Bab 25

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

DHIA memperhatikan Firash yang sedang khusyuk menghadap laptop dari tadi lagi. Dia berjalan mendekati suaminya.

"Abang tengok cerita korea?" Tanya Dhia yang duduk di sebelah Firash.

"Ha'ah jomlah tengok sekali. Best tau cerita ni sayang..." Balas Firash sambil matanya tertumpu ke arah laptop.

"Cerita apa ni?"

"Full house. Haa tengok ni... Sweet kan. Lawak pulak tu." Tunjuk Firash sambil tertawa apabila melihat babak lucu dalam cerita tersebut.

Dhia tersenyum melihat gelagat Firash.

"Patutlah suami saya ni romantik orangnya.. Rupanya suka layan drama korea." Ujar Dhia.

"Hehe... Mestilah! Lagipun ni cerita favourite abang. Dhia pernah tengok tak?"

"Tak." Dhia menggeleng-gelengkan kepalanya. Sejak dulu lagi dia jarang melihat drama romantis. Mungkin sebab itulah dia sedikit kasar orangnya tapi bagaimanapun dia tetap seorang perempuan. Kadangkala emosinya tersentuh juga.

"Okay... So sayang kena teman abang tengok drama ni. Boleh?" Pinta Firash. Sengaja hendak meluangkan masa menonton dengan Dhia.

"Okay..." Dhia akur. Walaupun dia bukan penggemar drama korea namun demi Firash, dia menyetujuinya.

Firash tersenyum lantas menarik Dhia dalam dakapannya. Dhia terpana. Namun Dhia rasa bahagia diperlakukan begitu oleh Firash. Dia mulai berasa selesa di samping Firash.

Mereka menghabis masa bersama-sama dengan menonton drama korea.

"Cantiklah Song hye kyo ni." Suara Firash memuji heroin drama korea itu membuatkan mata Dhia mencerlung tajam memandang Firash.

Entah kenapa tiba-tiba hatinya cemburu pula. Padahal Firash cuma memuji pelakon tersebut.

"Yelah... Song hye kyo je cantik. Kalau dah boleh tengok song hye kyo tu, tak pandanglah Dhia ni. " Kata Dhia dengan nada berbaur cemburu.

Firash berpaling apabila Dhia berkata begitu. Tiba-tiba dia tersenyum. Adakah isterinya itu tengah cemburu?

"Sayang jelous eh?" Tanya Firash.

"Mana ada. Tak kuasalah nak jelous... "Dhia menafikan lalu berpeluk tubuh.

Cemburu tapi tak mahu mengaku. Firash berkata dalam hatinya. Dia lekas memaut bahu isterinya dan berkata sesuatu untuk memujuk Dhia.

"Hmm... Tapi abang rasakan, sayang lagi cantik dari Song hye kyo lah."

Dhia mengerutkan dahinya. Dia memandang wajah Firash.

"Eleh tipu... Abang saja kan nak ambik hati Dhia."

"Iya... Betul, abang tak tipu." Firash berkata lagi.

Dhia menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Tak percayalah..." Balas Dhia.

"Sayang... Mungkin di mata dunia, Song hye kyo paling cantik. Tapi di mata abang... Wanita yang paling cantik adalah Dhia Raihana." Kata Firash sambil menatap mata Dhia yang jernih.

Dhia terkedu seketika. Tiba-tiba Dhia ketawa. Terkebil-kebil mata Firash. Eh salah ke aku cakap?

"Ishh abang ni... Tak payahlah buat ayat macam tu. Cringe tau tak! Tu la... Banyak tengok drama sangat." Dhia masih lagi ketawa.

Firash menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Namun buat seketika dia tersenyum. Tidak pernah melihat Dhia ketawa ceria seperti itu sebelum ini. Rasa bahagia menyelinap masuk di dalam hatinya.

"Ohh ketawakan abang eh..." Firash lantas menggeletek pinggang Dhia.

Dhia menyambung ketawanya lagi apabila digeletek Firash. Dia meronta-ronta untuk meloloskan diri.

Apabila Dhia berjaya melepaskan diri daripada Firash. Lantas dia berlari naik ke atas. Firash lekas mengejar.

"Abang dapat sayang!" Tubuh Dhia dipeluk daripada belakang. Sekali lagi Dhia terpana. Dhia membiarkan saja.

"Fine! Surrender..." Balas Dhia. Dalam diam, dia tersenyum kecil.

Setelah Firash meleraikan pelukannya. Dia menggengam tangan isterinya dan menarik Dhia menuju ke balkoni.

Dhia hairan entah kenapa tiba-tiba Firash membawanya ke balkoni rumah mereka.

Tanpa berkata apa-apa Firash duduk dan tersenyum manis. Dia menarik mesra Dhia sehingga Dhia duduk di sampingnya.

"Peluk abang, please?" Pinta Firash.

Dhia menurut pantas memeluk Firash dengan erat. Matanya menatap wajah Firash dengan senyuman yang terukir di bibirnya.

Firash tersenyum dan tidak semena-mena dia menyanyikan sebuah lagu untuk Dhia.

Menatap indahnya senyuman di wajahmu...
Membuatku terdiam dan terpaku...
Mengerti akan hadirnya cinta yang terindah...
Saat kau peluk mesra tubuhku...

Banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan...
Kepada dirimu...

Aku ingin engkau selalu...
Hadir dan temani aku...
Di setiap langkah yang meyakiniku...
Kau tercipta untukku...
Sepanjang hidupku...

Firash menghabiskan bait-bait lagu daripada kumpulan ungu yang bertajuk tercipta untukku.

Berkaca-kaca mata Dhia mendengar nyanyian Firash. Sungguh dia berasa kagum, tidak sangka Firash mempunyai suara yang merdu dan mampu menyentuh hatinya dengan lagu.

"Sedapnya suara abang..." Puji Dhia ikhlas.

Firash tergelak kecil lalu mencuit hidung isterinya.

"Suka tak?" Soal Firash.

"Mestilah suka!" Pantas Dhia menjawab. Memang dia benar-benar menyukainya.

"Kalau suka kena bagi hadiahlah."

"Hadiah?" Lantas Dhia menjongketkan keningnya.

Firash tersenyum nakal sambil menunjukkan kedua-dua pipinya.

Oh! Baru Dhia mengerti. Tanpa berkata apa-apa dia segera mengucup pipi kanan Firash setelah itu beralih ke pipi kiri Firash pula.

Berdebar dada Firash apabila Dhia mengikuti permintaannya. Dhia pula berasa malu namun dia dia cuba membuang perasaan itu.

"Thanks sayang..." Kata Firash. Tangan dia diraih dan dikucup lembut.

"Abang..."

"Ya?"

Dhia tergagak-agak untuk mengatakannya. Namun dia tidak mahu menyembunyikan perasaannya lagi.

"Kenapa sayang?" Tanya Firash apabila melihat muka Dhia yang sedikit cuak.

Dhia menarik nafas dan menghembus perlahan. Bismillah... Ucap Dhia di dalam hati.

"I love you abang..." Akhirnya kalimat cinta yang selalu ditunggu-tunggu Firash terluah juga di bibir Dhia.

Dhia mengakui hatinya sudah jatuh cinta dengan Firash. Ya! Dia perlukan Firash di dalam hidupnya. Dhia tidak mahu kehilangan Firash. Semoga Firash sentiasa berada di sisinya.

Firash terharu dan membalas kembali kata-kata Dhia.

"I love you more sayang..." Mereka berpelukan lagi. Masing-masing hanyut dibuai perasaan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro