PROLOG

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Tengku Harraz perlahan-lahan mendekati isteri dan anak-anaknya yang berada di laman rumah mereka. Si kembar sedang seronok bermain bola dan isterinya duduk di meja rehat yang berdekatan dengan si kembar.

"Assalamualaikum, anak-anak papa" Sapa Tengku Harraz dan berjalan mendekati mereka bersama senyuman tidak lekang di bibir.

Tangan yang berisi dengan hadiah untuk si kembar disorok ke belakang badan. Si kembar pulak tersenyum riang apabila melihat kelibat papa mereka sudah pulang.

"Papa! You're home!" Jerit kedua-dua si kembar sambil berlari memeluk kaki si ayah.

"Cuba teka papa bawa balik apa?" Soal Tengku Harraz kepada si kembar. Senyuman manis bak gula turut dihadiahkan buat isteri tercinta. Isterinya tersenyum melihat gelagat mereka.

Si abang mula berfikir malah si adik melihat abangnya berfikir dan menunggu jawapan dari si abang. Terletus tawa Tengku Aryna melihat si kembar.

"I think, you're bring some toys for us?" Si abang mula meneka. Adiknya pula mengangguk setuju. Tangan pula menadah untuk mengambil mainan yang disangka oleh mereka.

"No, the answer is wrong" Tengku Harraz masih lagi bermain teka teki bersama mereka. Senyum ditahan apabila melihat mereka sudah berputus asa untuk memikirkan jawapan.

"Adik rasa papa tak bawa balik apa-apa. Papa saja nak kenakan kita." Si adik mula merajuk lalu terkedek-kedek berjalan mendekati mamanya.

Kaki pendek itu terkial-kial untuk memanjat bangku yang berdekatan dengan tempat duduk mamanya. Terletus tawal kecil Tengku Harraz.

"Okay, kali ni papa tak tipu." Jawab Tengku Harraz lalu mengeluarkan hadiah yang disorok tadi.

"It's a cat!" Mereka menjerit gembira.

Seekor anak kucing baka British Shorthair yang mata berwarna gold, bulunya cantik berwarna kelabu kebiruan. Anak kucing itu hanya memandang ke arah mereka.

"Papa belikan anak kucing ni khas untuk anak-anak papa. Suka tak?" Soal Tengku Harraz kepada si kembar yang seronok bermain dengan kucing baru mereka.

"Suka! Thank you papa!" Mereka terus meluru ke arah Tengku Harraz dan memeluk erat tubuh lelaki itu lalu pipinya dicium bertalu-talu.

Mereka semua tertawa gembira di laman rumah yang luas dengan angin yang tenang.

•••

Tengku Aryna sedang sibuk mengemas peralatan memasak di dapur. Semua peralatan disimpan pada tempat yang sudah tersedia. Dia seorang yang cerewet jika alatan yang sudah digunakan tidak disimpan pada tempatnya.

Hayder datang terkedek-kedek mendekatinya. Baju Tengku Aryna ditarik sedikit. Mata yang bulat itu terkebil-kebil memandangnya. Mata yang membuatkan orang cair melihat. Tengku Aryna terus menunduk bagi menyamai ketinggian si kecil.

"Ye, sayang. Ada apa-apa mama boleh tolong?" Soal Tengku Aryna lembut. Pipi Hayder diusap manja.

"Where's Hayden ma?" Soal Hayder sambil mata melilau mencari kelibat Hayden namun tiada. Tengku Aryna tersenyum melihat wajah polos Hayder.

"Hayder dah cari kat bilik?" Hayder mengangguk setuju.

"Mungkin, Hay tengah main dengan Asher?" Mereka memberi nama kucing baru dengan nama Asher.

Tanpa banyak soal, Hayder terus melangkah keluar dari dapur lalu menuju ke stor yang menempatkan rumah kucing baharu mereka. Tengku aryna tersenyum memandang Hayder berlalu mencari adik kembarnya.

Hayder berjalan mendekati Hayden yang seronok bermain dengan kucing tanpa menghiraukan sesiapapun.

"Hay, buat apa dekat sini?" Soal Hayder kepada adik kembarnya. Hayden memandang wajah abangnya lalu meletakkan kucing itu ke dalam rumah yang baharu dibeli oleh Tengku Harraz khas buat mereka. Hayder mengambil tempat di sebelah Hayden lalu mengusap kepala Asher.

Hayden memandang pelik ke arah abangnya yang hanya mendiamkan diri tanpa bersuara.

"Abang ada masalah ke?" Soal Hayden perlahan. Matanya mula bertukar sayu apabila riak wajah Hayder juga bertukar muram.

"Apa Hay akan buat kalau abang tak ada di sisi Hay?" Soalan Hayder mengundang rasa pelik di fikiran Hayden. Walaupun baru berumur 5 tahun, dia sudah dapat memahami apa maksud di sebalik kata-kata itu.

"Kenapa tiba-tiba abang tanya Hay macam tu? Abang dah tak sayang Hay?" Hayden menundukkan wajahnya memandang kaki yang diayun perlahan.

Hayder tersenyum kelat. Perit untuk menerima tetapi dia sendiri tidak tahu kenapa kata-kata itu terluah kepada Hayden.

"Tak adalah. Abang saja nak uji Hay. Tak ada apa-apa pun sebenarnya." Hayder menghadiahkan senyuman bagi menenangkan hati adiknya. Dia tidak mahu Hayden memikirkan soal itu.

"Dah, jangan sedih. Abang akan sentiasa ada dengan Hay sampai bila-bila. Kita kan dah janji nak tolong papa dan mama sama-sama. Ingat tak cita-cita kita?" Soal Hayder bagi menarik perhatian Hayden. Hayden memandang Hayder dengan pandangan polos.

"Cepatlah Hay. Ingat tak cita-cita kita?" Kening dijungkit kepada si adik yang hanya mendiamkan diri. Hayden mengangguk perlahan. Bahu adiknya ditarik merapat ke arahnya.

"Janji dengan abang, jaga diri elok-elok dan jaga mama papa. Hay kena kuat dan jangan pernah menyerah walau apa pun terjadi. " Nasihat Hayder kepada Hayden. Senyuman Hayden mula terbentuk. Mereka sama-sama merenung ke arah langit yang cantik dilitupi oleh gugusan awan.

•••

Hayden menghembus nafas perlahan. Memori lalu mula berputar kembali. Mata masih lagi melekat di langit tanpa sebarang pergerakan. Kepalanya kosong malah jiwanya turut kosong. Asher perlahan-lahan menggeselkan badannya di kaki Hayden. Kucing itu tahu tuannya dalam kesedihan.

"Hey, my boy." Hayden mengambil Asher lalu diletakkan di atas ribanya. Badan kucing itu diusap perlahan. Lembut sahaja bulunya. Kucing itu sudah tumbuh membesar menjadi seekor kucing jantan dewasa.

Bulunya yang berwarna kelabu kebiruan menambahkan kecomelan yang ada pada kucing itu. Namun, Asher seekor kucing yang ganas apabila bersama dengan orang yang tidak dikenali.

"Tengku," Suara garau itu menyapa pendengaran Hayden yang sedang membelai Asher. Pandangan dialih ke arah suara garau tadi.

Seorang lelaki berbadan tegap sedang memandang ke arahnya. Lelaki itu kemas berbaju korporat yang berwarna biru gelap bersama kot yang terletak kemas ditubuh.

"Tengku ada meeting dengan Dato' Raid pukul 3:00 petang." Ujar lelaki berbaju kemeja biru gelap kepada Hayden. Hayden meletakkan Asher di dalam rumah lalu dia berjalan menuju ke tingkat atas.

"Tunggu aku dekat kereta." Hayden terus berjalan tanpa memandang ke arah lelaki itu. Lelaki itu sudah hilang dari pandangannya.

Hayden memandang lama frame gambar yang tersusun rapi diatas meja. Frame itu dipenuhi dengan gambar dia dan kembarnya. Banyak kenangan manis mereka luangkan bersama. Namun, semua hanyalah sebuah kenangan pahit yang sangat sakit untuk dia terima.

Hayden terus melangkah keluar dari bilik tidurnya.

To be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro