SYT 49

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SYT 49

Listen this song : Dimash - adagio

When you're hurting,
I know my heart is breaking.

...

KEDATANGAN kami ke rumah Ayyan, tiada yang istimewa. Hanya pekat malam yang menyambut kami. Seperti kebiasaan, ayah Ayyan bekerja begitu juga dengan abangnya.

Jejaknya kakiku di sini, ada segunung rasa yang memberat. Peristiwa itu... argh, sukar sekali apabila peristiwa pahit itu kembali terintai-intai di tubir mata. Aku tekan dada, sakit itu masih ada. Tabahkan aku, Ya Allah.

Aku mengekor Ayyan dari belakang. Dia bergerak menuju ke dapur setelah lampu terpasang menyimbah ruangan gelap rumah ini.

Apabila aku nampak tangannya mencari cawan, segera aku hampiri dia. Tugas aku sebagai isteri perlu aku laksanakan.

"Ayyan duduklah, biar Reen buatkan air. Air apa yang Ayyan nak?"

"Tak perlu, Ayyan nak minum air kosong je." Tolak Ayyan. Dia tuang air sendiri ke dalam cawan tanpa menoleh aku.

Hampa juga. Aku tahu dia masih marah kepadaku perihal mak tadi. Habis bernanah agaknya telinga dia mendengar ceramah mak bertali arus. Naluri seorang ibu, siapa yang tidak marah apabila si anak sanggup bertindak kejam tidak mahu membuka hati mendengar penjelasan dari seorang ibu?

"Ayyan marah Reen?" Soalku setelah dia habis meneguk air. Dia tidak bersuara, malah membiarkan aku seorang diri di dapur.

Cawan yang ditinggalkan itu aku basuh bersama perasaan sedih. Sedih kerana tidak dihiraukan lagi.

Usai itu, aku membuka pintu. Figura Ayyan tanpa berbaju menampar mataku waktu ini. Mataku berlari menekur lantai. Aduh, kenapalah tak buka baju kat tandas aje? Aku pun satu, yang tak ketuk pintu tu dah kenapa?

"Ehem." Deheman Ayyan kedengaran mematahkan situasi janggal ini. Aku masih tidak alihkan mata. Tengok lantai yang beralas tikar berwarna coklat cair.

"Nanti dalam rumah nak keluar pakai tudung. Si Ash tu malam-malam buta dia balik."

Ash? Hmm. Ini yang tak gemar. Kena pakai tudung dekat rumah. Nasiblah dah terjebak dalam rumah ni. Redha ajelah Reen. Pujukku sendiri.

"Reen jangan bercakap dengan Ash tu. Kalau dia tegur, buat bodoh aje."

Dia memberi amaran lagi tentang abang sulungnya. Dari suara Ayyan yang agak keras itu, aku dapat tahu hubungan mereka masih teruk seperti dulu. Dan, Ayyan tak nak aku berhubung dengan abang dia.

Keluhan terlepas dari bibir. Sesaknya memikir semua ni. Macam duduk dalam penjara pula walaupun belum satu hari menetap sini.

"Reen diam fikirkan ape ni?"

Dagu aku tiba-tiba ditarik menghadap dia. Aku terkejut kerana kehadiran Ayyan secara mengejut. Macam mana dia boleh datang sedekat ini?

Mataku bertembung dengan mata dia.

Kami saling berbalas pandangan.

Dan, aku diusik perasaan malu apabila mata itu meliar melatari setiap inci raut wajahku.

"Ayyan memaksa sangat ke, Reen?"

Dia tanya dengan suara berbisik.

Memaksa sangat. Jawabku dalam hati. Namun, apakan daya. Aku tidak mahu dia susah hati pula dengan jawapan jujurku. Segera, aku geleng kepala.

"Takpe, Reen okay..."

Redup mata dia mencuba membaca isi hatiku. Sedaya upaya aku cuba timbuskan perasaan aku daripada terpancar dari kolam mataku ini. Biarlah aku berbohong, asalkan kau dapat rasai ketenangan walaupun sebentar cuma.

Dengarlah bintang hatiku...

Bunyi nada dering Ayyan bergema. Dia masih diam, mencari-cari jawapan dalam kolam mata ini.

Aku akan menjagamu, dalam hidup dan matiku... hanyalah kau yang ku tuju...

Alunan lirik lagu itu berdendang sehingga aku terasa berada di dunia khayalan bersama lelaki dihadapanku. Dia juga seakan terpegun merenung aku tidak lepas.

Dan teringat, janji kepadamu... Satu hari pasti akan ku tepati...

Aku teguk liur sekali. Dia juga begitu.

Memori bersama Ayyan menyingkap tirai perasaanku terhadap dia.

Aku... Aku sayangkan dia. Bilakah dia akan mengetahui rasa ini, duhai hati?

Lagu itu terhenti di tengah jalan.

Sunyi semula ruangan bilik ini.

Hanya kedengaran nada nafas kami bergerak terhela di udara. Mengaturkan kehangatan kepada wajah kami. Kerana aku dan dia berjarak dekat.

Apa khabar jantungku? Kesian. Hari-hari tidak jemu menghempas ombak debaran. Setia berkhidmat disaat aku bersama dia.

"I should got that call."

Erk. Dia speaking tiba-tiba. Aku diam tak terkutik. Mataku menyoroti langkahnya. Tangan Ayyan menyambar telefon. Deringan menyanyi lagi.

Aku dengar dia mendengus geram. Entah dari panggilan siapa. Riak kurang senang tercela pada seraut paras itu.

"Apahal call?" Kasar Ayyan menyoal si pemanggil.

Telingaku semakin melebar. Ingin dengar lebih lanjut. Tapi, tak mungkin dapat sebab Ayyan masuk ke dalam bilik air tanpa menoleh aku pun.

Beg di lantai aku bawa ke almari. Niat ingin menyusun pakaian Ayyan, jadi tinggallah hanya pakaian aku di dalam beg itu.

Bukan aku tak nak letak pakaian aku sekali dalam almari, tapi lupa minta kebenaran Ayyan. Takut pula kalau dia marah jika aku sesuka hati membuat almari ni hak milik aku.

Tengah ralit menyusun pakaian Ayyan, kedengaran bunyi pintu bilik air dibuka. Lantas, mataku terpanah ke arah pintu itu. Terjegul wajah Ayyan di sebalik pintu. Dia hanya keluarkan kepala.

"Reen, tolong letak handphone ni." Arahan Ayyan aku turuti. Aku bangun dan mendekati dia. Tubuh Ayyan yang terdedah itu aku buat-buat tidak nampak. Telefon Ayyan aku ambil dari pegangan dia. Segera aku pusingkan badan, tetapi lenganku disambar tiba-tiba.

Aku terkaget. Dan tayang muka terkejut.

"Kalau nampak kotak kecik jangan bukak. My privacy," ujar Ayyan dan meleraikan pautan di lenganku.

Aku ketap bibir. Terasa hati mendengar kata-kata Ayyan. Hmm, nampaknya dia masih menganggap aku 'kakak angkat', bukan 'isteri' yang perlu kongsi rahsia antara kami berdua.

Huh. Aku cubit diri sendiri. Kau pun sama Reen. Sembunyi rahsia hati kau daripada dia. So, it's adil right?

...

MALAM itu, aku tidak dapat lelap. Mataku terkebil-kebil merenung wajah Ayyan yang sedang lena diulit mimpi.

Lepas solat isyak, terus sahaja Ayyan tidur tanpa berkata apa-apa.

Aku sendirian, kesunyian.

Malam ini tiada pula kucupan mesra di dahi. Tiada kemesraan. Hanya kedinginan yang semakin menoda hubungan kami.

Nafas hiba aku hembus lemah. Ku sangka bahagia akan mewarnai suram di hatiku, namun itu hanya anganku semata. Dia... sedang dilanda duri dugaan, dan aku juga turut teruji dengan sikapnya.

Mungkin ini, ujian untuk aku. Sebagai titik pemula setelah aku digalas dengan title isteri kepada lelaki bernama Ayyan Irhan. Ya, itu mungkin. Setiap manusia pasti tidak akan lepas dari dugaan, aku juga begitu. Aku kena kuat demi, dia. Insan yang kusayang selama ini, cintaku juga akan teruji untuk melihat sejauh mana dalamnya kasih ini untuk terus bertahan bersama dia.

Bagaimana pula khabar Puan Suraya? Apabila terkenang seraut wajah tua itu, aku didendang hiba dan sebak. Pasti dia ditujah kesedihan yang bukan kepalang. Sakitnya menanggung rindu terhadap darah dagingnya, namun apabila mata sudah berjaya menatap insan yang terlalu dirindui. Ianya tidak seperti yang disangka, hempasan gelora dendam si anak bagaikan badai membanting segala rasa yang terpendam begitu sahaja. Ia juga retak, pecah berkecai-kecai tak mampu dicantumkan semula.

Mungkin. Itu kesakitan yang dialami Puan Suraya.

Ya Allah, sukarnya menanggung derita itu.

Ayyan. Dia pula. Bagaimana rasa sakitnya?

Aku... Aku sukar untuk memahaminya, tidak mampu aku rasai walaupun sedetik kerna sakitnya itu hanya dia mampu rasai. Hanya dia yang tahu sakit itu, sakit yang pasti tidak terperi. Menghunus ibarat pedang setiap penjuru hati tanpa terselindung mana-mana pelosok pun.

Berkali-kali menikam. Tidak berhenti. Berulang-ulang entah ke berapa kali. Sehingga hatinya lelah menampung derita. Ya Allah.

Derita itu sukar sekali. Tolong dia, Ya Allah.

Tanganku bergerak mendekat ingin mengusap wajah duka itu. Namun, tingkahku terhenti gara-gara ketukan pintu menyentakku dari meneruskan niatku itu.

Aku bingkas bangun apabila ketukan itu diselangi dengan salam dari luar. Kedengaran sayup-sayup suara garau lelaki dari luar. Tudung berwarna hitam yang tersangkut di tempat penyidai telekung terus aku capai dan pakai.

Aku teliti keadaan diriku, semua aurat selamat tertutup.

Dengan langkah berhati-hati, aku pulas tombol pintu. Terjegul seraut wajah lelaki berumur separuh abad. Adam Lee. Ayah mertuaku.

"Ayah ganggu Arina tidur? Ayan mana? Dia dah tidur?" tegur Encik Adam Lee dalam serba salah. Bukan niat untuk menggangu lena mereka, sekadar rasa bersalah yang mendesak kerana dia tidak hadir untuk menyambut menantunya datang ke rumah.

"Takdelah ayah, Arina tak tidur lagi. Ayyan dah tidur, nak saya kejutkan?" Aku segera menyalami ayah mertua setelah menjawab pertanyaannya. Rasa segan sedikit menetap di hati apabila berhadapan seorang diri dengan ayah mertuaku ini. Memanggil dia ayah juga terasa canggung, tetapi hatiku bagaikan tercuit rasa hiba kerana sudah terlalu lama panggilan nama ayah tidak meniti dibibirku.

"Takpe, biarlah Ayan tidur. Boleh ayah nak berbual sedikit dengan Arina?"

Aku angguk tanpa memikir panjang. Dah ayah mertua ajak berbual, tak mungkinlah aku menolak?

Kaki ikut menapak ke dapur. Encik Adam Lee mengajakku duduk di kerusi. Aku hanya menurut.

"Sebelum tu, Ayah nak minta maaf pada Arina sebab tak menyambut kamu datang kemari. Ayah tahu ayah salah. Kesian menantu, ayah," terang Encik Adam Lee dengan nada bersalah. Riaknya juga muram.

Aku tenung seraut wajah yang sudah dimamah usia itu. Walaupun sudah berumur, masih terbias lagi aura kacaknya. Sekali pandang, aku nampak ada iras sedikit wajah Ayyan. Cuma, muka itu lebih ke arah wajah cina, sebab ayah mertuaku dahulu mualaf. Kahwin dengan Puan Suraya, dan memeluk Islam. Tetapi, sayang sekali rumah tangga mereka berakhir seperti itu.

Sedih aku apabila aku dapat menangkap raut itu jelas kepenatan kerana kerja seharian.

"Ayah jangan risau, saya tak kesah. Saya faham ayah kerja... Ayah balik pukul berapa tadi?" Aku alaskan bicara dengan selembut mungkin, ingin menenangkan rasa bersalah ayah mertuaku. Aku tak kesah pun walaupun sedikit sedih, kerana kedatangan aku tidak disambut. Namun, tidak usahlah aku memanjangkan cerita, keutamaan ayah untuk mencari rezeki lebih perlu didahulukan.

"Ayah baru balik. Selalu ayah memang ot, tetapi ikutkan ayah nak cuti hari ni tapi jadi susah pula bila kawan ayah ada hal lain. Terpaksa juga ayah ot... Ayah harap Arina tak kecil hati."

Penjelasan ayah aku sambut dengan senyuman. Lembut tutur kata ayah Ayyan, tidak pula aku sangka dia melayan aku sebaik ini. Aku fikir dia marah kerana aku punca anaknya kahwin di usia muda. Rencah rasa dihati bertukar serba salah dan malu. Apa agaknya pemikiran ayah Ayyan tentang aku, ye? Mungkin dia fikir aku perempuan tidak baik. Menconteng arang di muka keluarga.

"Saya tak kecil hati pun, ayah. Saya nak minta maaf sebab saya Ayyan kahwin mengejut macam ni. Saya minta maaf sangat-sangat," luahku penuh kekesalan. Walaupun aku malu untuk meminta maaf buat kali kedua, aku perlu mengulang lagi kerana aku kini diikat kegusaran andai kata aku menyusahkan keluarga ini. Sungguh, aku bimbang.

Adam Lee menggeleng kepala. Dia lakarkan senyuman.

"Jangan minta maaf, Arina. Ayah tahu kamu berdua tak mungkin melakukan perkara keji begitu. Ayah tahu Ayyan anak yang baik, taat perintah Allah. Menantu ayah pun anak yang solehah, tak mungkin lakukan benda terlarang. Ayah yang patut dipersalahkan sebab biarkan anak ayah si Ayan tu seorang diri. Sakit tanggung sendiri, dari dulu. Daei zaman sekolah lagi, dia takde teman. Ayah kerja siang malam, sibuk setiap masa. Dia berdikari sendiri dengan abang dia." Encik Adam Lee berhenti menyambung kata. Dia mengusap wajah, beratnya kesalahan yang dia lakukan pada anaknya. Dia kesal, kerana tidak mampu menjadi ayah yang baik dan bertanggungjawab menjaga perasaan anak. Selama ini, dia sibuk mengejar dunia, duit itulah yang dicari. Rahsia hati anak yang jelas terluka tidak pernah diselami.

Setiap hari hanya menitip kata,

"Jaga makan."

"Jangan tidur lewat."

"Selesaikan kerja sekolah."

"Dengar cakap cikgu."

Hanya bait patah perkataan itu dilazimi disebut untuk si anak. Dia tahu itu tidak cukup dan pasti akan melukakan hati si anak yang dahagakan kasih sayang dari seorang ayah. Dan, kasih ibu langsung tidak dapat dikecapi. Kasihannya, anak ayah.

"Ayah?" Aku seru namanya apabila ayah Ayyan termenung tidak bersuara. Aku kira dia sedang hanyut dalam emosi sebak kerana mengenang kekesalan yang lalu. Aku turut diracun rasa sedih.

"Maaf Ayah terfikir sesuatu tadi. Hmm... sebenarnya, ayah nak tanya sedikit pasal Ayan. Dia tu macam ada masalah kerana tiba-tiba nak tinggal di sini, padahal sebelum ini dia dah beritahu ayah awal-awal yang dia nak tinggal di rumah Arina sahaja. Betul ke dia ada masalah?" Mata dia fokus kepadaku sekarang. Aku pula terkedu. Tak sangka ayah Ayyan akan membuahkan soalan itu. Boleh ke aku cerita semua kepada dia? Ayyan pula bagaimana reaksinya nanti? Marahkah?

"Er, ayah..."

"Sebenarnya..."

Aku terkulat-kulat hendak menyambung kata. Masih tersepit memikirkan apa yang perlu aku perkatakan. Adakah aku dikira mengkhianati Ayyan jikalau aku meneruskan tutur penjelasanku selepas ini?

"Jangan takut, beritahu ayah apa berlaku." Encik Adam Lee bersuara untuk memberi semangat kepada menantunya yang jelas sedang ragu-ragu dalam berbicara tentang permasalahn yang membelenggu anaknya.

Aku menarik nafas dan menghela keluar dengan perlahan agar resahku untuk menuturkan kisah yang terjadi akan berjaya aku paparkan kepada ayah mertuaku. Aku mesti buat, agar permasalahan ini akan dapat dirungkaikan segala kekusutan yang membelenggu keluarga ini. Pendapat dari keluarga Ayyan sendiri, iaitu ketua keluarga perlu dicari.

"Mama Ayyan muncul kat rumah saya tempoh hari." Sekali nafas akhirnya keluar juga butir bicara yang teramat sukar untuk aku sebut dicelah bibir.

Mata Encik Adam Lee terbuka luas. Kerutan di dahi tuanya makin berlapis-lapis. Sangat jelas dia dirundung kaget dengan perkhabaran ini.

"Ma...ma... Ayan? Su...su... ra... ya?" Tersekat-sekat suara Encik Adam Lee menyoal aku dengan riak tidak percaya.

"Ye, ayah. Puan Suraya Zulaikha. Dia bos saya, dia datang nak jenguk saya sebab tak dapat datang majlis saya. Itu yang dia datang jenguk sekejap kat rumah saya, tak sangka bila dia tengok Ayyan terus dia cakap Ayyan anak dia."

"Macam mana dia boleh kenal? Bukan salah orang?"

Dari suara dia, aku tahu. Dia tidak percaya, tak mungkin itu berlaku. Mungkin itu yang dia fikirkan.

"Dia ada tunjuk gambar, ada gambar ayah dengan Puan Suraya masa muda," jelasku lagi.

Encik Adam Lee terdiam seribu bahasa, mukanya ditekup dengan kedua belah tangan.

"Su... ra... ya... Kenapa baru sekarang Su muncul?" Lemah bait itu dilakar bersama getaran suara sayu.

Aku diam menanti keadaan Encik Adam Lee bertenang semula. Sebak aku melihat dia. Pasti ayah terlalu sedih, dan ada rasa bahagia kerana isteri yang selama ini dirindui muncul kembali?

Dia angkat wajah. Ada bekas titisan air jernih tercela di kelopak matanya. Sedikit merah mata itu.

"Arina tidur dulu. Nanti esok kita berbual lagi." Dia bangun dan menepuk sedikit bahuku sebelum melangkah pergi membawa hati yang remuk redam.

Aku kesat air mata yang tiba-tiba menitik. Ya Allah. Berikan jalan penyelesaian untuk keluarga ini. Semoga bahagia menjadi milik mereka, Ya Allah. Aku mohon.

...

Writer's comment : Kesian kan. Masing2 menderita :'(

...

12 oct 2019

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro