BAB 4: COINCIDENCE

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hello mummy, Dhia dah sampai airport ni on the-" taliannya terputus secara tiba-tiba.

"Ya Allah... time macam nilah phone nak mati. So annoying!" Marah Dhia menilik telefonnya dan berjalan sambil mencari powerbank di dalam beg tangan.

Namun apabila melihat masa pada jam tangannya, Dhia terus menuju ke pintu keluar lapangan terbang.

Keluar sahaja dari pintu, sebuah teksi melintas kawasan tersebut.

"Teksi!" Panggil Dhia laju sambil menahan teksi itu.

"Encik, saya nak ke-"

"Kota Damansara please..." celah seseorang yang kini berada betul-betul di sebelahnya.

"You?" kata Dhia dengan intonasi yang sukar ditafsir.

"Well, well. What a small world... Hi Dear!" Jawab Izz Haiden selamba.

"Encik dan Puan naik sekali ker?" Soal pemandu teksi itu pening.

"No." Jawab mereka serentak.

"Habistu saya nak bawak siapa ni?" Soal teksi itu menggaru kepalanya.

"Hehehe...sekejap yer Encik saya ada urusan nak dibincangkan." Kata Dhia dengan senyuman yang dibuat-buatnya itu.

"Haiden, can I go first? I'm totally rushing right now. "

"Of course for my beautiful lady. Tapi sekarang saya pun tengah rushing. Jadi saya terpaksa naik dulu," jawab Izz Haiden memegang bonet teksi.

"Alah! Ladies firstlah..."

"Imam firstlah. "

'What the heck? Main imam pulak!' monolog Dhia.

"Tak kira, sekarangni saya yang tahan teksi ni dulu." Dhia sudah mula berkeras.

"Tak, tak, tak... Saya yang nampak teksi ni dulu." Haiden masih tidak mahu mengalah.

Dhia mendecit perlahan sambil melipat tangannya ke dada. Susahlah dengan lelaki yang tak boleh kalah ni.

Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu penumpang teksi ditutup membuatkan mereka berdua beralih.

Seorang penumpang lain dengan selamba masuk ke dalam teksi itu dan teksi itu terus bergerak meninggalkan mereka. Akhirnya melopong mereka berdua di situ.

"Tunggu!" Tanpa melihat sekeliling Dhia cuba mengejar teksi itu manakala Izz pula menggeleng perlahan.

Melihat teksi itu sudah jauh Dhia Amalia menghentikan langkahnya. Dia menilik jam tangan yang sudah melebihi jam 10 pagi.

"Tak sempat dah..." Dhia berpatah balik dengan kehampaan. Melihat Haiden yang membuat wajah tidak bersalah di hadapannya membuatkan hatinya panas secara tiba-tiba.

'Semua sebab dia ' monolog Dhia dengan jelingan.

"Benda dah jadi." Haiden mengangkat bahu tanda pasrah dan menuju ke sebuah kerusi panjang.

Tidak lama kemudian, Dhia juga turut mengambil tempat di situ tetapi pada bahagian hujung kerusi itu. Protest!

"Saya minta maaf. Memang saya yang potong turn awak tadi." Haiden bersuara setelah sekian lama. Tampak riak bersalah Haiden ketika itu, namun Dhia masih tidak merendahkan egonya. He's the annoying type of man. Ingat mudah dia nak maafkan?

"Tak sangkakan, kita boleh jumpa dekat sini pula?" Haiden membuka perbualan. Dhia hanya berdiam.

"Are you hate me that much?" Pertanyaan Izz Haiden membuatkan Dhia tersentak.

'Aku benci dekat dia ka? Aku tak benci, cuma... kenapa aku layan dia macam tu? Sebab dia jenis yang gatal? I guess that's it. Lelaki macam dia ni merbahaya.' Monolog Dhia sendiri.

"Dhia?" Panggilan dari Izz Haiden menyentakkan lamunannya. Tanpa disedari, Dhia sudah lama mengelamun sambil memandang ke arah lelaki itu.

"I'm sorry if my behavior is rude to you before. It just that..." Ujar Izz Haiden masih berjeda.

"Just?" Rasa ingin tahu Dhia semakin membuak.

"I want to know you. I want to be close to you, but I guess my behaviour is such a jerk." Kata-kata Izz Haiden menjentik hati Dhia Amalia sedikit sebanyak.

"If you're sincere, maybe we can start over," Dhia tersentak. Apa yang berada di fikirannya tidak sengaja diungkapkan.

"Are you serious?" Soal Izz Haiden terkejut. Dhia tersenyum kekok.

'Macam manalah aku boleh terlepas cakap tadi!' Dhia mengutuk dirinya sendiri.

"Then It's very pleasure to meet you. My name is Izz Haiden, and you?"

"Dhia Amalia," sebut Dhia

"Such a beautiful name," ucap Izz Haiden membuatkan Dhia terkasima. Tidak dapat dinafikan, dengan wajah tampan dan mukut manis lelaki itu. Dia berada dalam bahaya. Buat seketika suasana diantara mereka menjadi senyap buat seketika.

"May I ask you something?" Izz Haiden memecahkan kesunyian antara mereka.

"Sure" jawab Dhia laju.

"Apa comment pihak pengantin tentang gambar photoshoot mereka haritu? I'm just curious."

"It's Good! You have such a talent in photography." Tidak dapat dinafikan hasil gambar pihak pengantin yang diambil oleh Izz Haiden sangat cantik. Dhia seorang yang profesional. Jika berkaitan dengan halbkerja, dia akan berterus terang sama ada dia suka ataupun tidak.

"Perhaps are you really a wedding photographer?" Dhia menyambung perbualan pula.

"I'm not. Actually saya buat banyak kerja, and photography just as my hobby ," jawab Haiden acuh tak acuh.

"Such a nice hobby I think,"

"Thank You..." Izz Haiden menayang senyuman diatas pujian ringkas Tengku Dhia Amalia.

"Maybe nanti bila saya ada wedding project lagi. awak boleh jadi photographer saya?" Dhia berseloroh.

"Why not? If I don't have another job. It's my pleasure," Namun Izz Haiden serius menjawab

"Jadi awak dah boleh percaya saya untuk kerja denagn awaklah kan?"

"May- maybe..." Jawab Dhia teragak-agak.

"It's okay. By the way, this is my card. Kalau ada apa-apa awak boleh contact saya," Haiden menghulur kad maklumat peribadimya.

Dhia Amalia terus membaca nama penuh Haiden. 'Tengku Izz Haiden bin Tengku Adha'.

"Tak sangka awak sebenarnya Tengku. Awak tak bagitahu pun haritu." Soal Dhia apabila melihat nama hadapan yang tertera di hadapan nama Izz Haiden.

"Bagi saya, tak perlu pun nak bagitahu dekat semua tentang status keluarga saya. Macam awaklah kan?"

"Macam mana awak tahu saya ni Tengku juga?" Soal Dhia mula berasa sangsi.

"Robert, pengantin lelaki haritu cerita pasal awak. Sebab awak Wedding Planner merangkap bestfriend pengantin perempuan. Betul kan?" Jawab Izz Haiden lancar. Dhia mengangguk tanda percaya.

"Awak pula, dah berapa lama jadi Wedding Planner? To be handle a big Wedding ceremony at London is quite suprising me at first," Dhia tersenyum malu mendengar pujian dari lelaki yang sedia dengan mulut manisnya itu.

"Tak adalah lama sangat. Hampir 5 tahun,"

"I see. Sebenarnya waktu mula-mula jumpa awak dulu, saya ingat awak ni student." Ujar Izz Haiden.

"Kenapa? saya nampak muda sangat ker?" Soal Dhia tanpa berselindung membuatkan Izz ketawa kecil.

"Taklah. Awak pendek sangat, tak nampak langsung macam orang dah bekerja." Jawab Izz selamba. Dhia yang tadinya tersenyum berubah menjadi hambar. Tanpa Dhia sedari, Izz Haiden menyembunyikan senyuman apabila melihat reaksi gadis itu.

"Well this is my card," Dhia menghulurkan kadnya pula.

"Ermmm awak ada powerbank tak?" Soal Dhia Amalia tersipu-situ.

"Yes, why?"

"Boleh saya pinjam powerbank awak sekejap? Emergency.."

"Ouhh boleh-boleh." Powerbank bertukar tangan. Tanpa berlengah, Dhia terus menyambung wire charger pada telefon pintarnya dan disimpan ke dalam beg tangannya.

Tidak lama kemudian, dua buah teksi datang dengan serentak menunggu di hadapan mereka.

"Saya-" Kata mereka berdua serentak lalu ketawa.

"Sampai sini sahajalah pertemuan kita. Saya pergi dulu yer..." Kata lelaki itu lalu menggalas beg galas dan sebuah bagasi miliknya.

"Saya pun nak pergi dah ni. Seronok berbual dengan a-awak." Dhia sedikit tersipu. Heh tiberr...

"Me too. Have a nice trip..." jawab Izz Haiden lalu mereka berdua bergerak ke teksi masing-masing.

"Bye..." Haiden melambai ke arah Dhia sebelum mereka berdua masuk ke dalam teksi lalu beredar dari situ. Dhia pula hanya menayang senyuman nipis.

"Ke Kota Damansara yer." Pinta Izz itu sebelum bertolak.

Sewaktu di dalam teksi, baru Dhia teringatkan powerbank yang dipinjamnya.

"Macam mana aku nak bagi balik ni?"

"His name card!" Dhia Amalia terus menyelongkar beg tangannya. Namun tidak dijumpai.

"Ish, selalu macamni. Masa nak cari masa tulah tak jumpa. Kalau cari benda lain barulah jumpa benda tu." Dhia mendecit perlahan mengenangkan nasib yang selalu tidak menyebelahinya.

...

Di dalam perjalanan, Izz Haiden hanya berdiam di dalam teksi sambil membuang pandangan ke luar tingkap.

"Tengku Dhia Amalia. What a coincidence." Tengku Izz Haiden tersenyum sinis.

To be continued...

Comments and votes okayy...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro