Prolog

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

DHIA memandang tajam ke arah kekasihnya yang sedang bermesraan dengan perempuan lain.

Kononnya, dialah cinta sejati lelaki yang bernama Hariz Idham itu. Tetapi sekarang apa yang dilihat di depan mata, berlainan pula dengan yang dikatakannya. Setelah Dhia mencintai lelaki itu sepenuh hati, ini yang dia dapat.

"Hariz Idham!!!" Dhia menjerkah kuat saat bertentangan mata dengan Hariz.

Hariz tercengang saat melihat Dhia yang entah muncul dari mana. Pegangan tangannya dengan perempuan itu lantas dilepaskan.

"Mesra nampak, best kan sebab dapat curang depan mata saya?" Sindir Dhia.

"Dhia.. Ni semua salah faham je, biar saya explain." Hariz cuba menidakkan keadaan yang sudah terang lagi bersuluh.

Pang! Satu tamparan yang padu hinggap di pipi Hariz sehingga melekat kemerahan. Sakit hati Dhia tidak sesakit tamparan yang diberikan kepada lelaki itu.

Hariz terdiam. Tidak menyangka Dhia sanggup menamparnya. Dipegang pipi yang terasa sakit.

Perempuan yang berada di sebelah Hariz juga turut terkejut, dia mula bersuara.

"Hey perempuan! You kalau nak buat kecoh dekat sini. Lebih baik you balik sajalah. How dare you tampar boyfriend I.."

"Sofea, stop it." Hariz mengisyaratkan agar Sofea tidak melibatkan diri dengan pertengkarannya antara Dhia.

Sofea mendengus geram tapi dia tetap mengunci mulutnya.

Dhia tersenyum sinis. Wah, perempuan yang disedarinya dari tadi hanya mendiamkan diri mula membuka mulut.

"Fine! Memang aku curang dengan kau Dhia. Aku dah bosan dengan kau! Aku dah tak cintakan kau lagi. Sekarang kita dah tak ada apa-apa, kau boleh pergi dari sini!!!" Beritahu Hariz.

Hancur hati Dhia mendengar pengakuan daripada Hariz. Namun dia tidak boleh mengalah. Dhia akan buktikan yang dia mempunyai harga diri bukan untuk dipermainkan.

Sofea berasa puas apabila melihat Hariz sendiri yang mengaku dan menghalau Dhia.

"Kau tak payah nak halau aku pun aku akan pergi dari sini. Baiklah kalau itu yang kau nak. Terima kasih Hariz, kau lah lelaki paling tak guna yang pernah aku kenal. Lepas ni aku taknak tengok muka kau lagi!!" Dhia bersuara keras.

Tidak mahu lagi terus berada di situ, dia pun melangkah laju meninggalkan Hariz dan Sofea.

'Andai hati terluka kerana tajamnya lidah, sejuta kemaafan pun tak dapat menghilangkan parut yang terluka itu.'

Dhia tekad mulai hari ini dia tidak lagi mempercayai cinta. Cinta yang berawalnya manis bertukar pahit kerana seorang lelaki buaya itu. Dialah yang menjadi mangsa hati yang tersakiti. Takkan ada yang mengubati lukanya melainkan dirinya sendiri.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro