BAB 7: ADMIRE

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Assalamualaikum," Tengku Izz Haiden melangkah masuk ke dalam banglo miliknya dengan senyuman lebar di bibir.

Senang  hatinya setelah melihat gadis pujaan hatinya di restoran sebentar tadi.
Walaupun pada mula hatinya membuak-buak kepanasan melihat adegan mesra yang terpapar di hadapannya. 

Dia sudah kenal dan tahu segalanya tentang Tengku Dhia Amalia. Dhia lebih suka dengan lelaki yang menghormati pendiriannya sebagai seorang perempuan yang bekerjaya. Seperti Izz Haiden, dia tidak kisah dengan apa yang dilakukan gadis itu. Kerana dia tahu setiap perbuatan dan gerak gerinya. Dhia Amalia bukan seorang gadis yang akan melayan mesra mana-mana lelaki yang pernah menjadi pelanggannya. Tetapi lelaki tadi...

"Affendi huh? You dare to insult my woman?" Soal Izz Haiden sendirian dengan mata yang tajam dan senyuman sinis.

"I will punnish you slowly Mr. Affendi. Welcome to your hell." Sinis Izz Haiden mengingatkan hadiah atau lebih tepat balasan kepada lelaki yang berani mengganggu gadis pujaannya.

Perjumpaan mereka tadi hanya kebetulan? Mestilah tidak. Takkanlah dia nak bagitahu perkara sebenar pada gadis idamannya itu? Tidak mahu dia dianggap stalker. Biar Dhia melihat sisi baiknya sahaja.

Beberapa ketika, kaki Izz Haiden diatur ke sebuah bilik yang berkunci. Kunci dibuka sebelum dia menerobos masuk ke dalam sebuah bilik yang lapang. Suiz lampu dibuka, sejurus itu terpampanglah seluruh bilik yang dipenuhi dengan gambar seseorang.

"Tengku Dhia Amalia..." Sebaris nama itu disebut. Izz Haiden membelai gambar yang digantung di dalam bilik itu satu persatu  dengan senyuman sinis. Teringat pula dengan permintaan gadis itu sebentar tadi.

Flashback,

"Haiden!"

"Yes dear? You need anything?" Laju sahaja dia menjawab panggilan Dhia Amalia dari belakang. Langkah kaki diatur mendekati kereta gadis itu.

"Urmmm actually, saya nak minta tolong awak. Kalau awak tak keberatanlah,"  ujar Dhia Amalia agak tersipu.

"Sure, anything for you," jawab Izz Haiden laju. Tidak mungkinlah dia akan menolak permintaan dari seorang Dhia Amalia.

"Ingat tak lagi tentang job photographer yang kita pernah bualkan sebelum ni?" Soal Dhia Amalia lagi.

"Yes. Kenapa?"  Mendengar sahaja soalan itu, Haiden sudah dapat menebak permintaan yang akan dipinta. Namun sengaja dia ingin memanjangkan perbualan itu.

"If you're free, I want to offer some job. For my next project,"

"Sure! It's my pleasure," Tengku Izz Haiden menayang  senyuaman lebar yang menampakkan giginya. Antara daya tarikannya yang tidak dapat ditahan oleh mana-mana wanita. Senyumannya yang sentiasa kelihatan manis tanpa siapa ketahui perkara yang tersirat di sebalik senyuman itu.

"Thank you Haiden! Nanti saya akan contact awak dan kita discuss lebih detail. Saya balik dulu,"

"Baik, drive safe," ucap Haiden kepada Dhia Amalia sebelum dia masuk ke dalam perut kereta kembali. Dhia tak boleh berlama di situ. Dhia hanya memarkir keretanya di tengah jalan. Mujur tiada kereta yang lalu lalang ketika itu.

Flashback End.

"Soon Dhia. You akan sibuk uruskan perkahwinan kita," Haiden memejam mata dengan senyuman tersirat yang terukir di bibir.

Tidak lama lagi, sudah dijangka cara dan perwatakan yang ditunjukkan pada gadis itu dapat menarik perhatian gadis itu mendekatinya dengan sendiri. 

"It's not my fault, I'm using the right way to approach you. Just a small tricked at first," kata Izz Haiden dengan senyuman sinis. Tidak lama lagi, dia akan buatkan gadis itu menjadi miliknya.

"I will be your one and only night and shining armor."

...

"Cepat Dhia! Aku tak sabar nak pergi pantai petang ni," ujar Fatiha teruja. Habis ditinggalnya Dhia Amalia dan Sara mengangkat beg pakaian mereka bertiga.

"Sabarlah! Kau ni mengalahkan budak-budak," tempik Sara geram dengan telatah Fatiha. Dhia pula hanya menggeleng perlahan mengenangkan sikap pekerja merangkap sahabatnya itu.

Mereka kini berada di Pangkor Laut Resort, Perak kerana persiapan majlis yang akan diadakan pada hari kelima mereka di situ. Memandangkan tema majlis pernikahan client mereka kali ini adalah bertemakan 'Beach Wedding'. 

Client mereka meminta untuk membuat majlis akad nikah dan jamuan makan di tepi pantai secara tebuka. Kerana itu jugalah Fatiha dari tadi terkinja-kinja ingin ke pantai.

Pada masa yang sama, Dalam diam Tengku Dhia Amalia menilik jam tangannya sambil memandang ke arah pintu masuk resort itu.

"Tunggu Si jantung hati lah tu. Nanti sampailah dia," ngusik Sara apabila mengetahui siapakah yang ditunggu oleh sahabat merangkap majikannya itu.

"Ishh! Mengarut jer kau ni. Dahlah, jom check in," Dhia yang sudah malu kerana apa yang difikirkannya diketahui oleh Sara.

"Alang-alang tu, kau check in lah dengan Si jantung hati kau tu." Seloroh Sara membuatkan mata Dhia terbuntang luas

"Gila lah kau ni! Sini kau, mari aku cilikan mulut tu," Sara terus berlari sambil ketawa melihat reaksi Dhia apabila diusik sebegitu.

...

Dhia memeluk tubuh. Pandangannya dibuang jauh ke arah lautan suram yang kini hanya bersuluh cahaya bulan. Entah mengapa, sejujurnya kehadiran si dia ditunggu olehnya saat ini. Dia sudah jatuh cinta? Tak mungkin. Walaupun perkenalan mereka sudah mencecah lima enam bulan, mereka hanya bertemu beberapa kali secara kebetulan. Tidak mungkin dia jatuh cinta semudah itu.

"Arghh, so annoying!" Dhia membentak keras. Tidak mahu lelaki itu menerjah ke dalam fikirannya lagi.

"Who is annoying?" Dhia terus berpaling ke belakang.

"Hi Dear!" Wajah lelaki itu dipandangnya tanpa sebarang reaksi.

"Saya ingat awak tunggu saya," ujar Tengku Izz Haiden sedikit merengek.

"Saya? Tunggu awak?" Dhia menyoal dengan nada tidak percaya. Izz haiden mengangguk laju sambil menayang senyuman lebar.

"Aw-awak buat apa dekat sini?" Soal Dhia mengubah topik.

"Mestilah saya cari awak. I'm sorry..." Pinta Haiden mendekati Dhia. Namun Dhia bergerak menjauhi lelaki itu.

"For what?"

"Saya ada urusan yang perlu diselesaikan. Sebab itu saya terlambat sampai ke sini," terang Izz Haiden dengan nada bersalah.

"I don't care, asalkan awak ada semasa photoshoot nanti. Dahlah, saya nak naik bilik," Dhia melangkah laju meninggalkan Haiden tanpa sempat dia berkata apa-apa. Namun dalam diam Dhia cuba menyembunyikan senyuman yang mula terbit di bibirnya ketika itu.

Tengku Izz Haiden hanya memandang pemergian Tengku Dhia Amalia  dengan senyuman manis. Namun selepas beberapa saat wajahnya berubah menjadi dingin.
Dia terus mendail nombor seseorang.

OTP

"Hello Tengku," sapa seorang lelaki dari dalam talian

"You're fired,"ujar Izz Haiden dingin.

"Tapi Teng-" Belum sempat lelaki itu berkata apa-apa lagi, Izz Haiden terus memutuskan talian.

'Inilah padahnya bila tak buat apa yang aku suruh' monolog Haiden sambil mendengus geram.

Pembantu peribadinya langsung tidak boleh diharap. Dia sudah memberi arahan untuk pembantu peribadinya itu mengosongkan  jadual kerjanya bermula dari hari ini sehingga minggu depan. Namun pembantunya tidak mengendahkan arahan tersebut. Terlupa? Fool excused.

Disebabkan arahan mudahnya tidak dapat dilakukan, dia terpaksa hadir lambat ke resort itu dari masa yang telah mereka janjikan.

To be continued...

Comments and votes okayy...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro