𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 09

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Morning Damien!" Sapaku teruja apabila melihat susuk tubuh pengawal peribadi ekspres aku ada di depan mata.

Damien pandang aku dengan senyuman. "Morning ma jolie!" Balas lelaki itu ringkas sebelum kembali menatap telefon pintarnya. Hari ini lelaki itu tidak memberi perhatian kepada aku. Buat aku tertanya-tanya apa yang dia tengok.

"Apa yang awak tengok tu?" Soalku ingin tahu. Sekali lagi Damien pandang aku dengan senyuman. Kening lelaki itu diangkat buatkan dirinya nampak macho. Aku juling mata menyampah. Acah betul mamat ni.

"Guess what?"

Kening aku pula terangkat. "Apa?"

"Teka jalah!"

"Malas lah nak main teka-teka ni. Sakit otak tahu tak?" Aku membebel. Damien tergelak kecil. Tiba-tiba lelaki itu mengecilkan bebola matanya ke arah aku. Buatkan badan aku terdorong ke belakang.

"Damien!" Marah aku. Damien pula ketawa seronok melihat aku yang dah gelabah itu.

"My girlfriend text me." Jawab Damien sambil menunjukkan skrin telefonnya sekilas. Melihat akan itu wajahku sedikit berubah. Aku teringat seseorang.

"You ada boyfriend?" Aku mengukir senyum tipis. Soalan Damien itu bagaikan sembilu yang menghiris hati aku. Pedih. Terlalu pedih.

Melihatkan aku yang senyap itu Damien menepuk dahinya. Sedar mungkin yang dia sudah terlepas cakap. "So sorry ma jolie. I thought that-"

"Saya tak dak boyfriend. Tapi saya ada suami." Potong aku. Pandang Damien lama. Dia dah tak seceria tadi. Telefon pintarnya pun sedah lesap di dalam kocek seluar.

"Oh abang I tak cakap pun yang you dah kahwin." Kata Damien dengan sengih kambing. Mungkin dia rasa bersalah sebab dia rasa dia sudah memisahkan seorang isteri dari sisi suaminya.

"Dia tak bagitahu sebab dia tak tahu yang saya dah kahwin." Kataku malas. Walhal sebenarnya dua beradik tu tahu ja kisah sebenar. Saja buat-buat tak tahu kan?

"Mesti dia gelabah kan bila tengok isteri dia tak dak kat rumah." Damien tertawa. Nampak sangat gelak dia tu palsu. Aku tersenyum kelat.

Cakap jalah yang awak dah tahu tentang diri saya, Damien.

"Suami saya dah tak ada." Kataku perlahan. Berhenti terus tawa Damien. Dia pandang aku dengan pandangan simpati.

"I-"

"Damien!" Panggil seseorang buat aku dengan Damien sedikit tersentak. Terus kepala kami berdua menoleh kebelakang. Nampak Aza Qarizh berdiri terpacak di atas tangga. Kedua belah tangan lelaki itu berada di dalam kocek seluar. Pandangannya tidak puas hati memandang wajah Damien.

Damien dan Aza Qarizh berpandangan sesama sendiri. Saling menghantar mesej melalui pandangan mata. Aku ditengah-tengah langsung tak faham apa-apa.

Damien aku lihat seperti menelan liur. Dia berdiri. Memandang aku dengan sengihan sebelum berlalu meninggalkan aku dengan Aza Qarizh yang masih berdiri terpacak ditempatnya.

Aza Qarizh diam melihat Damien yang berselisih dengan dirinya. Dia meraup wajahnya sebelum tumpuannya terarah kepada aku. Perlahan langkah kaki maskulin Aza Qarizh menghampiri aku. Dia melabuhkan duduk disebelah aku. Aku pandang dia. Dia pandang aku tajam.

"Kau nak tolong aku ke nak sembang dengan mamat tu?" Soal Aza Qarizh dingin. Aku sedikit ternganga.

"For your information Mr Aza Qarizh, saya datang sini bukan dengan kerelaan saya. Saya diculik!" Kataku geram. Kata-kataku tadi menuju kepada Aza Qarizh sepenuhnya. Dia cakap tadi macam aku nak tolong dia dengan rela.

"I don't care. Kerja tetap kerja." Katanya lagi dengan selamba. Mata tidak memandang aku. Naik turun dada aku tahan marah. Sabar Nurain, sabar.

Terus bibir aku lorek dengan senyuman paling lebar pernah aku ada. Nampak sangat tak ikhlas. Bersiap sedia untuk 'menolong' lelaki itu.

"Cerita dekat saya tentang diri awak yang dulu." Kataku buat Aza Qarizh spontan memandang aku tajam. Aku ada salah cakap ka?

"I feel honored to tell you again that I got amnesia." Kata Aza Qarizh sambil menunjal kepalanya sendiri berkali-kali buat aku rasa nak tepuk dahi. Aku sengih pandang Aza Qarizh. Aza Qarizh masih tajam memandang aku. Macam mana aku boleh lupa benda penting macam tu?

"Kita nak buat apa sekarang ni?" Soalku pelik. Dah dia pun tak tahu nak cerita apa sebab dia hilang ingatan zaman lampau dia. Apa yang aku boleh buat sekarang untuk tolong dia? Nothing!

"Tell me about yours." Kata Aza Qarizh buat aku terdiam. Cerita tentang diri aku sendiri?

"Cerita saya tak dak kena mengena dengan awak. Kenapa saya nak cerita pulak?" Balasku geram. Aku dengan dia bagai langit dan bumi. Kami tak pernah saling mengenali dan dia pulak suruh aku cerita tentang diri aku? Kepala hotak dia!

"I just want to know more about you." Tubuh Aza Qarizh menghampiri aku. Tubuh aku pula terdorong ke belakang. Lelaki itu tersenyum senget melihat reaksi aku sebelum kembali membetulkan duduknya. Dia ketawa pendek.

Aku ketap bibir. Sengaja lah tu nak usik aku. Apahal mamat ni? Kejap mood elok kejap tak. Ada masalah ke?

"I'm bored. Kau cerita jalah pasal kau. Aku nak dengar." Kata-kata Aza Qarizh lembut mengetuk gegendang telinga aku buatkan marah aku lenyap serta-merta. Pelik namun aku layankan sahaja.

Aza Qarizh ada sesuatu yang aku tak pasti apa.

Dia seorang lelaki yang misteri.

"Come on kitten." Katanya tidak sabar. Mata coklat cairnya tetap merenung aku lama. Tanpa aku sedar, aku tersenyum dengan reaksi kebudak-budakkan Aza Qarizh. Tanpa aku sedar juga lelaki ini telah mengetuk pintu hatiku tanpa sedar.

Entah mengapa hari ini aku tak rasa nak marah langsung. Kisah semalam tentang kucing aku pun dah lesap dari fikiran. Apa yang aku tahu aku rasa nak kongsi semuanya dengan lelaki dihadapan aku sekarang ini.

Aku tersenyum nipis. Kisah aku pahit, Qarizh. Pahit sangat.

"Awak percaya tak yang saya dah kahwin?" Kataku buat Aza Qarizh terus memandang wajahku. Mencari jawapan. Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Keluhan kecil terlepas dari bibirku.

"Continue." Aza Qarizh bersuara menyuruh aku untuk menyambung penceritaan. Aku tersenyum paksa.

"Nama suami saya Qash Arsyad Ikhtiari." Kataku lagi perlahan. Suaraku dah mula lain. Dadaku terasa tersekat menahan sebak. Mata pula terasa panas. Aza Qarizh aku lihat macam tengah menghadam apa yang aku cakap. Matanya fokus memandang hadapan. Sikit pun tidak mencelah.

"Awak okay ke saya nak cerita ni?" Soalku meminta kepastian. Takut nanti tengah cerita kena halau pula.

"Just continue."

Aku tersenyum kelat. "Arsyad tu sama macam awak. Dua-dua suka kucing." Aku tergelak kecil apabila teringat semula. Qash Arsyad boleh jadi budak-budak kalau dia dengan kucing. Berubah terus perangai dia.

Aza Qarizh diam.

"Saya dengan dia kahwin. Hidup bahagia macam pasangan lain. Tapi bahagia tu sementara ja sebelum ada manusia tak puas hati datang. Dia bunuh suami saya." Kataku geram apabila mengingati semula peristiwa hitam itu.

Tiba-tiba Aza Qarizh ketawa. Aku pandang dia. "Cerita kau ni boleh buat novel." katanya tanpa memandang aku. Aku tarik nafas panjang. Tak ambil hati dengan kata-kata dia.

Dah memang otak dia tu tak betul nak buat macam mana ye dok?

"Dia mati. Arsyad mati depan mata saya sendiri. Masa tu saya macam lost. Saya tak tahu nak buat apa." Cerita aku lagi. Kali ni air mata turut mengalir membasahi pipi. Aku takut tengok seluruh tubuh dia dipenuhi darah. Aku tak mahu ingat semula peristiwa tu.

Rasa sakit sangat bila terbayang semula lelaki itu ditikam dihadapan mata aku oleh pengganas sebelum ditolak jatuh ke dalam gaung. Hampir sebulan kami masih belum jumpa tubuh suamiku. Yang kami jumpa hanyalah bahagian tulang kaki kanannya.

DNA telah dibuat dan keputusannya menunjukkan itu memang kepunyaan suami aku. Masih ingat lagi macam mana aku teresak-esak menangis mendengar penerangan polis yang dia diterkam binatang buas.

Allahu.

"Dia mati macam mana?" Soal Aza Qarizh.

"Saya tak mampu nak terangkan." Balas aku perlahan. Bibir mengorak senyum terpaksa. Wajah cuba diceriakan sebaik mungkin.

Aza Qarizh diam memandang aku.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro