HVSVH 15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dyana duduk di atas katil melipat lengan kemejanya hingga ke siku.

Luka yang dihasilkan agak dalam dan mungkin perlu dijahit.

Manakala Hafiey mengambil first aid untuk membersihkan luka itu.

"Tahan sikit tau"pujuk Hafiey.

"Oh hell Fiey im not a kid. Arghhh" bebel Dyana tiba-tiba sahaja dia terjerit akibat cecair yang menyentuh kawasan luka itu.

"Eleh cakap besar. Tu tadi tu apa. Duk diam-diam kejap" marah Hafiey.

Dyana mencebik.

"Fine"

"Nanti balik sekolah, balik dengan aku. Aku bawa pergi klinik" tutur Hafiey.

"Luka sikit je pun" kata Dyana.

Serentak itu, Hafiey menunjal dahinya.

"Kau ingat kau tu sado sangat la. Jangan nak banyak songeh. Its an order from your Mr.Headprefect" Hafiey mula menggunakan kuasa vetonya.

"K fine you win. Take it" kata Dyana.

Selesai sahaja membalut luka Dyana, telefon Hafiey tiba-tiba berbunyi.

Farhan is calling...

"Hello"

"Mana bro? Pengetua nak jumpa"

"Sickbay. Nak jumpa dekat mana?"

"Prefect room"

"Ouh ok roger"

Hafiey segera mematikan panggilannya.

"Weyh kau naik kelas dulu. Aku nak kena jumpa pengetua kejap" kata Hafiey.

Dyana hanya mengangguk. Selepas itu, Hafiey keluar dari bilik itu.

Selang beberapa minit kemudian, Dyana turut meninggalkan bilik itu.

7:30 A.M

Kebanyakan pelajar mula berpusu-pusu masuk ke kawasan sekolah.

Ada yang menaiki kenderaan mereka sendiri dan ada yang dihantar oleh pemandu peribadi.
"Kau okay tak Yana?" Soal Amyra sebaik sahaja meletakkan begnya di atas kerusi.

"Okay cuma pedih sikit" balas Dyana. Amyra mengeluarkan iPad untuk menjalankan tugasnya sebentar lagi.

"Hari ni aku kena pantau pelajar kena denda la. Aku pergi dulu tau" kata Amyra.

"Okay" balas Dyana.

Dyana mula menyarungkan blazer-nya untuk membuat rondaanya di setiap bahagian bangunan sekolah.

Sambil-sambil dia melihat setiap papan kenyataan yang dilaluinya, dia mengerling ke arah jam tangannya.

7:45 A.M

"Ermm tumpang tanya"

Tiba-tiba ada satu suara yang menegurnya dari belakang.

Dyana terus berpusing.

"Ya" balasnya.

"Eh awak Dyana right. Ingat tak masa kita terlanggar dekat bangunan pentadbiran?" Tutur gadis bertubuh kecil itu.

"Ouh yea. Ira right?"

"Yea saya" balasnya.

Dyana melihat gadis itu dari atas sehingga bawah.

"New student?" Soal Dyana.

Syahirah mengangguk.

"Saya sebenarnya nak tanya, kelas 5 Crystal Light dekat mana?" Soalnya.

"Ouh awak dapat 5CL rupanya..."
Kringggg

Serentak itu loceng berbunyi memotong percakapan Dyana.

"Follow me" arah Dyana.

Syahirah hanya mengekori Dyana sehingga mereka masuk ke dalam lif dan berhenti di tingkat 4.

Suasana di sepanjang koridor itu sangat sunyi. Kerana tingkat ini hanya menempatkan kelas Crystal Light bagi setiap tingkatan.

Dyana hanya menjenguk ke dalam kelas itu melihat kehadiran guru subjek pertama mereka.

"Jom masuk" arah Dyana. Syahirah hanya mengekorinya.

Pelajar yang khusyuk menelaah bahan ilmiah mereka terus mengangkat kepala mereka.

Dyana berdiri di hadapan kelas.

"Ok class kita ada pelajar baru harini. Aku harap semua dapat bagi kerjasama dengan dia. And you can introduce yourself to the class" kata Dyana lalu beredar ke tempatnya.

"Hai nama saya Nur Syahirah Adilla. Boleh panggil Ira. Saya dari Matilda Highschool" tuturnya.

PAP

Serentak itu semua memandang ke arah pintu masuk kelas.

Beberapa buah buku terjatuh di atas lantai.

Dyana memandang ke arah raut wajah Hafiey.

Terkejut.

"Kau okay bro?" Soal Farhan sambil menepuk bahu rakannya itu.

Manakala Putra mengutip buku-buku yang jatuh itu.

Dyana memandang ke arah Syahirah. Muka gadis itu seperti sedih dan sayu.

Kemudian, Hanis berdiri.

"Ira awak boleh duduk di sebelah sana" kata Hanis lalu menunjukkan satu tempat kosong di bahagian tepi tingkap.

Hafiey masuk ke dalam kelas dengan seribu satu perasaan.

Farhan hanya memberi isyarat senyap kepada dua rakannya yang lain.

Perhatian kepada semua pelajar yang akan berpindah masuk ke Fantiago Treasure Dormitory pada esok hari, sila ambil access key pada Dynamite di bilik disiplin pada waktu rehat. Sekian terima kasih.

Dyana terus memandang ke arah Hafiey yang sedang memegang TouchPen.

'Dia mesti ada apa-apa dengan budak perempuan tu'

Dyana terus menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro