PROLOG

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

‼️TW: SUICIDAL THOUGHTS

HEZRON ADUKHA
IRENE KAMELIA

Tidak guna menentang tradisi. Tiada juga yang mahu mendengar ulasan dari mulut orang muda sepertinya.

"Seorang pewaris takhta itu harus kahwin muda untuk belajar tentang tanggungjawab dan buktikan kematangannya di mata rakyat."

"Perlu ke? Saya masih muda. Banyak lagi perkara saya boleh buat untuk buktikan kematangan saya. Bukan sekadar kahwin..."

"Putera Hezron... di negara kita, bila seorang lelaki mampu beristeri dan mempunyai anak, maknanya dia mampu dalam segala hal. Lebih muda lebih bagus. Ayahnda kamu bergelar ayah saat usia baginda berumur 15 tahun, tau! Jangan malukan keturunan. Kamu harus kahwin."

Hezron mengeluh.  "Saya boleh menolak ke? Kalau saya cakap tidak sekalipun, ayahnda tidak akan pernah dengar pendapat anak sendiri." Hezron bangun dari meja belajar dan meraup rambutnya.

"Orang tua Irene Kamelia sudah bersetuju."

Hezron tersentak. "Irene Kamelia? Gila ke? Dia baru 15 tahun!" jerkahnya. Dia kenal Irene, dia anak perempuan penasihat ayahndanya.

"Ya? Seluruh ahli keluarga setuju menganggap Irene paling sesuai dengan Putera Hezron. Umur kamu berdua cuma beza satu tahun. Lagipun Irene perempuan dengan latar belakang yang paling layak untuk bergelar pemaisuri."

Hezron sekali lagi meraup rambut. Tanpa berbincang, tanpa tanya pendapatnya, keluarganya sudah atur semuanya.

"Macam mana kamu semua nak matangkan saya kalau tiada seorang pun tanya pendapat saya? Tentang perempuan yang bakal jadi isteri saya, bukan ke sepatutnya saya lebih berhak untuk tentukan?"

"Pilihan raja lebih baik."

Hezron mendengus. Pelipisnya diurut. Wajah polos Irene Kamelia bermain-main di ruang mata. Dia baru 16 tahun, Irene pula baru 15 tahun dan orang tua mereka sudah memutuskan mereka harus bernikah.

Di negara Damakia, bila seseorang lelaki dan perempuan yang sudah melepasi waktu puberti. Mereka dianggap dewasa dan layak untuk berkahwin walaupun umurnya baru 12 tahun sekalipun. Ngeri!

"KENAPA awak ajak saya jumpa diam-diam ni?" Irene berbisik apabila dia mendapat pesanan mengejut daripada Putera Hezron untuk bertemu di kandang kuda. Ya, kandang kuda yang busuk tu! Macam tak ada tempat lain nak jumpa.

"Saya tak ada masa. Saya nak cakap pasal perkahwinan kita."

"Ohh..." Wajah Irene berubah. Hezron tahu, Irene sendiri pun separuh rela. Tapi, mana berani gadis muda itu tolak. Itukan permintaan raja sendiri.

Sedangkan Hezron dan Irene sudah berkawan sejak mereka masih kecil. Hezron tahu, cita-cita Irene bukan berkahwin awal tapi mahu melanjutkan pelajaran sehingga keluar negara seperti kawan-kawan bangsawannya yang lain. Tak adil hanya dia seorang yang terpaksa melupakan cita-citanya hanya kerana dia harus bergelar isteri kepada Putera Hezron.

"Saya tahu awak pun tak nak semua ni." Hezron bercekak pinggang di hadapan Irene. Dia melepas keluhan panjang.

"Nevermind. Semuanya dah diputuskan. I've been told that I also have to bear your child." Tangan Irene bergetar. Di usia seperti itu, dia harus melalui perkara yang mentalnya sendiri belum siap.

"Itu yang saya nak bincang dengan awak sekarang. Since we have no power to refuse, lepas kita kahwin saya tak akan sentuh awak. Cuma awak kena bersubahat dengan saya biar tak ada sesiapa tahu rancangan kita."

Irene tersentak. Matanya membulat teruja. Tak sangka Hezron betul-betul memikirkan dia.

"Betul ke?"

Hezron senyum sinis penuh yakin. "Dan... saya akan susun rancangan baru biar awak boleh kejar cita-cita awak. Kuncinya sekarang, awak kena percayakan saya, dan tolong saya atur rancangan kita sampai berjaya!"

"Awak tak takut ke Hezron?"

"Saya Putera Hezron, Irene. Mereka ada kuasa, saya pun ada kuasa saya sendiri." Kali itu sahaja Hezron rasa bersemangat dengan kata-katanya.

Lantas semuanya punah...

Pang!!

"You rape me!"

Hezron terpana. Apa yang ada di hadapannya buat tubuhnya menggeletar. Esak tangis Irene masuk ke gegendang telinga buat segala yang ada di kepalanya berselirat.

"Mana janji awak, Hezron... Awak lelaki jahat." Irene duduk di hujung katil memeluk tubuh yang hanya berbungkus duvet.

"I...Irene!"

"Don't touch me! Aku jijik dengan kau!"

Bergema jeritan Irene. Hezron terus undur tubuhnya ke belakang. Matanya sasar melihat baju-baju bergelimpangan di lantai dan tubuh dia dan Irene yang sangat mengaibkan sejak mereka sama-sama membuka mata pagi itu.

Hati rasa ditikam. Pisaunya terpacak dan tak dibuang. Kekal disitu menjadi saksi apa yang sudah terjadi hari itu.

Hezron fikir, tusukan berdarah hanya itu. Hingga sekali lagi dia ditusuk di hati.

"Tahniah, Putera Hezron, tuan putera akan bergelar ayah tak lama lagi."

Hezron kelu. Di usianya masih 16 tahun harus bergelar ayah dan Irene yang masih 15 tahun harus mengandung dan melahirkan seorang anak.

Saat itu baru Hezron sedar, dunia sangat kejam untuk mereka. Melihat Irene yang menahan kesakitan dari jauh cukup memberi pedih yang begitu dahsyat hingga Hezron tak mampu walau selangkah mendekati Irene untuk mengungkap kata maaf.

Pernah dia duduk di jendela, melihat Irene berjalan bersama pembantunya di taman. Dia tahu hari itu barulah Irene mampu keluar mengambil angin setelah sebulan di bilik. Hezron merasa sedikit lega, tapi hanya sekejap sebelum dia melihat Irene yang kesakitan memuntahkan isi perut di taman.

Hezron terduduk di lantai. Wajahnya diconteng trauma. Tubuhnya menggigil lagi. Pekikan dan jeritan Irene tempoh hari bergema di kepala hingga Hezron tekup telinganya.

"Tuan putera! Hezron! Sedar! Hezron!!"

Saat Hezron buka matanya, dia bahkan tidak sedar bila tubuhnya terbaring di lantai mencari nafas yang hilang.

Dada Hezron turun naik. Mulutnya terbuka.

"Mi...minum..." Zayan terketar-ketar menyua gelas ke mulut Hezron setelah dia bantu lelaki itu bangun dan bersandar pada dinding.

Baru seteguk Hezron minum air itu. Hezron memuntahkan isi perutnya sebelum dia pengsan di situ.

Berita Hezron pengsan setelah muntah tersebar di seluruh istana dan dijadikan bahan jenaka. Kononnya Putera Hezron terkena alahan mengandung isteri kerana terlalu cintakan isterinya. Hakikatnya tiada siapa yang tahu trauma yang sudah kritikal dan nazak di dalam diri Hezron.

Waktu berjalan. Sakit di jiwa Hezron sudah tiada rasa. Hezron rasa kosong sekosong hidupnya yang tiada makna. Apa yang berlaku, dia salahkan dirinya.

Saat yang lain meraikan bayi yang bakal lahir dengan melakukan majlis tradisi mandi bunga buat bakal ibu. Hezron menghilang ke pantai. Dia duduk di situ sejak malam hingga subuh menanti matahari terbit.

Senyum tipis tersungging di bibir pucatnya. Tubuhnya rasa lelah. Jiwanya parah.

Melihat matahari yang sudah menunjukkan diri. "Akhirnya aku dapat melihat matahari lagi buat kali terakhir..." Perlahan-lahan Hezron bangkit dari duduknya yang lama. Pasir-pasir halus pantai yang melekat pada tubuh dibiarkan.

Perlahan-lahan kaki Hezron melangkah menghampiri air laut. Matanya tetap melihat matahari seperti hanya itu yang dia ingin dilihat buat kali terakhir. Cahaya matahari yang cerah dan indah tidak segelap laut yang terhampar di hadapan matanya.

Tubuhnya terus maju dan maju ke hadapan hingga paras air laut sudah di dadanya. Hezron senyum. Matanya masih tak berganjak melihat indahnya sinaran matahari pagi itu. Selalu bersinar indah seperti Irene yang selalu dia kenal...

"Hezron!!" Hezron dengar panggilan itu hanya sekejap sebelum tubuhnya tenggelam.

Brush!!

Kasar tubuhnya ditarik lantas dihempas di persisir pantai.

"Uhuk! Uhuk!!"

Hezron terbaring sambil terbatuk-batuk. Dadanya turun naik melihat Zayan yang turut terbaring di sebelah.

"Kau gila?" Zayan sudah tidak kisah dipancung kerana memaki putera raja sendiri.

"Kau atau aku yang gila?" Hezron sama naik. Tak mahu kalah. Dia marah apabila Zayan menarik tubuhnya dari laut.

"Kau fikir apa, Hezron? Nak mati? Kau fikir dengan cara tu semua akan selesai?" Zayan bangun dari baringan terus tajam memandang lelaki itu.

Hezron terdiam. Terdampar dengan rasa yang kosong.

"Aku lelaki tak guna. Aku tak patut hidup dan tunjuk muka aku depan Irene lagi..." Hakikatnya sudah begitu lama dia simpan perasaannya terhadap Irene. Segalanya hancur... Dia punca hidup dan cita-cita orang yang dicintainya hancur.

"Aku cintakan dia, Zayan. Aku sayangkan dia... Arghh!!" Hezron raup mukanya.

"Hezron, kau fikir dengan mati Irene akan berhenti bencikan kau?" Zayan tarik tubuh lemah Hezron yang terbaring. Bahu Hezron dicengkam kedua belah.

"Kau tak layak panggil diri kau lelaki yang cintakan Irene kalau kau pergi tinggalkan dia sendirian kat sini. Kau boleh bayang tak apa yang Irene dan anak kau kena lalui bila kau tak ada? Fikir, Hezron. Kau tak bodoh! Hezron yang aku kenal tak lemah dan bodoh macam ni!" Depan muka Hezron, Zayan hambur sepuas-puasnya.

"Irene dan anak kau lebih memerlukan kau daripada kematian tu. Kau kena hidup, Hezron... Hidup dan susunlah masa depan yang kau nak. Bukannya meratapi masa lalu."

Hezron tunduk. Setitis air matanya jatuh. Sebak memikirkan apa yang dikatakan Zayan segalanya benar belaka. Dia pengecut. Lari daripada masalah yang sudah dia mulakan dan pengecut kerana tidak tahu bagaimana mahu mengakhiri...

SAAT Zayan bawa Hezron pulang ke istana pagi itu. Irene muncul di hadapan Hezron. Buat pertama kali selepas kejadian itu. Tubuh Hezron yang basah kuyup menatap Irene dengan tatapan kosong.

Mata kosong itu sempat singgah menatap perut Irene yang sudah cukup membesar di tubuh kecil itu. Hezron ketap gigi dan memalingkan tubuh untuk beredar.

"Hezron..." Ada sesuatu yang ingin Irene katakan tapi Hezron sudah pergi tidak ingin memulakan apa-apa perbualan.

____

SUNGGUH pantas masa berlalu. Detik yang ditunggu-tunggu semua orang sudah tiba.

"Arghh!!!" Sakitnya melahir seorang anak di usia 16 tahun hanya tuhan sahaja yang tahu. Setelah Irene dengar tangisan halus itu. Seluruh tubuh Irene rasa seperti hilang tulangnya.

Kemana Hezron? Tidak mahukah lelaki itu menjenguknya walau sekejap?

Tak mahukah lelaki itu melihat wajah anak mereka?

Selepas seminggu Irene dirawat dan belajar menyusukan anaknya. Barulah dia diberi maklum yang Hezron akan datang melawatnya hari itu. Irene tidak tahu apa yang patut dia rasakan sekarang.

Fikirannya terlalu kosong...

Saat dia lihat susuk tubuh suaminya melepasi pintu bilik bersama Zayan pembantunya. Irene kelu sendirian di atas katil. Mulut seakan terkunci. Suara tersekat di kerongkong tak mampu berbicara.

Sedikit kecewa kerana Hezron tidak datang sendirian seperti yang dia harapkan.

"Jason, tu nama dia." Ayat pertama keluar dari mulut Hezron.

"Okay."

"Kemudian..." Hezron tarik nafas.

"Irene, saya ceraikan awak."

Irene tersentak. Bulat matanya memandang Hezron tak berkelip. "A-apa awak cakap, Hezron?"

"Tinggalkan Jason di sini. Awak harus jalani hukuman dilarang pulang ke Damakia selama 8 tahun." Suara Hezron tak bernada.

Irene terpana. "Tapi kenapa? Apa salah saya?"

"Awak dah hina maruah putera mahkota."


COMING SOON...

Disclaimer: This story does not romanticize underage marriage. It portrays the impact of underage marriage on both girls and boys, emphasizing lessons that are relevant to all readers.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro

#lollysnow