B A B 1 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pagi-pagi lagi aku dah bersiap nak keluar jogging. Maklum lah dah lama tak jogging. Lemak aku dah berkumpul sejak exam ni. So kena bakar balik.

Sebelum keluar aku sempat lekatkan sticky note dekat peti ais. Takut umi aku tercari-cari nanti susah. Kalau dibuat report polis nanti kang aku jugak yang naya.

Kasut Adidas berwarna putih gold aku sarungkan dekat kaki. Kemudian sumbat earphone dekat telinga. Tangan menekan-nekan mp3 cari lagu yang rancak sikit barulah lebih semangat nak jogging.

Aku sebenarnya nak jogging dekat kawasan perumahan aku ni jer tapi terlajak pulak sampai aku pun tak tahu aku kat mana sekarang ni. Kawasan perumahan jugak tapi tak pernah datang pun sini.

Aku bercadang nak berhenti dalam 15 minit lagi. So aku cuma ikut trek jogging yang disediakan. Hm ramai jugak orang jogging kat kawasan sini.

Ada seorang lelaki memakai hoodie berwarna hitam tengah jogging depan aku. Susuk dia macam familiar tapi aku malas ambil kesah.

Allahu sendu betul lagu ni. Aku tunduk pandang mp3 untuk tukar lagu lain. Tiba-tiba...

Buk!! Aku terlanggar orang depan aku sampai jatuh terduduk. Bayangkan lah aku ni yang kecik molek kiut miut berlanggar dengan mamat badan sado tu. Aku rasa dah berlaku gegaran otak kot.

"Adoii sakit kepala aku siot. Nak berhenti tu bagi la signal dulu." Marah aku sambil gosok-gosok kepala. Figura kat depan ni pun aku nampak ada 2 3 dah.

"Kau ke aku yang bersalah sekarang ni?" Erk... cam kenal je suara ni. Sepantas kilat aku angkat muka. Heh! Macam mana mamat photographer ni boleh ada kat sini? Dia ke yang aku langgar tadi?

Cepat-cepat aku bangun. Buat jatuh maruah kaum je aku ni. Tapi soalan dia tadi buat aku nak cekik orang je. Dah sah-sah la dia salah berhenti tiba-tiba.

"Cuba kau tengok kau tengah berdiri kat mana sekarang ni?" Kenapa tanya macam tu? Pelik.

Aku pandang bawah. Nampak rumput. Pandang pulak kanan. Nampak trek. Pandang belakang. Baru nampak yang aku lah yang tersasar dari landasan sekarang ni. Pandang pulak depan. Nampak muka beku mamat ni.

Jadi sekarang ni salah aku lah ye. Huaa bukan main aku marah dia tadi. Ni mesti sebab aku lari pandang mp3 tadi sebab tu dah terkeluar dari trek tu. Aku sengih bersalah dekat dia.

"Sorry... tak perasan." Tunjuk muka cute sikit. Harap-harap lah dia terkesan.

"Takpe... kau okey ke?" Alih-alih dia tanya pasal aku pulak. Aww sweet lah pak cik ni haha. Aku cover senyum ceh.

"Buat masa sekarang takde pape lagi. Tapi kalau saya hilang ingatan lepas ni salah awak ye."

"Cet. Habis kau ingat belakang aku tak sakit lah. Kepala kau tu keras macam batu tahu." Dia salahkan aku balik.

"Eleh... badan dia tu pulak keras macam pokok kelapa. Bergegar otak ni tahu." Aku tak nak kalah. Dia cuma ketawa kecil dengar kata aku.

"Kau buat apa kat sini?"

"Basuh kereta." Agak-agak la soalan pun. Dah sah-sah aku pakai kasut sukan seluar sukan mesti la tengah jogging. Ape daa.

"Sejak bila kau pandai loyar buruk ni?" Dia pandang aku macam nak dibuat lauk je aku.

"Sejak kenal orang kat depan ni." Aku kenakan dia.

"Apa-apa je lah. Maksud soalan aku tadi... kau buat apa kat kawasan perumahan ni? Kenapa kau tak jogging dekat kawasan perumahan kau je?" Eleh buat macam kawasan ni bapak dia punya je.

"Kenapa tak boleh ke saya nak jogging kat sini? Berdosa?" Aku tak puas hati. Saja nak cari gaduh.

"You know what I means sweetheart." Dia mengeluh. Penat layan perangai aku yang tak berapa matang ni.

"Ye la ye la. Saya terlajak jogging sampai tak perasan dah jauh dari rumah." Akhirnya aku bagi kerjasama.

"Jom ikut aku." Dia keluarkan arahan dan terus berjalan tanpa tunggu aku terlebih dahulu.

"Pergi mana?" Aku menjerit sedikit dekat dia yang dah kedepan.

"Ikut je." Bagitahu dia tanpa toleh pandang aku. Cis dia ni, suka paksa orang. Dah la tak tunggu aku. Terus aku berlari mengejar langkah dia.

----

Rupanya dia ajak aku pergi breakfast dekat satu cafe yang berdekatan dengan kawasan jogging tersebut. Aku tanya kenapa ajak aku. Dia kata takde orang nak teman dia makan kat rumah.

Berbekalkan ayat kesian dia tu aku ikhlaskan hati nak teman dia. Sedih betul anak tunggal ni kan?

Kami pilih kedudukan meja yang agak tersorok. Setelah memesan makanan aku hanya senyap pandang sekeliling cafe. Hm not bad. Tapi takleh lawan Dee's Cafe lah. Mungkin sebab aku jatuh cinta dengan cafe tu kot.

"So camne exam? Boleh jawab tak?" Dia memulakan perbualan.

"Em macam tu la. Jawab tu memang lah boleh tapi jawapan tu tak tahu betul ke tak. Tawakal je." Suara penuh keredhaan aku jawab.

"Takpe la insya Allah boleh. Doa bebanyak." Dia senyum cuba bagi semangat.

Kami hanya berbual kosong sambil menikmati makanan. Sekali sekala bergelak ketawa bila ada benda yang kelakar. Aku tak tahu kenapa tapi bila dengan Haikal aku rasa selesa. Selamat.

"Saya nak gi toilet jap." Aku meminta diri ke tandas selepas selesai makan. Dia yang tengah main phone hanya angguk.

-----

Keluar sahaja dari tandas aku disapa oleh satu suara asing. Berkerut kening aku pandang makhluk tersebut.

"Hai beautiful!!" Dah la panggil aku macam tu geli pulak. Mamat mana ni nak ngorat anak dara orang tak pandang kiri kanan. Dah la depan jamban tak sweet langsung.

Aku tilik dia atas bawah. Hm muka boleh tahan kacak. Sekali kenyit mata boleh cair perempuan-perempuan yang memandang. Tapi aku rasa tak selamat dengan dia ni.

"Awak siapa? Kita kenal ke?" Mana tahu dia ni sepupu kepada sepupu aku ke. Ataupun jiran nenek aku ke. Tapi sumpah tak pernah nampak muka ni.

"Nope. Kita tak kenal tapi tak salah nak kenal kan? What's your name beautiful?" Dia tanya aku sambil senyum manis.

"Nenek saya kata tak elok bagitahu nama dekat orang asing lagi-lagi depan tandas. Mana tahu dia tu cuma jelmaan syaiton." Selamba aku bercakap. Dia ketawa dengar balasan aku. Part mana entah kelakar.

"Don't worry beautiful. Saya takkan buat jahat dekat orang cantik macam awak. Btw, my name is Adib Zafran. Boleh panggil Adib." Dia hulurkan tangan untuk bersalaman dengan aku.

Bila entah aku tanya nama dia. Lepastu nak bersalaman dengan orang pulak. Tak tahu ke berdosa. Hempuk karang.

Baru mulut nak membidas balik ada orang panggil nama aku. Terus pusing belakang. Nampak Haikal dengan muka ketat dia berjalan kearah kami. Gerun wei.

"Oh wow. Haikal lama tak jumpa. Tak sangka jumpa kat sini. Kau tak rindu aku ke?" Suara Adib mengamit perhatian aku kepada dia. Dia kenal Haikal?

"Rissa, jom balik." Haikal langsung tidak pandang muka Adib. Suara dia memang dingin gila. Aku tak suka dia versi ni. Menyeramkan. Dan baru aku perasan ni first time dia panggil nama aku.

Aku yang baru nak melangkah mengikuti Haikal terhenti bila Adib pegang tangan aku menghalang aku dari pergi.

"Wait, wait. Kita belum habis berkenalan lagi beautiful." Suara dia dileretkan. Mengada betul rasa nak bagi kaki je. And siapa izinkan dia pegang tangan aku.

Baru aku nak tarik tangan aku dari genggaman dia Haikal terlebih dahulu rentap tangan aku. Terkejut gak lah aku.

"Don't you ever touch her. She's mine!" Keras suara dia menengking Adib. Aku yang kat tengah ni seriau bulu roma. Teguk liur.

Tapi muka Adib hanya biasa macam tak terkesan langsung dengan Haikal. Siap senyum lagi. Aku syak dia ni mental kot.

Haikal terus heret aku keluar dari cafe tu. Aku pulak tak banyak suara hanya mengikut. Takut kena ngap dengan bapak harimau.

Separuh jalan dia berhenti tiba-tiba. Nasib tak berlaku perlanggaran kenyal macam pagi tadi. Dia tundukkan badan dia pandang aku. Aku pulak terkebil-kebil pandang dia.

"Kau tak apa-apa? Dia ada buat apa-apa dekat kau?" Suara dia kembali seperti biasa. Lembut dan risau. Laju-laju aku geleng. Tak nak bagi dia risau. Nampak dia hembuskan nafas lega.

"Siapa dia tu?" Aku beranikan diri bertanya. Biasala rasa ingin tahu aku ni tinggi.

Nampak muka dia berubah serius balik. Uish menyesal aku tanya.

"Kau jangan sesekali dekat dengan dia. Kalau dia ada jumpa kau lagi cepat-cepat bagitahu aku. Faham?" Tegas dia bagi arahan. Aku pulak takde pilihan hanya angguk.

Kemudian dia raup rambut coklat perang dia kebelakang. Satu je aku boleh simpulkan diri dia sekarang. Kusut.

"Sorry. Dah jom aku hantar kau balik." Macam biasa dia akan selalu mintak maaf even dia tak salah. Tak paham aku.

-----

Dari seberang jalan sepasang mata galak memerhati kelakuan Haikal dan Rissa. Mulut tersenyum sinis.

Bukan tak nampak betapa Haikal sayang akan perempuan tu. Sebenarnya dia tak sengaja ternampak 2 orang manusia tu di dalam cafe tadi.

Bukan main bergelak ketawa. Nampak sangat mesra di pandangan dia. Hati dia tergerak untuk berbual dengan perempuan tersebut. And that's girl looks interesting. Ini yang aku suka.

Dan macam biasa sekali lagi dia mampu membuatkan musuh dia naik darah. Dan dia suka lihat keadaan yang begitu. Tampak seperti dia sudah jumpa titik kelemahan musuhnya yang baru.

"Aku tak sangka kau masih boleh bahagia Haikal. Kau tunggu aku buat comeback." Mulut masih setia tersenyum sinis. Kemudian dia ketawa. Makin lama makin kuat. Tak hirau pandangan orang sekeliling yang memandang pelik.

p/s : sorry lambat update 🙏 rasa-rasa siapa Adib tu ? 😝 haa nak tahu tunggu lah nanti. so jgn lupa votes ya ⭐♥

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro