𝟓 𝟖 | 𝐇 𝐄 𝐑 𝐎 𝐍 𝐀 𝐘 𝐑 𝐀

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hero mengurut kaki isterinya yang bengkak itu. Diurutnya penuh tertib. Dia meletakkan sebelah kaki Anayra di atas pahanya ketika mereka berdua sedang santai menonton drama di televisyen.

Anayra tersenyum suka. Dia sangat bersyukur dapat suami yang sangat memahaminya dan melayaninya bagaikan ratu. Tanpa perlu dia merungut yang kakinya sakit, Hero terus capai kakinya dan mengurut sehinggalah sekarang.

"Aku tak sabar nak sambut anak pertama kita,sayang."

Hero angkat kepalanya. Matanya bertemu pandang dengan mata Anayra yang turut merenungnya sejak tadi. Anayra langsung tak kalihkan pandangannya dari wajah suaminya.

Hero tersenyum segaris. Senyuman yang sukar untuk dilihat orang lain. Hanya yang teristimewa di hati jejaka itu saja yang berpeluang melihat senyuman seorang Hero Danikka.

"Kita dah nak ada baby. Tapi abang Hero masih gunakan aku - kau dengan Nayra. Kasar," ujar Anayra.

"Kau... tak suka?" Satu soalan yang kurang cerdik keluar dari mulut Hero.

Anayra geleng kepala laju. Siapa saja yang suka! Kasar!Gaya macam cakap dengan member.

"Kan gangster cakap aku kau dengan bini. Rare kot," jawab Hero.

Mengecil mata Anayra. Gangster ye. Laju saja cubitan ketam padu Anayra singgah pada perut rata suaminya.

Pecah ketawa besar Hero. Dia menggosok berulang kali tempat yang baru dicubit Anayra tadi. Padu jugak cubitan mak buyung ni.

"Apa salahnya panggil isteri dengan panggilan yang sedap didengar abang Hero ku sayang. Cuba bahasakan diri tu 'abang' bila bercakap dengan Nayra."

"Kalau aku ikut cakap kau. Dapat upah tak?"

Hero mendekatkan mukanya dengan muka Anayra. Dia perhati setiap inci wajah isterinya. Makin tembam!Pipi pau tu memang minta dicubit. Bibir merah isterinya selalu saja muncung ke depan jikalau kehendak tidak dituruti.

Anayra rasa nak humban kepala suaminya dalam air. Sikit sikit nak upah. Perut dia dah besar macam nak meletop ni pun masih nak menggatal. 24 jam menggatal. Nasib baik dengan dia je Hero menggatal.

"Buat sesuatu tak boleh ikhlas dari hati ke tanpa mengharapkan balasan?"

Hero menegakkan badannya semula. Dia menarik isterinya agar merapat ke arahnya. Terus saja sebelah tangannya menyusup ke belakang badan Anayra. Hidungnya menyentuh batang leher Anayra.

Anayra kegelian apabila Hero mengusik tempat sensitifnya.

"You walked in caught my attention. I've never seen a man with so much dimension..." Anayra mula bernyanyi kecil. Dia mahu menutup topik panggilan tadi. Dia tak mahu mendesak Hero membahasakan dirinya 'abang'.

"It's the way you walk. The way you talk. The way you make me feel inside."

"It's in your smile. It's in your eyes."

Mereka saling berbalas pandangan. Hero menemukan dahinya dengan dahi Anayra. Renungan di antara mereka terputus apabila iPhone Hero yang berada di atas meja berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Hero melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefonnya. Siapakah gerangan yang menganggu momen manis bersama isterinya.

"Jap baby abang nak angkat call. Urgent." Kelam kabut Hero mencapai iPhone nya dan meninggalkan isterinya di situ. Anayra sempat melihat muka Hero sudah bertukar merah. Malu ke? Ahahaha.

Anayra bagaikan tersedar sesuatu.

Abang?

Abang Hero baru bahasakan diri dia 'abang' kan?

"Mue he he he. Baby pinky pinky dengar kan apa yang papa cakap tadi?"

Anayra menunduk kepalanya ke bawah memandang perutnya yang besar itu. Dia suka bercakap dengan anak di dalam kandungannya kerana selalu saja si kecil itu memberikan tindak balas. Menendang penuh kegananasan.

"Sebelum baby pinky pinky nak keluar. Bagi mommy jadi mommy shark dulu! Ehehe."

Inilah peluang keemasan Anayra untuk meneruskan misinya menjadi mommy shark. Hero dah hilang entah ke mana. Anayra dengan bersusah payah bangun dari sofa.

Anayra terkedek-kedek ke satu sudut. Barang yang disorokkannya itu dikeluarkan dari dalam almari. Jeng jeng jeng. Kostum shark yang masih berada di dalam plastik itu dibukanya. Dia memeluk kostum shark itu.

"Erghh..." Anayra mula terasa sakit di bahagian ari-arinya. Rasa sakit itu lebih kurang 3 minit kemudian menghilang.

Anayra menapak perlahan-lahan kembali ke sofa tempat duduknya tadi. Dia menarik nafas dalam kemudian dihembusnya. Dia melakukan perkara itu sebanyak beberapa kali sebaik saja punggungnya sudah melabuhkan duduk.

"Baby, kau okay tak ni?" tanya Hero penuh kerisauan. Kening lebatnya berkerut sedikit. Dia baru selesai bercakap dengan kawannya tadi. Kembali saja ke sini dilihat Anayra seperti menahan kesakitan.

Anayra mengangguk kepala. Dia tersenyum nipis kepada Hero.

Selepas 10 minit rasa sakit di bahagian ari-ari kembali menyerang Anayra. Seperti tadi hanya sekejap saja kemudian hilang. Dalam hati Anayra sudah cuak sebab itu macam tanda contraction.

"Kita pergi hospital," kata Hero penuh ketegasan kepada isterinya yang baring meringkuk di atas katil menahan kesakitan.

Anayra hanya menurut. Hero memimpinnya berjalan sampai ke bawah menggunakan lift. Keluar saja mereka dari lift, kelihatan Shahrul yang sedang berbual dengan Adorah iaitu pembantu rumah mereka.

"Sambal awak sedap gila, Adorah. Saya ni cerewet bab makan tapi masakan awak semua padu. Nasib baik awak ni dah berlaki kalau tak saya dah masuk meminang awak ahahaha," kata Shahrul separuh berjenaka kepada Adorah.

"Korang nak pergi mana? Berzumba ke?" soal Shahrul bersahaja apabila menyedari kewujudan pasangan suami isteri itu.

"Bini aku nak beranak la bangang!"

"Ouh." Shahrul masih tenang.

"Hah? Adik nak beranak?!" Suara Shahrul meninggi bagaikan baru tersedar. Dia meluru ke arah adiknya kemudian dipegang muka Anayra.

Mereka bertiga segera keluar dari rumah dan Shahrul diminta untuk memandu kereta menjadi driver mereka. Manakala Hero duduk di bahagian belakang bersama isterinya.

Sepanjang perjalanan Anayra menanggung rasa sakit yang teramat. Pada ketika itu dia dapat rasakan kepala baby dah kat bawah dan dia cuba nak seluk dengan tangan. Dia panik tak tahu nak fikir apa dah. Sempat ke tak sampai ke hospital.

Dalam kepala Anayra tahu nak teran saja ketika itu.

"Aba... abang Hero. Baby kita dah nak keluar," beritahu Anayra. Dia mencengkam kuat tangan Hero sehingga meninggalkan kesan.

"Shah lembab la kau ni! Bawaklah kereta tu laju sikit! Bini aku nak beranak dah ni!" Marah Hero kepada Shahrul yang duduk di hadapan itu.

"Biar lambat asal selamat. Nanti accident kang."

"Kepala otak kau setan! Anak aku dah nak keluar ni! Dia dah tak sabar sangat nak tengok dunia dengan muka papa dia!"

Hero rasa macam nak hempuk saja kepala Shahrul. Hilang kesabaran dia bila bercakap dengan Shahrul.

"Erghh abang Hero... Tak sempat ni." Anayra memukul kuat bahu Hero berulang kali. Hero dah menjadi tempat dia melepaskan rasa sakitnya.

Shahrul toleh kepalanya ke belakang melihat adiknya yang sedang menanggung kesakitan itu. Jauh lagi nak sampai hospital ini. Baru 5 minit diaorang bergerak dari rumah.

"BERHENTI KERETA TEPI JALAN! NAYRA NAK TERAN!" jerit Anayra kuat. Mahu terpatah bahu Hero apabila dia cengkam kuat bahu suaminya.

Shahrul memberhentikan kereta di tepi jalan. Dia toleh kepalanya ke belakang. Muka Anayra dan Hero dipandang bersilih ganti.

Buat pertama kalinya Shahrul melihat seorang Hero Danikka gelabah macam ni. Panik semacam.

"Doktor Hero, silakan. Sambut anak anda," ujar Shahrul penuh sopan. Dia terus keluar dari kereta memberikan ruang kepada suami isteri itu. Dia menjaga di luar.

Hero menyuruh isterinya baring kemudian menguak luas kakinya. Dia menarik nafasnya dalam kemudian dihembus. Sejujurnya dia sangat berdebar mengharungi detik-detik cemas ini. Dia yang akan menyambut anak pertamanya di dalam kereta.

"Push lagi, baby. Abang dah nampak kepala anak kita!" Arah Hero lantang.

Lafaz bismillah tidak henti meniti di bibir Anayra. Bahu Hero dicengkamnya kuat. Dia pejam matanya rapat lalu dengan tenaga yang masih bersisa dia meneran kuat.

Anayra gigit bibir bawahnya.

"Push lagi sikit baby." Hero memandang sayu wajah isterinya yang sedang berperang untuk melahirkan anak mereka. Inilah pengorbanan seorang isteri.

"Arghh!" Anayra teriak kuat.

"Anak kita, sayang. Alhamdulillah."

Anayra sudah tidak berdaya. Dia mengangkat kepalanya bersusah payah. Dilihat Hero sudah memangku bayi mereka dengan kain yang sudah berbalut pada tubuh kecil itu. Anak mereka sudah selamat dilahirkan.

Terukir senyuman nipis di bibir Anayra. Dia melepaskan nafas lega.

Mengalir laju air mata jantan Hero. Dia menangis melihat wajah anaknya buat pertama kalinya.

Anak perempuan.

Puteri pertama.

"Anak papa. Menangis la."

Hero mula cemas apabila anaknya tidak menangis. Dia menepuk perlahan belakang badan baby sehinggalah keluar bunyi tangisan si anak.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro