𝟓 𝟐 | 𝐇 𝐄 𝐑 𝐎 𝐍 𝐀 𝐘 𝐑 𝐀

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Rilek la, Hero. Yang culik bini kau tu abang kandung dia sendiri. Nanti dia baliklah tu," jawab Damien mudah. Dia yakin Shahrul akan pulangkan juga Anayra pada mereka ataupun mereka sendiri yang berjaya menjejaki lokasi Shahrul dan Anayra.

Kata-kata Damien disambut jelingan tajam daripada Daniall.

"Rilek kau kata? Nanti kau ada bini, aku culik bini kau lepastu jual dekat Thailand. Kau jangan menggelupur biawak pulak nanti," bidas Daniall.

Damien menarik senyuman sinis. Dia melipat tangannya di atas dada sambil menyendeng badannya ke arah Daniall.

"Aku... ada bini? Lamberttt lagi." Panjang harkatnya.

Suasana di meja makan itu gamat dengan suara Daniall dan Damien yang tidak berhenti bertelagah sejak dari tadi. Hero yang duduk di hadapan mereka hanya diam tidak berkata apa-apa.

Hero termenung jauh melihat pizza di dalam kotak. Pizza yang dibeli oleh adik kembarnya. Kalau boleh setiap hari Daniall dan Damien akan datang ke rumahnya atas alasan...

'Mummy yang suruh aku dengan Damien datang sini.Takut kau mati tak sempat mengucap.'

"Kenapa tak makan? Kau tenung lama-lama pizza dalam pinggan tu bukannya boleh terbang masuk dalam mulut kau sendiri. Kau nak aku suap ke? Aku rasa kau ni hilang Nayra je bukannya hilang tangan sekali," bebel Daniall tak henti. Gaya seperti seorang ibu yang memarahi anaknya yang tidak mahu makan.

Hero buat pekak saja apa yang Daniall bebel kepadanya. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tahap Daniall membebel kalah Tok Ma. Dia melihat notifakasi baru yang muncul di skrin telefonnya. Dia buka mesej yang baru dihantar oleh penyiasat upahannya.

Automatik mata Hero meluas. Bibirnya mula tersungging senyuman misteri. Dia segera menolak kerusinya ke belakang dan bangun dari duduknya.

"Aku nak keluar kejap. Aku balik nanti korang berdua dah berambus dari rumah aku. Aku bukan budak kecik nak ada orang jaga. Aku boleh jaga diri sendiri." Mendatar nada suara Hero memberikan peringatan kepada pasangan kembar di hadapannya itu.

Selepas bayangan Hero hilang dari pandangan mata Daniall, jejaka itu terus membuat muka. Mengejek cara percakapan abangnya.

"Pandai jaga diri konon. Dah seminggu tak mandi. Dia kalau duduk sebelah kambing tak boleh beza dah. Bau dan muka sama."

"Mana kau tahu dia dah seminggu tak mandi? Kau intai dia ke?"

"DIAM LA. Aku kena over sikit supaya ramai orang percaya Hero kepam."

Kawasaki ninja yang ditunggang Hero membelah laju di atas jalan raya. Dia melepasi beberapa buah kenderaan dengan pantasnya. Sudah lama dia tidak menggunakan kawasaki ninja ini. Mesej yang diterimanya tadi mengurangkan sedikit beban di bahunya. Hatinya girang.

Hero memecut ninjanya dengan lebih laju apabila mendapati ada dua buah kenderaan yang mengekorinya daripada belakang sejak tadi. Ketara sangat dua buah kenderaan mewah itu mengekorinya. Dia membelok masuk ke dalam lorong sunyi dicelahan deretan kedai.

Hero menoleh kepalanya ke belakang buat sesaat untuk memastikan sama ada kenderaan tadi masih mengekorinya ataupun tidak. Setitis air mula jatuh di atas tangan Hero. Hujan mula membasahi bumi. Dia mendongak memandang langit yang mulai mendung.

BAM!

Ninja hitam yang ditunggang Hero dirempuh kuat oleh sebuah lori di saat jejaka itu melintasi lampu isyarat yang sudah bertukar warna. Terpelanting jauh tubuh jejaka itu di atas jalan raya.

Keadaan menjadi haru-biru. Beberapa orang lelaki lengkap bersenjata melangkah keluar dari kereta dan meluru ke arah Hero yang terbaring di atas jalan.

Badan Hero bergerak-gerak mahu bangun. Dia masih dalam fasa terkejut kerana semuanya berlaku begitu pantas. Telinganya dapat menangkap bunyi hon bersahutan dan bunyi guruh berdentum kuat.

Ada seorang lelaki yang berjalan paling hadapan sekali diikuti beberapa orang pengikutnya. Dialah ketua mereka. 

Senyuman jahat Hakeem mula terbentuk melihat keadaan Hero. Kaki kanannya menendang rahang Hero. Sebelah lagi kakinya menekan bahagian abdomen Hero kuat.

Hero mendengus kasar.

"Kau..."

Tawa keji Hakeem pecah. Dia membuat isyarat mengarahkan orang suruhannya menerpa ke arah Hero. Dua orang lelaki menarik Hero bangun secara paksa. Kedua-dua belah tangan Hero dipegang kemas, berhadapan dengan Hakeem.

"Sepatutnya aku suruh driver lori tu langgar kau sampai mampus. Lenyek kau atas jalan ni."

Hakeem mengeluarkan pistolnya kemudian diacukan di bahagian kaki Hero. Seluruh kawasan ini sudah dikepung oleh orang suruhannya.

BANG!

Hakeem baru saja melepaskan tembakan pada paha kanan Hero. Dia tayang muka tidak bersalahnya.Sudah lama dia menunggu saat ini.

Hero meringis kesakitan. Dia ketap kuat giginya. Rambutnya yang basah kuyup itu hampir menutupi bahagian matanya.

"Hutang nyawa harus dibayar nyawa, Hero Danikka."

"Pen... pengecut. HA HA HA HA." Hero tersenyum mengejek. Masih sempat dia ketawa pada waktu begini. Sekadar mahu menunjukkan dia langsung tidak gentar dengan Hakeem. Hakeem hanya nampak 'kuat' kerana dia bukan keseorangan.

BANG!

Bahu kiri Hero pula menjadi sasaran tembakan Hakeem.

"Erghh..." Hero menanggung kesakitan yang teramat dalam. Dia tidak berdaya untuk melakukan apa-apa kerana dua orang lelaki di sisinya masing-masing bersenjata. Tersilap sedikit saja langkah, muncung pistol sudah melekat di dahinya.

Badan Hero mula melorot jatuh ke atas tanah. Kakinya sudah tidak mampu untuk berdiri lagi. Darah membuak-buak keluar dari tempat tembakannya.

"Wow... Hero Danikka melutut depan aku." Hakeem mencengkam kuat rahang Hero. Dia menumbuk muka Hero kuat.

Tersembur keluar darah dari dalam mulut Hero. Hero menyerang semula dengan membalas tumbukan Hakeem dalam keadaan bersusah payah.

Hero menindih di atas badan Hakeem. Dia menekan lututnya di atas perut Hero. Kini, kedudukan sudah berubah.

Hakeem acukan tepat pistolnya pada kepala Hero.

'Nayra. Baby.'

Hero nampak isterinya yang memimpin tangan seorang kanak-kanak perempuan. Mereka tersenyum lebar kepada Hero.

BANG!

BANG!

Daniall dan Damien bergegas keluar daripada rumah Hero setelah mendapat panggilan daripada pihak hospital. Wajah Daniall cuak bercampur risau. Damien masih kekal tenang seperti langsung tiada perasaan apabila mendapat berita buruk itu.

"Ma... macam mana kalau Hero mati, Damien? A... aku aku..." Daniall panik. Dia menggigit kukunya. Salah satu tabiatnya apabila dia panik.

"A... aku baru hilang Tok Ma. Aku tak nak Hero mati, Damien. Aku t...tak sanggup hilang orang yang aku sayang lagi."

Bohonglah kalau Daniall tak sayangkan abangnya sendiri. Hero Danikka, abang kandungnya. Apabila Hero ditimpa masalah, dialah yang terpaling risau sekali.

Damien pegang kemas bahu adiknya. Dia memandang tepat ke dalam Daniall.

"Kau jangan menggelabah boleh tak. Hero akan selamat."

"Kau nak aku rilek?! Dia tu kena langgar lori lepastu kena tembak! Kau ingat dia ada 9 nyawa ke?!"

"Kalau dah ajal Hero, kita tak boleh buat apa. Ingat... jodoh ajal maut tu semuanya sudah ditetapkan oleh Allah. Kita tak boleh nak ubah. Buat masa sekarang kita kena banyakkan berdoa supaya Hero selamat."

Daniall menolak tangan Damien yang berada di bahunya. Ada benar yang diperkatan Damien. Mereka meneruskan berjalan sehingga ke kereta. Di saat Daniall mahu membuka pintu kereta, ada sebuah kereta lain yang meluncur masuk ke dalam perkarangan rumah ini.

Daniall terpempan.

"B... baby Nayra?"

Adakah dia sedang berhalusinasi?

"ABANG NIALL!"

Anayra berlari ke arah Daniall bersama wajah yang gembira. Dia menerpa ke arah Daniall lalu tubuh lelaki itu dipeluknya erat. Melepaskan kerinduannya.

"Ni betul baby Nayra I kan? I tak mimpi kan sekarang?"

Anayra menampar selamba muka Daniall. Dah tanya ni mimpi ke tak.

"Ok. I tak mimpi. Tapi sekarang I kena pergi hospital. Urgent!" Daniall kembali mengingatkan diri sendiri yang dia tak boleh terlalu gembira kerana Anayra sudah pulang.

Hero sedang bertarung nyawa di hospital.

Anayra menahan Daniall yang ingin masuk ke dalam kereta. Kenapa mereka ni kalut semacam nak pergi hospital? Ada apa-apa yang terjadi ke?

"Kenapa abang Niall nak pergi hospital? Siapa yang sakit?"

Daniall diam sekejap. Dia membasahkan bibir bawahnya beberapa kali.

"He...Hero kat hospital."

Anayra naik sebelah keningnya ke atas.

"Memang la abang Hero kat hospital. Dia kan doktor."

Daniall menggelengkan kepalanya. Tak. Anayra salah faham.

"Hero... Dia kena langgar lori dan kena tembak." Sukar untuk dia sampaikan berita buruk ini kepada Anayra. Dia tidak sanggup tapi Anayra berhak tahu apa yang terjadi kepada suaminya.

Mata Anayra terkedip lemah.Nafasnya mulai sesak. Dia mahu membuat kejutan kepada Hero. Namun, dia yang terkena 'kejutan' lebih besar.

Sorry hambar.

K bai. Tahun depan baru next update muah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro