Bab 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Akhirnya,setelah puas berehat di ruangan Tengku Haydar,Alissa kini mencelikkan matanya.Rasa segar setelah mendapat tidur yang cukup walaupun hanya tidur di sofa.Buka sahaja matanya, dia melihat Tengku Haydar tekun melakukan kerjanya.Jam di dinding menunjukkan pukul 5:30 petang.Bergegas dia bangun namun drip di tangannya menyukarkan pergerakannya itu.

"Aww"Alissa menyeringis kesakitan .Pergerakannya telah menyebabkannya Tengku Haydar tersedar daripada melakukan kerjanya.

"Hey, slowly."kata Tengku Haydar menuju ke arah dirinya dengan pantas.Dia ke arah Alissa lalu membuka perlahan drip yang berada di tangannya.

"Jom balik,dah habis office hour"ujar Tengku Haydar sambil menarik perlahan drip yang berada di tangan Alissa lalu menutup kesan drip itu dengan kapas bersih.

"Terima kasih Tengku sebab tumpangkan saya berehat di bilik tengku ni."ujar Alissa lalu meminta diri.Namun,belum sempat dia meminta diri.Tengku Haydar memegang erat bahunya menyebabkan pergerakannya terbantut.

"Berapa kali aku nak kena pesan,aku hantar kau balik mio amore.Jom''ujar  Tengku Haydar lalu menarik tangannya keluar dari ruangannya.Alissa cuba melepaskan pegangan tersebut namun sia-sia saja kerana semakin kuat dia cuba menarik semakin erat Tengku Haydar memegangnya.Turun sahaja di lobby,Pandangan semua pekerja ke arah mereka berdua.Terkejut semua pekerja kerana melihat seorang CEO berjalan berdua-duaan dengan pekerja baru.Pandangan tersebut menyebabkan Alissa kurang selesa.

"Tengku, boleh lepaskan tak tangan saya ni?Saya tak selesa sebab semua pekerja tengah tengok saya ni"ujar Alissa.

"Buat apa aku nak lepaskan ,you're my girl.Pedulikan diaorang "ujar Tengku Haydar dengan selambanya lalu mengheret Alissa ke arah keretanya.

Ketika tiba di tempat parking.Tengku Haydar terus memasuki ke dalam keretanya bersama Alissa.

"Rumah kau dekat mana?"tanya Tengku Haydar memecahkan kesunyian di antara mereka berdua.

"Country Height,Kajang "balas Alissa sepatah.Dengan deruan pantas,Tengku Haydar terus memandu keretanya ke rumah Alissa .Setelah satu jam,akhirnya mereka tiba di rumah Alissa.

Ketibaan mereka disambut pelik oleh Puan Sofea .Dia tertanya-tanya siapakah gerangan yang menghantar balik putri tunggalnya itu.Namun sebaik sahaja melihat tangan anaknya yang berbalut itu,dengan pantas dia meluru ke arah putri tunggalnya itu.

"Kenapa tangan anak mama ni?''tanya Puan Sofea cemas 

"Tak de apa-apa mama.Cuma tercedera sikit je "balas Alissa kerana tidak mahu merisaukan mamanya.

"Bukan cedera sikit aunty.Kena air panas"sampuk Tengku Haydar keluar dari keretanya lalu menyalami Puan Sofea 

"Bukan tu je aunty.Tapi dia kena masuk angin dengan dehydration"Tambah Tengku Haydar lagi.

"WHAT!!!Itulah mama dah pesan .Jangan kerja kuat sangat.Baru first day dah jadi macam ni.Esok-esok jadi lain pulak"bebel Puan Sofea.Alissa tidak mampu berkata-kata setelah melihat mamanya membebel.

"Dah ,jom masuk.Nama encik ni siapa ?"tanya Puan sofea

"Nama saya Haydar ."ujar Tengku Haydar

"Lissa,Haydar jom masuk.Dah nak maghrib ni"kata Puan Sofea lalu meninggalkan mereka berdua.

"Suka lah awak,saya kena bebel dengan mama"ujar Alissa menahan kegeraman.

"Shushhh,sayang.Mama membebel dekat kau sebab dia risau.Dah jom masuk.Tak sabar aku nak jumpa FIL pula"ujar Tengku Haydar dengan selambanya.

"Ishh,mamat ni,suka hati dia je."bisik Alissa kegeraman.Dengan pantas,dia meninggalkan Tengku Haydar sendiri di halaman rumah tersebut.Ketika tiba di ruang tamu,kedatangannya disambut oleh Puan Sofea.

"Haydar ,jemput masuk .Buat macam rumah sendiri.Kejap lagi maghrib nak masuk.Kita solat sesama pastu makan malam ,ya''ujar Puan Sofea.

"Eh aunty terima kasih.Susahkan aunty je"ujar Tengku Haydar walaupun dalam hatinya melonjak kegembiraan.

"Mama,papa mana ?Lissa tak nampak pun.Kereta dia ada dekat porch tu"tanya Alissa setelah melihat tiada kelibat papa kesanyangannya itu.

"Papa mandi tadi .Bersiap nak ke Masjid.Dia baru balik dari hospital."balas Puan Sofea.

"Hah,tu pun papa "Dr Amirul turun ke bawah setelah mendengar suara orang yang tidak dikenali datang ke rumahnya.Nampak sahaja gerangan Tengku Haydar,terkejut Dr Amirul kerana tidak menyangka bahawa dia mengenali tetamu tersebut.

"Eh ,Haydar buat apa dekat sini?''tanya Dr Amirul

"Assalamualaikum DR.Saya hantar anak Dr balik ni.Dia cedera sikit"balas Tengku Haydar lalu menyalami tangan Dr Amirul.

"Ya Allah,sayang baru first day dah jadi macam ni"terkejut Dr Amirul apabila melihat tangan anak gadisnya yang cedera itu.

"Its ok papa.Sikit je ni"ujar Alissa kerana tidak mahu  membuat papanya risau.

"Sayang,ni lah anak patient saya yang abang cerita hari ni"kata Dr Amirul kepada isterinya.

"Oh,patutlah abang kenal dengan Haydar ni.Haydar ,nanti makan sini ya.Patutlah aunty tergerak hati nak masak lebih tadi"ujar Puan Sofea mempelawa Tengku Haydar

"Hah,betul tu.Jom lah sembahyang dulu.Dah masuk waktu ni.Kita semua jemaah sekali."tambah Dr Amirul lagi. Setelah mendengar azan maghrib berkumandang,mereka semua berjemaah sekali di tingkat dua banglo itu.

"Haydar,kamu jadi imam ya hari ni"ujar Dr Amirul.Mendengar saja arahan tersebut,Tengku Haydar terus saja rasa takut namun ditolak tepi rasa takut tersebut.

"In Sha Allah saya cuba yang terbaik uncle"balas Tengku Haydar.Walaupun sudah lama meninggalkan solat namun dia mampu mengimamkan solat itu dengan terbaik sekali.Tersentuh Alissa apabila melihat Tengku Haydar mengimamkan solat tersebut dengan bacaan merdunya itu.

Setelah menunaikan solat berjemaah bersama,mereka semua menuju ke ruang makan bagi menjamu selera.Bermacam lauk yang dimasak siang tadi buat dijamu keluarga dan tetamunya itu.Di ruang makan,Alissa duduk di sebelah kanan papanya namun sebaik sahaja tubuhnya melabuhkan duduk di atas kerusi tersebut. Tengku Haydar duduk di sebelah Alissa lalu memegang erat tangan kanan bidadarinya itu.

"Tengku,lepaskan tangan saya.Saya bukan OKU.Saya boleh makan lagi"bisik Alissa dengan perlahan supaya tidak didengari oleh kudua orang tuanya itu.Namun,Tengku Haydar tidak mahu melepaskan pegangan tangan tersebut malah makin mengeratkan lagi.

"Hah,Lissa tercegat apa lagi.Jomlah lah makan.Ambil lauk ni"ujar Puan Sofea lalu menghulurkan lauk asam pedas tersebut.

"Aunty,saya tak rasa Alissa boleh makan ni.Tangan dia sakit ni.Biar saya suap dia"sampuk Tengku Haydar memandang mereka berdua.

"Eh ,tak susahkan kamu ke?"ujar Puan Sofea

"Takpe aunty,kesian saya tengok Lissa ni"balas Tengku Haydar lalu menyuakan sudu yang berisi nasi itu ke arah Alissa.

"Nah,makanla.Saya suapkan awak"tambah Tengku Haydar.Nak tak nak ,terpaksa dia merelakan saja perbuatan Tengku Haydar .Sakit hatinya apabila terpaksa menuruti langkah lelaki tersebut.Makan malam tersebut berjalan dengan lancar.Habis lauk yang dimasak oleh Puan Sofea.Pukul 8:30,Tengku Haydar meminta diri untuk pulang .

"Uncle, aunty,Saya minta diri dulu ya.Ada rezeki kita jumpa lagi"ujar Tengku Haydar .

"Ok.Kirimsalam dekat mama and papa Haydar ya.Nanti,ajak diaorang sekali "ujar DR Amirul.

"In Sha Allah uncle"balas Tengku Haydar.

"Lissa ,pergi teman Haydar ni sampai ke kereta"arah Puan Sofea.

"Ya..mama "walaupun hatinya berdongkol kegeraman.Dia  bangun lalu mengiringi Tengku Haydar ke kereta Tengku Haydar. 

"Bye mio amore.Besok tak payah datang office.Rehat je ok"ujar Tengku Haydar sebelum memasuki keretanya.Sebelum pergi,sempat dia mengucup tangan bidadarinya.

"One,you'll be mine."Lalu dia beredar meninggalkan rumah itu menuju ke suatu tempat.


.................................

Hempasan pintu kedengaran begitu kuat sekali .Para pekerja dia di dalam terus bangun apabila mendengar hempasan pintu tersebut.

"MANA DIA???'' jerit Tengku Haydar.

"Bilik bawah tanah bos"ujar Ramzul dengan tenang kerana sudah biasa melihat keadaan tuannya itu.Dengan segera ,dia menuju ke bilik bawah tanah.Sampai sahaja dia dibilik bawah tanah,terlihat keadaan seorang perempuan yang begitu menyedihkan sekali.

"Air...air.To..long bagi ..air"ucap Sherry dengan lemahnya.Keadaannya yang begitu lemah kerana dirinya disuntik oleh cecair X.Cecair X yang mampu membuatkan urat dan seluruh tubuh lumpuh.

"Isk..isk..kesian aku tengok kau sherry.Ini baru sikit.Aku tak puas lagi nak seksa kau.Mana pergi kepala otak kau bila kau buat masalah dekat syarikat aku"Ujar Tengku Haydar kegeraman.

"Tolong..Tengku...Kesiankan saya."kata Sherry.Namun,sia -sia saja,kerana rayuannya tidak didengari oleh Tengku Haydar.

"Ramzul,Kau amik air panas"arah Tengku Haydar.Dengan pantas ,Ramzul mengambil air panas yang mengeleggak itu lalu diberi ke arah Tengku Haydar.

"Kau haus kan?Nah ,minum"ujar Tengku Haydar lalu menuangkan air tersebut ke dalam mulut Sherry.Akibat daripada tindakan  Tengku Haydar, mulut Sherry menggelupur ditambahnya lagi dengan jeritan kesakitan

"BANGUN.AKU BELUM PUAS SEKSA KAU"Tengking Tengku Haydar.Lalu,dia menuju ke sebuah almari yang terletak di bilik tersebut lalu mengambil sebuah pisau yang tajam.Pisaunya yang tajam itu lalu digunakan untuk menghiris setiap kulit di tubuh badan Sherry.Sherry tidak mampu melakukan apa-apa kerana tubuhnya yang digari di tiang konkrit bilik tersebut.

Bilik itu cukup kedengaran dengan jeritan kesakitan oleh Sherry.Tidak cukup lagi buat Tengku Haydar,dia mengambil asid lalu dicurahkan ke arah perempuan.Sherry semakin menjerit kesakitan apabila asid tersebut dicurahkan ke atas mukanya itu.

Setelah puas melihat Sherry menggelupur kesakitan,Tengku Haydar mengambil senapang lalu menembak ke tubuh badan Sherry.Sebanyak 10 das tembakan diberikan kepada Sherry.Sebaik sahaja tembakan terakhir dilepaskan,Sherry kini sudah meninggal dunia.Puas hati melihat perempuan itu .Tengku Haydar berjanji ,sesiapa saja yang menyakiti bidadarinya itu pasti akan menerima padahnya.

"Ramzul,clean up all the mess"arah Tengku Haydar kerana ingin pulang 

"Baik,tuan"

"Campak dia dekat mana-mana.Pastikan tak ada orang tau"tambah Tengku Haydar lagi.Dengan segera dia menuju ke luar bilik itu.

..................................

Tepat tengah malam,Tengku Haydar tiba di rumahnya.Dengan perlahan ,dia masuk ke dalam rumahnya kerana tidak mahu mengejutkan daddy dan mummynya.Namun,baru saja dia mahu masuk ke biliknya, lampu di sekitarnya terbuka sendiri.

Kelihatan daddynya yang sedang duduk di sofa yang disediakan di ruang tamu kedua itu.

"Baru balik Haydar?''tanya Tan Sri Tengku Khairuddin.

"Daddy,kenapa tak tidur lagi ni"tanya Tengku Haydar.

"Hmmm,soalan daddy kamu tak jawab lagi.Buat apa kamu tengah malam ni?''ujar Tan Sri Tengku Khairuddin

"Sorry,ada kerja sikit tadi daddy"kata Tengku Haydar.Tan Sri Tengku Khairuddin tahu bahawa putera tunggalnya ini baru pulang dari mealukan kerja gelapnya kerana kumpulan kongsi gelap ini telah diturunkan kepada Tengku Haydar 5 tahun yang lalu.Cukupla dia berehat dari melakukan kerja kotor tersebut.

"Oh,ada kerja .Papa tanya your secretary.Kamu keluar awal hari ni.Care to explain to me ,Tengku Haydar"tanya Tan Sri Tengku Khairuddin.

"Sorry daddy.Bukan maksu Haydar nak selindung .Tapi,Haydar ada sesuatu nak cakap ni"Ujar Tengku Haydar gemuruh.Pelik Tan Sri Tengku Khairuddin melihat puteranya itu.Kebiasaannya dia melihat Tengku Haydar yang penuh dengan aura kedinginan.Hmmm,pelikk..

"Hmm,apa dia haydar?"tanya Tan Sri Tengku Khairuddin.

"Haydar nak minta restu daddy.I'll already find my second half.Haydar,nak kahwin daddy"ujar Tengku Haydar.Terkejut Tan Sri Tengku Khairuddin mendengarnya namun hatinya melonjak kegembiraan kerana sudah tiba masanya putra tunggalnya itu mendirikan rumah tangga,

"Alhamdulillah.Nanti daddy bincang dengan mummy ya"ujar Tan Sri Tengku Khairuddin

"Thanks ,daddy"balas Tengku Haydar lalu memeluk erat daddynya.













Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro