𝟐 𝟗 | 𝐇 𝐄 𝐑 𝐎 𝐍 𝐀 𝐘 𝐑 𝐀

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Adik. I'm here for you. Stop crying my love. You're safe with me...

Suara garau itu terngiang-ngiang di telinga Anayra. Ayat terakhir yang dia dengar sebelum tidak sedarkan diri.

Tangan Anayra mula bergerak memberikan tindak balas yang positif kepada sentuhan Tok Ma. Tok Ma yang setia duduk di tepi katil Anayra tersentak tatkala genggaman tangannya dibalas oleh Anayra. Berubah terus riak wajahnya.

"PEAH DAH SEDAR!" Laung Tok Ma kuat.

Anayra mencelikkan matanya perlahan-lahan. Menusuk sinaran cahaya lampu sehingga menyilaukan pandangannya. Kuat bunyi jeritan Tok Ma menerkam gegendang telinganya. Wajah pertama yang memenuhi kornea matanya adalah wajah Tok Ma. Tidak berkelip-kelip matanya.

Anayra menggerakan sedikit badannya. Terasa lenguh satu badannya. Tok Ma pantas membantunya bangun daripada baring lalu menyandarkan belakang badan di kepala katil.

Tok Ma menjatuhkan ciuman lama di atas dahi Anayra. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia risaukan Anayra. Hampir luruh jantungnya semalam apabila Shahrul pulang ke rumah sambil membawa Anayra dalam keadaan tidak sedarkan diri. Seisi rumah agam ini menjadi kalut melihat keadaan Anayra. Pakaiannya yang dipakai sudah koyak sana sini.

Selang beberapa saat kemudian, pintu bilik Anayra dirempuh oleh Shahrul diikuti oleh Damien dan Katerina daripada arah belakang.

Shahrul meluru ke arah Anayra. Tanpa amaran dia memeluk kemas tubuh Anayra mengundang curiga pada mata Katerina dan Damien yang melihatnya. Shahrul nampak betul-betul risaukan Anayra. Langsung tidak berpura-pura.

"Nayra..." Shahrul melepaskan keluhan lega. Dia meraup wajahnya beberapa kali. Dia tidak dapat membayangkan jikalau dia terlewat beberapa saat untuk menyelamatkan Anayra semalam daripada manusia-manusia durjana itu. Dia muncul pada waktu yang tepat. Secara tak langsung menjadi penyelamat kepada Anayra yang hampir 'disentuh' oleh jantan tak guna itu.

Anayra melepaskan tangisan kecilnya di bahu Shahrul. Wajahnya disembamkan di bahu Shahrul. Dia masih trauma dengan apa yang menimpa dirinya. Setelah apa yang lelaki-lelaki durjana itu lakukan pada dirinya membuatkan dia dalam ketakutan.

Sentuhan mereka yang menjalar pada tubuh badan Anayra.

"Nayra takut," ujar Anayra diiringi esak tangisan.

"Hey, you're safe with me. No one can touch my girl." Shahrul memegang kemas tepi kepala Anayra. Dia menarik dagu Anayra ke atas agar tepat memandang matanya. Jarinya mula mengesat air mata Anayra yang masih mengalir.

"Nayra nak abang Hero. Mana dia?"

Damien dan Shahrul saling berbalas pandangan apabila Anayra mula bertanyakan soalan tentang Hero. Kalaulah Anayra tahu Hero, Daniall dan Darren di mana sekarang. Mereka sudah lama lesap. Ada 'kerja' yang perlu diselesaikan.

Daniall paling pantang apabila ada orang yang berani menyentuh baby Nayra dia. Dia takkan duduk berdiam diri.

Jeritan kesakitan berbunyi nyaring di sebuah bilik bawah tanah. Darah merah terpecik ke serata tempat. Bunyi lagaan dentingan besi turut berbunyi semakin kuat. Kelihatan seorang lelaki yang tangannya sudah dirantai kedua-dua belah tangan dalam keadaan dia terduduk menunduk. Terkulai layu tubuhnya bersandar di dinding yang penuh dicemari darahnya sendiri.

Daniall semakin agresif melibas kayu besbol itu tepat ke arah tubuh badan tahanan mereka. Ini adalah lelaki muka berparut yang cuba 'menyentuh' Anayra pada malam itu. Akan dia hancurkan jantan tak guna ini dengan tangannya kerana berani menyentuh kesayangannya.

Manakala Darren dan Hero hanya memerhati tanpa berniat untuk masuk campur.

Daniall di depan mata mereka sekarang adalah Hans Daniall yang sebenar.

Bukan Hans Daniall yang selama ini memakai topengnya. Dia akan jadi menggila seperti ini apabila tiba waktunya.

"Does it hurt? Hmm. Inilah yang kau akan dapat bila berani sentuh adik aku." Daniall ketawa jahat.

Daniall mara ke arah tahanannya. Kayu besbol masih berada di genggamannya. Rahang tahanannya dicengkam kuat sehingga meringis kesakitan lelaki itu. Lelaki itu sudah tidak bermaya lagi. Tanpa henti dia diseksa di sini.

"Sabar ni baru sikit."

"Siapa hantar kau?" tanya Hero perlahan namun masih terselit nada amaran.

Lelaki muka berparut itu ketawa mengejek mendengar soalan Hero.

"Aku takkan sesekali beritahu kau siapa orang yang hantar aku. Aku sanggup mati demi dia."

Pecah ketawa Hero. Tergeleng kepalanya sendiri. Nyawa pun sudah dihujung tanduk tapi masih mahu melindungi boss dia. Ingatkan bila dah kena seksa teruk begini, lelaki itu akan ubah pendiriannya. Tetapi, tidak.

"Aku ni malas nak bercakap lama dengan orang bodoh. Buang masa je. Kalau ikutkan dah lama kau mampus kat tangan Shah. Tapi aku nak simpan kau dulu. Seksa kau sepuas-puasnya."

Daniall sekali lagi menghayunkan kayu besbol itu tepat pada rahang lelaki itu. Tersembur keluar darah pekat.

"Urghhh..." erangnya kesakitan. Mereka memang gila! Memang silap percaturan kerana mencari masalah dengan anak-anak Hugo Denniz.

Hero mendekati lelaki itu lalu bercangkung di hadapannya. Pipi tahanannya ditampar perlahan cuba untuk menyedarkan.

"You touched my wife."

Lelaki muka berparut itu menentang berani panahan mata Hero. Dia melorekkan senyuman sinis dalam kepayahan kerana bibirnya yang luka teruk dikerjakan oleh adik beradik ni.

"She's damn pretty and sexy. Smell so good. I want her so bad. I wonder how she's in bed— "

Tanpa amaran Hero menembak paha kanan tahanannya tanpa belas kasihan. Dua tiga das tembakan dilepaskan di tempat yang sama. Wajahnya tidak beriak. Kemudian,Hero mengambil playar yang tajam lalu menusuk kasar ke tempat bekas tembakan tadi. Makin bergema kuat raungan tahanannya apabila Hero merobek kasar isi pahanya sehingga hancur.

Mengalir air mata jantan lelaki itu. Sakitnya sudah tidak tertanggung lagi diseksa tanpa henti di sini.

Daniall memecut naik ke tingkat atas kerana tak mahu kalah dengan Hero yang masih berlagak tenang berjalan santai di belakangnya seakan tidak tergugat dengan dirinya. Daniall menolak kuat pintu bilik Anayra. Balik saja rumah terus bayangan Anayra yang dicarinya terlebih dahulu. Dengan keadaan dirinya yang tidak terurus sudah tidak dipedulikan lagi. Apa yang penting dia mahu berjumpa dengan Anayra.

Kelihatan Anayra yang duduk di atas katil sambil berbual sesuatu dengan Tok Ma.

Tok Ma mula perasan akan kewujudan Daniall. Matanya jatuh pada pakaian Daniall. Ada kesan darah yang tercalit. Mata tuanya mengecil memandang tepat ke dalam mata Daniall. Menyengat bau hanyir darah menusuk ke rongga hidungnya.

"Kau pergi mana ni Niall? Pergi sembelih lembu ke apa?"

Daniall tersengih tidak bersalah sambil menggaru belakang tengkuknya. Takkan dia nak berterus terang dengan Tok Ma ke manakah dia, Hero dan Darren pergi.

Tok Ma dah la gengster. Daniall lagi takutkan Tok Ma lebih dari segalanya.

Anayra memandang Daniall untuk beberapa saat sebelum dia melarikan matanya mencari tubuh yang paling dirinduinya. Jikalau Daniall dah balik mesti Hero pun sudah balik. Tetapi di manakah suaminya?

Anayra menundukkan kepalanya ke bawah. Kewujudan Tok Ma dan Daniall di dalam bilik ini tidak dipedulikan lagi. Dia hanya mahukan suaminya.

'Abang Hero dah tak sayangkan Nayra ke?'

'Ke abang Hero dah ada perempuan lain kat Jerman?'

'Kenapa cepat sangat hati abang Hero berubah?'

Air mata Anayra mula bertakung di dalam kolam mata. Dia mula berprasangka buruk dengan suaminya sendiri.

"Hey, baby. I'm here."

Terasa ada sentuhan hangat menyentuh tangan Anayra. Lekas Anayra mengangkat kepalanya. Wajah tampan Hero Danikka memenuhi pandangannya.

Kini, Hero sudah ada di depan mata Anayra. Duduk dengan jarak yang begitu dekat dengan isterinya. Bila masa Hero masuk bilik ni pun Anayra tak sedar kerana melayan perasaan sedih seorang diri.

Pecah tangisan Anayra.

Hero menarik tubuh isterinya ke dalam pelukannya. Dia hadiahkan kucupan ringkas di tepi dahi Anayra.

"Tutup mata, Niall. Kau underage lagi. Jom keluar dari bilik ni." Tok Ma lekas menarik tangan Daniall keluar dari bilik suami isteri ini secepat mungkin. Orang nak melepas rindu.

"Abang Hero..."

"I'm sorry baby. I failed to protect you." Hero mengucup perlahan batang leher isterinya.

"Abang Hero tak rasa jijik ke dengan Nayra?" tanya Anayra perlahan separa berbisik. Secara tiba soalan itu yang bermain di mindanya.

Air mata Anayra mengalir lagi. Dia terasa jijik dengan dirinya sendiri. Lelaki itu cuba untuk memperkosa dirinya pada malam itu. 

"Diaorang tak sempat buat apa-apa dekat kau. Kenapa aku nak jijik dengan isteri aku sendiri?"

Hero cuba menenangkan emosi isterinya sendiri. Wajarlah Anayra akan mula berfikiran sebegitu. Pasti dia trauma dengan apa yang terjadi malam itu. Selepas berjaya menidurkan Anayra, Hero bingkas turun dari katil. Dia mahu membersihkan dirinya.

Baru setapak Hero melangkah, pergelangan tangannya sudah direntap perlahan dari arah belakang. Hero memusingkan badannya melihat Anayra yang masih belum sepenuhnya tidur.

"Nak pergi mana?"

"Aku nak mandi je la. Takkan aku nak tidur dalam keadaan busuk macam ni?"

Anayra mula merengek perlahan. Dia tak mahu berenggang langsung dengan Hero.

"Kau tidurlah dulu."

"Tak nak. Nayra takut abang Hero tinggalkan Nayra." Anayra menggeleng kepalanya laju dengan gaya yang comel.

"Aku nak pergi mandi jelah. Bukannya nak pergi mana pun." Hero mengeluh kecil. Nasib baik dia sayang Anayra, kalau tak dah lama kena campak.

"Nayra nak ikut abang Hero mandi."

Hero menelan air liurnya banyak kali. Nafasnya mula tidak teratur.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro