𝟒 𝟗 | 𝐇 𝐄 𝐑 𝐎 𝐍 𝐀 𝐘 𝐑 𝐀

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kau gaduh dengan Ari ke?"

"Berhenti sebut nama dia depan Nayra. Nayra tak suka." Perlahan saja suara Anayra berkata. Dia cuba mengelak daripada bertemu mata dengan Hero. Sampai sekarang Anayra tidak boleh menerima perbuatan Ariyana kepadanya. Ariyana cuba untuk membunuh anak dalam kandungannya. Kawan yang dia sangat percaya sanggup mengkhianatinya.

Meskipun Anayra sudah tahu kebenaran yang sebenar, dia tidak menceritakan perkara ini kepada Hero. Dia tak mahu Hero tahu pasal perbuatan Ariyana kepadanya. Keadaan pasti akan bertambah teruk jikalau Hero tahu. Hero pasti akan melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Hero menepuk pahanya. Hanya menggunakan isyarat matanya, dia menyuruh isterinya duduk di atas pahanya.

"Nayra berat la. Dah gemuk. Sebab ada baby pinky pinky dalam perut ni." Anayra mengembungkan pipinya.

"Kau bukannya berat sangat pun,baby."

Anayra bangun dari kerusinya. Kemudian, dia duduk di atas paha Hero. Pantas Hero memeluknya erat daripada belakang. Tangan Hero bermain pada bahagian perut Anayra. Diusapnya lembut secara bulatan.

Hero meletakkan dagunya di atas bahu isterinya.

"Kalau nanti Nayra dah tak ada, abang Hero - "

Riak wajah Hero terus berubah. Senyuman yang terukir di bibirnya perlahan-lahan menghilang mendengar bicara Anayra tadi.

"Kau nak tinggalkan aku ke?" Suara garaunya terselit ketakutan. Takut untuk kehilangan orang tersayang.

"What would you do if I leave you one day?"

Hero menekankan jari telunjuknya pada bibir Anayra agar berhenti tanya soalan begitu. Dia tak suka.

"Abang Hero." Sudah beberapa kali Anayra memanggil suaminya. Namun, Hero langsung tidak menghiraukannya. Dia cuma mahukan perhatian Hero.

Hero langsung tidak bercakap dengan Anayra sejak bangun tidur. Tiada morning kiss seperti selalu. Sudah menjadi kewajipan untuk Hero berikan morning kiss kepada isterinya.

Anayra memeluk Hero daripada belakang. Ketika itu Hero sedang bersiap untuk pergi ke hospital. Pelukan Anayra sungguh erat sehingga menyukarkan Hero untuk bergerak.

"Kenapa abang Hero palau Nayra?"

Hero hanya diam. Dia menolak kasar tangan Anayra yang bermain di dadanya.

Anayra tersentap. Perbuatan Hero menolak tangannya membuatkan perasaan dia sedikit terguris. Kenapa dengan Hero pagi ni?

"Nayra dah buatkan breakfast untuk abang Hero!" Anayra bersuara ceria. Dia berpura-pura seperti tidak terkesan dengan sikap Hero. Lengan Hero dirangkulnya daripada tepi.

Hero memandang Anayra tajam untuk sesaat sebelum kalihkan pandangannya ke arah lain. Dia berjalan keluar daripada kamar tidur mereka bersama Anayra di sisinya. Apabila menjejakkan kaki ke tingkat bawah, dia melepaskan pautan tangan Anayra pada lengannya.

Hero kekal membisu. Dia bergerak meninggalkan Anayra. Bukan ke arah ruang makan yang ditujunya. Namun, sebaliknya.

Mata Anayra terkedip perlahan. Dia menggigit dinding pipinya dari dalam. Dia merenung susuk tubuh yang berjalan meninggalkannya itu.

"Nayra ada buat salah dengan abang Hero ke?" soal Anayra dengan nada suara yang meninggi. Dia mengejar laju langkah Hero. Apabila dia berjaya mendepani Hero. Dapat dia lihat tubuh itu sedikit mengeras. Dia segera mencapai tangan kanan suaminya lalu disalam penuh hormat.

Anayra mengucup lembut kekura tangan Hero. Kemudian, dia menjingkitkan kakinya mahu mencium bibir Hero. Tetapi, bukan bibir dia yang bertemu dengan bibir Hero. Sebaliknya, pipi kerana Hero mengelak ciumannya.

Anayra tersentap sekali lagi. Hero tak pernah menolak ciumannya selama ini.

'Papa dah tak sayangkan kita ke, baby?'

"Aku nampak bini aku nak menangis dah tadi. Aku... aku tak pernah layan Nayra kasar sampai macam tu selepas kitaorang kahwin. Kalau tak disebabkan plan Niall ni, memang aku takkan ikut!" Hero meramas kuat rambutnya yang sudah serabai. Sudah beberapa kali dia mengulang perbuatan yang sama sejak tadi.

"Ni plan terboek la, Hero. Nanti kita pujuklah baby Nayra." Tenang Daniall menjawab. Dia dah aturkan semuanya seperti yang dirancang. Dialah mastermind untuk misi mereka kali ini.

"Orang bodoh je ikut plan Hans Daniall," komen Damien. Dia tidak pernah sependapat dengan Daniall.

Daniall menjeling Damien tajam. Dah la tak membantu langsung. Hanya duduk bersenang lenang je.

Mereka mahu membuat kejutan hari lahir Anayra yang ke 20 tahun pada hari ini.Hero, Damien dan Darren hanya mengikuti plan Daniall yang dianggap terpaling bernas ini.

"Shah mana?" Darren mula bertanyakan keberadaan jejaka itu. Langsung tidak kelihatan kelibat Shahrul sejak dua jam yang lalu. Hari pun sudah bertukar gelap.

Darren memandang wajah adik-adiknya bermula daripada Hero sehingga ke Daniall. Baru hari ini dia menunjukkan mukanya. Itupun kerana Anayra Sophia.

"Aku suruh Shah ambik baby Nayra dekat rumah," jawab Daniall.

Shahrul turut terlibat dalam misi ini. Dia disuruh untuk mengambil Anayra di rumah. Daniall memilih lokasi di sebuah villa milik keluarga mereka sebagai tempat sambutan hari lahir Anayra.

"Dah masuk waktu maghrib. Kita solat berjemaah dulu," kata Darren setelah habis bunyi azan berkumandang.

"Hero Danikka, kau jadi imam." Tambah Darren lagi.

Semua orang di situ memusing kepala memandang Hero.

Hari ni sungguh tidak serba kena. Anayra pelik kenapa semua orang menjauhinya seperti dia melakukan sebuah kesalahan yang sangat besar. Dia duduk di gazebo laman rumahnya sambil menunggu kepulangan suaminya.

Anayra tersentak apabila ada satu suara garau menyanyikan sebuah lagu yang sudah lama tidak mengetuk gegendang telinganya. Suara itu terasa hampir dengannya.

"You are my sunshine, my only sunshine."

"You make me happy when skies are grey. You'll never know dear, how much I love you."

"Please don't take my sunshine away."

Degupan jantung Anayra berdetak laju. Satu perasaan aneh menghimpit dadanya.

"Happy birthday, adik."

Adik.

Hanya seorang saja yang memanggilnya adik sejak dulu lagi. Panggilan yang cukup dirindukan. Anayra menggeleng kepalanya. Dia bingkas bangun lalu menghayunkan langkahnya menghampiri Shahrul.

Wajah Shahrul sudah basah dengan air mata. Dia meraup wajahnya dengan telapak tangan. Dia mengumpul segala keberanian untuk memperkenalkan dirinya yang sebenar kepada adik kandungnya. Mukanya merah padam.

"Adik..."

Bibir Anayra bergetar hebat. Dia kehilangan kata-kata. Dia tak mampu untuk menghadam semua ini. Bagaikan layar di televisyen, segala memori dia dan jejaka ini kembali terimbau daripada awal perkenalan mereka. Shahrul yang menyamar jadi Shasha.

Shahrul berpakaian lelaki sewaktu Anayra bernikah dengan Hero.

Semua itu bukan kebetulan. Tetapi, sudah dirancang.

"Shah... Shahrul. Shahrul Zachary Isaac. Tu nama penuh you. Kenapa I bodoh sangat langsung tak perasan selama ni?"

Sesak nafas Anayra.

"I'm sorry, adik."

Pada saat itu juga, Kyle muncul entah dari mana. Jejaka itu menghampiri isteri majikannya dari arah belakang. Kemudian, menyuntik sesuatu di bahagian leher Anayra. Kemas dia memegang Anayra daripada belakang agar wanita itu tidak melawan.

"Abang..."

Mata Anayra perlahan-lahan tertutup rapat. Ubat itu pantas memberikan kesan kepadanya. Anayra pengsan dan tubuhnya disambut laju oleh Shahrul. Shahrul mencempung tubuh adiknya yang berbadan dua itu.

BAM!

Berdentum kuat bunyi tembakan datang dari arah Hanafi. Lelaki yang bergelar bodyguard Anayra. Menjaga Anayra selama hampir lima tahun ini dan antara orang kepercayaan Tuan Denniz. Kesetiannya hanya kepada keluarga ini.

Kyle memilih untuk membelot.

"Hapuskan dia." Mendatar suara Shahrul berkata. Matanya jatuh memandang wajah adik perempuannya.

Sudah tiba masanya...

Shahrul mendongakkan kepalanya ke atas memandang kepekatan langit malam. Diselangi dengan bunyi tembakan Hanafi dan Kyle sedang bergelut antara satu sama lain. Selang beberapa saat kemudian, muncul sebuah helikopter. Helikopter itu mula terbang rendah di laman rumah Hero.

Tanpa menoleh ke belakang, Shahrul melangkah laju sambil mencempung tubuh Anayra. Dia bergegas masuk ke dalam helikopter itu.

Misi penculikannya berjaya. Membawa Anayra lari.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro