B A B 2 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sayang."

Panggilan Haikal mengalihkan perhatian aku dari kaca tv. Malam itu kami hanya bersantai-santai menonton tv. Takde benda nak dibuat.

"Apa?"

"Esok abang dah mula kerja. Kerja dah banyak tertangguh kat ofis." Dia utarakan apa yang bermain diminda dia mungkin.

Aku pulak tak tahu nak kata apa. Sebab satu. Aku tak tahu pun dia dah mula kerja. Dua. Kerja dia pun aku tak tahu wei. Tiga. Patut ke aku pergi gosok baju dia mana yang perlu?

"Err... abang kerja apa ek?" Akhirnya aku pilih soalan tu untuk dikeluarkan dari mulut aku yang comel ni.

Nampak dia tepuk dahi dia. Tak tahu sebab apa. Sama ada mengenangkan kebodohan aku yang tak tahu pape atau mengenangkan kebodohan diri yang tak bagitahu aku apa-apa.

Kemudian dia pusingkan badan dia menghadap aku. Aku turut buat benda yang sama.

"Remember Hotel Del Cielo? Itu hotel papa. Tapi abang yang ambil alih sekarang." Tenang dia bersuara.

Aku pulak hanya mampu terkedu. Tak sangka hotel tempat kami buat kem haritu adalah hotel family Haikal. Patut la dia tahu semua pasal hotel tu.

"Tapi haritu abang kata abang tak pandai pasal pengurusan hotel?"

"Benda boleh belajar Rissa, apa yang susah. Abang bermula dari zero. But I'll try my best." Pergh aku boleh nampak semangat keluar dari mata dia. Bila entah aku nak bersemangat macam tu.

"Bila abang cakap macam tu tiba-tiba Rissa rasa berdebar teringat result spm Rissa." Keruh seketika air muka aku.

"Sayang kan dah berusaha sehabis baik. Insya allah boleh punya. Berapa hari bulan result tu?"

"28/3." Sepatah aku jawab.

"Lambat lagi tu. Lagi satu bulan kan? Sempat lagi nak berdoa minta dipermudahkan." Dia cuba memberi kata semangat dekat aku.

"Erm btw abang mungkin akan busy sikit minggu ni. Maklumlah baru masuk kerja mesti banyak bertimbun." Dia pandang muka aku. Aku hanya angguk-angguk je la, dah takkan nak halang.

__________

Bila Haikal kata dia akan busy malam tu aku ingatkan dia hanya busy biasa. Tapi ini dah super busy namanya. Pergi pagi balik malam. Balik pun bila aku dah tidur. Aku tak tahu dia buat apa sampai lewat sangat balik.

Bila dia nak berangkat ke tempat kerja waktu pagi pulak dia hanya senyap. Kurang bercakap dengan aku. Buatkan aku musykil. Aku ada buat salah dengan dia ke?

Seminggu dah berlalu and esok hari Sabtu. Mesti dia cuti kan. Boleh lah aku spend time dengan dia. Tiba-tiba rasa macam dah lama tak jumpa padahal tinggal sebumbung.

"Abang!" Aku terus panggil Haikal bila nampak dia bangun nak berlalu ke bilik kerja dia. Haa tengok malam-malam pun nak buat kerja lagi. Harini dia balik awal sedikit mungkin sebab esok cuti kot.

Dia hanya angkat kening dia sedikit dekat aku. Jelas kelihatan muka penat dia. Banyak sangat ke kerja dia? Kesian pulak aku rasa.

"Err... esok hari Sabtu. Abang cuti kan? Apa kata kita..." Belum sempat aku habiskan ayat aku dia dah potong.

"Abang ada hal esok." Cukup satu ayat keluar dari mulut dia mampu mematahkan mood aku. Agak terasa hati tapi tak mengapa. Aku as isteri dia kena paham, dia busy.

"Ohh, oke..." Reaksi muka cuba dikawal sebaik mungkin. Bila dengar hanya itu balasan dari aku dia teruskan melangkah ke arah bilik kerja dia.

Sabar lah wahai hati huhu. Kalau boleh aku nak merajuk dengan dia seminggu tapi aku tak boleh terikut sangat perangai tak berapa matang aku ni. Makin huru-hara jadinya nanti.

_______

"Arghhhh !!!" Aku menjerit sekuat hati sambil baring menelentang diatas katil. Bosan giler!

Haikal sejak pukul 10 pagi tadi lagi keluar sampai sekarang tak balik-balik. Sekarang dah pukul 2. Jadi tinggal lah aku sorang-sorang mereput dalam rumah ni. Bosan sangat-sangat sampai aku tak tahu nak buat apa.

Kriuk! Kriuk!

Aduh masa ni la dia nak lapar. Tapi memang patut pun aku lapar. Last makan breakfast tadi je. Sekarang nak makan apa? Aku nak masak? Rasanya boleh masuk berita rumah terbakar esok.

Habistu, nak order Food Panda. Aku mana reti order online ni. Oke oke aku tahu kuno but do I care huh?

Tetiba mengidam nak makan kat Magnum's Cafe. Pergh dah boleh terbayang spaghetti carbonara dia. Boleh meleleh air liur camni.

Tak boleh aku kena pergi jugak. Kalau aku mengigau malam nanti macam mana? Haikal jugak yang susah haha.

Usai bersiap aku baru teringat yang aku dah bersuami. Mesti la kena minta izin dulu. Aduh masalah pulak kalau Haikal tak bagi. Tapi... belum cuba belum tahu kan?

Handphone di dalam poket seluar aku keluarkan dan nombor Haikal di dail. 3 kali call tiga kali tak angkat. Busy sangat ke sampai aku call pun tak dengar.

Lantak ahh! Aku hantar WhatsApp je bagitahu aku keluar sekejap cari makan. Tu pun satu tick je keluar. Kalau dia marah nanti pun salah dia jugak siapa suruh tak angkat call.

______

Jejak je kaki ke dalam mall tersebut, kaki terus dihanyun ke Magnum's Cafe. Nak shopping lepas makan lah. Baru syok jalan-jalan bila perut kenyang.

Lagi beberapa meter nak sampai ke kedai tersebut, kaki automatik brek mengejut. Bukan sebab terlanggar orang. Bukan juga sebab ternampak Justin Bieber. Tapi sebab aku nampak satu susuk yang amat familiar.

Sedang berdiri di depan satu kedai kek. Berbual mesra dengan seorang perempuan iaitu jurujual tersebut. Tak... bukan tu yang buat aku rasa nak marah. Tapi perempuan yang berdiri ditepi dia yang buat aku rasa nak cekik orang.

Siapa lagi 2 ketul tu kalau bukan Haikal dan Tasya. Yes! Tasya yang sama datang rumah kami haritu. Bukan Tasya Mansyahar ye gais. Oke aku tak tahu betul tak aku eja nama dia tu.

Bukan itu masalah sekarang. Masalah sekarang aku rasa macam nak meletup. Nak marah pun ada. Sedih tak yah cakap lah dah boleh tahu bila rasa ada air mata bertakung dekat birai mata.

So hal yang Haikal bagitahu semalam tu keluar beli kek dengan Tasya lah. Macam tu? Huh bodoh sangat aku ni. Aku hidup-hidup percaya tanpa rasa ragu sedikit pun. Rasa dikhianati.

Baik aku blah sebelum Haikal nampak aku or sebelum aku mula banjir dekat sini. Dah tak sanggup jadi penonton setia drama tak berbayar ni.

Baru je kaki nak pusing, masa tu la Haikal pusing belakang dan terus bertembung mata dengan aku. Dia nampak terkedu habis. Kenapa? Risau sangat kantoi dengan aku.

Tanpa berlengah aku terus pusing berjalan laju keluar dari mall tersebut. Aku dengar nama aku dipanggil tapi aku buat tak layan je. Aku tak nak nangis depan Haikal. Tak nak!

Bila rasa tangan aku dipegang seseorang aku tahu yang aku kena berhenti. Terus dipusingnya badan aku menghadapnya. Dah tak kesah dengan pandangan orang sekeliling.

"Rissa jangan salah paham. Apa yang Rissa nampak tu bukan apa yang Rissa pikir!" Dia mengoncangkan sedikit bahu aku yang dipegangnya.

"Oh yeke? Lepas tu Rissa kena pikir apa kalau dah tu yang Rissa nampak?" Dingin dan langsung tak bernada suara aku. Aku boleh nampak Haikal teguk liur. Takut mungkin dengan perubahan aku.

"Abang boleh explain!" Dia masih cuba memujuk aku.

"Jadi sejak kebelakangan ni abang busy sampai balik lewat malam keluar pagi-pagi sebab nak jumpa dia la. Lepastu Rissa ajak abang keluar pun abang tak nak sebab dia."

Aku alih pandang ke arah lain. Air mata di tahan sehabis baik supaya tak gugur di depan Haikal. Tangan dia yang berada di bahu aku ditempis perlahan.

"Bukan macam tu Rissa. Rissa dah salah paham!"

"Sampai Rissa call 3 kali pun abang tak angkat. WhatsApp Rissa pun tak sempat nak baca. Oh lupa... abang busy kan?" Aku gelak hambar diakhir ayat. Mulut ketawa tapi mata nak menangis.

"Kalau abang nak sangat keluar dengan dia, kenapa abang tak kawin je dengan dia? Kenapa nak sakitkan hati Rissa?" Suara cuba di perlahankan supaya tak terlalu menarik perhatian umum.

"Rissa please... kita discuss kat rumah ye sayang." See! Dia langsung tak menafikan. Buat hati aku makin sakit.

Tanpa sepatah bicara aku terus menyambung langkah keluar dari mall tersebut. Dah tak mampu nak tahan air mata. Dapat aku dengar Haikal menjerit menyuruh aku tunggu dirumah.

Langkah je keluar aku terus menahan teksi yang kebetulan lalu di hadapan mall tersebut. Tanpa menunggu sesaat pun air mata berlumba-lumba keluar.

Dah tak segan dengan pak cik yang bawa teksi tersebut. Hati terlalu sakit sampai hilang rasa malu.

_______

Jam menunjukkan pukul 6:30 petang. Matahari pun dah nak hampir terbenam. Tapi aku masih lagi tercongok di atas bangku di depan satu pantai yang aku tak tahu nama dia.

Aku main suruh je pak cik teksi tadi bawak aku pergi pantai. Entah la... rasa takde mood pulak nak balik rumah sebab aku tahu Haikal mesti dah sampai kat rumah.

Handphone pun dah selamat aku matikan sebab bertalu-talu call masuk. Jadi aku ambil jalan mudah matikan terus. Mata pulak dah sembab macam panda sebab banyak sangat nangis.

Aku dah penat nak kena curang. Rasa sedih, kecewa, marah bercampur gaul. Haih... aku mengeluh sekali sebelum bangun melangkah ke jalan raya untuk pulang ke rumah.

________

Seperti yang disangka, buka je pintu rumah terus Haikal datang menerpa dekat aku dengan muka risau dan marah.

"Rissa pergi mana? Kan abang dah suruh balik rumah!" Dia marah aku. Ye dia marah aku tapi muka aku takde perasan. Hanya pandang muka dia.

"Kenapa? Kenapa nak risaukan Rissa? Rissa bukan penting pun dalam hidup abang."

"Please stop cakap macam tu!"

"Habis nak cakap macam mana lagi? Dah tu memang kenyataan dia kan. Abang abaikan Rissa sebab nak keluar dengan perempuan tu. Sampai takde masa nak luang dengan Rissa. Tapi kenapa abang kawin dengan Rissa kenapa?"

Aku marah dia balik. Suara meninggi tanpa aku sedari. Tiba-tiba rasa kepala berdenyut kuat. Letih dengan semua ni.

Bila nampak dia buka mulut nak terangkan dekat aku, aku terus angkat tangan.

"Stop. Rissa tak nak dengar apa-apa dah. Rissa penat. Kalau abang nak kawin dengan dia sekali pun Rissa dah tak kesah."

Prang!

Terasa kepala berdenyut kuat. Aku terus rebah ke lantai. Perkara terakhir aku nampak adalah Haikal. Dan terus gelap dunia aku.

p/s : not edited. aku maleh. k enjoy and sorry for this late update. so comment apa apa yang patut oke. jangan lupa vote. sorry again kalau bosan, cliche, and so on. see you ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro