《06》

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

♡♡♡♡♡

"Ting!" menandakan mesej telah masuk ke dalam Iphone 11Pro milik JiAh.

____________________________________

- Minjions💜-

JiAh! Aku bosan!
Jom pergi shopping!

Aku baru ingat nak stay kat rumah.

Hari ni cuti kut, takkan lah kau nak mereput kat dalam rumah je?!
Aku tak kira, kul 9 aku datang ambil kau!
Siap cepat sikit!

Okey.

____________________________________

"Aduh, tak boleh tengok orang senang sikitlah minah ni." Rungut JiAh sendirian.

JiAh bangun dari katilnya dan terus mencapai tuala di tepi almari.

Shopping Outfit!💕

Tiba-tiba pintu bilik JiAh diketuk oleh Bibik Hyun sambil berkata "Cik JiAh, kawan Cik dah sampai."

"Okey!" Jerit JiAh dari dalam bilik.

JiAh terus mengapai begnya dan terus berlari keluar daripada biliknya dengan pantas.

Sejurus sampai di luar rumahnya, JiAh mencari kereta milik MinJi. Matanya terhenti di sebuah Mini Cooper.

JiAh tersenyum dan berkata "Taste minah ni memang pelik."

JiAh berjalan ke arah Mini Cooper tersebut dan terus duduk di sebelah pemandu.

"Alahai, cutenya kereta kau." Kata JiAh sejurus ia masuk ke dalam kereta milik MinJi tersebut.

"Agak-agak lah nak perli pun. Untuk pengetahuan kau, aku pilih warna pink ni ada sebab tau." Kata MinJi.

"Sebab apa?" Tanya JiAh.

"Kalau warna pink ni, dari jauh kau dah nampak kereta kau yang mana. Tak payah susah-susah nak cari." Terang MinJi.

"Cakap je lah kau malas nak ingat kau letak kereta kat mana." Perli JiAh.

"Ishh, malaslah aku layan kau." Kata MinJi sambil memuncungkan mulutnya.

MinJi menghidupkan enjin Mini Coopernya dan terus berlalu pergi dari kawasan perumah JiAh.

♡♡♡♡♡

< Flamingo Club >

"Guys." Panggil JungKook.

Sejurus dipanggil oleh JungKook, JiMin dan TaeHyung memandang ke arahnya.

"Aku rasa aku dah falling in love lah." Kata JungKook.

TaeHyung yang sedang minum segelas wain, tersedak apabila mendengar pengakuan JungKook.

"Kau tak sihat ke, JungKook? Kau sakit ke?! Ke kau nak mati?!" Risau TaeHyung.

"Kau cakap je kau sakit apa, aku janji aku carikan doktor yang paling bagus kat Korea ni, asalkan kau selamat!" Sambung TaeHyung

"Eh! Apa masalah kau ni? Aku ada cakap aku nak mati ke?" Tanya JungKook.

"Yelah, kalau kau mati, siapa lah yang nak jaga awek-awek kau sebelum ni. Mestilah aku kan, tak ke menyusahkan aku tu." Kata TaeHyung.

JungKook memandang TaeHyung dengan pandangan maut. JiMin pula hanya ketawa mendengar kata-kata TaeHyung.

"JungKook, playboy yang berjaya pada abad ini cakap yang dia falling in love." Perli TaeHyung.

"Jangan cakap TaeHyung, aku pun terkejut tau. Selama aku kawan dengan kau, mana pernah kau cakap macam tu." Jawab JiMin pula.

"Tak boleh ke? Lagipun, korang tak payah lah nak terkejut sampai macam tu sekali." Kata JungKook.

"JiMin, dia cakap kita tak payah terkejut?! Kepala otak dia!" Kata TaeHyung.

JiMin ketawa mendengar kata-kata TaeHyung yang sepertinya masih tidak percaya.

"Siapa perempuan yang buat playboy macam kau ni falling in love? Teringin pula aku nak tau siapa perempuan tu." Kata JiMin.

JungKook senyum dan berkata "JiAh."

"Ha!" Terkejut JiMin dan TaeHyung untuk kali yang kedua.

"Perempuan yang bergaduh dengan Bella tu kan, anak kepada Pengerusi Lee Group." Teka TaeHyung.

"Kau serious ke kau falling in love dengan dia? Ke kau saja-saja nak main-main dengan dia?" Tanya JiMin.

"Yang kau risau semacam ni kenapa, JiMin. Kalau dah JungKook cakap macam tu, betullah kut. Ke kau suka kat dia." Kata TaeHyung lagi.

"Kau jangan, MinJi tu kau nak letak mana? Ataupun kau nak tengok si MinJi tu bertukar jadi hulk pink pula." Sambung TaeHyung.

"Bukan lah, aku cakap macam tu sebab JiAh tu baik tau. Lepas tu, aku tak rasa dia nak dekat kau." Terang JiMin.

"Ehh, kau pernah tengok ke JungKook kena reject dengan perempuan." Kata TaeHyung.

"Masalahnya JiAh ni lain sikit, aku tak rasa dia nak dekat kau. Tapi kalau kau betul-betul nak dia, kau kena try hard sikit lah." Cadang JiMin.

"Disebabkan dia tu luar biasa, aku nak try dia and aku nak kau tolong aku dapatkan JiAh." Kata JungKook.

"Aku betul-betul serious kali ni nak kenal dengan dia." Sambung JungKook dengan nada serious.

"Bukan aku tak nak tolong tapi......" Kata JiMin.

Tiba-tiba ada seseorang menyergah mereka bertiga.

"Hye, korang!" Jerit MinJi.

"Awak!" Terkejut JiMin.

"Asal muka terkejut ni? Tengah kutuk I ke? Ataupun tengah cakap pasal perempuan lain?" Teka MinJi.

Mata JungKook hanya terpandang ke arah JiAh yang sedang memerhatikan keadaan sekelilingnya.

"Korang buat apa kat sini?" Tanya TaeHyung.

"Saja, tak boleh? Lagipun aku saja bawa JiAh jalan-jalan. Kan, JiAh?!" Kata MinJi.

JiAh hanya tersenyum dan mengambil tempat di sebelah JungKook.

Flashback

"Nahh! Ambil baju ni, pergi try." Arah MinJi.

"Ehh, asal pula? Aku tak cakap aku nak shopping, kau yang beriya-riya kan? Asal aku pula yang kena try?" Pelik JiAh.

"Banyak soal pula perempuan ni, pergi je lah." Kata MinJi sambil meletakkan baju yang dipegangnya ke atas tangan JiAh.

Setelah beberapa minit, JiAh keluar daripada bilik persalinan.

"Wow! Ni baru okey! Kau pakai ni je, dah jom!" Kata MinJi ingin berlalu pergi ke kaunter tetapi terhenti apabila tangannya ditarik oleh JiAh.

JiAh's Outfit🐥

"Nak pergi mana sebenarnya ni? Kalau kau tak bagitau, aku tak nak ikut." Keras JiAh.

"Okey-okey, aku bagitau. Sebenarnya, JiMin dengan geng dia ada kat area sini so aku ingat aku nak bawa kau pergi sana." Terang MinJi.

"Ha? Sekarang dah pukul 1 kut, aku nak balik. Penat lah ikut kau kehulu-kehilir." Kata JiAh.

"Please! Sekali je! Temankan lah aku, takkan lah aku sorang je perempuan kat sana kan." Kata MinJi pula sambil menunjukkan muka comelnya.

"Yelah-yelah, tapi jangan lama-lama eh kat sana." Kata JiAh dengan nada terpaksa.

"Ni yang aku sayang kau ketat-ketat ni!" Kata MinJi.

End Flashback

Dengan pandangan JungKook yang hanya memandang ke arah JiAh, buatkan ia berasa tidak selesa.

"Yang kau pandang-pandang aku macam biji mata kau dah nak terkeluar ni kenapa?" Tanya JiAh.

"Saja, takkan lah pandang pun nak kena bayar kan." Jawab JungKook dengan nada menggoda.

"JiAh, kau nak minum apa?" Sampuk JiMin supaya tiada pergaduhan antara JungKook dan JiAh.

"Apa-apa boleh, tapi aku tak nak yang ada alkohol." Jawab JiAh.

"Kalau kau setakat nak air teh o ais limau tapi nak minum kat sini, apa kata kau pergi kedai tepi jalan tu." Kata JungKook.

Semua mata memandang tepat ke arah JungKook dengan pandangan terkejut.

♡♡♡♡♡

Guys!

Sorry for the very late update! Author tak ada idea and entahlah. Tak tau lah kenapa otak ni naik bodoh sejak sekolah diumumkan nak bukak. 😂😭

Ingatkan makin pandai! Teruknya lahai! Apa-apa pun, harap nanti bila korang semua dah masuk sekolah balik,😁 jangan lah lupa kelas kat mana ye, tak pasal-pasal kena tahan dengan cikgu disiplin. Mati lah nak!😂😂

Btw, jangan lupa vote and comment banyak-banyak ye💕 Lovee!

Annyeong!

Colab!💕: cooky_peachy

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro