SYT 21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SYT 21

HANDPHONE itu aku belek-belek, casing berwarna hitam tiada corak apa-apa. Brand Samsung S2, sudah lama jugak brand ini menempah nama di pasaran. Cukup jelas di sini, dah bertahun lama Ayyan hanya menggunakan handphone ini. Ayyan memang bukan orang berada, kereta yang dia miliki tempoh hari itu adalah kereta secondhand sahaja, kereta myvi pulak tu.

Kasihan dia, walaupun dia sedang belajar dia mencuri masa untuk melakukan kerja sambilan semasa cuti sem pada tahun lepas.

Sejak itu, aku dan dia jarang berjumpa. Dan, jujur aku akui pertemuan tempoh hari merupakan pertemuan pertama setelah setahun aku tidak bersua muka dengannya. Hati mana yang tidak kecewa, insan yang sangat dirindui membawa insan lain hadir pada pertemuan yang sangat aku nanti-nantikan selama ini? Saban hari, aku menghitung waktu, menenun rindu, menyulam kasih mengharapkan dia, insan yang aku cintai. Namun, akhirnya kecewa terpaksa aku terima walaupun hatiku terluka pedih.

Aku meniarapkan tubuhku beralasankan bantal, skrin itu aku sentuh untuk membuka isi di dalam handphone. Mataku tercari-cari folder gallery, bukan niatku untuk menceroboh. Cuma, teringin benar untuk melihat wajah itu untuk mengubat rindu, kerana akal dan fikiranku tidak berhenti memikirkan dia.

Gambar terbaru yang menjadi santapan mataku yang pertama ialah wajah Ainura. Raut wajah itu sempurna, muka bujur sirih... alis lentik... mata bundar... hidung manjung... dan... bibir kecil itu sangat indah menghiasi wajah itu. Patutlah Ayyan menyunting Ainura menjadi kekasih, sudah terang lagi bersuluh pilihan Ayyan sejak dari dulu lagi adalah wanita yang berwajah bidadari. Cantik dan menawan hati.

Aku mengeluh hampa, hatiku perlahan-lahan tercarik-carik cemburu. Kerana, aku sedar diri... Aku tidak dapat menawan hatinya, walaupun usaha berjuta kali sekalipun. Dia takkan memandang aku sebagai seorang wanita. Aku ini hanyalah dianggap sebagai kakak angkatnya sampai akhir hayatnya mungkin?

Pilihan aku untuk memendam perasaan merupakan hal yang benar, sampai bila-bila aku akan simpan kukuh dan dikunci rapat agar dia tidak akan mengetahuinya langsung! Biarlah cinta ini terkubur tanpa nisan. Tidak dapat dijejak oleh sesiapapun.

.....................................................

To : My Love

Assalam, Ainura. Ayyan kat wad berapa?

Pesanan ringkas itu aku tatap lagi berkali-kali, namun tetap sama tiada balasan. Aku garuk kepala yang tidak gatal. Runsing kepalaku menunggu Ainura untuk memberi jawapan. Nak sahaja aku menelefonnya, tetapi malas pula. Nanti macam-macam perangai Ainura bersoal jawab tentang mengapa aku memiliki handphone Ayyan. Dia tu banyak songeh.

Aku menyandarkan bahu pada penghadang besi, mataku meliar menggitari sekeliling. Bunyi riuh rendah pelawat sangat membingitkan telingaku, beginilah keadaan apabila orang ramai berpusu-pusu masuk di pintu utama untuk melawat pesakit. Masing-masing tak penyabar hendak melawat insan yang tersayang, sama juga seperti aku.

Aku kerling jam di tangan, pukul 6.00 petang. Masih sempat 1 jam untuk aku melawat Ayyan, itu pun kalau Ayyan masih sedar. Iyelah, kalau Ayyan dibawah pengaruh ubat tidur, sudah pasti wajah Ayyan sahaja dapat aku tatap. Takpelah, itu sudah cukup melegakan hati aku.

Menunggu sampai 15 minit membuatkan aku tidar dapat sabar lagi, aku segera bawa kaki melepasi pintu utama. Langkahku mendekati lif, ramai lagi orang berdiri menunggu lif. Aku mendengus geram, daripada tunggu baik aku naik tangga lagi cepat. Mataku terhenti memandang tepat pada papan info di tepi lif, ada tersenarai information berkaitan wad-wad.

Kepalaku masih tidak bertemu jawapan yang diinginkan. Pening juga untuk memahami satu persatu info ini, ada istilah yang aku kurang faham. Dan, keputusan yang aku ambil dalam hati masih was-was ialah aku perlu ke wad 6A! Bedal ajelah, nanti masuk dalam wad kan boleh tanya nurse?

Pantas, aku meneruskan niat mendaki tangga. Termengah-mengah aku berhenti di tingkat 4. Tadi, di lobi merupakan tingkat 3. Dan sekarang nafasku sudah semput hanya mendaki satu tingkat. Nampak sangat aku ni kurang bersukan, tidak aktif.

Pada tingkat kelima aku duduk sekejap di tangga untuk melepaskan lelah. Tekakku sudah bersedia meminta air, haus semacam sahaja. Suasana sunyi di tengah-tengah tangga mendatangkan aura seram pula. Lampu malap sipi-sipi sahaja menerangi jalan kawasan tangga ini. Fikiranku sudah dijelajah dengan berbagai bentuk rupa ada gula, tianak, suir, yol dan paling aku takutkan gal! Ya Allah, tolong jangan muncul makhluk hodoh tu! Aku takut!

Seharum bunga yang menggoda,

Sekadar di pandang usah di puja,

Kau pasti tak percaya kasihku bukan,

untukmu sayang.

Tiada ku sangka,

Kau sungguh kejam,

Kau rampas segalanya engkau dendam,

Namun takkan bahagia kehidupanmu,

Bila bunyi bersatu, kau milikku,

Pulangkan cinta hatiku.

Aku matikan lagu itu daripada berdendang dalam tempurung kepala. Lagu itu cukup aku tidak gemar, bukan tak suka penyanyinya tetapi ost lagu Pontianak harum sundal malam. Tidur sebulan pun takkan lena kalau aku tertonton cerita itu. Dari kecil sampai ke besar aku tetap penakut, tak berubah-ubah! Mataku mula tidak sedap hati, kaki aku kembali gagahkan untuk mendaki semula tangga. Tanpa toleh-toleh lagi, aku berlari-lari bagai dikejar hantu. Menggigil sedikit tubuhku cuba melawan rasa takut yang semakin menjadi-jadi.

Mataku aku arahkan jatuh menekur ke lantai, itu lebih baik daripada memandang depan. Kalau jumpa hantu, nampak kaki je bukan nampak muka. Bagus tak idea aku yang sah-sah gila! Janganlah berlaku, hospital ni bukan boleh dibuat main. Macam-macam makhluk ada, setiap hari pasti ada sahaja roh berkeliaran. Hari-hari ada yang celik memandang dunia, dan ada pula pejam meninggalkan dunia.

Dadaku sempit, aku siram dengan zikir-zikir di bibir. Tidak putus-putus aku mengalun penenang hati, sedang aku leka kakiku terlanggar sesuatu. Dari arah bawah, aku hanya nampak benda itu gelap. Apa yang aku agak benda itu keras, aku lantas pejamkan mata rapat-rapat. Dalam kepala, aku terbayang aku terlanggar lembaga hitam! Ya Allah, bantu aku.

Mataku sudah siap sedia untuk memuntahkan isinya. Aku benar-benar takut, segala urat tulang-belulang lemah menandakan semangatku sudah menghilang kerana ketakutan yang melampau. Badanku menggigil-gigil seperti berada di tempat salji.

"Hei, kau kenapa?"

Terhenjut bahuku kerana terkejut bukan kepalang. Darahku berderau berubah pucat. Ya Allah, apa yang aku dengar ni? hantu bercakap ke?

"Si-si-si-si-si-siapa? Ha-ha-ha-ha-ha-han-tu-tu-tu-tu ke?"

Gagap paling teruk aku pernah alami. Keberanian entah dari mana merompak diriku sampai mampu bersuara saat genting begini.

"Hoi! Bukak mata kau! Hantu apa pulak! Kau ingat suara hantu boleh sesedap suara aku ke?" bentak suara itu, memarahi aku.

Aku tidak berani untuk membuka kelopak mata walau seinci pun. Masih takut, entah-entah hantu tu sengaja nak menakutkan aku. Mana tahu lepas ni dia akan sergah aku dengan muka hodoh berparut busuk! Eh, macam pernah sebut perkataan ni, bila masa ek?

"Kau pekak ke? Aku suruh bukak, bukak! Jangan sampai aku buat mata kau buta selama-lamanya."

Tehenjut lagi bahu aku kerana suara itu melengking. Sejak bila hantu pandai ugut? Ya Allah, hantu ni hantu dendam ke?

"Sa-sa-sa-sa-ya-ya-ya... so-so-so-ry-ry-ry... han-han-han-tu-tu-tu... per-per-per-per-gi-gi-gi-gi... jan-jan-jan-gan-gan-gan... ka-ka-ka-cau-cau-cau..."

Aku hembuskan nafas lega setelah berjaya bercakap dengan gaya tidak normal. Gagap teruk yang pasti akan menyakitkan telinga hantu.

"Hei... aku kalau dah hilang sabar... kena kau!" sungut hantu itu, mungkin mahu mengamuk selepas ini.

Tiba-tiba aku terasa ada jari menjentik hidungku kuat, kemudian turun pada kedua pipiku. Eh, suka hati dia je sentuh aku! Tak ada agama ke hantu ni? Eh, hantu bukan kafir ke sebab tu dia suka mengacau cucu anak adam.

Aku tidak dapat menahan sabar, pedihnya kulit pipi masih terasa menyengat. Dengan nafas disedut kuat dan bismillah menjadi peneman bibir, aku buka mata dengan tekad yang terjunjung tinggi setinggi gunung ledang. Aku mesti berlawan dengan hantu ni. Kuat bibirku membaca ayat kursi, lantang selantangnya! Bergema di kawasan anak tangga ini disimbah dengan ayat kursi.

Satu dua tiga!

"Siapa kau?" Aku jarakkan tubuh. Terundur setapak demi setapak. Bukan hantu di hadapan mataku, tetapi seorang lelaki dengan wajah bertutup hitam, cermin mata hitam lagi. Berbaju hoodie hitam, seluar track hitam dan kasut hitam. Serba hitam! Patutlah tadi aku nampak macam lembaga hitam.

"Kau rasa siapa? Jembalang tanah?" sinis suara itu memerli aku.

Aku kerutkan dahi, tidak senang dengan soalan yang diganti dengan soalan. Kalau dah manusia tu jangan nak jadi hantu pulak boleh tak? Tapi kan, kenapa macam pernah nampak fesyen bertutup macam ni, siapa ya?

"Cuba tengok lagi, takkan dah lupa? Baru semalam jumpa kan, takkan dah lupa miss penakut?"

Ting! Aku teringat jantan keparat semalam! Tanpa menunggu lama, aku panjangkan langkah, menyambung semula niatku yang terbantut gara-gara penakutku tadi.

Lenganku tertarik sebelum sempat aku kakiku jatuh ke anak tangga pertama. Aku kaget, tubuhku segera terpusing menghadap dia. Apa masalah jantan keparat ni?

"Kau kenapa? Lepas boleh tak?!" jerit aku nyaring, segala kudrat yang ada, aku usahakan untuk meleraikan tautan itu, tetapi tak terlepas juga.

"Shh... jangan jerit-jerit. Kau tak malu ke terjerit-jerit dari tadi? Dah lah penakut, kang muncul hantu depan kau padan muka."

Sakit hati betul melayan lelaki ni. Aku jegilkan mata luas-luas, entah dia nampak jelas atau tidak. Sibuk berkaca mata hitam, over sangat!

"Kau ni dah kena rasuk ke? Aku kata lepas, lepaslah! Aku nak cepat ni, tak ada masa nak layan kau tau tak!"

Lelaki itu masih berdegil, malah lenganku terasa makin pedih kerana pegangan itu makin kuat.

"Aku nak dengar suara kau je! Tak sangka kau boleh melawan jugak, ingatkan bodoh-bodoh bisu. Semalam tu aku sengaja sakitkan hati kau, nak try kau ni perempuan macam mana. Ingatkan power sangat nak memikat hati mama aku, but lembik rupanya. Aku agak, kau ni jenis lemah semangat kan, nur?"

Apa? Itu alasan dia hina aku hodoh?

Gigi aku ketap kuat, marahku sudah menggelegak sekarang.

"Kau dengar sini! Aku tak berminat nak memikat hati mama kau, apatah lagi nak jadi menantu mama kau! Kau jangan perasan! Setakat jantan muka bertutup macam ni, entah-entah muka hodoh kalah jembalang tanah! Sebab tu siang malam pakai macam ni, kan? Pastu, tak boleh blah nak menghina aku pulak, padahal muka dia yang buruk! Dah, aku nak blah! Buang masa aku bercakap dengan lelaki sasau macam kau ni!"

Memang tajam bicaraku, sangat jarang aku lemparkan kata-kata kasar, tetapi dengan lelaki hati busuk, mulut puaka ni memang senang sahaja terkeluar sifat kasar aku. Tak dapat nak ditahan-tahan lagi.

Riak marahnya tidak dapat dikesan dengan jelas pada mataku, tetapi tindakan drastik dia menolak aku ke dinding sangat menakutkan aku. Aku dikepung pula dengan tubuhnya. Kedua-dua tanganku terikat erat di tangannya. Sakit! Apa kena dia ni? Dah sasau betul-betul ke?

"Hodoh? Kau jangan cuba-cuba menghina aku, bukan saja-saja aku tutup muka aku! Kau jangan menyibuk boleh? Aku tahu, dari awal kau terhegeh-hegeh nak tengok muka aku, kan? Kali pertama tu, mesti kau agak aku ni handsome? Betul tak? Just say it!" gertak dia ke telinga aku. Hampir bergegar tubuhku kerana terkejut. Tangkai jantung pun serasa mahu luruh.

"Siapa yang hina saya dulu, kau kan! Kenapa nak marah aku pulak sedangkan kau yang mulakan dulu? Pernah ke aku buat salah pada kau, hah!"

Berani aku jerit meluahkan sakit hati. Walaupun ada rasa takut, aku perlu berani juga melawan dia. Aku bukan perempuan lembik, seperti yang dia katakan.

Dia lepaskan jua pegangan kuat pada kedua-dua tanganku, kemudian menjarakkan tubuh. Dia pandang aku dalam beberapa saat, dan tiba-tiba ada deringan handphonenya berbunyi. Tangannya menyeluk handphone di dalam poket seluar, sempat lagi dia pandang aku sebelum berlalu dari situ begitu sahaja. What? Macam tu je? Hish, bodoh!

...............................................................

Aku segera memulas tombol pintu. Setelah tubuhku masuk, mataku mencari katil no 2.

Jumpa!

Kaki aku bawa mendekati seseorang perempuan yang aku agak Ainura. Mataku tertancap pada wajah pucat Ayyan yang sedang terbaring lesu di atas katil. Mata itu terkatup rapat. Air mata rasa mahu tumpah, sebakku terus mengikat jiwa ragaku.

"Kak Reen buat apa kat sini? Kan dah nak habis waktu melawat?"

Soalan Ainura aku biarkan sahaja, sakit hati jugak mendengarnya. Dah sah-sah aku datang nak melawat tetapi gara-gara jantan keparat tu aku terbuang masa sia-sia sahaja. Dan, sekarang ni Ainura nak ajak gaduh pulak ke?

"Dia operate malam tadi. Sekarang dia tengah tidur, doktor suruh rehat. Kak Reen jangan ganggu dia, kita keluar dah habis waktu melawat ni," ujar Ainura, dari nada macam nak menghalau aku pula. Aku baru sampai kut, sabar kejap tak boleh ke?

Tanganku dicapai Ainura. Aku lekas menepis, mataku memanah sebentar pada anak matanya. Menghantar pesanan aku marah sekarang ni!

"Ainura keluar dulu, Kak Reen nak tengok dia kejap." Aku mencuba bersuara perlahan, bimbang mengganggu Ayyan tidur. Marahku cuba dibuang jauh-jauh.

Dalam beberapa minit, aku masih berkeadaan itu, merenung Ayyan tidak lepas. Rasa lega dihati, dia selamat menjalani operation. Ucapan syukur tidak putus-putus aku panjatkan kepada Allah kerana memudahkan urusan Ayyan.

Masa terasa amat singkat, pengumuman masa melawat sudah tamat menyedarkan aku untuk pergi dari situ. Cukuplah, Arina... Dia dah okay, dia dah selamat, kau jangan risau ye... Bisikku dalam hati, memujuk diri sendiri. Jujur, aku sangat terkilan dengan pertemuan singkat ini dan tidak dapat mendengar suara dia sungguh menyeksa jiwaku. Aku ingin memastikan sendiri keadaan dia sudah bertambah baik dengan mendengar suaranya, namun dia perlukan rehat... Aku tak boleh menggangu dia! Dengan terpaksa, aku gagahkan kaki melangkah keluar dari wad itu.

.................................................

Writer's comment : Ian ni mcm xbetul kan? Ayyan pula knpe tidur? kesian arina :'(

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro