4 | Hari pertama

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Yui dan Tomo berjalan pulang pada petang itu. Yui pula dari tadi tersenyum. Seperti baru sahaja perkara baik terjadi.

"Kenapa kau tersenyum?" soal Tomo. Yui melebarkan lagi senyumannya.

"Pertama, saya lulus. Kedua, saya dapat makan banyak hari ni," ujar Yui. Kali ini bukan lakonan tapi dia betul-betul gembira.

"Malam ni kemas semua barang kau. Kita akan pindah lagi," ujar Tomo. Senyuman Yui terus mati. Dia memandang Tomo disebelahnya.

"Pindah lagi? Kenapa saya perlu pindah pula? Saya dah selesa dekat rumah Makcik Elena," ujar Yui. Dia berpeluk tubuh tanda protes.

"Rumah Makcik Elena jauh. Kau akan tinggal di rumah aku," ujar Tomo.

"Habis tu Encik Tomo tinggal mana?" soal Yui.

"Aku tinggal dekat mana-mana je," ujar Tomo. Yui memuncungkan mulutnya.

'Ceh, berlagak cool. Sekali tinggal tepi jalan,' Yui tersenyum sinis.

"Lagi satu. Pastikan kau kunci pintu lepas masuk. Aku takut dia terjah rumah aku," ujar Tomo. Yui mengerutkan dahinya.

"Dia? Siapa 'dia'?" Tomo diam tidak menjawap soalan Yui. Yui memandang lelaki itu dengan menyampah.

'Betul tekaan aku. Lelaki ni berlagak cool. Macam manalah onee-chan boleh tahan berjumpa dengan orang yang berlagak macam dia?' Yui memejamkan matanya.

Kakak Yui adalah seorang ahli magis. Dan telah bergraduasi dari Magica Academy. Sudah tentulah kakaknya pernah berjumpa dengan Tomo.

Mereka berdua tiba di hadapan rumah Makcik Elena. Makcik Elena membuka pintu dari dalam.

"Selamat pulang, Tomo, Yui," ucap Makcik Elena. Yui mengangguk sambil tersenyum.

"Saya pergi dulu," ujar Tomo. Lelaki itu beria hendak pergi.

"Eh, marilah makan sekali. Makcik ada masak banyak ni," ujar Makcik Elena. Tomo memandang Makcik Elena yang turut memandangnya.

"Saya minta maaf. Saya ada misi malam ni," ujar Tomo. Yui berpeluk tubuh memandang lelaki itu. Matanya juga memandang Tomo dari atas ke bawah.

'Eh, eh, eh, engkau. Makan je pon. Itu pun susah. Bukannya lari pun misi tu,' Yui memegang bahu Makcik Elena.

"Mungkin Encik Tomo ada misi penting. Takpa, saya boleh habiskan semuanya," ujar Yui lalu tersenyum lebar. Makcik Elena mengeluh berat.

"Baiklah, hati-hati, Tomo," ujar Makcik Elena. Tomo mengangguk lalu lenyap dari situ. Yui membawa Makcik Elena masuk ke dalam.

🌟🌟🌟

Yui menyandar di bangku. Dia terlalu kenyang. Makcik Elena tersenyum nipis melihat gelagat Yui.

"Oh, ya. Boleh saya tahu apa kerja Encik Tomo?" soal Yui. Makcik Elena tersenyum.

"Dia guru dekat Magica Academy," ujar Makcik Elena. Yui tersengih.

"Err... Maksud saya pasal misi tadi. Tentu dia ada pangkat," ujar Yui. Makcik Elena tersenyum lalu berdiri. Dia menuju ke singki.

"The Prime. Itu pangkat dia," Yui menolong Makcik Elena membersihkan meja makan.

"The Prime?" Makcik Elena mengangguk.

"Magica Academy ada beberapa pangkat. Bermula dari Magister. Ini adalah pangkat tertinggi. Magister adalah ketua bagi Magica Academy.

Kedua, Grand Master. Grand Master adalah orang kanan Magister. Grand Master adalah timbalan Magister. Ketiga, The Master. The Master terdiri daripada lima orang. Masing-masing mempunyai kawasan dan selalu mengetuai misi-misi yang sulit.

Keempat, The Prime. The Prime adalah pangkat bagi guru-guru elit seperti Tomo. Tetapi The Prime juga boleh melatih murid-murid macam kamu. Kelima, The High. The High adalah pangkat bagi guru-guru biasa dan hanya ditugaskan dalam misi-misi yang mudah.

Dan terakhir sekali adalah Junior High. Ini adalah pangkat atau panggilan bagi murid-murid macam kamu. Kamu faham?" Yui mengangguk.

"Saya faham," ujar Yui. Makcik Elena mengelap tangannya menggunakan apron putih.

"Ada banyak lagi pangkat yang kamu perlu tahu. Tapi makcik yakin Tomo akan jelaskan kepada kamu," ujar Makcik Elena. Yui tersengih.

'Buka mulut pun susah, apatah lagi menerangkan,'

"Ya, nanti saya tanya dengan lebih lanjut dengan Encik Tomo," ujar Yui. Makcik Elena tersenyum.

Pada keesokkan harinya, Yui sudah bersiap. Dia menyandang beg galasnya. Kemudian dia menuju ke ruang tamu. Kelihatan Makcik Elena dan Tomo di ruang tamu itu.

"Semoga berjaya, Yui. Makcik harap kamu dapat jadi ahli magis yang berjaya," ujar Makcik Elena. Yui tersenyum lebar.

"Terima kasih, Makcik Elena," ujar Yui. Makcik Elena memeluk erat Yui.

Kemudian wanita itu meleraikan pelukan. Yui tunduk hormat lalu mengikuti Tomo keluar dari rumah itu.

"Kami jalan dulu," ujar Tomo.

"Selamat tinggal, Makcik Elena!" Yui melambai wanita itu. Makcik Elena membalas lambaian Yui.

Setelah beberapa lama berdiam diri, Yui mengambil keputusan untuk bersuara. Dia menarik nafas dalam.

"Encik Tomo, boleh saya tahu encik mahir dalam apa?" soal Yui. Tomo memandang Yui.

"Hm? Mahir?" Yui mengangguk.

"Ya, macam Encik Ayden, dia pakai Mist Art. Kalau Encik Tomo pula?" Tomo berdehem.

"Aku mahir dalam Ninjutsu," Yui mengangguk.

'Ninjutsu? Bukan Klan Nakada je ke yang tahu benda tu?' detik hati Yui.

"Ninjutsu? Apa tu?" soal Yui lagi.

"Ninjutsu adalah teknik yang digunakan oleh ahli ninja. Walaupun teknik ni agak terhad dan tidak diketahui ramai, Magister masih membenarkan Ninjutsu beroperasi," ujar Tomo. Yui mengangguk.

"Kalau macam tu, saya nak belajar Ninjutsu. Saya nak jadi hebat macam Encik Tomo!" ujar Yui bersemangat.

"Macam mana kau tahu aku hebat? Kau tak pernah nampak aku berlawan," Yui mengangguk.

"Ya, saya memang tak pernah nampak, tapi saya yakin Encik Tomo hebat!" ujar Yui. Dia tersenyum menampakkan giginya. Tomo menghela nafas.

"Baiklah," Yui bersorak gembira.

'Onee-chan, saya pasti akan balas dendam! Saya pasti akan berjaya!'

🌟🌟🌟

TOK! TOK! TOK!

Yui mengeliat. Dia begitu malas hendak membuka pintu.

"Tomo~" kedengaran sayup-sayup suara seorang wanita. Yui menggosok matanya. Kemudian dia menguap.

"Siapa pula datang malam-malam ni?" rungut Yui. Dia duduk di birai katil.

"Tomo~" kedengaran suara itu lagi. Yui mengeluh berat lalu mengatur langkahnya menuju ke pintu utama.

"Tomo~" Yui membuka pintu utama itu. Kelihatan seorang wanita berpakaian agak terdedah berada dihadapan pintu.

"Apa yang saya-"

"Mana Tomo?!" mata Yui yang tadi berat terus terbuka luas. Dia memandang wanita dihadapannya dengan geram.

'Boleh tak cakap baik-baik? Tendang kang,' Yui menghela nafas. Senyum paksa ditayangkan.

"Cik cari siapa?" soal Yui. Wanita itu bercekak pinggang lalu memandang Yui.

"Mana Tomo? Dan apa kamu buat dekat rumah dia?" soal wanita itu. Yui menggaru kepalanya.

"Tomo? Oh, Encik Tomo. Dia mungkin ada misi. Dia juga suruh saya tinggal dekat sini," jelas Yui. Wanita itu tergamam mendengar kata-kata Yui.

"Apa?!" Yui menutup telinganya. Bapak kuat dia jerit. Wanita itu mulai gelabah.

"Oh, no. My love Tomo," wanita itu berjalan mundar mandir dihadapan pintu utama itu. Yui memandang wanita gedik itu dengan menyampah.

'Gediknya! Lelaki tu memang simpan perempuan macam ni ke?' Yui mengeluh kecil.

"Apa kata cik masuk dulu? Saya boleh buatkan air," ujar Yui. Senyuman paksa diukir.

"Tak perlu. Sekarang saya nak kamu keluar dari sini," ujar wanita. Yui memandang wanita itu dengan tidak percaya.

'Dia halau aku? Dia waras ke apa?'

"Err... Tak boleh, cik. Saya tak boleh tinggalkan rumah ni. Kalau tak Encik Tomo marah," ujar Yui. Jika diikutkan hatinya, sudah lama dia menghalau wanita gedik itu dari situ.

"Excuse me. Awak tu cuma budak. Tak sesuai berganding dengan Tomo yang kacak. Hanya saya yang cantik dan seksi layak berganding dengan dia," ujar wanita itu dengan tidak tahu malu. Yui memandang wanita itu dengan menyampah.

'Excuse me. Boleh tak jangan menggedik depan aku?'

"Err... Apa kata cik pulang dulu. Dah malam ni. Perempuan tak elok keluar malam-malam. Lagi-lagi dengan baju cik yang tak cukup kain tu," wanita itu memandang Yui tajam.

"Tak cukup kain? Kau-"

"Selamat malam, cik," Yui pantas menutup pintu tersebut. Wanita itu terkebil-kebil apabila Yui berani menutup pintu sebelum dia beredar.

"Kau- Arghh!" wanita itu berlalu dari situ dengan geram. Yui menghela nafas lega.

"Gila ke apa perempuan tu. Tergedik-gedik," rungut Yui menyampah. Kemudian dia mengambil nafas dalam. Yui mengunci semula pintu utama itu lalu melangkah menuju ke biliknya. Dia hendak menyambung semula tidurnya yang terganggu.

Pada keesokkan harinya, Yui sudah bersiap. Dia memandang dirinya yang sudah lengkap berpakaian dihadapan sebuah cermin besar terletak elok di ruang tamu. Yui tersenyum lebar memandang dirinya cukup cantik.

"Cantik juga baju ni," ujar Yui. Gadis itu memakai sepasang kimono pendek berwarna hitam. Bahagian dalam kimono itu berwarna merah. Kimono itu bercorak bunga-bunga kecil. Yui juga memakai sepasang seluar ketat berwarna merun kehitaman.

"Tanda tertutup, baju pun cantik, hati pun senang!" Yui bercekak pinggang. Dia teringat semula kejadian semalam. Dimana dia dan Tomo membeli kimono tersebut.

Entah berapa lama mereka di dalam kedai itu. Semuanya gara-gara Yui cerewet dalam memilih baju dan Tomo pula hanya mengikuti Yui. Yui ketawa kecil.

"Mungkin aku perlu...," Yui memandang kedua-dua tangannya. Dia memejamkan matanya lalu menggenggam tangannya.

"Tak, aku tak boleh. Aku mesti balas dendam," Yui membuka matanya.

"Semua ni hanya lakonan. Aku tak boleh tertipu," ujar Yui. Dia memandang pantulan dirinya. Dia perlu sedar bahawa dia membawa satu tujuan. Iaitu membunuh pembunuh kakaknya.

Yui menghela nafas. Dia menuju semula ke biliknya. Kemudian dia keluar sambil memegang sebuah beg kecil. Beg itu berisi kunai dan alatan yang lain.

"Aku pasti berjaya. Aku mesti berjaya,"

🌟🌟🌟

Yui melihat keadaan sekeliling. Dia berjalan menuju ke kelasnya. Semalam dia sudah mengikuti Tomo mengelilingi academy tersebut. Lenguh kakinya berjalan tanpa henti mengelilingi academy yang besar itu.

Yui tiba dihadapan sebuah bilik yang tertulis 'Junior High Class'. Yui membuka pintu kelas itu. Dia melangkah masuk. Kelihatan beberapa orang murid di dalam kelas itu. Mereka semua memandang Yui.

"Hai semua. Selamat berkenalan," ujar Yui lalu tersenyum. Walaupun dia sebenarnya agak kekok dan gemuruh, namun tetap digagahkan juga.

"Hai," sebilangan dari mereka membalas sapaan Yui.

Yui berjalan mengambil tempat disebelah seorang perempuan yang berambut merah jambu. Perempuan itu tersenyum manis memandang Yui.

"Saya Stella Walter," ujar perempuan itu setelah Yui duduk dengan selesa.

"Saya Yui. Gembira berkenalan dengan awak," ujar Yui lalu tersenyum. Stella turut membalas senyuman Yui.

Beberapa orang murid mulai masuk dan memenuhi kelas itu. Sebuah meja boleh memuatkan tiga orang. Kelas itu mempunyai sembilan buah meja.

Tiba-tiba seorang lelaki masuk. Lelaki itu memakai baju berwarna biru gelap serta seluar berwarna hitam. Muka lelaki itu tegang dan tidak mengukir segaris senyuman.

"Kacaknya!"

Ya, itulah perkataan yang muncul apabila memandang lelaki itu buat pertama kalinya. Yui juga tidak menafikan lelaki itu kacak.

'Kacak tapi kalau berlagak, tiada guna juga,' Yui mengangguk. Dia tidak mudah cair seperti perempuan lain. Dia hanya mementingkan personaliti berbanding rupa.

Lelaki itu berjalan sambil kedua-dua tangannya berada dalam saku seluar. Dia memandang sekeliling mencari tempat kosong.

"Awak nak duduk sebelah saya?" soal seorang perempuan. Kawan lelaki disebelah perempuan itu tercengang mendengar kata-kata perempuan tersebut.

"Habis tu aku nak duduk mana?" soal lelaki itu. Perempuan itu bercekak pinggang.

"Awak boleh duduk dekat tempat lain," ujar perempuan itu.

Lalu berlakulah pergaduhan kecil antara kaum perempuan. Mereka masing-masing mempelawa lelaki itu untuk duduk disebelah mereka.

Namun berlainan pula bagi Yui. Dia langsung tidak mengambil kesah apatah lagi mempelawa lelaki itu duduk bersama dia dan Stella.

"Yui, apa kata awak pelawa dia? Tempat sebelah awak tu kan kosong..," cadang Stella. Yui tersengih memandang Stella.

"Jangan kata awak pun suka dia," ujar Yui. Stella tergamam mendengar kata-kata Yui.

"Ta-tak! Saya cuma kasihan dengan dia...," ujar Stella perlahan. Yui tersenyum senget.

"Jangan risau. Sebelah saya adalah satu-satunya tempat kosong dalam kelas ni. Dia pasti duduk dekat sini," ujar Yui. Stella mengangguk.

Benar dugaan Yui. Lelaki itu duduk disebelah Yui tanpa dipelawa. Kaum perempuan pula tercengang melihat lelaki itu duduk disebelah Yui. Bukan disebelah mereka.

Yui memandang Stella lalu tersenyum senget. Dia melihat Stella sudah kemerah-merahan. Mungkin malu dan gembira apabila lelaki kacak itu duduk semeja dengannya dan Yui.

"Bukankah saya dah kata. Dia akan datang sendiri," bisik Yui. Stella mengangguk. Yui tersenyum senget.

Jam telah menunjukkan tepat pukul lapan. Seorang lelaki berpakaian seperti ahli magis masuk ke dalam kelas itu.

"Baiklah, murid-murid, kita akan mulakan sesi pembelajaran kita pada hari ini,"




Thanks for reading! Comment and Vote!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro