𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 05

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sunyi.

Aku pandang dia. Dia pandang aku. Mamat beku tu senyap melihat aku duduk atas katil dia. Aku tahu dia tengah judge aku. Cara pandangan atas bawah tu aku faham sangat! Aku buat muka menyampah sebelum perlahan-lahan aku turun dari katil dia.

Dalam hati aku sudah menangis tak berlagu. Katil dia terlalu empuk untuk aku yang sememangnya suka tidur.

"Kenapa saya tak boleh balik?" Soalku cuba ubah topik. Malas nak fikir pasal katil empuk tu. Aku pandang mata coklat cair mamat beku tu. Tiada riak. Tiada perasaan.

Hati dia kering sangat ka?

"Aku nak minta tolong kau, little kitten." Aku cebik bibir. Nak minta tolong tu minta jalah. Tak payah nak little kitten bagai. Berbulu telinga aku.

"Kenapa saya perlu tolong awak sedangkan saya tak kenal siapa awak?" Tanya aku lagi. Tak mahu kalah. Pelbagai soalan timbul di dalam benak fikiranku. Kenapa lelaki ni nak minta tolong aku? Penting sangat ka? Kenapa dia beku sangat? Paling penting macam mana gambar aku boleh ada dalam phone dia?

Terdengar lelaki itu melepaskan keluhan. Nampak berat masalah dia tapi aku tak kesah. Malas pulak aku nak ambil tahu apa masalah dia. Bukan masalah aku. Kenapa perlu membebankan kepala aku dengan masalah orang?

"Aku amnesia." Berubah riak wajahku. Aku pandang mamat beku tu lagi. Nampak keruh air wajahnya. Mata coklat cair miliknya cuba menyampaikan sesuatu yang pasti aku tak tahu apa.

Tapi sekarang ni-

"Jadi? Apa kena mengena dengan hidup saya?" Mulutku lancang bersuara tanpa belas kasihan. Sekarang ni aku tak faham. Aku tak kenal dia. Kenapa perlu tarik aku sekali dalam masalah hidup dia?

Tiba-tiba lelaki dihadapan aku tertawa sinis. Dia memandang aku dengan pandangan menjengkelkan. Aku tayang muka berani. Meh nak gadoh meh.

"Apa kena mengena dengan kau?" Soal dia buat aku rasa semacam. Dia menggelengkan kepala. Seolah-olah macam terhibur dengan situasi kami sekarang. Aku telan liur.

"Gambar kau dalam phone aku. Jadi mustahil untuk kau tak kenal aku Nurain Medinah!" Lelaki itu meninggikan suara buat tubuhku sedikit terkejut. Dia tahu nama aku?

"Jadi macam mana pulak awak boleh tak kenal saya?" Balasku balik dengan suara yang dinaikkan. Geram. Entah kenapa aku langsung tak rasa takut. Masalahnya aku memang betul-betul tak ingat dia. Sedaya upaya aku gali kotak memori aku. Tapi aku langsung tak ingat apa-apa.

Lelaki itu mengeluh lagi. "Aku amnesia, Medina."

Aku menunduk memandang lantai. Lepas satu, satu masalah lain timbul. Aku pandang mamat beku tu. "Jadi kau nak minta tolong aku untuk pulihkan ingatan kau?" Soalku dah tak marah macam tadi. Malas nak bertekak. Jadi aku ikutkan sahaja aturan takdir kali ini. Aku tahu kalau aku melawan mamat beku ni memang takkan lepaskan aku.

Mamat beku tu memandang aku. Nampak mata coklat cairnya cuba menyampaikan sesuatu. Perasaan sedih yang menyakitkan. Hati aku terjentik dengan suatu rasa. Rasa kasihan yang menebal. Apa yang dah terjadi mamat beku?

Lama kami berpandangan sesama sendiri.

Takdir pula sedang seronok mentertawakan kami. Entah la aku tak pasti. Kisah seorang amnesia dan seorang perindu bermula disini.

Sedar mungkin mata kami bertaut lantas mamat beku tu mengalihkan pandangan ke arah lain. Tangannya yang tersedia diluar diseluk ke dalam kocek seluar.

Diam antara kami. Aku pandang dia. Entah kenapa aku pulak yang rasa nak pandang mamat beku ni macam tak mahu lepas. Ada sesuatu tentang dia yang aku tak pasti apa. Sama macam Zakwan. Kedua-duanya misteri.

"Kalau tak dak apa-apa saya keluar dulu." Kataku meminta diri. Macam personal assistant dengan bos pulak. Nampak dia diam aku mengambil langkah untuk keluar dari bilik dia. Sempat aku pandang katil dia. Jumpa lagi katil.

Tombol pintu aku pulas. Buka sahaja pintu aku nampak Zakwan dan Damien berdiri terpacak dihadapan pintu bilik sambil menyandarkan belakang tubuh di permukaan dinding. Nampak ada orang keluar mereka berdua terus mengangkat wajah. Pandang aku tak berkelip. Tapi pandangan Damien lain macam sikit. Dia nampak teruja.

"Yeah! Mem besar stay sini!" Kata Damien. Aku julingkan mata ke atas. Dah aku buat keputusan untuk tolong mamat beku tu automatik menentukan keputusan aku untuk tinggal disini. Kalau aku minta nak balik pun aku pasti diorang tak kasi.

Betul tak?

Aku pandang Zakwan. Dia pun tengah pandang aku. Aku tersenyum janggal.

"You memang nak stay sini?" Soalnya dengan senyuman berwajah simpati.

Aku angguk mengiakan. Zakwan menggeleng kepalanya. Dia memandang aku dengan mata yang penuh dengan perasaan bersyukur. Lebar senyuman terukir di bibirnya.

"No wonder he fell for you before." Kata Zakwan buat aku terpanar.

"He fell for me before?" Soalku pelik. Zakwan macam tahu sesuatu tentang mamat beku tu. Damien disebelah aku nampak macam dah gelabah. Lagi kuat lah tekaan aku bahawa mereka berdua tahu sesuatu.

Zakwan menggeleng lagi. "I cakap macam tu ka tadi? Oh I'm sorry chérie. Bukan itu maksud I." Katanya dengan senyuman lebar. Wajahnya langsung tidak menunjukkan apa-apa. Aku kecilkan bebola mataku. Sus dengan Zakwan. Damien aku nampak tengah melepaskan nafas lega. Aku pasti aku tak salah dengar. Aku dah cakap tadi.

Zakwan ni misteri.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro