HVSVH 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

8:00 A.M

Awal-awal lagi AON kecuali Dyana sudah turun ke astaka untuk latihan mereka.

Manakala Dyana hanya ditinggalkan sendirian untuk memberikannya masa untuk calm down.

Dynamite memerhati atlet olahraga berlari di atas trek larian.

"Ainna" panggil Aqif.

Ainna memberhentikan lariannya dan meninggalkan Hanis dan Amyra.

"Apa?" Soalnya.

"Dyana mana?" Soalnya.

"Dorm" balas Ainna pendek.

"Ouh okay" kata Aqif.

Ainna mula menyambung lariannya.

Putra menghampiri Aqif.

"Asal? Dyana tak turun ke?" Soal Putra.

"Tak. Aku rasa dia marah sangat dekat Fiey. Fiey pula buat derk je" balas Aqif.

Skip

5:00 P.M

Dyana bersiap-siap untuk keluar.
Kesakitan pada kakinya sudah tidak dapat dibendung.

Kebetulan pula ketiga-tiga rakannya itu perlu menghantar budak softball ke pusat latihan.

Dyana terus turun ke bawah.

Kebetulan pada masa itu, Dynamite sedang berehat di pondok yang berdekat dengan bangunan G5.

Dyana hanya menjeling Dynamite lalu masuk ke dalam kereta Ferrari miliknya.

"Latihan tak nak turun. Keluar laju je" hambur Hafiey lalu beredar.

Farhan mengeluh.

"Aku rasa dia tak patut lepaskan marah dia dekat Dyana" luah Farhan.

Yang lain hanya senyap. Tiada apa yang perlu dibahaskan lagi.

Esoknya

Dyana ke sekolah pada pagi itu agak lambat gara-gara membalut kakinya.

Dia masuk ke dalam bilik disiplin.

Kelihatan Hafiey sudah menunggu sambil memegang board Dyana.

"You're late" tengkingnya.

Di situ terdapat Farhan dan beberapa pengawas junior.

Farhan segera menghantar isyarat kepada dua pengawas junior itu untuk keluar.

"Something to say?" Soal Hafiey.

Dyana hanya menggeleng.

Malas mahu melawan. Kerana dua-dua sama naik.

"Pergi bertugas sekarang" arahnya lalu membaling board Dyana dan beredar.

'Sabar Dyana. Sabar'

Farhan membantu Dyana mengutip board gadis itu.

"Kaki kau okay?" Soal Farhan spotan.

Dyana agak terkejut.

"Kau tercicir something dekat lobi waktu kau balik. Nasib aku yang jumpa dan bukannya orang lain" kata Farhan lalu mengeluarkan kertas berwarna putih.

"Thanks" ucap Dyana.

"Jangan risau aku takkan bagitahu Fiey. Tapi kalau teruk sangat aku akan bagitahu. Kau cousin aku. Aku takkan biar Hafiey lepaskan kemarahan dia dekat orang lain" tutur Farhan.

Ya. Tengku Dyana Zatiera dan Tengku Farhan Taufiq ialah sepupu sebelah ayah mereka. Tetapi tiada siapa yang tahu termasuk AON dan Dynamite.

Dyana terus beredar untuk menjalankan tugasnya. Sesekali dia mengeluh menahan sakit yang dialaminya.

'Ira dengan Hafiey pernah ada hubungan?'

Dyana cepat-cepat menggeleng kepalanya.

'Argh Dyana kenapa kau tak lawan je dia balik. Ish. Ni bukan Dyana yang sepatutnya. Gila punya Dyana'

Dyana mengetap giginya.

Kringggg

Semua pengawas masuk ke dalam kelas untuk memulakan sesi pembelajaran mereka.

Dyana duduk lalu mengeluarkan MacBook miliknya.

"Kau dah siap kerja Teacher Wong, Yana?" Soal Amyra.

"Dah semalam"

"Ouh. Kau okay tak?" Soal Amyra lagi.

"Okay" jawab Dyana sepatah lalu guru mata pelajaran mereka masuk ke dalam kelas.

10:00 A.M

Semua pelajar mula meninggalkan kelas mereka untuk rehat.

Sebaik sahaja Hafiey keluar dari kelas, Dyana terus mengekorinya.

"Hafiey"

Namun panggilannya hanya diendahkan.

"Tengku Hafiey Daniel"

Dyana terus menarik lengan Hafiey agar berhadapan dengannya.

"Whats wrong with you hah? Tinggalkan aku macam orang bodoh dekat situ. Marahkan aku tak bertempat" marah Dyana.

"Kau balik jugakan" balas Hafiey.
"Sebab ada Aqif. Ok even tak ada dia pun aku boleh sendiri. K fine aku boleh hidu sendiri. Tapi aku tak faham kenapa kau buat macam tu" kata Dyana.

"No reason" balas Hafiey ingin beredar.

Tetapi Dyana menarik lengannya semula, namun Hafiey merentapnya dengan kasar dan dengan tidak sengaja menolak gadis itu sehingga jatuh.

"Auch" Dyana mengaduh kesakitan apabila kepalanya terhantuk pada simen.

Hafiey berpaling melihat Dyana.

Sebaik sahaja Dyana mengangkat wajahnya, kelihatan darah mengalir keluar dari hidungnya.

Mata Hafiey membulat.

"Dy...Dyana aku mintak maaf" katanya lalu menyelak rambut gadis itu untuk melihat darah pada hidung Dyana.

Dyana hanya mendongak ke atas. Hafiey mengeluarkan sapu tangannya lalu membantu Dyana.

"Aku bawa kau pergi sickbay" tutur Hafiey.

Dyana cuba bangun namun gagal, dia duduk kembali.

Hafiey teringat sesuatu. Semasa  di CS dua hari lepas, Dyana terjatuh.

Tanpa membuang masa, Hafiey terus mengangkat Dyana ke sickbay.

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro