𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku berlari sekuat hati. Entah mengapa pintu utama rumah ini dirasakan begitu jauh. Satu persatu anak tangga aku pijak untuk turun ke bawak. Kenapa jauh sangat pintu keluar pun?

Terasa derap tapak kaki yang begitu laju dibelakang aku memaksa aku untuk menoleh kebelakang. Terbuntang luas mata aku saat melihat Aza Qarizh semakin merapat. Aku dah rasa nak menangis melihat wajah bengis Aza Qarizh. Seraut wajah bengis itu belum pernah aku lihat lagi sebelum ini.

"Medina!" Qarizh memetir. Buatkan langkah kaki aku semakin laju turun ke bawah. Ya Allah sungguh aku takut dengan Aza Qarizh sekarang. Lelaki itu nampak sungguh berbeza.

Aku nak lari. Aku dah tak mahu tinggal disini. Aku benci tengok muka Aza Qarizh. Aku benci segala-galanya tentang dia! Full stop!

"Selangkah kau keluar dari rumah ni siap kau, Medina!" Suara Qarizh sekali lagi memetir. Bergema suara lelaki itu. Buatkan jantung aku semakin laju mengepam darah. Aku takut untuk berpaling kebelakang. Apa yang aku tahu Qarizh mengikut rapat dibelekang.

Kalau tak kenangkan situasi genting sekarang sudah lama aku gelarkan adegan ini Semakin Aku Kejar Semakin Kau Jauh.

"Medina!" Dengan satu tarikan, tubuh kecil aku direntap kuat ke dalam rangkulan Aza Qarizh. Lelaki itu mengunci kedua belah tangan aku. Sepasang mata helang iris coklat cairnya merenung aku tajam. Bagaikan sedang menyiat-nyiat kulit wajahku dengan pandangannya. Aku seolah-olah hanya seekor tikus dimatanya. Kecil. Nak paling teruk, semut!

Aku cuba menarik semula tangan aku. Namun semakin kuat Aza Qarizh memegang tangan aku. Wajah Qarizh aku pandang tajam. Sepantas kilat aku bawa pergelangan tangan Aza Qarizh menghampiri mulutku sebelum aku gigit sekuatnya!

"Au!" Lelaki itu mengaduh sakit. Aku akhirnya dilepas bebas. Tanpa sebarang kata terus aku membuka langkah seribu. Air mata mula bertakung di tubir mata. Aku rasa nak menangis. Rasa takut, terancam, tak selamat semuanya bergabung menjadi satu.

Tubuhku mula menggeletar hebat saat suara dingin Aza Qarizh bagaikan memetir kuat.

"Medina!" Ya Allah aku takut sangat. Aku memasuki mana-mana bilik yang ada. Pintu almari aku buka sebelum menyembunyikan tubuh aku di dalam. Dalam hati aku berdoa semoga Qarizh tidak tahu aku disini.

Namun harapan aku meleset sama sekali saat pintu bilik yang menjadi tempat aku menyorok dibuka dari luar. Liur yang ditelan terasa kesat sekali. Jantung aku laju mengepam darah. Adrenalina mula merembes ke seluruh tubuh.

Dari celahan almari aku nampak Aza Qarizh meneliti seluruh bilik. Hujung bibirnya naik membentuk satu senyuman sinis yang cukup menggerunkan aku. Ya tuhan, dengan siapa aku berhadapan sebenarnya ni?

Tiba-tiba lelaki itu melepaskan tawa sinis. Dia mencekak pinggang dengan sebelah lagi tangan mengusap rahangnya. Kalau tak kenangkan situasi sekarang memang dah lama aku cakap yang Qarizh tu kacak.

Sempat lagi Nurain Medina?

"So, you wanna play hide and seek?" Kuat suara Aza Qarizh bergema satu rumah. Mungkin nak bagi satu rumah dengar suara dia. Bukan.

Dia nak aku yang dengar suara dia.

Aza Qarizh menggeleng sebelum kembali menyambung tawa. Tawa lelaki itu sepertinya tidak sabar untuk melihat kekalahan aku. Semakin lama tawa Aza Qarizh semakin gerun didengar. Aku yang mendengar merasakan tubuh aku mula menggeletar halus.

"Okay. Let the game begin, Medina sayang." katanya.

Aza Qarizh mula menapak. Aku dah tak tahu kat mana dia berada sekarang. Tapi firasat aku kuat mengatakan yang dia masih berada di dalam bilik. Peluh mula membasahi seluruh tubuhku. Tiba-tiba aku terdengar Qarizh menyanyi kecil bersama suaranya yang sengaja dikawal seram.

"Ding dong I know you can hear me..." Aku tergamam.

"Open up the door..." Terdengar bunyi bising di luar almari. Aku tak tahu apa yang lelaki gila tu tengah lakukan sekarang. Namun apa yang dia buat telah berjaya buatkan aku semakin tidak tenteram.

"I only wanna play a little..." Susuk tubuh Qarizh kembali menyapa bingkai pandangan. Sepasang matanya seolah-olah mencari sesuatu. Buatkan aku berasa geram dengan dia. Keluar lah! Cari lah aku dekat tempat lain.

"Ding dong you can't keep me waitin..." Lelaki mahu keluar dari bilik buatkan aku dapat menarik nafas lega. Baru sahaja nak merasa lega, sesaat langkah lelaki itu mati serta-merta.

"It's already too late..." Lelaki itu berpusing. Menghadap almari. Mata aku membulat. Bukan!

Menghadap aku!

"For you to try and run away..." Bibir Qarizh membentuk satu senyuman sinis. Kali ini aku yakin yang dia tidak memandang kosong ke arah almari. Dia tengah pandang aku!

"I see you through the window..."

Jantung aku bagaikan nak terkeluar dari tubuh saat melihat langkah kaki Aza Qarizh laju berlari ke arah almari. Lelaki itu berhenti betul-betul dihadapan almari bersama kedua belah mata yang dijegilkan. Aku hampir sesak nafas saat matanya merenung tajam aku dicelahan almari.

Aku takut!

"Our eyes are locked together." Suara Qarizh hampir tidak kedengaran. Aku dan dia seolah-olah saling berpandangan antara aatu sama lain. Aku sudah tidak bernafas dengan tatapan Qarizh yang begitu menakutkan.

"I can sense your horror..." Tanpa amaran terus Aza Qarizh membuka kasar pintu almari. Tubuh aku ditarik merapat. Lelaki itu berbisik sambil memandang terus ke dalam anak mata aku.

"Though I'd like to see it closer."

Diam untuk beberapa saat.

"Don't you ever dare to leave my place without permission, Medina darling." kata Aza Qarizh tiba-tiba.

Menggigil tubuh aku saat hujung jarinya mengusap lembut kulit lengan aku. Suaranya keluar hanya dicelahan gigi. Lelaki itu mengetap kuat giginya bersama iris yang tidak lekang dari meratah wajahku.

Aku cuba lepaskan tautan tangan. Aza Qarizh yang perasan dengan tindakan aku semakin kuatkan pegangan. Aku membalas tajam pandangannya yang menusuk walaupun aku sebenarnya masih takut.

"Lepaslah!" pinta aku separuh berharap walaupun aku tahu dia tidak akan melepaskan aku pergi. Orang sakit mental ni kalau kau lawan memang takkan menang.

Aku nampak Aza Qarizh merapat sebelum bibirnya menghampiri telinga aku. Dia berbisik.

"Never."

Mata aku terbuntang luas.

"I'll never let you go, Medina darling." bisiknya lagi. Suaranya hampir tidak kedengaran dan itu sedikit sebanyak menggerunkan aku. Liur yang ditelan terasa kesat. Tiba-tiba aku dapat rasakan tautannya pada tangan aku semakin melonggar. Aza Qarizh jarakkan tubuh kami sebelum tangan aku dilepaskan sepenuhnya. Dia pandang aku tajam.

"Understood?" soalnya mendatar. Aku pandang ke arah lain. Tak lalu nak pandang muka dia yang mengingatkan aku pada kisah tadi. Aku masih kecewa dengan dia!

"Don't. You. Ever. Dare." kata Qarizh lagi bersama senyuman jahat. Dia berlalu meninggalkan aku disini. Aku mengepal erat penumbuk.

Aku benci dia!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro