l i m a

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Step 1: Accidentally Meet Up

"Untuk bagi someone notice kita, kita kenalah banyak kali jumpa dia. One thing yang kau kena tahu pasal perempuan yang diorang not a slow learner. Jadi, kalau kau nak trap dia, kena buat as natural as you could. Got it?"

"Tapi...apa yang kita kena buat supaya nampak natural?"

"Good question emo boy." Kisyaf nampak terkesan dengan panggilan nama tersebut, dia berhenti menulis nota dan peluk tubuh.

.
.
.
.
.

.
.
.
.
.

"Okay, semua dah ready?" Marzuq bersuara. Dia lap peluh yang membasahi pipinya dengan kain tuala kecil yang dari tadi tergantung atas bahu,

"Tepat pukul 2.14 petang, habis kelas dia akan lari ke Chickey Cafe. Kita ada masa lagi 10 minit." Ilyas pula memberi update semasa, dia pandang jam yang ada di tangan buat beberapa saat, "okay guys! Korang semua just have fun and act natural. Jangan kayu sangat macam Fattah Amin. Faham?"

Dia pesan kepada semua pelakon tambahan yang dia telah kutip untuk memenuhi cafe ini. Selain tu, dia juga sewa satu cafe ni untuk sehari demi buat step pertama ni sahaja. Aku mula sakit otak bila memikirkan betapa supportive nya kawan-kawan aku ni. Marzuq, sedang bertukus-lumus dekat bahagian dapur cafe. Qayyid, berdiri dekat luar untuk melihat jikalau Akish sudah sampai dan Kisyaf...

"Kau buat apa dalam cafe ni? Keluarlah cepat! Kejap lagi dia sampai!" Kisyaf tarik lengan aku untuk keluar dari cafe. Tugas dia untuk teman aku sahaja.

"Okay, Iyas kata tadi, bila Akish tu masuk, dia akan oder 2 pack of cheesy boneless chicken dengan BaoBao Fresh Milk extra BaoBao, extra sugar and extra caremel...damn, budak ni tengah try dapat kencing manis ke?"

Kening lelaki itu hampir tercantum masa baca mesej yang ditulis oleh Ilyas di group WhatsApp. Dia geleng kepala beberapa kali sebelum sambung membaca info, "so, sebab ini step pertama, kita tak boleh banyak interaction dengan dia. So, kau akan bayarkan makanan dia sebab nanti Marzuq akan decline all of her money."

Aku dengar dengan dahi yang berkerut seribu, belum sempat aku mahu buka mulut, Kisyaf sudah tampar bahu aku beberapa kali dan tunding jari ke arah dua orang perempuan yang sedang berjalan mendekati cafe.

"Target here, target here." Suara Qayyid kedengaran, aku garu kepala yang tidak gatal. Diorang ada walkie-talkie?!

"Roger and out." Balas Kisyaf melalui walkie-talkie miliknya. Dia beri isyarat untuk keluar dari tempat persembunyian (belakang pasu besar) dan jalan ikut belakang dua orang perempuan tersebut.

Aku cuba untuk kelihatan tidak gelabah. Jantung aku punya degupan rasa macam aku boleh terbang sekarang ni. Berjalan belakang dia macam ni pun boleh buatkan aku mahu jadi gila. Gila segila gilanya.

Kami sudah masuk di dalam cafe, dari pintu ini aku sudah nampak Marzuq berdiri di kaunter. Akish dan seorang lagi perempuan yang aku tak tahu siapa, sedang membuat pesanan di kaunter. Aku dan Kisyaf pula beratur di belakang mereka berdua.

"2 pack of cheesy boneless chicken dengan BaoBao Fresh Milk extra BaoBao, extra sugar and extra caremel?" Marzuq menyoal Akish, perempuan itu berkerut dahinya. Kisyaf sudah tepuk dahi selepas melihat Marzuq yang careless, "um...saya professional, tengok muka awak je terus saya dah tahu awak nak makan apa."

Cubaan Marzuq untuk kawal keadaan, dia sudah sengih sumbing dan berdiri tegak. Akish gosok dagu sambil matanya dikecilkan memandang Marzuq gaya sedang suspicious,

"Hmmmm...." Lama dia merenung lelaki itu, Marzuq sudah nampak gelabah. Dia ketawa janggal, sambil garu dahi "salah tu..."

"Fuh, salah?" Lelaki itu gosak dadanya, "awak nak makan apa?"

"Patutnya kena tutup dengan ayat, extra manis semanis-manisnya sampai potong kaki!"

"Oh...hahaha baiklah." Ketawa yang Marzuq bagi itu betul-betul nampak janggal. Dia menekan-nekan mesen yang ada di kaunter itu untuk membuat pesanan sambil lap peluh,

"Pekerja baru ke?"

"Anak owner."

"Ooo, nak jadi ceo?"

"Bukan, bapak paksa kerja."

"Ooo, cakap dekat bapak turunkan harga boneless boleh?"

"Hah?"

"Kamu nanyakk?" Marzuq terdiam, dia kelip mata beberapa kali sambil pandang aku yang sedang beratur. Akish sudah ketawa dengan jenakanya yang tidak beberapa kelakar itu. Comel sangat...aku turut ketawa kecil. Kisyaf yang ada dekat sebelah dah pandang pelik pada aku,

"Kir, that's a horrible joke."

"Tahu, tapi still comel."

"Love is scary brah..."

"Okay, semuanya RM35.40 card only for today." Marzuq hentikan keadaan janggal itu dengan meminta wang kepada Akish, dia tunjukkan sign 'no cash' yang ada di tepi kaunter.

"Hah? Cashless pulak dah? Bapak kamu ni tiba-tiba jadi moden ke?" Akish bebel sendiri, dia keluarkan kad bank yang ada di dalam beg duit miliknya. Kad tersebut dihulurkan kepada Marzuq,

Marzuq angguk kepala dua kali, Kisyaf siku bahu aku perlahan, "tu Marzuq bagi sign suruh get ready."

"Kad akak decline lah. Ada kad lain?"

"Mana mungkin decline? Saya ni anak pemilik Megah Holding tahu?"

"Tak tahu, nak kad lain." Akish mengeluh kecil, dia capai kad yang ada di tangan Marzuq semula.

"Tak ada? Kami tak bagi makanan free har—"

"Saya ada 8 lagi kad lain! Pilih!" Akish tampar kaunter dengan 8 kad yang dia ada. Terbuntang mata Marzuq buat beberapa saat, dia pandang aku dan Kisyaf buat seketika sambil menggumam satu perkataan yang aku rasa ialah 'matilah'.

"Awak buat bank sebab nak isi masa lapang ke?" Marzuq capai satu kad di atas meja, mukanya sudah berkerut dua ribu. Akish senyum bangga sebab nampak seakan dia hampir menang,

"Declined."

"Declined."

"Declined."

"Ini kad kedai Hari-Hari?"

"Pakailah yang lain."

"Declined."

"Ini coupon KFC?"

"Tak boleh guna buat redeem ke?"

"Tak boleh."

"Arghhhh! Aku dah lapar! Cepat sikit boleh tak?!" Kisyaf tiba-tiba mengamuk. Aku pula terkejut dengan tidakkan dia itu, "kau tahan aku Kir, sebelum aku terkam budak tiga ekor ni!"

Dia capai tangan aku untuk tahan dia. Kemudian dia berpura-pura seakan mahu menyerang, aku sebenarnya tak faham apa yang dia buat sampailah aku nampak Ilyas dekat luar kedai tengah pegang satu white board yang bertulis

'PLAN B'

"Sabar Kisy! Sabar!" Aku tarik Kisyaf yang seakan harimau yang mahu menerkam mangsanya itu. Kad milik aku dikeluarkan dari saku seluar dan aku hulurkan pada Marzuq yang ada di kaunter,

"Ni, bayar pakai kad saya je sebelum kawan saya mengamuk! Cepat bang!"

"Aku lapar! Aku lapar!"

"Grrr! Akupun lapar! Akupun lapar!" Akish tiru riaksi Kisyaf. Kini dia pula ditahan oleh kawan perempuan dia sebab dia mahu bercakaran dengan Kisyaf. Aku makin gelabah. Wah, perempuan ni punya jiwa pahlawan dalam diri agak menajubkan rupanya.

"Hah, dah! Dah! Accepted!" Marzuq pulangkan kad aku semula, aku capai kad tersebut dan tarik Kisyaf yang sedang meronta-ronta itu untuk keluar,

"Sorry! Sorry! Kawan saya memang macam ni!"

"Kawan sayapun."

Kamipun keluar dari cafe tersebut.















"That's embarrassing." Kisyaf raup wajahnya yang masih merah akibat malu. Dah hampir satu jam muka dia merah macam tu.

"Tapi seriously Ku Akir? Budak tu nampak tak betul gila?" Marzuq garu kepala. Dia nampak macam tidak percaya dengan apa yang baru sahaja berlaku buat hari ni, "kau betul-betul serious?"

"Tapi comelkan dia?"

"Zuq, kau kena faham yang love is blind. Dia ketawa dekat lawak hambar perempuan tu tadi. That's crazy." Marzuq jungkit kening, dia pandang Kisyaf kemudian pusing pandang aku semula,

"Akir?"

"Hehe...comel kot?" Aku keluarkan sign peace,

"It's fine, as long as Ismail happy. Siapalah kita untuk menghukum dia." Ilyas tambah, dia baru balik dari dapur dan di tangannya ada satu mangkuk. Marzuq sudah mula gelabah bila nampak dia dengan mangkuk tersebut. Lantas lelaki yang sedang duduk di atas lantai itu berdiri,

"Kau buat apa dekat dapur aku?"

"Chill, aku cuma ambil Coco Crunch."

"First of all, itu Honey Star and second of all—"

"ILYAS ILYASA COME HERE!" Jeritan Marzuq membuatkan seluruh bilik ini seakan begegar. Ilyas nampak panik, dia letakkan mangkuk yang ada di tangannya atas meja dan lari belakang kerusi Qayyid. Kisyaf yang tadi sedang baring atas sofa angkat kepala, Qayyid yang leka membaca buku berhenti membaca,

"What have you done?"

"Um...entah? Jadi paling comel?" Qayyid ketap bibir dengan kening yang berkerut selepas dengar balasan Ilyas itu,

"ILYAS ILYASA!" Marzuq keluar dari dapur, dia bercekak pinggang sambil tercari-cari keberadaan Ilyas di mana,

"Apasal?"

"Dia potong semua buah-buahan display aku." Dia angkat sebiji buah epal yang diperbuat daripada plastik kepada kami. Buah epal tersebut sudah terbelah dua seperti dipotong, "all of them."

"Here, he's right here." Ilyas automatik melompat keluar dari belakang kerusi Qayyid, dia kemudian jatuh melutut sambil memegang dadanya erat,

"Ayyid, betrayer. Sampai hati kau buat aku macam ni? Aku fikirkan kita kawan?!" Balasnya sambil berguling-guling seakan dilanda kesakitan. Ilyas meraung-raung macam kena pukul,

"Ayid tak sayang aku! Ayid tak sayang aku! Dia sayang Zuq aje!"

"Berhenti buat drama, kau literally potong buah-buah display aku!"

"So what?! Buah tu lagi penting dari aku?!"

"Yes!"

"Marzuq, that's hurt!"

Dan begitu kucar-kacirnya bilik memasak Marzuq ini dengan teriakkan dua orang manusia.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro