L || 08

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

.....

"Tengku. Ni maklumat yang Tengku minta," kata Fahim seraya memberi ipad miliknya kepada Aryan.

Aryan segera mencapai ipad tersebut. Mata memandang satu per satu aksara yang tertera di situ.

Name : Helena Sophea Binti Muaz

Age : 25 tahun

Birth Date : 31 Mei 1999

Hospital Birth : Hospital Kuala Lumpur

Religion : Islam

Race : Melayu

Father : Muaz Bin Ahmad

Mother : Asiah Binti Imran

Abang : Saqeef Huzair Bin Muaz

**info tambahan : kedua-dua ibu bapa serta abang Helena meninggal kemalangan di tempat kejadian.

"Cik Helena juga merupakan seorang gold digger paling terkenal di Malaysia."

"Orang terakhir menjadi mangsanya adalah Isyraf Dato Ramli. Dan mereka tak pernah berhubung sejak kes Datin Afifah menampar Helena di kedai emas tersebut."

"Saya juga ada dengar dari kelab malam yang Helena pergi, Fariz Tan Sri Damien pernah cuba mendekati Helena tapi malangnya Helena menyimbahnya dengan air haram." jelas Fahim satu per satu maklumat yang diterimanya kepada Aryan.

Aryan angguk kepala perlahan. Melihat maklumat yang diterimanya cukup memuaskan hatinya.

"Bagus. Aku suka kerja kau. In Sha Allah, dalam masa terdekat ini aku bagi kau kerja berat sikit. Kau okay kan kalau aku bagi kerja berat?" soal Aryan.

"Okay aje, Tengku. Lagipun, sekarang ini saya lapang. Kalau Tengku nak bagi sekarang pun, saya okay." balas Fahim.

Aryan tarik ukir senyum. Bangga kerana memiliki anak buah yang bersemangat mahu melakukan kerja. Tak sia-sia dia ambil Fahim sebagai pembantunya di dunia kedua.

•••••

SETELAH beberapa jam dia mendengar segala perbincangan masalah dari lembaga pengarah. Akhirnya, tubuhnya dapat juga dia regangkan membetulkan segala otot sendi.

"Huh, aku tertanya la kan? Macam mana Pak Long boleh bagi kau buka perniagaan sendiri. Padahal kau tu pembawa malang je. Tak sangka pulak boleh berjaya sampai macam ni." pedas suara seseorang menyindir dirinya.

Helena angkat kepala berpaling wajah gadis yang sama baya dengannya berdiri tegak di hadapan pinyu bilik mesyuarat. Melihat kehadiran sepupunya di sini membuatkan dia tak tahu kenapa gadis itu membenci dirinya? Sedangkan mereka adalah sepupu.

Tapi saling benci membenci?

"Kau nak apa, Dian? Kalau kau datang sini sebab nak kacau aku. Tak payah la. Aku tak ada mood nak gaduh dengan kau," ujar Helena. Jujur, jika kehadiran Dian Adzara di sini semata untuk ganggunya.

Buang masa saja. Kerana dia takkan layan wanita itu.

Dian senyum sinis.

"Aku perlu mood kau ke untuk gaduh? Tak kan?"

Helena memandang Dian dengan riak menyampah. Tak tahulah apa yang dengki sangat Dian kepadanya. Nak kata, gadis itu tak berjaya? Rasanya lebih berjaya darinya. Tapi tulah, tetap tak rasa puas hati dengannya.

"Malas aku nak layan kau, Dian. Banyak kerja lagi aku nak buat." Helena segera bangun dari kerusinya. Buku dan kertas-kertas pembentangan tadi dikemasnya.

Namun baru saja kaki mahu melangkah keluar. Tiba-tiba pergelangan tangan ditarik lalu,

Pang!

Terkedu Helena apabila tangan Dian naik menampar pipinya. Wajahnya pandang wajah Dian dengan penuh persoalan.

"Kau dah kenapa tampar aku?" tempik Helena. Tangan naik mengusap pipinya dek tamparan Dian.

Dian ukir senyum sinis. Puas hatinya melihat pipi Helena merah kerana ditampar olehnya.

"Itu sebab kau rampas kekasih aku."

Helena bingung. Kekasih?

"Siapa kekasih kau?" soal Helena keliru. Jujur, sudah hampir seminggu dia tak pergi kelab. Jadi, ceruk mana dia rampas kekasih Dian  Adzara?

"Heh, kau jangan buat tak tahulah, Helena! Dia sendiri yang beritahu aku yang kau cuba kikis harta dia." tempik Dian.

Jongket sebelah kening Helena memandang Dian. Lelaki itu beritahu Dian bahawa dia kikis hartanya? Memanglah dia akui, dia seorang gold digger. Tapi dia tidaklah kikis harta mereka selain memberi saluran kepada hotelnya.

Jadi....

"Siapa nama boyfriend kau?" soal Helena. Seakan tidak percaya bahawa lelaki itu sanggup menipu dan berkata kepada Dian bahawa dia yang mengikis harta mereka.

"Fariz. Fariz Danish Tan Sri Damien."

Sungging bibir Helena ukir senyum sinis, dengar nama meniti di bibie Dian. Jijik. Patutlah angin Dian menyerang dirinya.

"Huh, memang padan la kau dengan dia. Dua-dua kotor. Jijik!"

Baru sahaja Dian mahu menampar Helena sekali lagi, satu tangan menghalang Dian dari menampar Helena.

"A- Aryan? What are you doing here?" soal Helena terkejut.

Dian turut terkejut sama. Ya la, tak ada ribut tak ada angin tiba-tiba tangannya dihalang oleh seseorang. Dan lebih mengejutkan, orang itu adalah anak kepada dua syarikat hebat.

Terasa jijik memegang tangan gadis itu. Selamba dia melepaskan tangan itu dengan kasar. Bukannya dia tak tahu gadis ini teman wanita kepada musuhnya.

"Ouh, I cari you," ujarnya selamba.

Jongket kening Helena dengar bicara Aryan. Cari dia? Tapi kenapa?

"Kenapa? Bukan kita..."

"Sorry. Who are you? Kenapa kau boleh ada dekat sini? Kau tahukan salah kalau curi perbualan orang lain jika tidak berkaitan dengan kerja? Dia pekerja you ke, Helena?" tanya Aryan sekali gus memerli Dian.

"Erkk, dia..."

"I sepupu Helena. Dian. You, Tengku Arief Aryan right? CEO of DA Architect and Eldrin's Hotel." Berubah raut wajah Dian apabila bertentang mata dengan Tengku Aryan.

Howt!

"Yup. Thanks sebab kenal I. But boleh tak you keluar dari sini? I rasa perbualan I dengan Helena is privacy. So, I tak nak perbualan I and Helena didengari oleh tak dikenali," ujar Aryan tegas.

Helena kelu. Begitu juga dengan Dian. Perlahan Helena pandang Dian. Adakah Dian akan dengar kata-kata Aryan keluar dari bilik ini?

"Tapi..."

"Get out! Kau nak aku panggil security guard ke baru kau nak keluar hmm?" tidak bernada Aryan bersuara.

Nak tak nak, terpaksalah Dian mengalah kerana Aryan. Di tambah pula, renungan tajam lelaki itu membuatkan dia sedikit gentar.

"Sorry." Mencicit kaki Dian lari keluar dari bilik mesyuarat itu.

Helena memerhati aksi itu, jongket kening sebelah. Seperti tidak sangka bahawa Dian akan dengar kata Aryan. Maklumlah, lelaki itu handsome. Memang dengar katalah. Cuba lelaki itu buruk?

Alamatnya sampai ke sudah takkan keluar dari bilik mesyuarat ini.

"Ehem." Terdengar suara deheman menyentak lamunannya, dongak kepala Helena memandang wajah Aryan.

Dia akui lelaki itu sememangnya kacak. Di tambah pula dengan darah campuran yang dimiliki lelaki itu memang kacaklah jawabnya.

"Dah habis puas tenung I, mio preziosa?" tanya Aryan lembut dekat ke arahnya.

Helena tersentak. Terkejut dengan tindakan Aryan yang tiba-tiba berada dekat dengannya.

"Erk, sorry. Saya..."

"Mi assicurerò che quella ragazza riceva una ricompensa per aver toccato qualcosa che dovrebbe essere il mio preferito," bisik Aryan perlahan.

Berkerdip kelopak mata Helena terkedu mendengar kata-kata lelaki itu. Tapi apa maksud di sebalik kata-kata lelaki itu?
.....


translate :
- my precious
- aku akan pastikan perempuan tu mendapat balasan kerana telah menyentuh sesuatu yang sepatutnya menjadi kesayangan aku.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro