B A B 2 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Abang!!!!"

Haikal yang sedang berbual di telefon terkejut apabila mendengar jeritan isterinya. Cepat-cepat dia menamatkan talian. Dah tak kesah dengan hal syarikat. Isteri dia lagi penting sekarang.

Apa hal pulak budak kecik tu. Kaki melangkah ke arah ruang tamu. Dari jauh dia nampak Arissa sedang berlari kearahnya. Muka pucat habis.

Sesampai je dia di depan Haikal terus dia melompat ke arah Haikal. Wuish... nasib tak terbalik aku dibuatnya. Cepat-cepat tangannya memegang Arissa takut jatuh nanti, masalah lain pulak.

Dapat dia rasakan betapa kuatnya Arissa peluk leher dia. Dengan badan menggeleter lagi. Jumpa hantu ke apa budak ni?

"Kenapa ni sayang? Cuba bagitahu abang." Suara Haikal berubah cemas. Cuba dipandang muka isterinya, tetapi tidak nampak.

Baru Arissa nak bersuara, tiba-tiba dia nampak 'benda' tadi turut masuk ke dalam rumah. Terus dia menjerit sambil kuatkan lagi pelukan.

Woi! Boleh pekak telinga aku macam ni. Bukan main kuat dia jerit dekat telinga aku. Rungut Haikal di dalam hati.

"Abangg!!! Bawak dia pergi jauh-jauh. Rissa takut la. Cepat la abang!!" Aku menjerit sambil jari tunjuk ke arah 'benda' yang dah berada di depan kami.

Haikal terus pusing kepala kebelakang untuk lihat 'benda' apa yang buat isteri dia macam kena histeria ni.

"Meyo?" Haikal bersuara hairan campur pelik. Ni ke yang buat isteri dia takut yang amat. Terus dia tepuk dahi dia.

"Abang kenal?" Perlahan suara Arissa kedengaran di telinga dia.

"Mestila... Ni kucing jiran. Dia selalu lepak sini. Nakal nya yang ampun tak terkawal macam Rissa." Sempat dia kenakan aku.

Aku jeling dia tajam sambil tangan pukul bahu dia.

"Amboi! Seronok pukul abang. Nak abang turunkan ke?" Dia acah-acah nak letak aku dekat bawah tapi cepat-cepat aku menghalang.

"Arghh jangan jangan jangan. Rissa mintak maaf." Bersungguh aku merayu. Sumpah aku trauma dengan kucing. Aku sanggup jumpa hantu dari jumpa kucing.

Dia ketawa besar tengok gelagat aku. Pfft kalau bukan ada kucing ni, dah lama aku terajang masuk kabinet dapur mamat ni. Takpe Rissa. Lain kali ada lagi.

"Dah turun lah. Kata nak suruh abang bawak keluar kucing tu?" Kata Haikal sambil mata memandang kucing comel yang gebu tu. Tang mana yang menakutkan pun dia tak tau la. Macam-macam betul isteri dia ni. Nasib baik comel.

"Tak nak. Nanti kucing tu datang kat Rissa." Belajar dari pengalaman. Selalunya kalau aku takut, kucing tu makin suka. Taguna betul!

"Tu la tadi masa dalam kereta, sape suruh jawab macam tu dekat abang. Kan kucing dah suka sekarang." Haikal ketawakan aku. Tapi aku masih blur. Aku jawab apa dekat dia?

"Jawab apa?"

"Mana saya tau sayakan cuma ikan." Terhambur sekali lagi ketawa dia. Aku pulak memendam perasaan. Sumpah aku rasa nak pukul-pukul je Haikal sekarang ni.

Kemudian dia berjalan ke arah sofa dan meletakkan aku di atas sofa. Tangan aku enggan melepaskan pelukan dileher dia.

"Abang pergi sekejap jer. Takyah takut." Dia bagi nasihat dekat aku sambil tarik tangan aku. Muka masam dipamerkan. Haha sumpah comel dia ni.

Aku duduk sambil memeluk lutut di atas sofa. Mata memerhatikan langkah Haikal yang membawa kucing itu keluar rumah. Fuh... baru boleh bernafas lega aku.

"Dah siap." Suara Haikal membuatkan aku angkat muka pandang dia. Mulut dia tengah tahan senyum.

"Apa senyum-senyum?" Garang aku bertanya. Aku bukan main takut dia gelakkan aku pulak. Kecik hati aku tau.

"Senyum pun salah. Erm tak nak peluk dah ke?" Dia usik aku sambil tersenyum nakal.

"Tak yah menggatal dekat sini." Aku jeling dia tajam.

"Bagi kucing baru tau."

"Eleh tu je la modal abang nak ugut Rissa. Boring betul." Aku buat muka menyampah. Menyampah sebab dia dah tahu kelemahan aku.

"At least abang ada modal nak ugut Rissa. Rissa ada?" Dia angkat-angkat kening dekat aku.

"Grrr benci abang. Baik Rissa naik mandi." Aku bangun dari sofa dan ingin berlalu ke arah tangga. Terus dia capai tangan aku menyebabkan pergerakan aku terhenti.

"Jom mandi sama-sama nak?" Dia kenyit sebelah mata dekat aku. Terus membulat mata aku. Dasar miang.

"Abang! Tepung pelita lah." Suara aku buat-buat teruja sambil jari tunjuk belakang dia. (Tang mana datang tepung pelita ni author pun tak tau 😂)

"Hah?" Muka dia blur sambil kepala terpusing kebelakang. Terus aku ambil kesempatan meleraikan pegangan dia. Kaki laju memecut ke tangga.

"Padan muka kena tipu." Aku ketawakan dia sambil kaki laju menaiki tangga.

"Kurang asam punya isteri." Rungut Haikal perlahan tapi mulut tersengeh lucu. Haih... budak ni macam-macam betul.

-----

"Abang, nak?" Haikal yang tengah menonton tv masa tu berpaling bila aku panggil dia.

"Mana sayang dapat tu?" Berkerut kening dia pandang aiskrim di tangan aku. Rusing betul aku pergi curi rumah jiran haha.

"Rissa bawak dari rumah Umi la. Ni fav Rissa tau. Nyum nyum. Cuba la rasa." Aku suakan satu sudu aiskrim ke mulut dia tapi dia mengelak.

"Abang tak suka benda sejuk la." Ish mengada je la dia ni. Orang dah bagi ni makan je la. Tak reti bersyukur.

"Alaa satu sudu je. Cepat la rasa." Aku paksa dia makan. Akhirnya dia mengalah. Terus aku suap satu sudu aiskrim ke dalam mulut dia.

"Sedap kan?" Aku tanya dia.

Dia angguk-anggukkan kepala dia tanda setuju dengan aku. Malas nak bergaduh la tu.

Seketika kemudian aku nampak Haikal pegang tekak dia. Muka dia berkerut habis. Kenapa pulak dia ni?

"Abang kenapa?" Suara aku bertukar cemas bila nampak kulit muka di merah-merah dan timbul ruam-ruam kecil.

Dia tak menjawab soalan aku malah merampas bekas aiskrim dari tangan aku dan membacanya. Mata dia terus membulat. Kemudian dia tiba-tiba bangun dan bergegas ke dapur.

Aku turut berlari ke dapur. Risau akan keadaan dia. Aku nampak dia keluarkan satu botol ubat dan menelannya. Dia... ada alergic ke?

Bila nampak keadaan dia makin teruk aku mendekati dia. Tak pernah aku nampak Haikal selemah ni. Rasa nak menangis tiba-tiba. Ni semua salah aku.

Aku memapah dia ke ruang tamu dan membaringkan dia ke atas sofa. Kemudian di tunjukkan handphone dia yang berada di atas meja.

"Call doctor Syahmi cepat." Perlahan dan terketar-ketar suara dia mengarah aku. Aku tanpa membuang masa menurut arahan dia.

Hampir menangis aku bila bercakap dengan Doktor Syahmi tu. Siap berpesan supaya dia cepat sampai. Sungguh aku sangat takut sekarang ni.

Usai menamatkan panggilan, perhatian aku alihkan kepada Haikal. Dia memandang lemah ke arah aku. Lagi aku rasa bersalah. Kalau aku tak paksa dia makan tadi mesti tak jadi macam ni. Setitik air mata aku luruh.

"Shh... don't cry sayang. Abang tak apa-apa." Tangan dia lap air mata aku di pipi. Lagi la aku rasa nak meraung bila dia pujuk macam ni.

"Ni semua salah Rissa." Kata aku sambil menangis. Tangan dia aku genggam sekuat mungkin. Penuh rasa bersalah.

"No bukan salah Rissa. Dah stop crying. Abang tak suka tengok isteri abang nangis." Dia usap-usap kepala aku. Lama-kelamaan mata dia terpejam rapat buatkan aku lagi gelabah.

------

"Macam mana doktor? Dia okey kan? Tiada apa yang serius kan?" Bertubi-tubi soalan aku lontarkan kearah Doktor Syah, merangkap doktor peribadi keluarga Haikal.

"Bertenang Puan Rissa. Haikal tak apa-apa sekarang. Nasib baik dia cepat telan ubat alergic tadi. Kalau tak susah saya nak jamin keadaan dia sebab alergic dia kali ni agak teruk."

Tenang Doktor Syah menerangkan kepada aku. Aku terus melepaskan nafas lega. Alhamdulillah.

"Pastikan nanti dia sedar bagi dia makan ubat yang saya sediakan ya. Dan juga jangan bagi dia makan kacang lagi. Bahaya! Alergic dia terhadap kacang sangat kuat."

Sempat Doktor Syah berpesan sambil tangan sibuk mengemas barang-barang dia. Aku hanya menganggukkan kepala tanda mengerti.

"Saya pergi dulu ya. Kalau ada apa-apa boleh call saya." Dia senyum dekat aku sambil melangkah ke arah pintu.

"Ye terima kasih Doktor." Aku menghantar pemergian dia sampai ke muka pintu.

Selepas menutup pintu, aku terus bergegas ke arah sofa tempat Haikal sedang berbaring. Punggung dilabuhkan keatas permaidani tebal betul-betul menghadap muka Haikal.

Muka dia dah tak merah namun masih ada kesan ruam-ruam kecil. Kedengaran hembusan nafas dia yang tenang. Lega aku bila keadaan dia makin baik.

Apa aku nak buat sekarang ni? Nak naik atas? Takkan nak tinggalkan Haikal kat sini pulak. Habis nak bawak dia sekali? Mampuih aku jatuh ditimpa raksasa ni.

Setelah penat berdebat dengan hati sendiri aku ambil keputusan tidur sini jela. Kepala dilabuhkan ke atas sofa beralaskan lengan sendiri. Tak sampai 5 minit, gelap dunia aku.


p/s : maafkan beta kalau chapter ni bosan 😔 harap enjoy, vote and komen yaa anak2 sekalian 😚 havva good day every1 ♥♥♥

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro