bab 41

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aireen berasa pelik kerana dia merasakan seolah olah rakan rakannya menyembunyikan sesuatu daripadanya . dia pun menghubungi Misha

[ Mishasayang♡ ]

"Assalamualaikum Reen"

"Waalaikumsalam Misha , aku nk tanya ni"

"Nak tanya pasal apa ? aku busy ni "

"Korang ada sembunyikan apa apa dari aku ke ?"

"Sembunyikan ? apa yang kau merepek ni Reen ? "

" Aku rasa macam korang ada sembunyi sesuatu je"

"Perasaan kau jelah . Dah aku end call eh ? busy ni "

"Okay Misha , maaf kacau kau"

"Takpe , assalamualaikum Reen"

"Waalaikumsalam"

Aireen pun menamatkan panggilan dengan 1001 soalan

"Misha busy ? dia buat apa eh ? dah lah dia tak kerja" desis Aireen

Selepas menamatkan panggilan , bermain dengan telefon miliknya kerana Boboy sudah pun tertidur selepas makan tengahhari sebentar tadi

Selepas bermain dengan telefon , Aireen memandang kalender yang menunjukkan tarikh pada hari ini ialah 28 Julai .

"Esok birthday Amierul" bisik Aireen

Aireen pun terus membongkar kotak yang mengandungi barangnya bersama Amierul ketika berumur 5 tahun , dia menggunakan gelang tersebut untuk supaya dia sentiasa ingat bahawa 29 julai ialah birthday suaminya iaitu Tengku Amierul Hafeez

Pada malam itu , Aireen tidak dapat melelapkan matanya sehinggalah telefon bimbitnya berbunyi

[ titt titt ]

Yang menunjukkan bahawa tepat pukul 12 malam , tarikh 28 julai telahpun bertukar kepada 29 julai . Aireen hanya mampu berkata didalam hati

"Selamat hari jadi abang , walaupun abang tiada disisi Reen , Reen tetap setia dan sentiasa ingatkan abang . Reen sayangkan suami Reen  Tengku Amierul Haqeem . semoga abang ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman"

Selepas berkata didalam hati , Aireen pun tertidur

[ 🐻 ]

"kau sure nak buat macam ni?" tanya Syafiq kepada Amierul untuk memastikan tentang rancangan Amierul

"Ye , aku yakin . InshaAllah Aireen akan percaya "

"Sementara tu , aku nk buat tempat untuk aku dengan Reen duduk "

"Duduk ? dekat pasir macamni ?"

"Ye , aku nak sediakan tempat untuk aku dengan Aireen"

"Kau jangan lupa , boboy pun ada " kata Ikram

"Alah , korang bawa jelah boboy tu keluar kejap . Kejap je pun" kata Amierul lagi

"Kalau boboy nak dekat kitaorang" sampuk Adam

"Takpe , yang penting korang pujuk dia . Dia nk je tu "

"Hmm okayy , nanti kitaorang fikirkan "

Aiman , Naufal dan The Boys membantu Amierul untuk menghias tepi pantai manakala The Princess pula sudah sedia dengan rancangannya untuk mengenakan Aireen

[ 🐻 ]

Walaupun sibuk dengan persiappannya , dia sempat memberikan sebuah kad kepada The Princess

"Nah , korang ambi ni . Beli hadiah untuk Aireen" kata Amierul sambil menghulurkan kad kepada Misha

"Erk ni birthday kau ke birthday Aireen" kata Ayu

"Takpe , aku nak korang belikan hadiah untuk Aireen juga"

"Haa yelahh . Asalkan kau ada duit , kitaorang okay je"

"Haa , thankyou guys . Aku cau dulu" Amierul pun berlalu pergi .

Pelbagai persiapan yang dibuat olehnya untuk membuat kejutan khas untuk seorang wanita yang sangat dicintainya iaitu Tengku Aireen Najihah

[ 🐻 ]

Setelah sejam berpusing didalam Superstar mall , Misha dan Ayu pun membuat keputusan untuk menghadiahkan Aireen baju , rantai dan semua barang barang kemas manakala Fiqah pula memujuk Aireen untuk keluar bersama

dirumah Aireen

"Reen , jomlah keluar"

"Taknaklah , korang keluar jelah"

"Alaa Reen , janganlah sedih sedih . Amierul tak suka tau nampak isteri dia sedih sedih"

"Hmm sorry Fiqah , aku takde mood nak jalan"

"Reen , kau lupa ke harini hari apa ? kau tak nak pergi kubur Amierul ke ?" Fiqah sengaja memancing Aireen

"Hmm , yelah . Kau tunggu sini , aku nak bersiap "

"Okay Reen , biar aku tolong kau siapkan Boboy"

Fiqah terus naik ketingkat atas dan berjalan menuju kebilik Boboy . Boboy yang sedang membaca buku itu terus melihat Fiqah

"Hai Aunty Fiqah" sapa Boboy

"Hai Boboy , meh sini Aunty nak siapkan Boboy"

"Nak keluar ke ? nak kemana Aunty ?"

"Nak jumpa ayah Boboy lah , Boboy pakai hensem hensem tau"

"Okay aunty"

selepas beberapa minit kemudian

"Okay jomlah , aku dah siap dah ni" kata Aireen

"Kejap eh , aku tunggu someone" kata Fiqah sambil memandang telefonnya

"Tunggu siapa ? Misha dengan Ayu mana ?"

"Tunggu Naufal jap . Misha dengan Ayu busy"

"Naufal ? buat apa Naufal ke sini ?"

"Dia bawa boboy jalan"

"Habistu aku ? "

"aku bawa kau pegi ziarah kubur lah" kata Fiqah lagi

"Hmm yelahhh "

Naufal pun tiba dihadapan rumah Aireen

"Hai Boboy"

"Hai daddy , i miss you so much"

"Aww , daddy miss you too"

"Nak keluar dengan daddy tak?" tanya Naufal

"Wahhh nak nak ! boboy nak daddy"

"Amboi , terus lupa ibu ke?"

"Hehehe maaf ibu , boboy nak keluar dengan daddy boleh ?"

"Haa yelahhh"

boboy menjerit keriangan , Naufal terus membawa Boboy pergi berjalan jalan

[ 🐻 ]

"Weh , ni bukan jalan nak pegi kubu Amierul"

"Haah , memang bukan pun . Aku nak bawa kau jalan jalan kejap"

"Jalan ? nak kemana ? Dah nak dekat maghrib dah ni . Nanti Boboy mengamuk "

"Takdelah Boboy tu nk mengamuk , dia kan dengan daddy dia"

Fiqah sengaja menekannya perkataan  'daddy'

"Reen , kau rasa Amierul tak sedih ke bila anak dia panggil orang lain daddy?"

"Hmm ntahlah Fiqah , lagipun Riesha dh bahagia dengan Amierul dh . Aku ni bukan siapa siapa lagi didalam hidup nya"

"Tak Reen , kau salah . Amierul tak suka Riesha pun , Riesha hanya menyihir Amierul supaya Amierul suka dengan dia . Riesha yang hancurkan rumah tangga kamu Reen"

selepas menjelaskan pelbagai perkara kepada Aireen

Rasa bersalah mula menghantui Aireen . dia sudah pun salah sangka terhadap Amierul , namun tiada cara lain untuk menebus segala kesalahannya kerana Amierul sudah pun tiada lagi didunia ini

"uhuk uhuk"

Aireen pun mula batuk batuk . dia terkejut melihat darah memenuhi tapak tangannya , Fiqah yang sedang memandu terus panik dan membuat keputusan untuk membawa Aireen pergi ke hospital berdekatan

apabila Aireen mengetahui tentang kanser hatinya yang berada di peringkat ke3 , dia mula membuat keputusan

"Doktor , saya berharap supaya doktor dapat merahsiakan tentang kanser saya"

"tapi puan , puan boleh meneruskan hidup denga melakukan pembedahan"

"Takpe , saya taknak menghalang apa yang sudah ditulis oleh Allah SWT . Seandainya takdir saya seperti ini , saya menerima dengan hati terbuka"

Doktor menghormati keputusan Aireen untuk merahsiakan tentang kansernya , apabila Fiqah bertanya kepada doktor , doktor hanya berkata bahawa Aireen hanya batuk darah sahaja , tiada apa apa yang serius

jam sudah menunjukkan pukul 8 malam , Fiqah sempat menghubungi Misha

"Sorry korang , kitaorang baru otw"

"Okay Fiqah , takecare"

Beberapa minit kemudian , mata Aireen tiba tiba diikat

"Weh Fiqah , tak lawaklah"

"Kejap Reen , kau santai je . Aku akan pegang tangan kau" bisik Fiqah

Aireen dapat merasakan bahawa tangan berganti , dia bukan lagi memegang tangan Fiqah apabila dia merasakan tapak tangan yang kasar dipegangnya . Aireen terus menghentikan langkahnya dan berkata

"Tak lawaklah Naufal . Dah saya takde mood ni"

lelaki itu hanya berbisik

"Shussss"

Aireen pun terus mendiamkan diri , apabila mata Aireen dibuka alangkah terkejutnya dia apabila melihat seseorang yang sangat dirindui nya berada didepan matanya


Aireen dh berjumpa dengan siapa ? Naufal ke ?

kalau Naufal , dekat mana boboy ?

semua akan terjawab dalam bab seterusnya

keep reading guys ♡

please vote and comment yeah

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro