N || 21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

.....

Sara menghempas pintu rumahnya dengan kuat. Datin Diandra tika itu berada di ruang tamu terkejut dengan kehadiran anaknya.

"Baru balik?" soalnya. Tubuh Sara yang terlentang di sofa dipandangnya.

"Hmm, tak ada mood la nak cakap dengan mama," balasnya.

Datin Diandra memandang anaknya pelik. Tiada mood? Pelik.

"Kenapa? Cuba bagi tahu mama?" soalnya ingin tahu apa yang dirunsingkan oleh anak perempuannya.

"Lagi satu, kereta kamu mana? Mama tak ada dengar bunyi kereta masuk pun?"soal Datin Diandra. Kerut dahinya tidak mendengar enjin kereta anaknya.

Sara hela nafas kasar. Mata menjeling menyampah. Kalau bukan sebab Aryana, mungkin sekarang keretanya selamat. Tapi apa apa yang boleh dia lihat selain biar keretanya seratus peratus hancur berkecai.

"Kena tarik sebab buruk sangat," ujar Sara tenang padahal dalam hati hanya dia sahaja tahu betapa membaranya dia kepada adik Aryan.

Datin Diandra mengerut dahi pelik. Kena tarik?

"Aik, baru beli kut takkan dah kena tarik?" soal Datin Diandra lagi.

"Ma! Please la, Sara tak nak ambik tahu pasal kereta tu boleh tak? Kalau bukan sebab Aryana, Sara mungkin drive lagi kereta tu."

"Aryana? Maksud kamu anak kepada Tengku Danial Ashraff?"

"Ya la, ma. Sakit hati Sara, ma tengok kereta Sara hancur macam tu je. Bukan tu je, rasanya dah viral satu Malaysia!"

Datin Diandra terpempan. Sungguh dia tak sangka anak perempuan Tengku Danial Ashraff akan bertindak lebih kejam. Malah mereka juga sudah merosakkan harta kesayangan anaknya, Sara.

"Ma... Dengar tak, Sara cakap ni."

Datin Diandra tersentak. Matanya memandang wajah Sara.

"Kamu cakap apa? Mama tak berapa dengar tadi."

"Sara nak balas dendam. Sebab dia orang, Sara malu. Sebab dia orang juga, Sara kehilangan kereta yang Sara sayang. Mama tolong Sara please..." pujuk Sara.

Datin Diandra memandang wajah anak perempuannya dengan riak tak percaya. Balas dendam?

"Boleh ke? Kamu bukan tak tahu betapa kuatnya kuasa pengaruh keluarga Edward tu. Sekali kamu buat hal, susah kamu nak uruskan."

"Arggh! Yang tu letak tepi la, ma. Yang penting dendam Sara terbalas. Ugh, suka hati dia je calar kereta Sara. Sara tak kira. Sara nak balas dendam jugak," tekad Sara.

Datin Diandra memandang wajah anak perempuannya. Dia tahu anak perempuannya marah akan tindakan keluarga Edward.

Tapi...

"Please, ma. Mama je boleh tolong Sara sekarang ni," rayu Sara.

Datin Diandra memandang anak perempuannya. Walaupun dia sering marah pada Sara. Namun anaknya tetap ada guna kepadanya kelak.

"Yalah, mama tolong. Tapi mama tolong yang mana mampu je. Selebihnya, Sara uruskan sendiri boleh?"

Sara menjerit teruja. Tubuh Datin Diandra dipeluknya erat.

"Argh! Sara sayang mama. Mama the best! Jangan risau. Kerja mama senang je nanti." Sara senyum sinis. Fikirannya mula terbayang kerja-kerja balas dendamnya.

.....

Bam!

Bam!

Bush!

Arieq memerhati abangnya menumbuk punching bag yang dibeli khas oleh mereka bertiga hanya beriak biasa. Baginya aktiviti ini adalah sesuatu yang biasa buat mereka sekeluarga.

Namun, melihat abang sulung makin ligan menumbuk punching bag itu membuatkan dia dahinya berkerut seribu. Jarang abang sulungnya hendak memukul punching bag begitu tanpa sebab. Melainkan ketika dia sedang marah atau sedih.

"Berapa lama, abang bertumbuk?" tegur Aryana seraya melabuhkan punggung di kerusi kosong di bilik khas itu.

Arieq berpaling ke sisi. Wajah kakaknya dipandang lembut.

"Around five to six hours? Why?" balas Arieq.

Aryana turut memerhati Aryan ligan menumbuk punching bag itu. Dia tahu Aryan sedih akan lamaran yang ditolak oleh Helena.

"Akak, abang tu kenapa? Bertumbuk bagai. Ada orang buat dia marah ke?" soal Arieq, ingin tahu.

Dia jarang di rumah kerana dia mempunyai kelas di kolej. Jadi, dia tidak tahu apa-apa hal berkaitan abang dan kakaknya. Melainkan mereka sendiri yang membuka mulut.

"Helena. Dia tolak abang."

Arieq terkejut. Matanya memandang wajah Aryana untuk kepastian.

"Serius la." Dengan riak terkejut, Arieq menyoal.

Aryana mengangguk kepala mengiyakan. Air oren yang di bawanya tadi diteguk perlahan.

"Tapi kenapa?" soal Arieq. Terkejut juga dia bila mengetahui Helena menolak lamaran abang sulungnya.

Aryana menjungkit bahu tidak tahu. Matanya kilas memandang Aryan yang ligan menumbuk puching bag.

"Patut la tumbuk bagai nak rak. Rupanya kena tolak," sindir Arieq perlahan.

"Dah habis perli aku?"

Arieq menoleh memandang wajah Aryan. Wajah dingin abangnya dipandang biasa. Takut? Nak buat apa dia nak takut kalau dia tak buat apa-apa salah.

"Hmm, habis dah," balas Arieq selamba.

Aryana memberi segelas air oren kepada Aryan.  Aryan meneguk rakus. Punggung dilabuhkan pada kerusi kosong di situ.

Mereka bertiga senyap sesama sendiri. Tak tahu bagaimana mahu bermula bercerita.

"Rieq. Kau dekat kolej macam mana? Ada yang buli kau?" soal Aryan membuka suara.

Arieq memandang wajah Aryan. Senyum sinis terlakar pada bibirnya.

"Dia orang tak buli aku. Aku buli dia orang adalah," ujarnya bangga.

Namun...

Tak!

"Apa kau, kak! Sakit la kepala aku!" desisnya sambil mengusap kepalanya perlahan. Sakit.

"Mummy suruh kau pergi belajar, bukannya membuli. Yang kau buli dia orang pahal? Baik sangat lah tu?" marah Aryana.

Dia sudah acapkali ke sekolah mahupun ke kolej Arieq kerana kes buli. Dan sudah beberapa kali menjadi kes polis. Tapi nasib mereka baik kerana keluarga yang dibuli Arieq mendapat pampasan dari Ashraff.

"Alaaa, kau dulu pun sama kan? Jangan cakap aku je."

Aryana mahu mengetuk sekali lagi kepala adiknya, segera dihalang oleh Aryan. Aryan sememangnya tidak suka gunakan kekerasan pada adiknya, tapi kalau ia melampaui batas dia terpaksa kegunaan kekerasan.

"Kali ni siapa pulak mangsa kau?" Aryan menyoal.

Arieq tarik senyum sinis. Dia yakin nama itu akan menarik perhatian abangnya.

"Firhad."

Aryan mencuba ingat nama itu. Dia seakan ingat nama yang disebut oleh adiknya.

"Anak Tan Sri Damien?"

Tanpa menunggu lama terus Arieq mengangguk kepalanya. Sememangnya mereka berdendam dengan Tan Sri Damien kerana sering bermain tipu jikalau hal-hal berkaitan perniagaan.

Malah lelaki itu turut menjalankan perniagaan dadah secara haram dan secara tak langsung anak sulungnya, Fariz Danish terlibat dengan perniagaan itu.

"Intersting. Abang macam setan tapi adik suci. Kau tak rasa apa-apa ke?" soal Aryana. Walaupun dia marah adiknya membuli tapi kadang -kadang apa yang Arieq lakukan ada betulnya.

"Tak. Yang paling best, setiap kali dia datang kolej, dia mesti berkhayal. Rieq tak tahu kenapa? Tapi dia ma am dah terpengaruh dengan dadah," cerita Arieq.

Aryana memandang wajah Aryan.

"Kau ada plan ke?"

Aryan memandang dua adiknya itu. Senyum sinis terlakar pada wajahnya.

.....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro