B A B 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Berbunga tak berbunga hati aku semalam tetap tak lena tidur aku. Ingatkan boleh lah tidur nyenak tapi tidur tidur ayam je hm.

Ditambah pulak dengan orang sebelah aku ni yang dah bermacam jenis dia berdengkur semalam. Ada yang bunyi vibrate phone. Ada jugak yang bunyi macam kapal.

Haa sekarang ni aku je yang bangun. Orang lain hm hampeh. Sekarang dah pukul 6.30 pagi. Boring betul tak dapat tidur ni kan. Baik aku ganggu Izzah ni dari tadi membuta je.

"Izzah... wake up pleasee. Aku bosan. Jom ah pergi turun bawah. Cepat la cepat la!" Aku goncang-goncang badan Izzah.

"Apa kau ni ganggu orang tidur pulak. Tak dapat tidur tu tak yah la jeles ngan orang. Awal lagi kot nak turun bawah." Dia terus tekup muka dengan bantal.

"Alaa kau ni jahat betul lah. Dah la aku tak dapat tidur lepastu kau pulak tak nak temankan aku yang boring ni. Semua orang dah tak sayang aku." Aku buat ayat sedih sekali dengan pakej muka tak laku.

"Ye la ye la. Haih bising betul budak kecik ni. Tunggu aku mandi jap." Aku tersengih bila Izzah akhirnya bangun hehe.

✿┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈✿

"Wey... kau pi mana semalam. Aku nampak kosong je sebelah aku. Nak dekat kul 11 dah kot masa tu. Haa kau pi dating eh?" Amboi selamba badak je minah ni tuduh aku.

Tapi betul ke dia perasan aku takde semalam? Aiyoo mati la aku kalau dia tahu hal sebenar nanti. Aku pura-pura suap bihun ke dalam mulut.

"Takde lah aku pi ambik angin je dekat luar kejap. Lepastu borak dengan dinding je lah. Nak buat apa lagi." Aku auta. Ahhh ikut lah asalkan selamat.

"Hm ye la tu.. Eh kejap! Mana 2 ketul lagi ni? Takkan tak bangun lagi. Eh tapi logic la tak bangun lagi. Kita ni yang terlebih bagus huh." Izzah sindir aku siap jeling sedas. Aku sengih tak bersalah.

"Adoii... aku sakit perut lah. Kau tunggu sini kejap. Aku nak pi toilet." Izzah tiba-tiba mengadu sakit perut. Hai dia ni masa ni jugak nak membuang bagai.

"Alah kau ni. Habis takkan aku duk sorang kut. Aku tak takut duk sorang cuma aku takut ada orang culik aku jer." Aku tak tipu. Sebab kejadian dengan Haziq semalam buat aku berjaga-jaga.

"Kau ni bodoh ke bangang. Takde maknanya orang nak culik kau dalam hotel ni. Cctv merata kau tahu. Dah aku blah dulu. Tunggu tau." Izzah terus cabut lepas tinggal amanat terakhir untuk aku.

Haih... betul-betul cakap dengan meja lah aku ni. Satu dewan makan kosong. Maklumlah sekarang ni awal sangat nasib dewan ni dah bukak. Kalau tak melangut lah aku nanti.

Sedang aku membebel entah pape dalam hati. Tiba-tiba aku rasa macam ada orang belakang aku.

"Khusyuk betul kau makan. Sampai aku berdiri kat belakang ni pun kau tak perasan kan." Satu suara menegur.

Spontan aku terus pusing belakang. Terkejut monyet aku bila muka aku dan dia dekat gila. Hampir-hampir berlaga hidung kalau tak kerana aku undur kepala sikit. Hanya beberapa inci je jarak. Dia masa tu tengah tundukkan badan tinggi dia. Muka betul-betul tepi kepala aku.

Dia pun terkejut habis. Hilang sekejap muka beku dia tu. Mungkin dia pun tak expect aku akan pusing belakang. Tapi dia tak terus betulkan badan dia. Kemudian dia senyum. Aku masih di kedudukan yang sama dengan muka terkedu yang sama. Tak boleh bergerak sebab terlalu shock.

"How I wish we could stay like this for a long time." Dia berbisik dengan suara yang perlahan. Terus aku tersedar. Aku jarakkan muka dari dia sebelum berdehem.

"Apa awak buat ni? Nasib saya tak terkejut sampai pengsan. Kalau saya pengsan awak nak bertanggungjwab ke?" Marah aku sengaja nak tutup malu dan perasaan canggung. Sikit-sikit nak pengsan kau ni Rissa takde modal lain ke?

"Well.. kalau kau pengsan aku dukung lah kau pergi hospital, kan senang. Tak pun aku cium kau sampai kau bangun. Bila lagi nak jadi prince charming kau kan?" Gila. Sumpah aku rasa nak cekik je mamat ni.

"Kenapa kau duduk sorang-sorang ni. Did I already told you, don't being alone. Lagi-lagi kat tempat macam ni. Kau nak aku jadi bodyguard kau dulu ke baru kau nak sedar." Tiba-tiba dia marah aku. Takde angin takde taufan dia sembur aku.

Haih dia ni memang tak kenal aku betul lah. Aku ni dah lah jenis yang tak suka dimarah. Dia sesedak rasa je marah aku.

"Saya tak duduk sorang lah. Izzah pergi tandas sekejap tadi. Takkan saya nak tinggal makanan ni. Lagipun awak kan ada sekarang ni. Suka hati dia je nak marah kita." Masam muka aku. Terus aku larikan pandangan. Huh. Tengok pokok lagi best. Tenang sikit jiwa.

Kemudian aku nampak dia mengeluh dan raup muka dia. Nampak serabut. Kenapa?

"Okey aku mita maaf. Please aku tak sengaja tadi. Aku marah sebab kau ni suka buat jantung aku nak tercabut tahu." Nampak dia merayu dekat aku. Haa tahu takut haha. Aku still tunjuk muka merajuk.

"I promise you I will not mad at you anymore after this. So please forgive me. Sebagai tanda aku minta maaf kau boleh mintak ape je kau nak dengan aku." Kata-kata dia membuatkan aku angkat muka. Hmm berminat.

Aku senyum penuh makna hehe. Nampak muka dia cuak sikit. Takut lah tu aku mintak benda pelik-pelik.

"Okey... saya maafkan tapi janji jangan marah saya lagi nanti." Aku buat tanda promise dengan jari. Dia tersenyum dengan telatah aku.

"Yes yes I promise you. So kau nak ape?"

"Hm entah lah. Saya takde benda pun nak mintak. Takyah la saya tak nak susahkan awak pulak. It's okey." Dia hanya angkat bahu.

"Okey then. Aku kena pergi dulu ni ada hal. Betul ni kawan kau akan datang balik?" Risau betul dia ni. Macam aku ni bini dia je.

"Ye jangan risau lah. Lagipun sini ada cctv. Awak pergi lah dulu." sambil tangan tunjuk cctv dipenjuru siling.

"Okey aku gerak dulu. Take care." Dia senyum segaris dan berlalu pergi. Sempat lagi dia berpaling sebelum dia keluar dari dewan.

✿┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈✿

Macam biasa sebelum mula sesuatu aktiviti kena baca doa dulu supaya ada keberkatan dalam setiap perkara yang dilakukan sehari-hari tu. Lepas baca doa kami semua menyanyikan lagu tema.

Cuba teke apa aktiviti pada pagi yang harmoni ni? Huh jadual klise gais kalau kem. Hari kedua apa lagi kalau bukan explore race. Tapi dekat kem ni dia panggil amazing race.

So tugasan kitorang harini kena pergi dekat setiap checkpoints dan fullfill the task. Macam biasa la gais takkan tak pernah pi kem kot.

Lepas je dapat task tu kitorang semua perah otak. Kat mana ya tempat orang bertanya dan ada bunga orkid. Hm pikir Rissa pikir.

"Haa tu bukan ke lobby gais. Aku pernah nampak bunga orkid dekat meja receptionist." Aku suarakan pendapat. Nampak diorang macam berpikir.

"Betul lah Ana. Aku nampak jugak haritu. Oke jom gerak geng." Semangat betul Aqid. Yang lain menurut je.

Sampai-sampai dekat lobby. Huh keciwa. Dah ada group yang sampai so kitorang kena tunggu lah. Aku ajak Izzah pergi duduk dekat kolam ikan koi sementara menuggu.

Daripada termenung disana baik tengok ikan ni. Cute pun cute tapi scary wei. Aku memang penakut. Tengah syok layan ikan tiber ada bunyi flash dari camera.

Aku rasa tak payah angkat muka. Dah tahu dah siapa. Siapa lagi kalau bukan mamat tu. Huh! Suka benor ambik gambor orang tak mintak.

"Can you gais semua duduk kat situ. I want to take some picture." Selamba je dia suruh ahli kumpulan aku duduk kat tepi kolam tu.

Orang lain apa lagi cepat-cepat lah duduk. Bukan tak tahu budak-budak zaman sekarang ni gila bergambar. Sikit-sikit ambil gambar sikit-sikit selfie. Termasuk aku la tu haha.

Lagi satu yang perempuan grup aku tu of course lah nak masuk gambar kan. Bila lagi nak masuk camera orang kacak ni ugh. Semua dah bersinar mata tatap wajah mr photographer ni. Yang sebelah aku ni pun hampir je nak menitik air liur tu.

Tak paham betul aku. Aku terus buat muka menyampah.

"Excuse me. Budak kecik kat belakang tu boleh senyum sikit tak? Saya nak tangkap gambar ni. Kalau muka awak hodoh nanti mula la awak nak mengumpat saya."

Ya Allah sesedak mulut dia je nak mengata aku. Semua bantai gelakkan aku. Takpe takpe harini hari kau nanti aku kenakan kau balik.

"Oke pak cik saya nak senyum lah ni. Pak cik tu yang tak sabar." Aku senyum plastic dekat dia. Ambik kau aku panggil pak cik.

"Oke 1, 2, 3!" Dia kira lepastu dia tilik camera dia nak tengok balik gambar tu cantik tak.

"One more boleh tak?" Haih mengada betul mamat ni. 1 dah la nak banyak mana. Nak buat bomoh ke ape?

"Oke done." Dia tilik sekali lagi camera dia.

"Hm beautiful!" Dia angkat kepala terus tengok dekat aku. Terkejut aku. Tapi biasalah aku buat muka cool jer. Dia kata aku cantik ke gambar kitorang cantik?

Haa Rissa tak payah nak perasan kat sini lah. Pi mampus lah kalau mr photographer tu nak puji kau. Lambat lagi.

Kemudian dengar fasi yang bertugas dekat kaunter panggil kitorang. Kami semua bergegas ke sana. Ya lah orang lain dah siap dah kami je yang lambat.

"Oke saya sebenarnya tak sempat nak buat task untuk checkpoint ni tapi takpe saya mudahkan je lah ya." Ucap Encik Kamil.

"Task ni mudah je saya nak awak semua buat satu bulatan menghadap saya dan bagi pickup line dekat kawan sebelah awak. Maksudnya bersambung-sambung. Orang last yang kena buat pickup line dekat saya. Mudah je kan?"

Mudah tak mudah dia ingat aku pandai berpickup line ni adoii masalah betul lah. Cepat pikir sebelum giliran aku sampai. Dan nasib baik sebelah aku ni perempuan hehe. Takde la malu sangat kalau laki.

Alamak dah nak dekat lah. Macam mana ni? Haa tiber teringat aku pernah baca satu pickup line ni. Harap menjadi lah. Fuh berdebar pulak.

Akhirnya giliran aku. Baru aku nak bukak mulut dekat Farah yang berada ditepi aku. Muncul pulak mr photographer ni.

Aku ingat dia dah pergi tadi. Eee dah la duduk belakang Farah menghadap aku. Lepastu nampak dia macam ambik video. Lagi berganda lah malu aku macam ni. Dah la tak pernah buat pickup line sebelum ni. Gasak je lah.

"Err... Farah awak tahu tak apa beza awak dengan Mc D?" Nampak Farah geleng.

"Beza dia... Mc D I'm lovin it. Kalau awak I love you." Yang aku pelik dah kenapa mata aku nak tersasar masa cakap 'I love you' tu. Dah lah tersasar dekat mamat photographer ni.

Aigoo maluu apaa amaa. Aku rasa muka aku dah merah sekarang ni. Orang lain nak bersorak ape kess doo. Sweet sangat ke pickup line aku haha.

Yang paling malu Mr photographer ni nak senyum kenapa wey. Tolong jangan perasaan boleh. Argh bertambah malu aku. Rasa muka dah boleh bakar ayam kut.

Bodoh betul kenapa kau nak tengok dia rissa woi. Hadoii buat malu kaum je kau ni. Sumpah aku rasa nak sorok muka dalam pasu kat sebelah ni. Hm benci lah. Game diteruskan sampai orang terakhir.

✿┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈✿

Aku ingatkan checkpoints semua dalam hotel je tapi.... huh sampai keluar hotel beb. Penat lah aku nak jalan kalau camni. Nasib baik dah checkpoint yang terakhir.

Kami berjalan secara berkumpulan. Setiap kumpulan akan diiringi oleh seorang fasi. Maklumlah kami ni dikira kecil lagi hihi so kena ada pengawasan.

Kumpulan kami diiringi oleh fasi Amir. Yang perempuan apa lagi bersorak lah wey kena iring dengan putera raja yang kacak ni. Bertambah pulak sorang lagi mamat hensem lagi lah bersemangat semuanya.

Siapa lagi kalau bukan Mr photographer ni. Tak paham lah aku kenapa dia nak ikut kumpulan aku. Tak selesa tahu tak.

"Hey, watch out!"

Sedang aku merungut tu lah aku dengar ada orang jerit. Pusing-pusing je aku nampak ada motor hampir langgar aku. Nak kata aku yang jalan sampai ke jalan tar tak logic jauh lagi kot. Motor tu yang salah.

Aku rasa macam diri aku kena tarik ke tepi. Aku terus pejam mata. Tak nak jatuh. Nanti sakit huaa.

Rasa macam aku jatuh atas something. For surenya bukan tanah lah. Bukak je mata terus nampak mata risau Haikal tengah peluk aku. Muka dia berkerut giler. Kami sama-sama terbaring diatas tanah masa tu.

"What I'm going to do with you little girl? You scared me to dead you know." Dingin suara dia bertanya dekat aku. Buat aku telan air liur. Aku tahu dia marah aku. Terus aku tunduk.

Kemudian dia bangun dan bantu aku berdiri. Aku dah tak sanggup nak tatap muka dia. Gerun wei.

"Are you okey? Did you hurt anywhere?" Suara dia berubah lembut kembali. Baru lah aku berani nak tengok mata dia. Aku terus angguk.

Nampak dia lepaskan nafas lega. Kemudian dia kebas-kebas baju dia yang dah kotor akibat jatuh tadi. Masa tu lah aku nampak siku dia berdarah.

"Awak... awak berdarah..." Suara aku terketar-ketar sambil tunjuk siku dia.

Automatik dia angkat tangan dia dan tilik siku dia. Yang paling aku terkejut bukan sikit darah tu tapi banyak.

Terus aku menangis sebab aku rasa bersalah sangat. Dia cedera sebab aku. Dah lah aku takut darah. Umi.. macam mana ni?

"Awak.. awak berdarah macam mana ni? Saya... saya mintak maaf. Saya tak sengaja." Ucap aku sambil tersedu sedan. Entah kenapa aku rasa sedih dan bersalah sangat.

Aku pun pelik dengan diri aku sekarang ni. Aku bukannya jenis yang mudah menangis lagi-lagi depan orang ramai. Semua dah terkedu tengok aku menangis. Mungkin tak sangka aku akan menangis kot.

Dia tunduk untuk samakan paras muka dia dengan aku.

"Hey look at me. Im fine, okey. So don't worry. This is not your fault. Please stop crying." Dia pujuk aku dengan suara yang perlahan mungkin tak nak orang lain turut dengar. Muka pun dah cuak habis tengok aku menangis tiber. Tapi aku still lagi menangis.

Apa kena dengan kau ni Rissa. Malu betul lah. Tapi air mata ni tak nak berhenti huaa.

"Mir. Aku rasa aku kena bawak dia balik hotel dulu kot. Kau sambung je lah dengan yang lain. Nah camera in case kau nak tangkap gambar ke." Aku dengar Haikal cakap dekat fasi Amir. Kemudian nampak fasi Amir angguk.

Semua orang sambung berjalan. Sempat Izzah bagi isyarat dekat aku. Aku hanya angguk. Sekarang tinggal aku dengan Haikal je.

Dia pandang aku yang masih tersedu-sedan. Kemudian dia tarik lengan aku yang beralaskan baju aku supaya ikut dia. Nasib baik lah hotel tak jauh sangat dari sini.

✿┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈✿

p/s : entah pape lah aku mengarut ni. hope korang enjoy and vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro