HCS: Gaduh-gaduh rindu

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tombol pintu bilik yang masih terang-benderang dipulas dari luar. Tatkala kaki melangkah masuk, batang tubuh Saffiyyah yang sudah lena di atas katil menyapa ruang mata. Putera menggeleng kepala sambil tersenyum. Sah! Ini mesti kes tertidur sampai lupa tutup lampu.

Akibat tidak mahu mengejut, pintu bilik mereka ditutup perlahan-lahan agar tidak mengeluarkan bunyi. Dia kemudiannya bergerak mendapatkan almari untuk menukar kemeja kerja kepada pakaian yang lebih selesa.

Tidur Saffiyyah terganggu tatkala mendengar bunyi shower yang datang dari bilik air. Lambat-lambat dia bertukar posisi duduk. Rambut yang serabai diikat dengan getah rambut. Kelopak mata automatik terasa segar. Kantuknya hilang. Pandangan lantas ditumpukan pada pintu bilik air. Bersabar menunggu Putera keluar.

"Eh, dah bangun? Sekejapnya tidur?" Putera pelik. Mana taknya, keluar saja nampak Saffiyyah sedang elok duduk di atas katil.

Saffiyyah mengangkat kepala memandang Putera di balik biasan cermin. Segarit senyuman muncul di tepi bibir. Dia kemudiannya melangkah rapat ke arah encik suami.

Tangan dingin Putera dicapai lalu dikucup lembut. Tak cukup dengan itu, badan tegap Putera dipeluk erat. Rutin harian Saffiyyah semenjak bergelar isteri. Sebaik saja Putera pulang dari kerja, itulah perkara utama yang akan dilakukan.

Putera menyorok senyum. Tak sangka dengan tindakan Saffiyyah. Pelukan tersebut dibalas dengan erat. Lama mereka berkeadaan begitu. Masing-masing melepaskan rasa rindu yang kian sarat.

"Rindu aku ke?" soal Putera. Betul-betul di tepi telinga Saffiyyah.

Kepala Saffiyyah laju mengangguk sebagai jawapan. Betul, dia sangat rindukan Putera. Hampir dua minggu bayang lelaki itu menghilang dek sibuk dengan urusan kerja di luar negeri.

"Kenapa tidur tak tutup lampu? Tak elok membazir."

"Takutlah tidur sorang-sorang. Kau tak ada," adu Saffiyyah. Muka disembamkan pada dada Putera.

"Ini baru dua minggu, belum sebulan. Kalau nanti aku kena pergi sebulan macam mana?"

"Aku ikut." Pantas Saffiyyah memotong.

Kepala didongak mencari anak mata Putera. "Tak kira, aku ikut juga. Isteri kan kena selalu ada di sisi suami." Pelukan Saffiyyah semakin kuat bagai tak mahu dilepaskan.

Putera tergelak mendengarkannya. Sudah masak dengan perangai Saffiyyah. Kalau Saffiyyah kata nak, maksudnya nak betul. Bukan main-main.

"As you wish. So can we sleep now, princess?"

Saffiyyah angguk di sebalik dada bidang Putera. Tanpa berlengah, Putera mencempung tubuh genit itu menghampiri tempat beradu. Dahi Saffiyyah dikucup lama. Terima kasih Allah kerana hadirkan Saffiyyah untuk Putera.

*******

"Put, kau buat apa tu?"

Dari jauh kedengaran bunyi besi-besi berlaga. Jejak saja ruang dapur, Saffiyyah dihidangkan dengan pemandangan yang pertama kali dilihat. Putera bersama apron merah jambu di badan.

"Of course tengah masak. Lagipun aku kena terima yang isteri aku tak pandai masak," balas Putera dengan selamba. Lincah sepasang tangan itu menghiris bawang sebelum dicampak ke dalam kuali.

Saffiyyah mencebik bibir tanda tak puas hati. Menyampah pun ada. Putera tetap Putera. Jujur dia tu... tak bertapis langsung!

Tak nak kalah, wanita itu turut menyarungkan apron di badan. Berkat ajaran Puan Fuziah dulu, Saffiyyah kini tahu pakai apron dengan betul. Kalau tak, pastinya dia terpaksa menerima perlian Putera lagi.

"Tepi sikit! Aku nak masak juga." Sengaja batang tubuh Putera dilanggar. Habis terdorong ke tepi lelaki itu jadinya. Putera dah menjeling geram. Namun Saffiyyah kekal tak beriak. Bekas berisi tepung gandum di depan mata dicapai. Dia nak buat pancake.

"Uish, ada orang derhaka! Malam tadi punyalah rindu-rindu bagai. Peluk aku pun sampai tak nak lepas. Merajuklah macam ini." Putera sudah berpeluk tubuh. Wajah juga dipalingkan daripada si isteri.

Saffiyyah sekadar beriak biasa. Muka Putera pun tak dipandang, apatah lagi dijeling. Langsung tak rasa tergugat.

"Then, orang merajuk kenalah tidur luar," ujar Saffiyyah sambil berlalu ke sinki. Membasuh telur sebelum dipecahkan ke dalam adunan pancake buatannya.

"Eh silap tu. Isteri yang derhaka sepatutnya tidur luar." Segera Putera melakukan pembetulan.

Automatik tingkah Saffiyyah terhenti. Wajah Putera di sisi dijeling geram.

"Ish yalah, yalah! Aku minta maaf. Puas hati?" Nak tak nak saja bibir menutur kata. Mulut Saffiyyah dah muncung sedepa. Inilah jadinya bila kawan jadi kahwin. Tak gaduh tak sah!

Seperti biasa, Putera tersenyum menang. Tak tunggu lama, sebuah ciuman hangat singgah di pipi si isteri. Tergamam Saffiyyah jadinya.

"Aku maafkan." Putera mengenyitkan sebelah mata. Pipi Saffiyyah jadi merona merah. Segan pun ada.

"Kita masak sama-samalah. Kau buat pancake, aku buat nasi goreng. Nanti dah siap kita kongsi," cadang Putera lagi.

"Cun! Lepas tu kita tengok siapa punya paling sedap. Amacam?" Kedua belah kening diangkat. Ingin mencabar Putera. Ini sajalah peluang untuk Saffiyyah membuktikan yang prestasi masakannya semakin baik.

Lelaki itu tersenyum sinis. "Okay, game on."

Selepas hampir 15 minit berhempas-pulas menyediakan hidangan masing-masing, tibalah sesi penentuan. Di depan Putera ada pancake Saffiyyah, dan di depan Saffiyyah pula ada nasi goreng Putera.

"Macam tak menarik je nasi goreng kau, Put." Saffiyyah terlebih dahulu memberikan komen.

"Tak payah cakap orang, Saff. Pancake kau pun hitam je aku tengok. Macam rupa bontot kuali dah. Tak tahulah selamat ke tidak untuk aku makan ni." Seperti biasa, Putera sentiasa bercakap jujur dari hati.

Saffiyyah dah bengang. "Put, komen tu janganlah kejam sangat. Sikit-sikit sudahlah. Aku pun komen nasi goreng kau guna satu ayat je tau," tegur Saffiyyah. Tipulah kalau dia tak sentap dengan Putera.

"Jom rasa dulu."

Sesudu nasi goreng dan secubit pancake bersedia untuk dimasukkan ke dalam mulut. Selang beberapa saat...

"Put, masin gila!"

"Saff, kau memang tak pandai masak."

Kedua pasangan itu bingkas bergerak ke arah sinki. Memuntahkan semula apa yang di dalam mulut tadi. Saffiyyah cepat-cepat berkumur hilangkan rasa masin.

"Put, kau fail la."

"Pembetulan, kita berdua fail," bidas Putera. Sekali lagi pili air dibuka untuk dia berkumur. Pancake Saffiyyah teruk sangat! Rasa hangus je. Pahit pula tu.

"So, kita nak sarapan apa ni Put? Dah nak pukul 12 tengah hari dah." Maklumlah, mereka berdua bangun lewat pagi tadi. Itulah kesan tidur selepas subuh.

"Hmm...." Putera berfikir sendiri.

"Kita masak ikan lemak cili apilah. Masak untuk lunch terus."

Saffiyyah tersenyum. "Setuju!"

Ikan masak lemak cili api? Tak ada masalah. Saffiyyah betul-betul dah mahir masak lauk kegemaran Putera nan satu itu. Mengenangkannya, bibir Saffiyyah tak berhenti melebar.

Putera yang perasan akan hal itu mula mengusik. Kedua belah pipi isterinya ditekup dengan tapak tangan. Menjadikan pandangan mereka setentang.

"Untuk kali ini jangan kecewakan aku tau!" pesan Putera. Saffiyyah tergelak geli hati. Takut sangat Putera andai lauk kesukaannya tak menjadi.

"Baiklah Tuan Putera... Puteri menurut perintah," jawab Saffiyyah dalam nada mengusik.

"Aip, nakal!" Serentak itu, pipi putih Saffiyyah dicubit. Geram sangat!

A/N:
Maaf kalau ada yang kena hurung semut 🐜🤣 Enjoy!








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro