d u a

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Chill!" Badan aku ditolak ke atas sofa. Agak kuat juga kepala aku terhentak. Mungkin ada effect short term memory loss. Salah seorang daripada mereka pegang kedua belah pipi aku dan angkat kepala aku untuk mendongak ke atas,

Gaya macam kena buli, padahal ni Kisyaf tengah paksa aku buka mulut.

"Cerita cepat Akiruddin." Ilyas yang berdiri di sebelah kiri Kisyaf bersuara sambil peluk tubuh. Dia tayang muka ganas padahal muka dia macam budak 12 tahun yang belum baligh.

"Give him some space." Yang paling waras, Qayyid berikan arahan. Tapi aku tak nampak dia sebab sekarang tengah dikepung oleh tiga mangkuk; Kisyaf, Ilyas dan Marzuq. Kisyaf lepaskan pegangan pada muka aku dan melangkah ke belakang beberapa tapak.

Aku lepaskan keluhan lega, Ilyas sudah ambil tempat duduk di atas bean bag sebelah kiri aku manakala Marzuq duduk di sebelah kanan. Aku kemam bibir. Aduh, macam mana nak cakap ni?

Kisyaf sengaja berdehem kuat, beri isyarat untuk aku buka mulut.

"Chill man." Aku tegakkan badan dan pandang mereka satu persatu buat bebeapa saat,

"Kau fikir, kau bagi puppy eyes kitorang nak kesian?" Marzuq buka mulut, dia nampak helah aku nampknya.

"Akiruddin cepat."

"Okay...okay...okay..." Aku tarik nafas sedalam yang mungkin.

Hembus.

"You're wasting our time Akir." Kata Qayyid sambil peluk tubuh. Dia geleng kepala seakan bapa-bapa yang sudah penat akan karenah anaknya.

"Relaxlah. You guys can have some coffee first." Aku tunding jari arah satu jug coffee di atas meja,

"Itu air basuhan berus. Kita dalam bilik seni bukan dapur Marzuq." Nada suara Kisyaf seakan sedang menahan marah, dia meraup wajahnya kasar dan lepaskan keluhan panjang.

"Okay. Macam ni." Aku diam sekejap, "aku tak kenalpun budak tu siapa."

"Then? Apasal kau berkelakuan sebegitu?" Tak sempat nak terangkan, Ilyas dah masuk line. Aku bagi arahan kepadanya untuk dia bersabar. Dia gulingkan anak mata sahaja,

"Dua hari semalam masa kita rehat dekat cafe, aku ternampak dia."

"Umm...the day that you asked Kisyaf to take your picture?" Teka Qayyid. Aku petik jari beberapa kali dan angguk kepala tanda apa yang dia katakan itu betul.

"Yeap! Love at the first sight." Mereka semua diam dan pandang aku kosong. Mungkin tengah berfikir, mungkin tengah terkesima. Mungkin tengah tak faham kenapa dunia ni ada seorang Ku Akir.

Okaylah seorang, bayangkan ada dua orang?

"Ew, corny boo! Tomatoes! Tomatoes! Tomatoes." Marzuq akhirnya bersuara. Dia buat gaya seakan membaling tomato ke arah aku. Bilik seni milik Kisyaf kini bising dengan keluhan empat orang jejaka yang bercakap dalam satu masa.

"Seriously Ku Akir?"

"Oh! Dia punca aku tak dapat Chicken popcorn?!"

"Apa yang interesting dekat dia?"

"How can ah? Love at the fist sight?"

"Kau lagi sayangkan perempuan daripada aku? Kau sanggup tak belikan chicken popcorn aku?"

"Tell me more about her."

"Ku Akir finally ada perasaan!"

"Chicken popcorn!"

"Kau betul-betul suka dia?"

"Did you already make your first move?"

"Ismail dah tak sayang aku."

"Stop!" Teriak aku kuat. Lantas suara lalat itu berhenti serta merta. Aku mengeluh kecil dan usap muka dengan tangan kanan. Rambut aku diserabutkan kerana tertekan dengan soalan yang bertalu-talu tadi.

"Aku tak kenal dia siapa, aku tak tahu dia kelas mana sejak tadi. Aku baru tahu nama dia, yang aku tahu dia comel."

"Okay Akir, tell us things that make you fall." Qayyid beri soalan paling rasional. Mungkin dia perasan aku macam tak tahu nak cerita macam mana.

"Okay, that time. Aku ternampak dia makan chicken wrap. Dia selekeh gila waktu tu, tapi benda tu buat dia bertambah comel. Her hair look soft, her nose in a perfect shape, her..." Aku diam. Satu bilik senyap dan terasa sedikit janggal,

"That's all?"

"Um... there's more but...aku tak tahu macam mana nak zahirkan." Aku garu kepala yang tidak gatal selepas menjawab soalan Qayyid itu. Buntu, tak akan aku sama macam lelaki lain yang pilih rupa? Aku yakin yang aku bukan lelaki yang macam tu.

"That's totally just her appearance?" Qayyid mula berkerut, dia jungkit kening sambil pandang aku dengan air muka yang acuh tak acuh.

"It's love at the first sight after all." Marzuq bersuara perlahan sambil meraup wajahnya. Dia menguap besar,

"You guys know that's I'm not that type of crap kan?" Mereka saling berpandangan antara satu sama lain,

Lama diorang diam,

Diorang angguk serentak lepas beberapa saat yang janggal.

"Setuju, dia bukannya jenis yang pandang appearance. Kalau tak mesti dah lama dia terima Diva Cutie tu kan?" Kisyaf buka topik perbincangan,

"Setuju-setuju." Balas Marzuq,

"Diva Cutie tu walau perangai tak betul, aku boleh kelaskan dia dalam golongan perempuan yang melepasi standard kecantikkan fak up Malaysia."

"Language, Ilyas." Qayyid tegur Ilyas. Ilyas tutup mulut dan cakap 'maaf'. Kami semua dilarang mencarut dengan keras sekali oleh Qayyid lebai arab ini. "So, what's your plan now?"

Plan? Aku cuma tahu nama dan kelas dia je.

"Entah."

"Aku ada idea dek non!" Ilyas jerit, semua orang tertumpu kepada dia pula,

"If we loose, we ask professional help."

"Language?"

"Lost?"

"Correct."














"Lepastu? Aku kena buat apa ni?"

"Kau kenalah tolong kitorang kak!" Ilyas peluk Raja Firah dari sisi. Dia goncangkan badan kakaknya itu sekuat boleh untuk memujuk Kak Firah,

"This is what so called 'profesional help'?" Qayyid bersuara perlahan. Ilyas bawak kami masuk rumah agam dia sebab nak jumpa Firah je. Katanya dia ada bantuan profesional. Ini agaknya profesionalnya tu.

"Apa je yang Kak Firah boleh buat? Ilyas, cuba fikir matang. Ma-tang." Kisyaf buka mulut, dia sebut perkataan matang itu sat per satu suku kata. Kak Firah ni memang sempoi orangnya, tapi ada ke masa dia nak layan hal cinta monyet budak teenager ni?

"Apa yang aku boleh buat kau kata? It's all about..."

"Girl power."















"Che Qurain Akish binti Che Ahmat Malek, birthdate 1 March, tinggal dekat xxxx xxxx xxxxx xxxx. user insta, @/Akishloveschicken; Facebook, Qurain Akish; Twitter @/YoKishhiey; Email; [email protected]. Nama ibu, Wan Nuraini binti Wan Noh. Makanan kegemaran, segala jenis ayam dan masakkan ibu. Minuman kegemaran, Caremel Latte and Ribena. Ada 2 abang, 1 kakak; dia anak bongsu. Nombor telefon, 018 xxxx xxxx. Nombor telefon ibu, 017 xxxx xxxx, ayah 011 xxxx xxxx. Saiz baju, muat S tapi prefer L or XL above. Kawan rapat, Nurul Intan binti Dato Zahid dan Ainul Tasyriq bin Kamarul. Kawan baik ibu dan bapa—"

"That's too much information Kak!" Aku pula gelabah, Kak Firah berhenti baca info yang dia dapat,

"Ada banyak lagi Akir. Already told ya it's girl power." Dia buka cermin mata dan senyum senget. Kami berempat (kecuali Ilyas) ternganga. Agak terkejut dengan apa yang dia baru lepas buat ni.

"That's required 2 years of training. Akak jadi perempuan terus dapat talent ni?" Marzuq bersuara, dia mungkin sebagai seorang hacker terasa maruahnya tercalar dengan apa yang Kak Firah baru buat.

"Yall boys are so lame." Kak Firah tutup MacBook, "tugas aku dah selesai. Aku ada hal ni, nanti apa-apa update okey? Goodluck jambu kid."

Kak Firah tepuk bahu aku beberapa kali sebelum beredar dengan penuh bergaya. Perwatakkan dua beradik ni beza sangat, yang lelaki manja dan yang perempuan ganas semacam.

"Aku dah cakap dekat korang. Professional help!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro