SYT 28

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SYT 28

"KAU buat apa kat sini? Asal boleh terjumpa pulak? Kau skodeng aku, kan?" soal dia lagi, dan tanpa kusangka tangannya merayap makin mendekat dengan cawan miloku. Dengan selambanya dia ambil cawan dan, aku agak dia minum?! Ya Allah, apa masalah dia? Air aku tu belum disentuh kot, senang-senang aje dia rembat apahal?

Gigi aku ketap-ketap. Panas! Panas! Penghawa dingin café ini pun tak dapat turunkan suhuku yang naik mendadak. Aku tahankan sabar lagi, jangan marah dulu. Kejap lagi, mengalah lah tu. Sekejap aje, lagipun Firshad mai nanti. Boleh mintak si Firshad tu halau mamat sewel ni.

"What the...? Milo feberet aku kut, asal boleh tersama pulak dengan kau? And... she love milo too..."

Aku mendengus, banyak cakap pulak dia ni. Si Firshad ni mana pulak, terlebih lama buat apa dari tadi? Takkanlah dia tengah membikin dompet, ambil dompet pun lembab macam ni. Haa, kan dah kena lembab pasal mood aku swing.

"Hei, panas lak hati aku ni cakap dengan tunggul! Kang aku habiskan milo ni baru kau nyesal!"

Habiskan ajelah sewel, aku pun tak hingin nak minum bekas kau! Cebikku geram, jari lincah bermain-main. Game ini pun buat hati menyampah, dari tadi boleh pulak asyik lose aje. Lepas keluar dari game, aku seret-seret skrin telefon, berharap lepas ni Firshad call. Or, siapa-siapa ajelah.

"Karang aku gigit mulut tu, baru tahu nak bercakap. Haish, nasib aje tengah awam ni. Aku ni jenis tak bersabar, kau jangan..."

Aku pejam mata rapat, sakitnya hati. Gila psiko pulak mamat ni, rasa macam nak tampar-tampar aje mulut tu biar diam dari tadi memekak. Dah orang tak nak layan, pi lah berambus sana. Dia sendiri cakap tak berminat dengan aku, asal pulak sekarang meroyan nak dengar suara aku? Dia ni mental betul-betul ke sengaja jadi mental ni?

"Just leave... I don't know you..." ujarku dengan nada kasar. Haa... terus terkeluar speaking aku.

"Pergh, buat-buat tak kenal pulak minah penakut ni. Kau try hard nak jadi Arisa ke?"

Berkerut dahiku berlapis-lapis. Bila masa pulak aku nak jadi macam perempuan yang dia tergila-gilakan tu. Sorry, sikit... kenal pun tidak, macam mana nak tiru dia. Eh, jap... Arisa? Bukan ke tu nama heroin dalam manuskrip aku tu. Kebetulan sungguh! Argh, dah-dah malas nak layan. Baik aku telefon Firshad suruh dating kat tempat lain. Meluat duduk lama-lama kat sini.

Aku bangun dan menapak perlahan ingin mendekati pintu, dan tak disangka-sangka pergelangan tanganku disambar. Laju sahaja aku rentap tanganku. Tapi, tak berjaya. Kuat sangat mamat ni, kenapa? Kerana terlampau menyengat perasaan sakit hati, aku paksa jugak kepala untuk mendongak memandang dia yang tinggi melebihi kepalaku. Macam ketinggian Ayyan, tetapi rendah sedikit.

Tajam mataku menikam anak matanya yang terselindung itu. Dan... entah kenapa walaupun tidak nampak jelas matanya, aku dapat rasakan mata itu terlalu familiar. Macam pernah nampak...

"Wait... kau nak blah macam tu je?"

Aku rentap lagi tanganku, dan dia masih berkeras tidak melepaskan. Sakit hati, sakit tangan. Geramnya!

"Aku nak blah, dah jelak dengar suara kau!" bentakku geram.

"Kau marah aku ke sampai jelak dengar suara aku?" terjungkit keningnya sebelah, bibirnya tersenyum sinis seakan mengejek aku.

"Lepaslah!"

"Tak nak!"

"Lepas!"

"Tak nak!"

"Excuse me, sila beri laluan..." ujar seorang wanita sambil memandang kami berdua dengan jelingan maut. Mungkin marah kerana kami buat roadblock depan pintu. Kerana terpaksa, aku bawa diri duduk semula di tempat tadi.

Dia lepaskan jua pegangan tadi, setelah aku duduk. Aku memeluk tubuh sendiri, memandang tajam tepat ke wajahnya.

"So, cakaplah apa masalah kau. Asal kau kacau aku? Aku dah buat dek tu, faham-faham ajelah blah."

"Aku nak bincang pasal mama... dia nak..."

Pantas aku potong kata-katanya. Mengelegak darah kerana dia buat cerita lagi.

"Kau tak payah mereka cerita, eh? Aku dah tanya mama kau, dia tak kenenkan aku dengan kau, pun. So, apa masalah kau ni? Nak jadikan aku bahan persenda, kau?!"

"Bila masa pulak kau tanya? Kau call dia?"

"Tak... aku tanya face to face. Dia bos publisher purnama, dan aku kerja kat situ."

Secara tak sengaja aku terberitahu perihal aku kerja dengan mama dia. Alamak, jangan dia pi kacau aku kat situ sudah.

"Kan aku dah cakap, kau ingatkan aku dengan Arisa. So, sebab tu aku kacau kau," jawab Ian selamba sambil memeluk tubuh. Matanya yang berselindung disebalik cermin mata itu masih tajam merenung aku.

"Alasan bodoh!" bentakku bersama dengusan kasar. Aku alihkan pandangan, menyampahnya!

"Yeah, memang bodoh. Tak nak percaya sudah! Aku pun kalau bukan sebab Arisa, tak hingin kut nak kacau kau. Dah lah, not my taste."

Tak terkata lidah ini. Eh, dia ni memang mencabar kesabaran aku betul!

"What? Kau ni memang! Takpe, malas aku nak layan. Baik aku blah!" Daripada melayan perangai dia, baik aku pergi lagi elok. Pantas aku bawa diri keluar, kini tiada pula sesi menyambar tangan. Bagus! Tetapi sangkaanku meleset, kali ini dia menghadang jalanku dengan mendepakan kedua-dua belah tangan.

"Asal kau tak suka aku kacau, kau?"

"Tak payah tanya soalan bodoh boleh, tak?!"

"Kau suka je kan aku kacau, tapi cara aku kasar yang buat kau benci, kan?"

"Ya Allah, apa ni?"

"Aku tak boleh stop kacau kau, aku rindukan dia wey."

"Lantak kau lah! Tu bukan masalah aku!"

"Kau nak tahu cara apa untuk buat aku tak bercakap kasar lagi dengan kau?"

Aku menjeling dia, malas nak bercakap lagi. Buat sakit hati, buat sakit mulut aje membidas kata-kata dia.

"Be my girlfriend!"

Ternganga luas mulutku. Mataku turut terbeliak besar memandang dia dengan rasa tidak percaya. Gila! Hanya perkataan itu yang terluah dalam hati untuk menggambarkan situasi yang sungguh tak tercapai akal fikiranku.

"Gila! Lelaki sewel!"

Mimik mukanya aku tidak dapat baca langsung! Yang pasti aku dapat teka mungkin dia sedang mentertawakan aku sekarang ini, kerana berjaya mempermainkan aku.

"Kau tak nak? Why not try maybe in just one month, or one week... or..."

Dia bermain-main dengan jari jemarinya, mengira tempoh dalam nada suara cukup menjengkelkan telingaku. Pengiraannya terhenti, dan dia jungkitkan kening sedikit,

"Or..."

Ketika bibirnya terbuka untuk meneruskan kata, aku terus berpatah balik masuk semula ke dalam café. Malas nak layan lelaki itu. Aku dapat rasakan lelaki itu nampak benar seronok mempermainkan aku. Sakitnya hati, kenapa dia sanggup persendakan aku begini sekali? Dah tiada perempuan lain ke, sehingga aku pula menjadi mangsa dia?

Aku duduk mengambil tempat setelah mengorder air milo ais. Buat basahkan tekak dan hati ini yang sedang mendidih. Baru sahaja aku ingin menghembus nafas lega kerana tiada tanda-tanda Ian datang kembali, aku dikejutkan dengan figura dia yang selamba badak duduk di hadapan aku. Dalam hati aku beristighfar panjang, biar amarahku luntur. Ya Allah, berikan aku kesabaran.

"Or maybe one day," ujar Ian sambil tangan dijatuhkan atas meja. Hampir tersentuh jarinya dengan hujung jariku yang sedang tersulam elok di atas meja. Aku larikan tangan dan memeluk tubuh. Sedaya upaya aku pekakkan telinga, dan butakan mata daripada menyedari kehadiran manusia yang tidak diundang itu.

"Kau marah? Why? Aku bukan nak main-mainkan kau, Nur. I'm just wanna trying to couple with you, just want to know how you treat me well as a boyfriend. So, why not kita try dulu, mana tahu we will become marriage couple pulak lepas ni."

Pening, terasa dunia berputar-putar. Dia ni normal ke tidak ni, kenapa maca, dah sasau betul-betul je? Kenapa pula sampai hal kahwin pulak? Dia ni... tak makan ubat mental ke tadi?

"Aku tahu kau tak boleh accept aku sebab muka aku bertutup, kan? Kau jangan ragu-ragu, muka aku ni aset terpenting aku, mana-mana perempuan mesti cair punya kalau tengok muka aku ni... aku rasa kau pun termasuk dalam kategori perempuan yang mesti angau punya kalau dapat tengok muka aku... but, buat masa sekarang ni aku tak boleh bukak mask ni, because of something. If kau jadi girlfriend aku lebih daripada sebulan, aku boleh bukak mask ni untuk tatapan kau seorang. So, kau tak curious ke?"

Aku pegang pelipis, serius stress tahap gaban ni. Kalaulah ada air milo panas sekarang, memang dah selamat mendarat kat muka dia. Aku gigit-gigit bibir tahan marah, nak meletup rasa tak berbaloi. Nanti mesti ada sahaja kata-kata terlampau merepek dari mulut dia tu. Ya Allah, kenapa lelaki macam ni wujud kat dunia?

"Hei, tolonglah buka mulut tu bercakap. Jangan buat aku macam orang bodoh boleh tak? Haa.. kan dah terkasar balik. Aku memang fail bab bercakap lembut-lembut ni, so malaslah nak cakap ayat bergula ke bergaram ke, aku akan terus cakap ayat berpahit dengan kau selagi kau belum jadi wife aku. So, tak nak try ke? Peluang datang sekali, dan aku pun datang sekali ni je, kalau kau tolak aku takkan datang balik sebab..."

"Reena! Siapa ni?" tegur satu suara. Aku pantas mencari suara itu, senyumanku terukir tanpa dapat ditahan. Tergembira pula kerana datang penyelamat keadaan genting ini. Nasib baik kau datang, Shad.

"Entah, saya tak kenal," selamba aku lontarkan suara, sambil riak mukaku terlebih mesra dan bibir menyuruh Firshad duduk di sebelah aku. Firshad nampak macam terpinga-pinga dengan layanan aku, sebab selama ini aku biasa-biasa aje, hari ni terlebih pulak.

"No. She lying, I'm her boyfriend." Ian bersuara keras, ada nada serius ditekan pada perkataan boyfriend.

Aku terpempam, begitu juga dengan Firshad. Dia memandang aku dan Ian bersilih ganti, seakan mencari jawapan dan riaknya jelas terpampang tidak percaya.

"And she will be mine soon. So, will you leave because I need to discuss something important with her..."

Tak terkelip mata aku dan duniaku seakan terhenti dengan sendirinya. Permainan apa pula sedang dirancang oleh Ian ni? Ya Allah, what's his problem?

.........................................................

Writer's comment : Ian is crazy, because author is crazy too. Hahahha. Sory kalau so merepek, I betul2 rindu nak menulis.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro