BAB 23: I WILL NOT GIVE UP

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dhia membuang pandangan ke luar jendela kamarnya. Sejak dia menyedarkan diri dua hari yang lalu, dia hanya berfikir tentang apa yang bakal berlaku padanya selepas ini.  Perlukah dia melepaskan perkara lalu begitu sahaja?

'I will survive. I need to muster up my courage. I need to protect myself at this place.'

'This is my only hope. I will survive until I can return home,'

'Tok, Tok, Tok!' Bunyi ketukan di pintu membuatkan Dhia beralih. Senyuman diukir kepada Melur dan Mak Inang yang berdiri di hadapan pintu kamarnya.

"Mak Inang, Melur," panggil Dhia lembut.

"Ya Tuan Puteri?"

"Boleh bawa beta berjalan-jalan di luar istana? Beta nak hirup udara segar," pinta Dhia. Sejak hampir seminggu di dunia itu, hanya sekali dia menjejakkan kaki di luar kamar. Dhia perlukan udara segar untuk menenangkan fikirannya.

"Boleh Tuan Puteri, mari ikut Mak Inang," ujar Mak Inang sebelum mereka mengiringi Tuan Puteri untuk ke tempat yang dipintanya.

"Timah, aku sebenarnya ada perkara ingin berbual tentang Tuan Puteri Diyana." Langkah mereka bertiga terhenti apabila mendengar dua orang dayang istana yang sedang berbicara tentangnya.

"Timah, kau sedarkah? Sejak Tuan Puteri sedar, Susah benar melihat kelibatnya di idtana ini. Sering sahaja bertapa di kamarnya itu,"

"Iyalah Leha. Aku sudah lama perasan. Aku ada dengar, Tuan Puteri kita sedang gering. Otaknya itu-"

"Ehemm!" Sampuk seseorang dari belakang Timah dah Leha yang sedari tadi berjalan tanpa memandang kiri dan kanan.

"Kamu berdua tiada kerja ya? Mahu Mak Inang tambahkan kerja kamu ini?" Perli Mak Inang yang sudah panas hati mendengarkan celoteh dua orang dayang istana yang ingin merasa hukuman.

"Tidak apa Mak Inang. Suka beta mendengar dayang-dayang istana ini berbual tentang beta. Boleh beta dengar sekali?" Sampuk  Puteri Diyana a.k.a Dhia Amalia yang dari tadi hanya mendengar dengan penuh sabar.

"Am-ampun tuanku," mohon kedua dayang tadi sambil melutut di hadapan Dhia Amalia. Pada masa yang sama, Melur hanya memandang ke arah dua dayang istana dengan pandangan yang tajam. Panas hatinya apabila mendengar perbualan dua orang manusia yang tidak sedar diri.

" Eh, tidak perlu melutut.Beta harap beta tidak mendengar apa-apa lagi dari mulut kamu. Ingat kata-kata ini sementara fikiran beta masih waras ya, " senyum Dhia Amalia. Namun jelas kata-kata yang keluar dari bibir Dhia merupakan satu amaran.

Kedua dayang itu menunduk laju dan memohon ampun berkali-kali sebelum mereka diarahkan beredar dari situ.

"Mak Inang berharap Tuan Puteri tidak terlalu mendengar bualan dayang-dayang di istana ini. Mereka selalu cakap lepas sahaja," pinta Mak Inang rasa bersalah.

"Takpe Mak Inang, selagi mereka belum cross- mak-maksud beta belum melepasi had. Jika tidak beta tidak boleh diam sahaja," Mak Inang mengangguk faham.

"Mari Tuan Puteri, kita duduk di taman belakang istana," ajak Melur ceria..

"Taman belakang istana? Beta tak pernah ke sana. Jom!" Tanpa sempat Mak Inang menjawab, laju sahaja Dhia Amalia dan Melur melangkah ke belakang istana.

Mak Inang menggeleng perlahan mengenangkan sikap Puteri Diyana Isabella yang janggal itu. Sejak sedar seminggu yang lalu, Tuan Puteri Diyana berubah 180°. Mungkin kerana ingatannya hilang, sikap dan perwatakannya turut berubah. Termasuklah etika dan gaya percakapannya yang terasa sangat asing.

"Di sini Tuan Puteri, taman kesukaan Tuan Puteri sebelum ini. Taman Diyara," ujar Mak Inang sementara Dhia a.k.a Puteri Diyana sudah berlari suka dan menikmati keindahan Taman Diyara tersebut.

"Taman Diyara? Kenapa tempat ini nama Taman Diyara?" Soal Dhia hairan, namun wajah Mak Inang berubah suram.

"Taman ini dinamakan sempena nama Allahyarhamah Tuaku Permaisuri. Tuanku Diyara Sarina," Dhia hanya tersenyum mendengar sebaris nama tersebut.

'She have a sweet name,' puji Dhia menahan rasa sebak.

"Apakah soalan yang Tuan Puteri ingin bertanya bada patik?" Celah Melur, sengaja mengubah topik perbualan.

"Ouhh, jom kita duduk sini." Ajak Puteri Diyana manakala Melur dan Mak Inang hanya menurut.

"Beta mahu tahu, Beta dahulu macam mana orangnya? Kenapa orang di istana ini macam tak suka beta?" Soal Puteri Diyana dengan wajah kecewa.

"Sebenarnya, Puteri Diyana dahulu baik orangnya. Tapi..."

"Tapi?"

Dua puluh minit kemudian,

"Jadi, beta ini dianggap sombong oleh semua rakyat?" Soal Dhia tidak percaya.  Mak Inang mengangguk perlahan.

"Hmmm, kalau macam tu, kita kena ubah pandangan semua pada beta. Beta akan jadi Tuan Puteri paling baik di Negara Angsana Purnama ini!" Jawab Dhia Amalia bersemangat.

"Namun sebelum itu, beta nak minta tolong sesuatu. Yang serius," pinta Dhia membuatkan Mak Inang tertanya-tanya.

"Serius maksudnya?"

To be continued...

Comments and votes okay...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro