[ 15 ] - yang tidak terlihat

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

_________________

"Hi sayang..."

"Awak dah bangun ke?"

Kerusi yang berdekatan ditarik rapat. Dagu Nuha dipautnya lembut. Usai itu, kepala Nuha dielus perlahan. Dia terlalu cintakan gadis ini. Namun, hanya kerana sikap Nuha kepadanya yang kadang-kadang membuat dirinya menjadi tidak waras.

"Look at me honey, you want to know?"

Mata Nuha itu dipandang lama. Tipulah kalau dia tidak pernah terbayang yang bukan-bukan tentang gadis ini. Namun, untuk apa dia lakukan hal sebegitu, jika ada cara lain untuk menghalalkan gadis di hadapannya kini.

"You're so beautiful without this makeup. You make my life shinning! But why you don't love me? Why dear? Am I so ugly?"

Bibir Nuha dipautnya sekali. Wajah itu dia amati lama. Kamera yang tersimpan di belakang diambil. Dia mahu fotokan momen yang indah ini.

Nuha mula memusingkan kepalanya ke sana ini. Tidak suka dirinya diperlakukan sebegini. Dia ada maruah dan dia harus pertahankan. Lelaki ini gila! Dengan tangan yang diikat, agak menyusahkan dirinya untuk melepaskan diri. Air mata yang tidak jemput, mengalir laju. Ya Allah, hamba memohon pertolonganmu.






































"Cuba kau letakkan diri kau dekat situasi Nuha. Dia tu perempuan. Kau tak boleh fikir logik ke kalau yang culik dia tu lelaki? Macam-macam benda yang dia boleh buat. Tak silap bulan, mayat Nuha pun tak jumpa. Kau tahu tak!"

Dihamburkan amarahnya, walaupun sudah puas ditenangkan oleh Qayyum. Boleh jadi stres, hanya kerana lelaki di hadapannya ini punca segalanya. Dah gedik bawa anak orang, bukannya nak bertanggungjawab.

Pang!

Kepalanya terteleng ke kiri. Matanya bersambung dengan mata Qayyum. Seakan-akan tidak mempercayai apa yang berlaku, lantas kolar baju Qayyum pula digenggamnya erat, mahu sahaja dia layangkan penumbuk ke muka namun dia tidak mahu persahabatan di antara putus hanya kerana disebabkan perkara ini.

"Kenapa Qay? Kau sanggup tampar aku hanya untuk kau bela jantan tak guna tu!"

"Affan, kau sedar tak ini sekolah. Kau nak buat masalah lagi ke? Tak cukup-cukup kau hamburkan kemarahan kau dekat sini. Boleh tak kau hormat orang dekat sini. Depan kau, ibu bapa Nuha. Cikgu pun ada lagi!"

Haidar hanya mampu mendiamkan diri. Salah dia juga membiarkan gadis itu pulang bersendirian. Jika dia tahu yang benda sebegini akan berlaku, dia akan memaksa juga Nuha mengikuti mereka.

"Cikgu, izinkan saya keluar untuk detect location terakhir Nuha. Mana tahu kita dapat jejak dia selagi penculik tu tak melarikan diri ke negara jiran..." ujar Qayyum. Atas pengalaman pekerjaan yang dia sudah biasa laluinya biarlah kali ini dia korbankan diri.














"Ho-ho balik kampung...
Hoo-hoo balik kampung...
Hati girang, perjalanan jauh tak ku rasa..."

Daun-daun kering yang berselarakan di hadapan kebunnya itu dibersihkan. Tidak menjangka yang hasil dari pertanian membuahkan hasil yang agak lumayan. Walaupun kawasan ini tidaklah terlalu terkenal seperti tempat lain namun Pak Salman bersyukur yang dia masih dikurniakan rezeki.

Dalam enak menikmati lagu hari raya, tiba-tiba bahunya dirempuh dengan sesuatu. Sakit, nampaknya seperti ada seseorang yang tidak tahu apa itu adab. Cangkul dicampakkan ke tepi, dia harus bercakap lembut dengan si gerangan yang tidak tahu langsung asal-usulnya dari mana.

"Haih kamu ni, pakcik besar ni pun kamu tak nampak belum lagi ha pakcik kecik macam virus tu. Mintalah maaf, akan ia satu amalan yang mulia..." ujar Pakcik Salman. Dia merupakan seorang petani di sini dan setahunya tidak pernah lagi ada orang luar datang melawat kawasan kampungnya ini.

"Bukan urusan aku" ujar dia sebelum berlalu pergi.

"Haihlah anak muda sekarang. Adab pun tak tahu nak letak mana. Inikan kalau satu hari nanti dia kahwin aku harap yang isteri dia bertahanlah" bebel Pakcik Salman.

Kereta Proton Preve laju meninggalkan kawasan itu. Ada satu tempat yang harus dia pergi sebelum permainannya bakal dituruti. Beg tangan Nuha yang masih berada di dalam kereta itu, dia campakkan keluar melalui tingkap. Hanya beberapa barang keperluan gadis itu yang agak berguna sahaja dia simpan. Tudung Fareha pemberian darinya pun Nuha tidak pernah pakai sekalipun namun dia tahu tudung itu akan selalu ada di dalam beg tangan itu dan kini ia berada di dalam genggamannya.


















Malam sudah memunculkan diri. Perut yang mula berkeruk dia abaikan. Tiada apa disitu dia boleh harap untuk makan. Hanya tinggal sebotol air mineral itu sudah diminum oleh manusia durjana tadi. Masakan dia mahu berkongsi? Tidakkah itu menjijikkan?

Dari baring dia cuba mengesot. Mana tahu ada serpihan kaca yang dia gunakan untuk larikan diri. Beg tangannya hilang sejak dia mula menjejakkan diri ke dalam rumah agam ini tanpa kerelaan. Dia bernasib baik yang penculik itu masih tidak melakukan apa-apa yang boleh dia bayangkan dengan akal fikiran.

Candra yang bersinar seolah-olah memberikannya harapan yang akan ada seseorang yang menemui keberadaan di sini. Biarpun tidak terlihat dengan jarak dekat, beribu-ribu jauh dia dari kawasan bandar. Di sekeliling rumah agam itu hanya pokok-pokok menjulang tinggi. Mungkin hutan lebat.

Lagu Rapuh ciptaan Nastia dia cuba nyanyikan secara perlahan dan itu merupakan lagu kegemaran arwah ibu bapanya. Jikalau mereka masih ada lagi di sini, mungkinkah dia tidak perlu melalui semua ini atas kebencian yang dicipta sejak mereka berpindah dari suatu taman perumahan ke taman perumahan.

Hidup seperti nomad. Ada sahaja yang tidak kena di mata manusia yang lain sampaikan diri sendiri pun tidak faham. Kawan? Ada cuma dirinya sahaja ataupun mungkin halusinasi. Dia terlalu takut untuk mempercayai orang lain, kerana mereka sudah tiada sewaktu dia perlukan mereka. Dari tabika sehingga ke alam sekolah menengah, dia kesepian.

Adakalanya dia diejek gila oleh kawan-kawan di sekeliling hanya kerana mereka pernah ternampak dia bersembang seorang diri walhal di tangannya ada buku kecil. Buku yang sangat kecil, hasil pemberian arwah atuk dan neneknya. Buku kecil itu menjadi bukti kekuatannya.

Kata-kata hasil tangan arwah nenek dan datuknya sangat menyentuh kalbu. Bermacam-macam nasihat ada di situ. Namun, sejak dia dilabel gila buku itu hilang tanpa dia sedari ketika dia baru sahaja pulang dari tandas.

"Euww, buruknya buku..."

"Apa weh isi dia?"

"Aku nak baca..."

"Mesti dalam dia membosankan. Buku buruk padanlah dengan orangnya pun buruk. Ada hati nak dekat dengan kita. Tak sedar ke yang dia tu, sunyi lepastu gila!"

Hahaha! Hahaha!

"Ya Allah, jika ini jalan takdir yang tertulis buat diriku, hamba bersyukur Ya Allah. Dalam pada aku diuji dengan ujianMu, masih ramai lagi yang mengambil berat soal hamba tanpa hamba tahu" ujar Nuha tersedu-sedan. Dia mahu solat sekarang ini, dia takut yang dia terlalu alpa dengan kemewahan dunia tanpa mengejari akhirat serta mengimbangi kedua-duanya.

-

To be continue,
Full-edit ; Sunday, 6 March 2022.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro