BAB 66

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KAU kena kuat, Reen! Kau kena kuat!

Aku gagahkan diri untuk bangun. Dan, aku berjaya juga. Beg bagasi aku capai dan aku bawa bersamaku untuk keluar daripada bilik.

"Ayyan tak lama, Reena. Dia sakit."

Hancur! Segala rasa bahagia yang aku rasai punah semuanya! Duniaku gelap, tidak lagi diterangi cahaya tatkala bait itu menyusup ke telingaku. Segalanya musnah sekelip mata!

Aku tekan dada, aku tumbuk dada. Sakit dihati tidak mahu surut. Aku kecewa Ayyan khianati janji kami. Dia tipu, dia bohong! Dia mungkir janji!

"Dia dah bagi amaran jangan beritahu kau. Tapi aku tak boleh, Reena. Tak boleh. Aku nak kau tahu jugak."

Sampai hati, Ayyan. Kenapa tak nak beritahu Reen? Kenapa? Reen ni bukan siapa-siapa? Tak layak untuk tahu? Reen ni siapa, Ayyan? Hatiku kuat merintih, juraian air mata tidak daya untuk berkurang. Aku lelah.

Langkah aku bawa longlai, aku mesti tinggalkan Ayyan. Dia rahsiakan semuanya seperti aku bukan isterinya? Apa gunanya aku ini jika tidak ketahui apa yang dialami suami? Apa gunanya lagi aku di sini? Jadi patung, pura-pura tidak tahu? Aku perlu pergi, ini yang dia mahu bukan?

"Aku tahu kau berhak marah dia. Tapi, cuba kau faham dia turut terseksa dengan semua ni, Reena."

Aku menangis teresak-esak. Dadaku sesak. Jantungku laju mengepam darah. Segala urat saraf lemah, aku tidak tahu untuk hadapi ini semua bagaimana. Aku tak kuat.

Kenapa dia sanggup menanggung derita seorang diri sedangkan aku. Aku... Aku... sentiasa di sisi dia. Aku ada sebelah dia. Aku isteri dia. Aku rela derita bersama dia. Kenapa dia lebih memilih derita seorang diri?

Masih tak cukupkah aku untuk jadi kekuatan dia? Ya Allah.

"Aku jumpa dia kat hospital secara kebetulan. Dan, aku paksa dia terus terang. You know what, dia kata dia dapat keputusan dia ada sakit barah masa awal perkahwinan kau dengan dia."

Cukup! Aku menjerit nyaring cuba melawan suara Ian daripada menyeksa dan merobek kejam jantungku. Aku tak sanggup dengari lagi. Aku tak sanggup!

Bunyi pintu dipulas menghentikan gerakan aku untuk meneruskan langkah. Aku tekup bibir, tahan tangisan. Tidak mungkin Ayyan balik. Bukan ke dia outstation sekarang, ini?

Kakiku tegak membeku. Terjegul wajah Ayyan apabila pintu telah dibuka. Wajah dia lencun dengan air mata seperti aku.

Kasihan? Tidak mungkin. Dia buat aku bencikan dia. Pasti Ian sudah beritahu perihal aku sudah ketahui segalanya. Apa lagi dia mahu sembunyi daripada aku?

Dia mara mendekati aku. Setapak demi setapak. Setiap derapan dia bagai melibas-libas kesakitan yang sedang aku deritai. Sakit dikhianati.

"S-sayang... A...bang..." tangannya cuba meraih aku. Matanya banjir dengan air mata. Aku pusing wajah. Aku benci melihat dia.

Dia... bukan lagi suami yang aku cinta. Argh, aku menipu sebab itu sakit di hati makin perit.

"Let me explain... Jangan tinggalkan abang..."

Rayuan dia. Menghunus dada. Mencincang rasa. Aku tak boleh terus berada di sini. Aku harus pergi.

Aku tolak tangannya dan berlari tanpa arah. Dan, tak ku sangka aku bawa kaki ini mendaki tangga. Laju langkah kaki ini aku paksa dan akhirnya menjadikan bilik stor tempat aku melarikan diri daripada Ayyan.

Aku kunci pintu dari dalam. Aku tak mahu temui dia, tak mahu dengari penjelasan dari bibirnya lagi. Tangisan terus ku lempiaskan lagi, tidak tertanggung beban perasaan ini.

Kaki ini longgar, lutut ini rapuh menyembah lantai. Aku penat menangis, namun sakit dihati terus menerus menyeksa aku, bagaimana untuk aku halang?

Tok! Tok! Tok!

"Sayang... Please... Buka pintu ni... A-bang... tahu abang bersalah..."

Bunyi ketukan pintu diselangi suara rayuan Ayyan terus menyentak aku. Lekas, kedua belah tangan menekup telinga. Tidak mahu sebarang patah perkataan menerobos ke halwa telinga. Aku tak nak, dengar!

"Abang tahu, abang mungkir janji... Please, dengar penjelasan abang dulu... Abang..." Rintihan Ayyan terhenti. Suasana jadi sunyi seketika sebelum aku dapat menangkap esakan kuat Ayyan mula bergema disebalik pintu.

Ya Allah, aku tak boleh dengar dia menangis! Kenapa aku dihukum begini? Aku terseksa. Makin deras linangan air memuntahkan isi di tubir mata. Terhenjut dan bergegar tidak terkawal tubuhku berlawanan dengan esakan yang makin melarat.

Bukk!

Bunyi dentuman hadir. Aku terkejut, dan... Mula hatiku digugat kerisauan. Apa jadi pada Ayyan?

Telinga tidak lagi aku tekup. Bibir sibuk menekup bibir pula, cuba lawan tangisan yang bergema.

"Abang salah... Abang tahu, tapi... Sayang jangan hukum abang macam ni... Abang terpaksa rahsiakan, abang takut sayang menangis... Abang tak nak sayang menangis lagi sebab abang..." Rayuan Ayyan bergelumang dengan tangisan. Lirih dan mencarik-carik perasaanku.

Iya, betul aku akan menangis. Tapi, alasan dia tidak cukup untuk dia simpan sakit dia seorang diri! Aku isterinya, aku patut menjadi orang yang pertama mengetahui derita yang dia tanggung. Aku... aku tak nak dia sisihkan aku, aku tak nak dia merendam duka dia seorang diri. Aku mahu menjadi kekuatan dia... Ayyan... Kenapa kau buat aku begini...

Mana janji dan kepercayaaan kau selama ini? Kau lempar kemana? Dadaku kuusap, dan tidak lama aku tumbuk dada yang makin dicengkam kedukaan. Sakit ya Allah, sakit sangat...

"Abang sedar abang silap... Abang perlu kongsi sakit abang... Tapi..."

Dia berjeda. Getaran dari suaranya itu kembali melambung kekecewaan aku. Memporak-perandakan segala ketenangan yang pernah menetap di dalam hati ini. Jangan dia mengaku, sakitnya itu benar. Aku tak mahu dengar! Aku takut...

"Abang tak kuat... Abang tak kuat nak terangkan sakit abang... Abang sendiri tak sangka bila dengar penerangan doktor... Dia kata abang... Sakit barah... Barah hati... Ya Allah... Abang betul-betul tak sangka... Masa tu, kepala abang kosong... Lepas balik dari hospital, abang balik lewat... Sayang marah abang keluar tiba-tiba... Masa tu sayang, abang tahu penyakit abang... Abang tak tahu nak cakap macam mana. Abang tak tahu... Dengan masalah mama, abang tak dapat nak fikir waras... Abang cuma dapat berdiam diri..."

Berderau darahku. Baru aku teringat kata-kata Ayyan tempoh hari ketika dia membisu setelah pulang ke rumah. Apabila aku bertanya ke mana dia menghilang, dia mengelak. Aku sendiri musykil dan merasakan Ayyan ada menyimpan sesuatu daripada aku.

"Nothing. Just release tension at somewhere."

"Ayyan ada hal luar lepas tu ambil angin kejap sampai lupa dah lewat."

"Tak penting untuk Reen tahu,"

"Next time... Next time, I will explain... Please, just hear me..."

"Reen... Ayyan ada sebab tertentu tak ceritakan pasal ni. Sekali ni je faham keadaan Ayyan. Ayyan sekarang pun tengah kusut..."

Bagaikan dekat gema suara Ayyan kembali mengulang di tepi telingaku. Tuhan, kenapa aku tidak sedar dari awal dia sakit? Salah aku juga, tidak peka dengan suami sendiri. Aku gagal menjadi isteri yang baik. Aku gagal!

Tangisan kembali membelenggu diri. Aku terasa benci kepada diri kerana gagal membaca sakit yang tersirat oleh suamiku. Sungguh, aku kecewa dengan diri aku sendiri.

"Abang tak nak fikir pasal sakit tu, abang buang dokumen surat hospital. Abang nak lupakan, abang tak nak percaya semua tu. Esoknya, kita keluar. Abang nak lupakan dengan date bersama sayang. Tapi, betapa hancur abang bila ada mama masa tu. After that, abang benar-benar lupa segala sakit abang. And abang accident... Kejadian mama tinggalkan abang... Abang hanyut dengan duka, sehinggalah abang tahu tentang perasaan sayang. Abang bangkit untuk teruskan hidup, walaupun abang tahu abang dah tak lama...Ya Allah..."

"Abang leka... Abang lupa sakit abang bila dengan sayang... Sebab abang terlalu bahagia  bersama sayang..."

Bunyi tangisan Ayyan kuat menampar dadaku. Sakit dadaku, ditikam dan dicabut kembali umpama pedang. Bahagia bersama aku?? Ya Allah, kenapa bahagia itu kau titip sementara? Tak layakkah aku meniti bahagia hingga ke syurga bersama dia? Tubuhku bergegar menampung tangisan makin berlarutan. Ya Allah, aku tak kuat. Tolong aku.

"Tak pernah abang rasa kebahagian seperti yang abang lalui bersama sayang... Abang bahagia, bila sayang jadi wanita yang mencintai abang dengan kekurangan yang abang ada. Abang bahagia, sayang sanggup jadi kekuatan abang bila abang hanyut masa dulu. Abang bahagia bila tiap pagi bangun tidur, wajah sayang, senyuman sayang ada menyambut pagi abang. Abang tak nak semua tu hilang, abang tak nak sayang tangiskan abang... hanya sebab abang sakit... abang tak nak... sebab tu abang tak mampu luahkan pada sayang... Abang minta maaf, abang mungkir janji... Abang minta maaf, sayang... Tolong maafkan, abang... Maafkan kesilapan, abang... Abang bersalah..." Ayyan merintih semahunya.

Sungguh, aku tak mampu membiarkan Ayyan terus merayu dan merintih. Aku tak sanggup, namun aku juga tidak kuat menghadapi dia sekarang ini. Menghadap dia. Merenung mata dia yang dipenuhi lautan kesengsaraan. Aku tak sanggup.

Maafkan Reen, abang. Reen masih tak mampu maafkan abang walau banyak mana pun kata rintihan yang abang syahdukan pada Reen. Hati Reen dah terlanjur terluka. Lebih baik kita begini.

...

KESEJUKAN yang melata pada kulit membuatkan aku tersedar. Aku buka mata, ruang bilik ini disimbahi kegelapan. Terkebil-kebil aku melawan pedih di mata gara-gara aku terlama berendam air mata. Aku gosok sedikit hujung mata, untuk mengurangkan sedikit kepedihan.

Gelap malam yang pekat ini menghalang pergerakan aku. Aku juga bangkit, dan tangan meraba-raba di depanku. Dapat aku rasai ada benda timbul dan sedikit licin. Dan, aku agak itu tombol pintu. Terus aku pulas pantas, takut berlama di dalam gelap.

Aku berjaya, dan bangun daripada duduk tadi. Terus aku usahakan kaki yang lemah untuk berdiri. Terbuka sahaja pintu, aku loloskan diri. Mataku terhala ke bawah.

Ya Allah. Bagai direntap jantung ini tatkala terpandang Ayyan terbaring kaku di tepi pintu.

Aku segera mendapatkan tubuhnya, kepalanya aku pangku.

"Abang... Kenapa baring sini, bangun abang!" Gesaku, pipinya aku sentuh. Bahunya pula aku goyang-goyangkan supaya dia sedar.

Tiada balasan. Air mata aku jatuh menimpa pipinya. Aku geleng-geleng tidak percaya. Apa yang terjadi pada Ayyan, kenapa dia tak nak bangun?

"Abang... abang... bangun... jangan takutkan Reen..." Teresak-esak aku menyulam tangisan. Jari aku bawa ke hidungnya. Jantungku seakan terhenti berdegup. Tiada hembusan hangat menyentuh jariku itu.

Lekas, aku bongkokkan badan dan tekapkam telinga di dada belah kirinya.

Kosong. Tiada irama. Mukaku pucat tidak berdarah. Nafasku bagaikan hilang jejak. Aku menangis semahuku. Tak... tak... Aku tak percaya! Ayyan takkan pergi secepat ini! Dia takkan tinggalkan aku macam ni. Tak mungkin!

"Ayyan... Bangun... Tolong bangun... Abang tipu Reen, kan? Abang sengaja, kan? Abang tak boleh tipu. Tolong, abang! Bangun! Jangan tinggalkan Reen... Jangan tinggalkan, Reen!" Aku merintih, menangis semahuku tapi dia tak bangun. Ya Allah, jangan kau ambil dia. Ya Allah. Jangan. Aku belum sempat pohon kemaafan pada dia. Ya Allah.

Aku jauhkan wajah daripada dadanya. Pipinya aku tepuk berulang kali.

"Abang... No, jangan buat Reen macam ni... Jangan..." Aku geleng tidak percaya dengan keadaan dia sekarang. Aku tak nak percaya. Walau sekelumitpun! Aku tak nak!

"Abang... Please... Bangun... Demi Reen..."

Dahinya aku kucup. Sejuk. Terlalu sejuk. Tiada haba, tiada kehangatan seperti selalu. Ya Allah, aku mohon ini tidak terjadi. Aku belum bersedia untuk kehilangan dia. Aku tak sedia.

"Abang janji tak nak tinggalkan Reen... Abang dah janji... Jangan tipu Reen, abang..." Rintiku tidak kenal erti lelah. Aku tak nak dia terus diam.

"Reen dah maafkan abang... Reen takkan marahkan abang lagi, Reen dah maafkan abang... Tolong, bangun.... Abang..." Nafasku kian sesak, jantungku tidak sekata. Dadaku tidak dapat menampung kesakitan lagi melihat dia tidak bernyawa lagi.

Tak. Aku tak boleh terima dia pergi! Dia tak boleh tinggalkan aku.

"No... Ayyan dah okay sikit ni. Ayyan tak nak berlengah masa, selagi ada masa kita bina memori terindah supaya tak menyesal di kemudian hari."

"Bukan, sayang... Ayyan cuma nak luang masa dengan Reen sebelum Ayyan mula busy dengan kuliah. Manakala Reen pula busy dengan kerja nanti. Waktu kita akan semakin singkat, sayang kita biarkan masa yang berlalu pergi macam tu sahaja. Ayyan nak kita cipta memori banyak-banyak untuk kita kenang bila..."

"Ayyan takut je, kemungkinan yang kita tak tahu akan berlaku."

"Ajal dan maut ditangan Tuhan. Kita tak tahu semua tu bila akan berlaku."

"Reen. I'm just saying. Janganlah marah... Ayyan tak bermaksud nak cakap saja-saja. Ayyan risau je, kalau-kalau kita terlewat. Itu sahaja, sayang..."

Deruan bisikan halus suara Ayyan dahulu kembali terngiang-ngiang di telinga. Aku menggeleng, bibirku bergetaran hebat menanggung kenyataan yang terbentang depan mata.

"Ayyan. Reen tak nak Ayyan pergi... Reen tak boleh hidup tanpa Ayyan. Please, bangun..."

Kepala aku tunduk dan sembam di dada Ayyan. Aku peluk dan dakap tubuh Ayyan. Namun, saat ini... Tiada lagi tangan sasa Ayyan membalas pelukanku.

...

Belum sempat ku membagi
Kebahagiaanku
Belum sempat ku membuat
Dia tersenyum
Haruskah ku kehilangan
Tuk kesekian kali
Tuhan ku mohon jangan lakukan itu

Sebab ku sayang dia
Sebab ku kasihi dia
Sebab ku tak rela
Tak selalu bersama
Ku rapuh tanpa dia
Seperti kehilangan arah

Jikalau memang harus ku alami duka
Kuatkan hati ini menerimanya

Sebab ku sayang dia
Sebab ku kasihi dia
Sebab ku tak rela
Tak slalu bersama
Ku rapuh tanpa dia
Seperti kehilangan arah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro