f o u r

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"SO you've been a relationship before. I mean shipS." Kening Jungkook sedikit terjungkit sambil anak matanya masih belum lari dari skrin. Yunseo hanya mengiyakan sahaja.

Jungkook mengangkat wajah, menyatukan pandangannya dengan pandangan mata Yunseo. "So how did it ends? Awak ataupun lelaki tu?"

Atas bawah encik Jeon Jungkook dipandang. Makin lama dia duduk depan lelaki ni, makin rasa nak dicakar-cakar je mukanya. Kerek betul. "That guy, obviously. He cheated on me. I mean they. Cheated."

"Very well."

Yunseo segera melarikan muka. Tuhan, berikanlah sedikit kesabaran. Kenapa rasa masa bergerak lambat sangat ni? Lama lagi ke nak kena hadap encik Jungkook ni?

"Jadi kenapa awak ada dekat sini harini? Awak suka saya.. ataupun-"

"Encik Jungkook nak jawapan tulus dari hati ataupun jawapan yang telah ditapis demi keharmonian kita bersama?" Gigi diketap geram, nak bebal.

Bukan apa lah. Tapi Yunseo tengok Encik Jungkook ni kecil besar kecil besar je. Eee!

Jungkook diam, berfikir. Benda tu nak kena fikir ke aku tabuh kang, omel Yunseo geram. Tangannya kini disilang ke dada. "I like the truth more."

"My first impression to be honest.. I don't like you at all," Yunseo menelek kuku, kali ini betul-betul dah malas nak melayan. Kalau bukan kerana dia seorang yang comel dan sabar, arwah dah encik Jungkook ni.

"Encik Jungkook nampak- no, bukan nampak. But you are kerek and poyo nak mampus." Anak Jeon langsung tak mencelah. Dia cuma memasang telinga kerana sebenarnya.. jarang orang cakap dia kerek, tahu.

Yunseo kembali memandang Jungkook. "Tapi, that is my first impression. Hati budi encik Jungkook, saya tak tahu lagi. Mungkin encik Jungkook tak adalah kerek mana sebenarnya? I don't know. Kalau saya boleh spend tiga bulan duduk sebumbung dengan encik, maybe I'll have the answer."

Jungkook sembunyikan senyuman kecil.

Very well.

"Faham. Apa yang awak boleh buat untuk saya? Kalau awak duduk depan saya hari ini, that's mean awak dah baca lah kan qualifications untuk jadi isteri saya?"

Yunseo mengeluh sekali lagi. Kali ini dia menegakkan belakang badan. You're almost there, Yunseo. Jangan menyerah!

"I can cook. I can clean. I can do pretty much everything. Saya tak adalah yakin sangat tapi semua ex saya sebelum ni elok makan dan pakaiannya. Encik Jungkook tak perlu risaukan hal tu."

Entah normal ke tidak lelaki ini sebenarnya. Qualifications nak jadi isteri? Oh my. Perkahwinan tu datang dari soal cinta, dan cinta datang dari hati!

ApakebendasiJungkookninyah.

"Awak betul-betul nak buat semua ni?" Soal Jungkook untuk kepastian. Dari pandangan pertama, Yunseo tak nampak macam kaki kikis jadi mungkin dia boleh cuba.

Tapi, Jungkook masih berharap yang Yunseo akan cakap tak dan semua ini akan berakhir.

"Yep."

Dan terbukti ia hanyalah mimpi di siang hari.

"Eomma dah cukup gila untuk jatuhkan maruah dan minta saya jadi 'orang rumah palsu' encik Jungkook selama tiga bulan, semata-mata nak tengok kelayakan saya untuk jadi tunang dan isteri yang baik."

Yunseo perasan akan perubahan riak wajah Jungkook.

Oh. He don't want to do this.

"Tiga bulan je kan?"

Jungkook merenung Yunseo. Sudut bibirnya terjungkit sedikit.

"Tiga bulan."

This might be a new type of fun.

+ hwtb +

"Dan ini bilik Cik Yunseo."

"Glad to know bilik saya dan encik Jungkook not on the same level." Ahjumma Shin cuma tersenyum nipis, mendorong gadis itu untuk keluar dari bilik. Pintu ditutup rapat.

"Dia tahu cik Yunseo perlukan privasi. Jadi jangan risaulah, eo?" Yunseo angguk.

Lega juga ada Ahjumma Shin. Sekurang-kurangnya dia tak adalah sendirian dengan Jungkook nanti. "Bilik ahjumma dekat mana? Sama tingkat dengan Yunseo ke?"

"Eh. Siapa kata ahjumma duduk sini?" Matanya terkedip-kedip. Oh, ahjumma.. tak duduk sini ke? "Ahjumma balik rumah, sayang. Jadi nanti cuma Cik Yunseo dan Tuan Jeon je yang duduk sini-"

"ANDWAEEEEEEE! AHJUMMAAAA! MANA BOLEH TINGGAL YUNSEO SEORANG DENGAN ENCIK JUNGKOOK TU!" Habis digoyang-goyang Ahjumma Shin, merayu agar dia tidak ditinggalkan sendiri.

Ah ciskek. Kenapalah aku setuju nak buat semua ni.

"Yunseo-ssi."

Raungannya tergendala. Ahjumma Shin dan Yunseo menoleh ke arah Jungkook. Lelaki itu sedang bersandar dengan sehelai sweatshirt hitam dan seluar track hitam.

Tadi bukan dia pakai kemeja ke?

"Masuk bilik saya." Dan jejaka itu berlalu. Yunseo terpana sesaat. Masuk bilik? Bilik apa? Bilik tidur?

Eh kotor betul kau, Yunseo!

"Dah pergi cepat! Tuan Jeon dah tunggu dalam prjabat dia tu!"

Yunseo melabuhkan punggung sambil memerhati Jungkook di meja kerjanya, mengeluarkan kertas- atau dokumen- entah dia pun tak pasti, dan sebatang pen biru.

Mereka kini duduk berhadapan. Jungkook menolak sebuah dokumen dan pen birunya ke arah Yunseo. "Ini tugas dan semua pantang larang awak selama tiga bulan ni. Awak masih ada peluang untuk undur diri, but once you drop the signature, there is no turning back."

3 Months Housewife Contract
Name: 정윤서

Wah, Yunseo menggumam. Kontrak.

Apa jenis k-drama hidup aku ni.

I, 정윤서 will serve 전정국 for these three months as a loyal slave to prove myself as the best choice of wife for 전정국.

"Slave?"

"Tak. Housewife. Um.. typo. Yep." Jungkook menggaru kening dan melarikan anak mata. Yunseo menjeling.

Jujur Yunseo cakap, boleh sakit kepala layan Jungkook. Ini belum sampai sehari tahu. Bayangkan selepas ini seminggu. Dua minggu. Sebulan. Tiga bulan.

UGH!

Dan akhirnya Yunseo tetap turunkan tanda tangannya walaupun isi kontrak itu kedengaran agak pelik. Tapi sekurang-kurangnya, dia masih boleh tolak kalau betul-betul dia tak tahan. No intimacy, and respect each other's privacy.

"Jadi Yunseo-ssi, semua tugas awak mudah semudah ABC kicap adabi. Ada bantahan? Tak ada? Good. Dah, pergi buat kerja."

"What in the world-"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro