CBUC: Good Wife

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Morning abang!" sapaku dengan riak ceria di wajah bila nampak Zaydan turun tangga ke bawah. Dia senyum aje.

"Dah mandi?" Aku tanya sebab muka dia nampak lesu. Tak bermaya. Zaydan geleng.

"Belum lagi. Nak peluk sayang dulu," bisiknya tepi telinga.

"Ish! Banyaklah. Tangan tu tangan, tak reti duduk diam eh? Zayyin kan tengah mop lantai ni."

Mana taknya, tangan Zaydan dah melingkar dekat pinggang aku. Kalau macam ni gayanya, memang tak dapat bergerak la.

"Sayang... stay. 15 seconds." Usai mengucapkannya, Zaydan peluk aku dari belakang. Kepalanya pula disangkutkan pada bahu.

Tak lama pun, cukup 15 saat dia lepaskan. Aku terus pusing hadap Zaydan.

"Abang, kenapa clingy sangat pagi ni?"
Aku pandang dia dengan senyuman mengusik. Yalah, bukan selalu Zaydan nak peluk-peluk.

Dia tak jawab, sebaliknya ambil batang mop yang aku tengah pegang.

"Bak sini, biar abang je yang mop. Zayyin duduk sana. Hari ni Zayyin mem besar, abang jadi kuli."

Zaydan dah tolak aku supaya berdiri jauh-jauh dari dia. End up, aku ushar je Zaydan mop lantai dekat ruang tamu sambil duduk atas sofa. Hiks, suami siapa comel sangat ni! Serius, rasa nak peluk Zaydan kuat-kuat sekarang.

Dekat 10 minit jugalah nak habiskan mop ruang tamu tu. Tak termasuk lagi bahagian dapur. Aku nampak Zaydan macam dah penat. Jadi aku pergi dekat dia.

"Ha! Pancit! Dah, abang pula rehat. Zayyin sambung." Baru nak rampas batang mop tu, Zaydan terus sorokkan dekat belakang badan dia.

"Aip! Abang kata apa tadi? Zayyin jadi bos, kan? Biar jelah abang buat kerja ni. Zayyin duduk elok-elok dekat sana. Shuh shuh!"

Wah! Menghalau sungguh dia ni. Aku layankan je. Takpe, nanti kita tengok apa jadi.

*******

"Sayang, urutkan pinggang abang. Sakit badanlah." Zaydan dah merengek macam baby.

Tch! Aku buat muka. Nasib baik baby kembar dah tidur. Tinggal nak layan papa baby ni je.

"Zayyin suruh rehat abang tak nak... hah kan dah mendapat. Abang tu bukannya biasa pun buat kerja-kerja berat macam ni." Tak pasal-pasal aku rasa nak membebel sekarang.

"Sayang abang ni banyak cakaplah. Nak jadi isteri yang baik kena ikut cakap suami tau. Cepatlah urutkan." Tengok! Dia merengek lagi. Kali ni sekali dengan pakej muka comel sekali. Eee geram tahu tak? Geram!

"Yalah, yalah. Abang baring sini." Aku tepuk-tepuk tilam katil hilangkan habuk.

Zaydan tersenyum suka. Lepas tu dia terus baring meniarap depan aku.

"Minyak mana minyak?"

"Kena pakai minyak ke? Tak payahlah. Abang tak suka bau dia." Zaydan geleng.

"Kenalah guna minyak, baru sengal-sengal tu cepat hilang." Terus aku pergi dekat meja solek mencari botol minyak urut yang mama bagi haritu.

Dah jumpa, aku datang semula dekat Zaydan.

"Abang, buka baju cepat!" arahku.

"Err hah? Buka baju? Tak payahlah." Zaydan geleng laju-laju.

"Lah... macam tu pula. Kalau abang tak buka baju macam mana Zayyin nak sapu minyak ni? Takkan nak letak dekat baju?" Peliknya lahai suami aku malam ni. Entah apa-apa je.

"Tak naklah... tak payah letak minyak. Abang tak nak." Bersungguh-sungguh Zaydan menolak. Aku dah kerut dahi. Kenapa pula ni?

Oh, aku teringatkan sesuatu. Bibir automatik tersengih.

"Abang... blushing ke?"

Zaydan terdiam. Tapi aku dah nampak pipi dia bertukar warna. Lagi aku rasa nak mengusik ada la.

"Ala abang ni... tak payahlah malu dengan Zayyin. Anak kita dah dua orang tau! Entah-entah lepas ni kita tambah lagi." Selamba je aku cakap macam tu.

Zaydan dah tutup muka dengan tangan. Lepastu aku dengar dia jerit,

"Zayyin Insyirah!"

"Hahahahahaha...!" Ketawa berdekah juga aku dekat situ. Ya Allah, pemalunya suami Zayyin ni!

"Kelakarlah abang ni. Tapi takpe, teruskan. Zayyin suka!" Aku sengih tayang gigi. Kali ni Zaydan buat-buat tak dengar.

"Jangan merepek. Cepat urut, sakit sangat dah ni."

"Betul ni tak nak buka baju? Tak nak minyak?"

"Iya sayangku... abang nak menjaga kesucian abang malam ni." Ayat last tu dia sebut perlahan je, tapi aku still boleh tangkap.

Terus aku tergelak. Ngek la dia ni!

Perlahan-lahan jemari aku bergerak mengurut Zaydan. Mula dari bahagian bahu, turun ke pinggang.

"Zayyin tekan kuat sikit dekat pinggang tu," arah Zaydan. Aku angguk.

"Macam ni ke?" Aku tanya lagi. Yalah, kalau kuat sangat mahu patah pinggang suami aku. Tak pasal-pasal senget sebelah huhu.

"Hmm..."

Tak lama lepas tu, Zaydan buka mulut.

"Yang, kenapa makin tak rasa ni?" Dia cakap dengan suara tenggelam timbul. Mana taknya, muka dah tersembam dekat bantal.

Aku jongketkan kening.

"Aik, tak rasa lagi? Abang, ni Zayyin dah urut pakai siku tau! Abang nak Zayyin urut pakai kasut but pula ke?"

Zaydan tergelak. Lepas tu, daripada kedudukan meniarap tadi bertukar kepada posisi menelentang. Kiranya dia tengah hadap akulah sekarang.

"Hahahah dahlah. Pinggang abang dah okey. Saja nak test Zayyin pandai urut ke tak." Tersengih-sengih Zaydan tengok muka bengang aku. Sabar jelah.

Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.

"Err... abang."

"Yes?" Zaydan yang tadinya sibuk belek-belek tangan aku akhirnya mengangkat muka.

"Zayyin nak cakap ni abang jangan marah tau," pesanku awal-awal.

Dia dah angkat sebelah kening. Tanda menyoal.

"Tadi Dhiat call Zayyin." Aku letakkan titik noktah. Nak tengok reaksi Zaydan.

"Lepas tu?"

Aku tarik nafas sekejap. Inilah point pentingnya.

"Dhiat tanya Zayyin, nak tak kerja dengan syarikat dia."

"Zayyin cakap apa?" Dekat situ, Zaydan macam tak sabar nak tunggu jawapan aku.

"Zayyin tak bagi kata putus lagi. Zayyin cakap, Zayyin ada suami. Apa-apa keputusan yang Zayyin buat, kena dapatkan persetujuan abang dulu."

Sumpah, tak tipu! Itu yang aku bagitahu Dhiat tadi.

Zaydan terdiam. Buat seketika, masing-masing senyap tanpa bicara.

"Sayang... come," panggil Zaydan. Dia bertukar posisi duduk lalu suruh aku duduk rapat dengan dia. Lambat-lambat aku bergerak.

Zaydan capai tangan aku kemudian letak atas riba dia. Sambil-sambil tu, jari dia pusing-pusingkan cincin kahwin yang tersarung dekat jari manis aku.

"First of all, thank you dear for being such a good wife." Zaydan senyum, kemudian dahi aku dicium lembut.

"Second, my answer is no." Zaydan senyum lagi.

"Okey..." Aku dah tak tahu nak cakap apa. Dah Zaydan tak bagi.

"Dah, jom tidur. Pukul berapa dah ni." Dia tepuk bantal yang biasa aku guna buat alas kepala.

Tangan aku bergerak tutup suis lampu katil terlebih dahulu. Tak biasalah tidur terang-terang. Kemudian, baru baringkan badan sebelah Zaydan.

Aku pejamkan mata. Tak tidur pun lagi. Ambil mood sekejap. Tiba-tiba, aku dapat rasakan yang lengan Zaydan menggantikan bantal yang menjadi alas kepala. Spontan aku buka mata, pandang dia yang sedang mengiring menghadapku.

"Marah ke?" Zaydan tanya dengan nada berbisik.

Aku cebik bibir. Come on, ini Zayyin. Takkanlah nak marah sebab benda kecil macam tu?

Aku geleng kepala menidakkan.

"Cakaplah, abang nak dengar suara Zayyin. Mana abang nampak Zayyin geleng tadi."

Huh? Tak nampak? Habis tu macam mana dia tahu aku geleng kepala? Sengaja ni...

"Taklah. Mana ada Zayyin marah. Abang je fikir bukan-bukan. Tak elok tau sangka buruk dengan isteri," balasku. Pipi Zaydan dicucuk-cucuk dengan jari.

Dengar je aku cakap macam tu, terus dia peluk aku dan lelapkan mata sambil tersenyum.

A/N: Maaf kalau hambar. Mood suwit-suwit makin menghilang 😩

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro