HVSVH 43

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Morning Bonda"

Hafiey menyapa ibunya yang sedang meluangkan masanya bersama pokok bunga kesayangannya.

Hafiey duduk di atas bangku lalu memakai kasut jenama Vans.

"Anak Bonda yang handsome ni nak pergi mana?" Soalnya.

"Keluar dengan Yana kejap" balas Hafiey.

Terus bersinar mata Tengku Thia sebaik sahaja mendengar nama bakal menantunya.

Dalam tiga hari lagi majlis pertunangan mereka akan berlangsung mengikut perancangannya dan restu keluarga Farhan.

"Bagus la tu. Treat my daughter in-law baik-baik tau"

"Eh Bonda ni"

"Bonda nak kata la sikit. Kalau hilang Dyana tu susah nak cari pengganti" pesan Tengku Thia.

"Baik lah permaisuri cinta hatiku" perli Hafiey.

Serentak itu, sebuah Audi memasukki perkarangan rumah agam mereka.

"Dah sampai dah tu. Fiey pergi dulu" pamit Hafiey sambil bersalaman dengan bondanya.

Hafiey berjalan masuk ke dalam kereta Dyana.

Pintu mereta ditutup.

"Nah your phone" kata Hafiey.

"Thanks"

"So kita nak pergi mana?" Soalnya.

"Sekolah. Aku nak hantar report dekat kerani" ujar Dyana lalu memulakan pemanduannya.

Kereta itu mula membelah jalan di kawasan perumahan elite yang agak lenggang itu.

"Luka kau macam mana?" Soal Dyana memulakan topik perbualan mereka.

"Okay la sikit. Tapi still kena balut" balasnya.

"Sekali sekala jadi orang sakit tak apa kot" ujar Dyana.

"Wah senangnya dia cakap. Kita yang merana"

"What? Eh hello betul apa. Hahaha" kata Dyana sambil menggelakkannya.

"Tapi best juga. Kerja aku semua kau buat. Wah penolong yang sangat berwibawa dan bertimbang rasa" sindir Hafiey lalu menepuk tangannya.

Mulut Dyana mula memuncung.

"Tu kenapa? Nak suruh aku sangkut hanger?" Gurau Hafiey.

"Diam ah" marah Dyana.

Hafiey terus menutup mulutnya.

'Tahu takut'

One hour later

Selepas selesai sahaja urusan di sekolah, mereka ke sebuah cafe untuk membincangkan sesuatu.

Mengikut tarikh yang ditetapkan mereka mempunyai 3 hari lagi sebelum menjalinkan ikatan pertunangan.

Namun, setelah tarikh ditetapkan mereka masih belum bersua muka dan berbincang mengenai hal ini dengan lebih lanjut. 

"Kau tahukan before my mom and dad meninggal, aku ada submit form nak sambung belajar dekat overseas" kata Dyana memulakan perbualan mereka.

"Tahu. Bonda already told me about this before" balas Hafiey.

"After graduation day aku terus pergi. Sebab result dia akan keluar sebulan sebelum kita graduate"terang Dyana.

Hafiey diam seribu bahasa.

"So how?" Dyana masih menunggu jawapan dari Hafiey.

"I will be waiting for you" balas Hafiey.

Dyana memandang Hafiey.

"Don't worry i'm fine. Go and chase your dream" kata Hafiey memberi kata-kata semangat.

'Tetapi itu semua yang akan menjamin keretakan hubungan kita'

Dyana menghembuskan nafasnya perlahan. 

"Ok if you say so" ujar Dyana lalu mengacau minumannya. 

"Dyana pasal hal ni aku tak nak kau rahsiakan daripada kawan-kawan kau. To be honest, Amyra is my cousin" tutur Hafiey.

Dyana terus memandang Hafiey dengan riak tidak percaya. 

"What? Are you seriously? Amyra is your cousin?" Dyana lambat tangkap.

Hafiey mengangguk.

"Wow"

"But I still like Amyra more. Even you guys are cousin" tambah Dyana.

Hafiey memandang Dyana.

"Perangai aku dengan dia sama je ok.  Kau je tak nampak" balas Hafiey cuba untuk membela dirinya.

"Tak. Kontra. Kau tu banyak mulut. Membebel je kalau boleh. Ergh" bangkang Dyana.

"Hah cakap la macam tu. Kau tunggu naik sekolah aku bagi kau buat kerja banyak-banyak. Masa tu Myra pun tak boleh tolong" ugut Hafiey. 

Dyana menjeling Hafiey.

"I don't care Mr. Headprefect" kata Dyana. 

Dari jauh mereka kelihatan seperti pasangan yang sangat bahagia.

Namun siapa sangka mereka masih mengekalkan hubungan sebaik seorang kawan sehingga kini.

Walaupun Hafiey menyimpan perasaan cintanya yang sebenar jauh di dalam sudut hatinya. Dia tidak mahu akibat tersalah langkah hubungan mereka sebagai kawan ini akan menjadi suatu yang sia-sia.

Dia tidak mahu Dyana tersepit dengan perasaannya. Biarpun sebagai kawan asalkan Dyana sentiasa berada di hadapan matanya dan terus tersenyum.

Dia tidak sanggup jikalau Dyana mengambil keputusan untuk menjauhinya apabila dia membuat keputusan terburu-buru.

Biarlah semuanya memakan masa asalkan Dyana akan tetap bahagia.

9:00 PM

"Adui"

Dyana baring di atas katil sambil melihat gambar-gambarnya bersama Hafiey.

Satu gambar dipilih untuk di-upload ke dalam Instagram.

dy_zatiera

dy_zatiera Thank you for being there for me #tbwhynot

Dyana tersenyum.

'Hafiey Hafiey'

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro