HVSVH 26

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tak

Hafiey berhenti mengelamun sebaik sahaja seseorang meletakkan tin minuman di atas meja kayu di hadapannya.

"Kau buat apa dekat sini sorang-sorang?" Soal Amyra.

Mereka berdua berada di rooftop dorm.

"Saja tengok bintang" balas Hafiey.

"Kau pun tak nak bagitahu aku juga ke?" Soalnya.

Hafiey memandang wajah gadis itu.

"Bagitahu apa?" Soal Hafiey.

"Antara kau dengan Yana" kata Amyra.

"Apa yang kau nak tahu?" Soal Hafiey.

"Semuanya. Kau tahukan yang Yana in-" kata-katanya terhentj sampai di situ sahaja.

"In apa Myra?" Soal Hafiey mendatar.

"Aku nak tanya kau. Kenapa dengan tangan Yana pagi tadi?" Tambahnya.

Amyra cuba mengelak sedaya updayanya.

"Aku tak tahu" balasnya tenang.

"Tipu" ujar Hafiey.

"Aku masuk dulu" pamit Amyra. Dia tidak mahu lagi disoal oleh Hafiey.

'I'm sorry but i can't tell you'

Sewaktu lif berhenti di tingkat itu, dia terserempak dengan Farhan.

"Masuk" arah Farhan.

Amyra akur kerana jejaka itu tidak mempunyai tanda ingin keluar.

"Aku nak suruh kau pujuk Yana suruh balik rumah parent dia" kata Farhan perlahan.

Amyra menjauh.

"Kenapa aku?" Soalnya.

"Kau akan tahu tak lama lagi"

Ting

"Wait" Amyra bertindak menahan lengan Farhan sebaik sahaja lif itu berhenti.

"Kenapa korang tinggalkan aku dengan tanda tanya? Apa yang jadi sebenarnya? Answer me Tengku Farhan Taufiq" luah Amyra.

Lif itu sudah berhenti tetapi pintu masih belum terbuka.

"Argh"

Tiba-tiba sahaja lif itu bergegar.

"Don't move" kata Farhan.

Sekali lagi lif itu seperti mahu jatuh.

Farhan menarik Amyra ke dakapannya sambil sebelah tangannya melindungi kepala gadis itu.

Lif itu berhenti bergerak.

Farhan menekan emergency button.

Lampu di dalam lif itu terpadam.
Seluruh bangunan menjadi gelap.

Dyana yang sedang menyiapkan laporannya juga terhenti.

Kebetulan Ainna dan Hanis yang ingin keluar dari bilik mereka juga berhenti.

Hafiey yang berada di hadapan lif memandang pelik anak panah lif yang sekejap menyala sekejap tidak bernyala.

Dia terus mengeluarkan telefonnya.

"Apa yang dah jadi?"

"Kau dekat mana Fiey?"

"Rooftop. Satu dorm gelap ni. Kau dekat mana?"

"On the way dorm"

Putra mematikan panggilan kemudian berlari pulang ke dorm.

"Myra. Myra" panggil Farhan berkali-kali.

Telefonnya dihidupkan.

Kelihatan mata Amyra tertutup dan darah mengalir keluar dari hidung gadis itu.

Sapu tangannya dikeluarkan.

"Bertahan please"

Segera contact Putra didail.

"Weyh Farhan kau dekat mana? Semua berkumpul dekat luar"

"Aku terperangkap dalam lif dengan Myra"

"What? Kau agak-agak tingkat berapa?"

"4 maybe"

"Kau tunggu nanti aku datang"

"Asal?" Aqif mendapatkan Putra.

"Farhan terperangkap dalam lif" balasnya.

Manakala Hafiey mencari seseorang dalam lautan manusia itu.

Kebetulan dia terjumpa dengan Hanis dan Ainna.

"Weyh Yana mana?" Soalnya.

Terus mereka berdua berbalas pandangan. Disebabkan arahan kecemasan yang dikeluarkan mereka berdua terlupa mengenai gadis itu.

"Dia dekat dalam" balas Ainna.

"What? Korang tinggal dia?" Marah Hafiey.

"Kitaorang tak sengaja. Keadaan kelam-kabut sangat" balas Hanis bergetar.

Aqif datang membawa selimut untuk dua orang gadis itu.

Hafiey mendapatkan Putra.

"Farhan dekat dalam" ujarnya.

"Apa dia?" Berita yang ini lagi mengejutkan dirinya.

"Terperangkap dalam lif. Dan kita still tak boleh sampai sistem di-reboot semula dalam masa 30 minit" terang Putra.

"Yana ada dekat dalam juga" tuturnya.

Dritt

Farhan
Ada lagi 10 minit sebelum sistem kecemasan diaktifkan. Tapi Myra tiba-tiba pengsan.

Hafiey juga membaca mesej tersebut.

Rambutnya dikuak ke belakang.

Meanwhile

Dyana menggengam erat selimutnya.

"Ma- Mama, Yana takut" suaranya seperti orang dalam ketakutan.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Tangannya meraba-raba di atas katil.

Hafiey is calling...

"Ha-Hafiey"

"Yana are you okay?"

"I'm scared"

"Duduk situ diam-diam. Nanti aku datang. Okay. Jangan pergi mana-mana"

Dyana sekadar mengangguk.

Putra mula tidak senang duduk.

Tetapi tiada apa yang mereka boleh lakukan kerana semuanya sudah di-set secara automatik. Malah juruelektrik juga tidak dapat membantu mereka melainkan sistem dapat dihidupkan semula dari dalam.

"Kita tak boleh duduk macam ni je" kata Ainna.

"Call ambulans dulu" arah Aqif.

"Tak boleh macam ni. Fiey, Yana kena move" kata Putra.

Semua memandang ke arah Hafiey.

"Tapi dia-"

"No she can do it. Sekarang still ada lagi 25 minit. Tapi aku tak rasa Farhan dengan Myra boleh bertahan. Aku nak Yana move masa lampu kecemasan dihidupkan " terang Putra.

Hafiey memandang contact Dyana.

"Kotak tu dekat mana?" Soal Hafiey.

"Laundry room dekat basement" balas Putra.

"Hello Yana. Can you listen to me?"

"Yea"

"Sorry Yana you have to move. Dalam masa 4 minit lampu kecemasan akan dihidupkan. You have to go to basement. Laundry room. Understand?"

"Y-yea understand. Jangan takut. Aku takkan matikan phone"

Putra melihat jam tangannya.

"Now"

Serta-merta lampu kecemasan di dalam bangunan asrama itu menyala.

"Now Yana. Ikut tangga okay. Be careful"

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro