𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sudah hampir 10 minit aku berdiri terpacak dihadapan meja kerja Aza Qarizh. Juga sudah hampir 10 minit aku dan Qarizh saling berbalas pandangan. Aku pandang dia, dia pandang aku. Masing-masing senyap tidak bersuara.

Sebenarnya aku ada sesuatu yang nak dikatakan kepada Qarizh. Tapi dah dari tadi dia langsung senyap merenung aku macam nak bagi tembus terus keberanian aku terbang ke luar tingkap. Pandangan Aza Qarizh begitu menggerunkan.

"Yes, Medina. Anything?" Suara garau Qarizh memecah kesunyian. Aku pandang muka dia yang tak berperasaan itu. Iris coklat cairnya begitu dingin seperti salju namun tetap juga sepasang mata ini tidak lepas dari terus menatapnya.

Mata Aza Qarizh cantik.

"Medina?" Aku tersentak. Terus aku halakan pandangan ke arah lain. Malu la pulak ditangkap yang aku usyar dia tak lepas. Gaya renung macam nak telan. Aku berdeham seketika.

"Sebenarnya saya nak cakap terima kasih." Kataku terus tanpa berlapik. Aku pandang Qarizh. Kening Aza Qarizh terangkat tinggi. Matanya hairan merenung aku seolah-olah ingin berkata terima kasih untuk apa?

Aku tersenyum nipis. "Pasal semalam. Walaupun awak marah-marah tapi takpalah. Terima kasih." Aku pandang lantai. Entahla bagi aku sekarang ini lantai lebih attractive daripada lelaki yang berada dihadapan aku. Dapat aku rasakan mata Aza Qarizh kini melekat padaku. Seolah-olah mahu ditelan aku hidup-hidup.

"Kau berterima kasih?" soal Aza Qarizh buatkan aku kembali mengangkat wajah. Pandang terus ke dalam anak mata coklat cairnya yang begitu damai dan indah. Membuatkan aku tenggelam di dalam khayalannya seketika. Eh, apa aku mengarut ni?

"Ya." jawab aku yakin. Aku dan Qarizh saling berbalas pandangan. Tiba-tiba bibir sensual lelaki itu koyak senyum. Senyum sinis. Liur ditelan sekali.

"Did you mean..." Qarizh berdiri. Ayatnya sengaja dibiarkan tergantung. Lelaki itu menapak menghampiri aku yang berdiri tidak jauh dari meja kerjanya. Aku hanya memerhati tanpa sebarang suara. Ketinggiannya aku lihat. Tinggi. Aza Qarizh memang tinggi. Macam arwah Arsyad. Mereka berdua sama-sama tinggi.

Tinggi-tinggi nak pergi mana, huh?

Geram pulak aku rasa sebab aku pendek.

"Medina, don't say that you love my kisses." Tersedak! Aku tersedak air liur sendiri! Kerongkong yang terasa sedikit perit aku usap. Ya tuhan, apa lelaki ini mengarut hah?

Wajah selamba Aza Qarizh aku pandang tajam. Sesuka hati mak ayah tok nenek moyang dia aje nak buat fakta sendiri. Aku cuma nak cakap terima kasih sebab tenangkan aku sebab apa yang dia buat malam tadi memang buat aku rasa sedikit tenang. Tapi kalau macam ginilah gayanya takpalah aku simpan sahaja niat aku itu.

Aza Qarizh tak layak dapat ucapan terima kasih daripada aku! Huh!

Tapi, bukankah itu juga bermakna yang aku suka cara Aza Qarizh memujuk aku?

Jangan merepek Nurain Medina!

Aku mencekak pinggang. Bebola mataku dikecilkan merenung Qarizh yang kelihatan kerdil di mata aku. Heh. "Jangan mengarut..."

"Aku tak mengarut. Aku mengurat." Lagi, aku tersedak! Terbatuk-batuk aku dibuatnya! Aku pandang Qarizh. Bibir merahnya tersenyum sebelum dia melepaskan ketawa pendek. Sepasang iris itu merenung aku lembut.

"You may leave now." What? Dia halau aku? Eh kejap ada lagi satu benda aku nak cakap pada dia.

"Kejap. Saya ada benda lagi nak cakap." Aku tahan dia yang berura-ura mahu pusing. Aza Qarizh diam sebelum kembali memandang aku. Kedua belah tangan lelaki itu direhatkan di dalam kocek seluarnya. Kening diangkat angkuh.

Eh mengada. Aku tembak karang baru tahu!

"Saya ada satu hasrat, Tuan Muda Qarizh." Ha ambik. Ayat bunga-bunga aku bagi. Kelihatan Qarizh nampak seperti mahu tersenyum namun sedaya upaya dia tahan. Geli hati gamaknya aku panggil dia Tuan Muda Qarizh.

"Straight to the point, Medina. Don't waste my time." Celah Qarizh sengaja nak bagi aku sakit hati. Eleh apa aje kerja yang dia nak buat. Aku tengok selama ni goyang kaki ja. Dia macam langsung takdak kerja nak dibuat.

"Saya nak kerja." balasku. Qarizh terus angkat kening tinggi. Mesti hairan kenapa tiba-tiba aku nak kerja. Alah aku nak kerja dalam rumah dia juga. Bukan aku nak lari keluar pun.

"Kerja? Kerja apa?"

"As maid in your big house, Tuan Muda Qarizh. Berbayar. Buat apa saya tinggal dalam rumah ni tapi tak buat apa-apa?" kataku sambil melabuhkan duduk di atas kerusi dihadapan Qarizh. Qarizh merenung aku lama sebelum kepalanya digeleng perlahan.

"Rumah ni dah ada Cik Ana. Lagipun kerja kau tolong pulihkan ingatan aku." Aku ukir senyum. Dah agak dia akan cakap macam tu. Nasib baik aku dah rancang awal-awal sebelum menghadap si Tuan Muda Aza Qarizh.

"Saya dah cakap yang saya tak kenal langsung awak. Apa yang saya boleh bantu untuk pulihkan ingatan awak? Nothing. Lagipun tak kesah la kerja apa yang saya kena buat, jadi maid? Pulihkan ingatan awak? It doesn't matter. Apa yang saya tahu saya buat kerja saya, awak bayar gaji saya." Aku ukir senyuman paling manis yang pernah aku ada. Biar dia tahu yang dia berurusan dengan orang yang salah. Lagipun saja nak bagitahu yang aku ni mata duitan. Hekhek.

Lagipun siapa yang tak suka duit?

"My mind is all about business, Tuan Muda Aza Qarizh. I need money." kataku lagi bernada tenang. Aza Qarizh dihadapan aku juga kelihatan agak tenang. Masih diam memerhati aku untuk menyambung kata.

"Kau perlukan duit? For what Medina? Kau cuma tinggal dalam rumah aku. Minum, makan, pakai semua dah sedia. Pendek kata hidup kau dalam rumah ni macam bini aku. Semuanya siap disediakan."

Habis sahaja ayat Qarizh terus aku ketuk meja kuat.

Buk!

Aza Qarizh tersentak. Wajah aku yang tersenyum lebar itu dia renung dengan mata yang dikecilkan. Mungkin tidak percaya yang aku bertindak agak radikal di tempatnya.

"Saya cuma nak kerja. At least saya tak terhutang budi dengan awak kalau saya tahu itu memang duit saya." kataku lagi. Wajah Qarizh aku pandang. Lelaki itu hanya diam sambil tangannya bermain dengan sebatang pen.

"Okay."

Huh?

Apa yang okay?

"RM3000 sebulan. Cukup?" Aku terdiam. Tidak menyangka soalan itu yang dia utarakan. RM3000 sebulan? Itu terlalu banyak untuk aku yang hanya duduk goyang kaki di rumah.

"Tak cukup? RM6000. You may leave now." Qarizh terus menghalau aku. Tersedak aku dibuatnya dengan jumlah gaji yang akan dia bayarkan. RM6000.

RM6000?

RM6000 gaisek. Banyak tu. Mashuk... Mashuk...

"Tapi..." Qarizh pandang aku tajam.

"Kenapa? Nak RM12,000?" soalnya mendatar.

Aku memdecit kuat. "RM6000, RM6000. Ya, saya keluar ni. Terima kasih Tuan Muda Qarizh." Terus aku menapak keluar tanpa menoleh kembali. Gila.

Sebulan RM6000!

Gila.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro