapai kunci keretanya dan berlari keluar.

End flashback.

Xander membuka matanya kembali, tanpa dipinta, air matanya mengalir perlahan dan cepat-cepat dikesatnya. Sedang sibuk melayani perasaan, dia tiba-tiba dirempuh seseorang dari tepi. Selalu berlanggar kan? Hahaha ikut suka authorlah😜

"Encik, tolong saya. Ada orang nak rogol saya!" jerit seorang gadis ketakutan walaupun matanya hanya samar-samar melihat wajah lelaki itu. Dia terus berselindung di belakang lelaki itu apabila dua orang lelaki tiba di hadapan Xander dengan wajah bengis.

" Apa kau nak hah?" marah Xander geram. Dia paling pantang kalau ada lelaki tak guna macam dua ekor beruk dihadapannya kini.

" Kau bagi perempuan tu dekat kami dan kami takkan ganggu kau," ujar salah seorang daripada mereka.

" Tapi kenapa dia lari dari kau? "soal Xander sinis.

" Baik kau bagi perempuan tu kat kami sebelum apa-apa jadi dekat kau!" tengking salah seorang dari mereka lagi.

" Huh, jangan harap," tanpa berkata apa-apa, Xander terus maju ke hadapan dan memberi pengajaran kepada mereka berdua. Apa lagi? bertumbuklah.

Selepas 5 minit, akhirnya kedua lelaki
tidak guna itu terus berlari seperti lipas kudung.

Walaupun begitu, terdapat kesan luka pada wajah Xander. Apabila Xander berpaling ke arah gadis yang dari tadi masih menunggu di situ, hatinya tiba-tiba berdegup kencang.

" Cik tak apa-apa ker?" soal Xander mengambil berat. Soalannya tidak dijawab.

" Cik?" panggil Xander sekali lagi membuatkan lamunannya terhenti.

" Erh, sa-saya tak apa-apa. Tapi, muka awak... " kata gadis itu dengan rasa bersalah.

" Tak apa, asalkan awak selamat," ujar Xander dengan senyuman ikhlas.

" Maafkan saya yer, sebab buat awak terjebak dengan semua ni..." ucap gadis itu lagi sambil menunduk.

" Eh, janganlah cakap macam tu. Saya ikhlas tolong awak. Tapi macam mana awak boleh ada dekat kawasan macamni?" soal Xander.

" Hmmm... saya baru balik dari ker... ker..."

" kerja?" Xander meneka sendiri.

" Hah, yer kerja. Selalunya saya lalu dekat situ tak jadi apa-apapun,"

" Oh... macamtu, tapi awak kena hati-hati tau, bahaya jalan seorang diri macamni," nasihat Xander masih kekal bernada lembut.

" Baiklah, terima kasih yer Encik."

" Tak payahlah panggil saya encik, panggil saya Xander,"

" Ouhh... okay, terima kasih Xander. Saya pergi dulu, Assalamualaikum... " ucap gadis itu sebelum berlalu pergi.

" Waalaikumussalam. Eh tunggu!" belum sempat Xander memangil gadis itu namun gadis itu telah hilang dari pandangan.

Di rumah Xander,

" Ouhh... okay, terima kasih Xander. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.. " Xander memegang dadanya yang berdegup kencang ketika itu. Suara lembut gadis itu membuatkan dia tidak dapat tidur dengan lena.

" Tapi, aku tak tahulah nama dia," gumam Xander sedikit hampa.

" Aku harap aku dapat jumpa dia lagi lepasni," sambung Xander tersenyum sendiri sebelum terlelap dibuai mimpi indah.

...

" Cik tak apa-apa ker?"

soalan itu membuatkan Erika tersenyum sendiri. Ya, untuk pengetahuan semua, dialah gadis yang diselamatkan Xander tadi.

" Tapi dia betul-betul tak cam muka aku ker?" soal Erika bertambah hairan. Nampaknya, penyamarannya benar-benar berjayalah. Lepasni dia bolehlah keluar tanpa perlu hiraukan keadaan sekeliling.

Permainan dia sekarangni jadi bertambah menarik pula.

To be continued...

Comments and votes okayy...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro