HUSA 3 { AMANAH }

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

“JOMLAH Alia, kita pergi masjid jom.”

Alia hanya patuh. Begitulah dia, akur saja apa yang orang buat padanya. Tapi, walaupun pendiam dan tak banyak kerenah, tapi dia pandai berdebat dengan caranya.

Orang bangkang itu dan ini, tapi dia dengan memberi satu soalan psiko, terus senyap pembangkang.

Hebat, kan?

Tidak tunggu lama, aku bangun apabila melihat para puteri sudah keluar dari mata’am. Aku membantu Masyitah untuk menyuruh para puteri ke masjid.

Apabila sudah yakin tiada sesiapa lagi di mata’am, aku dan Masyitah beriringan menuju ke masjid.

“Bagaimana dengan rekod solat? Ada apa-apa kes ke?”

Aku membuka bicara apabila perjalanan antara aku dan dia hanya kesunyian yang tidak bertepi.

“Setakat ini, saya agak kecewa pada para puteri kerana mereka melewatkan solat Zuhur. Ramai yang masbuk dan solat sendiri di bahagian budak yang uzur.”

Aku mengeluh berat apabila mereka bagai ambil ringan tentang kaifiyat orang yang solat berjemaah. Paling aku kecewa, antaranya ada yang sama umur dengan aku. Aku selalu perhatikan masalahnya dan gengnya. Azra and the geng.

Sudah ditegur banyak kali, tapi tetap begitu. Tidak pakai stoking ketika di luar dari kawasan larangan ‘tidak menutup aurat.’ Kes dating pula dengan senior para putera. Berangkat dengan salah seorang budak lelaki di King Dorm.

Ya Allah...

Tapi sekarang, aku lihat dia biasa saja. Mungkin tengah tahan diri dari berjumpa dengan senior para putera tu. Tapi aku tak boleh nak kata dia macam-macam sebab aku takda bukti. Semuanya dari mulut ke mulut.

“Lepas ni, anti cari alternatif bagaimana kita perlu buat mereka semua naik ke masjid untuk solat zuhur.”

“Macam mana?”

“Anti fikir dulu, nanti pointkan dekat kertas. Kemudian, ana semak semula dengan Khadijah.”

“Baiklah, Hawa.”

“Oh ya, jangan lupa untuk check para puteri yang uzur, ya?”

“Baiklah.”

Semenjak kes ada orang mengaku dia haid sedangkan pantiliner miliknya putih  seputihnya, tiada noda darah pun di situ. Ada yang memakai tuala wanita yang berminggu minggu tidak dibasuh semata malas untuk solat.

Allahu Rabbi. Semoga aku dan beberapa orang yang mengendali Queen Dorm ini tabah melayan kerenah dan otak-otak cerdas mereka.

Mereka akan sentiasa mencari alternatif lain. Aku pun perlu peka dengan mereka.

Stressnya... dengan nak SPM, dengan melayan karenah mereka lagi.

“Kak Hawa! Kak Hawa ke tu?”

Serentak aku dan Masyitah menoleh ke arah suara yang memanggil aku tadi. Gadis yang berumur dua tahun lebih muda dari aku itu menghampiri.

Sempat dia mengatur nafas sebelum menutur katanya yang tersangkut tadi.

“Abang Adam kata, nanti dia akan adakan perjumpaan Majlis Tertinggi.”

“Nanti, bila?”

“Lepas solat Isyak.”

“Baiklah. Lekas masuk ke masjid, nanti masbuk.”

Terus gadis bertubuh kecil itu lari ke arah masjid. Aku dan Masyitah menyambung langkah kami yang tergendala. Sesampainya di anjung masjid, aku terpandang Khadijah yang sedang duduk di tiang sambil menungkan sesuatu.

Aku tidak nafikan, selepas saja dia kehilangan abahnya yang tercinta, dia jadi seorang yang pendiam. Aku merapati dia dan duduk di sebelahnya. Dia sedikit tersentak apabila aku duduk di sebelahnya.

“Awalnya anti sampai?”

“Lepas makan tadi, ana terus ke sini.”

“Anti selesa makan dengan mereka?”

Khadijah senyap seketika. Melihat dari riaknya, dia tidak suka. Tapi, tidak aku tahu apa di sudut hatinya. Aku juga perasan yang dia sering ‘disuruh’ macam-macam.

Setiap hari aku nampak dia basuh talam. Tapi, dia datang awal pula ke masjid hari ni, selalunya aku yang datang terlebih dahulu.

“Tak apa. Masuk talam ana pun boleh.”

“Tak perlu. Tak kan sebab ana tak ngam dengan ahli talam, tiba-tiba nak menyusahkan anti pula?”

“Mana ada menyusahkan.”

“Tak... Tak pa.”

Tidak lama itu, iqamat mula berkumandang, menyeru sang manusia untuk mendirikan solat maghrib berjemaah.

Seperti kebiasaannya, para puteri sengkang maghrib dan Isyak akan ada tazkirah dari ustaz.

Kemudian, setelah solat Isyak, berjemaah menunaikan solat terawih dan kemudian mereka pergi moreh dan kemudian, asrama. Khadijah dan Masyitah pergi ke bilik mesyuarat para MT (Majlis Tertinggi).

Majlis tertinggi ini, cenderung kepada yang berjawatan seperti Queen dan King, PM dan Badar.

Aku memberi salam apabila terdengar suara-suara garau berbicara. Takut menganggu, jadi aku beri salam supaya mereka berhenti bersembang seketika. Baru saja aku menjejakkan kaki kanan aku ke dalam.

Tiga pasang mata renung kami bagai kami ada membuat salah. Adam, Malik dan seorang lagi adalah Aiman. Ketua badar seperti Masyitah. Adam bangun lalu berdiri di hujung meja.

“Silakan duduk, ketua puteriku.”

Kening aku hampir bercantum apabila dilayan begitu. Aku hanya menurut lalu duduk di kerusi yang betul-betul berhadapan dengan Adam. Aku memandang Malik sekilas.

Wajahnya tiada seri hari ini. Perlu ke aku ambil tahu? Bukan urusan aku untuk tahu. Terasa lengan baju aku ditarik perlahan. Aku menoleh ke arah Khadijah lalu dia memuncung ke arah Malik. Mata aku dikalih ke arah Malik. Matanya yang berwarna hazel itu bertembung dengan mata hitam itu. Milik Adam.

Tidak lama kemudian, senyuman sinis di bibir Adam membuatkan mata hazel itu berpaling. Mungkin mereka ada masalah mereka.

Beberapa minit kemudian, Ustaz Harun hadir dan duduk di bahagian yang Adam berdiri tadi. Meja itu lonjong dan Ustaz Harun duduk di bahagian yang sedikit tirus itu untuk bersemuka dengan semua orang.


SELESAI saja perbicaraan tadi, Ustaz Harun keluar dari bilik mesyuarat.

“Baiklah, kita tutup majlis kita dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr.”

Masing-masing terkumat-kamit membaca tasbih kafarah dan surah al-Asr tadi.

“Semua boleh bersurai, kecuali ketua puteri ana. Ana ada nak bincang sesuatu.”

Aku mengeluh berat akhirnya. Mereka yang lain memandang antara satu sama lain sebelum langkah kembali diatur ke arah pintu yang luas terbuka. Kini hanya aku dan Adam saja di bilik ini. Aku bersedia di tepi pintu supaya cepat-cepat aku keluar dari sini.

“Macam mana dengan Queen Dorm? Ada perkembangan? Tiga hari ana bagi anti untuk handle. Masih lagi ana tidak nampak perubahan. Anti buat apa? Hanya menari di atas jawatan yang anti sandang?”

“Ana sedang mencari akal untuk mereka seronok melakukan ibadah. Ana nak cepat, lagipun tak elok hanya kita berdua di sini, Ketua Adam.”

“Tahu benda apa yang seronok berkaitan dengan ibadah?”

Sejujurnya, aku sedikit tersentak apabila dia ingin mengajukan cadangan pada aku. Jadi, aku sedia mendengar jawapannya. Dia yang dari jauh tempat dia duduk tadi, kini menghampiri aku. Tangannya bersilang ke dada.

“Benda yang paling seronok dalam ibadah adalah meninggalkannya. Itu adalah perkara paling menyeronokkan bagi mereka yang telah buta dek sesuatu. Buat ibadah bukan kerana hati yang luhur, malah dengan hati yang berkecamuk dan memberontak. Tapi kaki tetap gagah mengerjakannya kerana adalah perintah di Maahad semata.”

“Apa maksudnya? Ana tak faham.”

“Para puteri ada yang tidak mengerjakan ibadah puasa dengan sempurna. Bukan saja tak solat, tetapi turut tidak mengerjakan ibadah puasa.”

“Mana anta tahu?”

Dia diam. Soalan aku itu hanya dibawa angin lalu saja. Bagaimana dia boleh tahu tapi aku tidak? Peliknya.

“Apa yang anti perlu tahu hanyalah sekadar itu saja. Selebihnya...”

“Ke anta ada adik perempuan?”

Dia menggeleng lalu memberi aku senyuman misteri.

“Anti tidak perlu tahu. Yang anti perlu tahu sekarang, cari alternatif untuk memupuk semangat berdisiplin.”

Jelas keluhan berat dilepaskan.

“Ya, ana tahu. Ana boleh handle.”

“Yakinnya.”

Dia tersenyum sinis kali ini lalu menyandar santai tubuhnya ke bingkai pintu. Sebelah kanan, aku pula berdiri tegak di pintu sebelah kiri.

“Anta cabar ana?”

“Bukan ketua puteriku. Cuma ana nak bagi tahu yang semalam MT di King Dorm serbu dan ronda. Tahu apa yang kami dapat?”

Melihat wajahnya sedekat itu membuatkan jantung aku bagai dipalu. Walaupun tidak sedekat mana, mampu membuatkan aku segan.

“Kami jumpa banyak surat dari para puteri dan kami dapat tahu mereka tukar-tukar baju. Putera tukar baju lengan panjangnya dengan puteri. Anti tak malu?”

Pipi aku terasa bahangnya. Mendengar penjelasan itu, terus kepala lutut aku melonggar. Tapi, sempat aku berpaut pada pintu. Di pelupuk mata aku terasa hangat. Menahan 1001 kesakitan. Ya Allah, aku tak tahu langsung.

Aku tidak dapat menahan gelodak di dalam jiwa aku. Sebak dengan perangai buas masing-masing. Aku takut! Amanah yang aku pegang terlalu berat untuk aku!

“Ya Allah... beratnya amanah kau beri pada aku Ya Allah.”

Aku malu! Aku tidak dapat menahan tangisan aku kali ini. Aku terlalu malu dan marah. Hati aku berkecamuk. Mata hitam pekat yang memandang aku dari tadi aku tidak kisahkan. Mesti dia rasa puas kali ini mengenakan aku. Aku menutup wajah aku.

“Ketua puteriku, yang berat itu adalah amanah, ketua puteri. Semua terletak pada bahu kita.”

“Ya Allah... ana malu dengan anta. Ana malu sangat.”

“Kita boleh buat Role Call.”

Aku menggeleng. Air mata yang menodai pipi aku, dikesat menggunakan lengan baju. Sesekali aku memandangnya.

“Setiap orang, lain-lain ujiannya. Ana anggap ini adalah satu ujian untuk ana.”

“Tiada siapa boleh membantah arahan ana, ketua puteri.”

° ° °

Sejujurnya, melihat gadis itu rapuh tadi, tangannya ingin menggapai tubuh itu dan memberinya semangat. Tapi, dia tahu batasnya. Gadis itu terlalu suci untuk dinodai tangan-tangan yang tidak sesucinya. Melihat air matanya, bagai meruntuhkan benteng egonya seketika.

Pintu bilik mesyuarat itu dikunci. Matanya terarah kepada seliparnya tetapi fikiran entah terbang ke mana. Entah kenapa di dadanya membara apabila melihat ketua puterinya itu menangis. Semangat dia ingin memberi hukuman semakin tekad di hati. Lepas ini, para puteri tidak boleh dimanjakan lagi. Dia akan mengambil alih.

“Apa yang awak bincang dengan dia, Adam?”

“Aku Cuma jalankan amanah aku sebagai seorang Ketua dan kau tak perlu tahu.”

“Tahu tak yang berduaan itu boleh mengundang fitnah pada dia? Malam-malam berduaan dengan seorang lelaki...”

Adam terus melepasi tubuh Malik tanpa memandang wajah itu. Adam berhenti melangkah lalu memasukkan tangan ke dalam poket seluar slack hitamnya.

“Kau takut fitnah, atau kau tertunduk dengan cemburu?”

Senyuman sinis diberikan kepada lelaki itu walaupun Malik tidak nampak. Dia terus berlalu dan meninggalkan Malik yang tergamam.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro