[ 17 ] - kenapa awak baik dengan saya?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Note : Topeng Kitsune juga dirujuk sebagai topeng musang, dan ia adalah topeng khas yang dipakai oleh Jepun pada perayaan khas untuk keseronokan. Secara ringkasnya, topeng kitsune ialah sebarang topeng yang mempunyai ciri fizikal musang.

2) Tuk-tuk juga dikenali sebagai beca berenjin adalah sejenis pengangkutan awan beroda tiga (rujuk gambar di bawah).

*rujuk gambar di bawah.

_______________


Jam 00.00 minit malam, tepat-tepat sahaja mereka meninggalkan kawasan itu. Nuha masih lagi dalam keadaan yang sama, terikat. Sudahlah diheret malah dihumban masuk ke dalam van dengan cara yang ganas.

Apalah nasib. Kereta Proton Preve itu sudah dibakar terlebih dahulu untuk tidak meninggalkan sebarang bukti. Mereka bergerak ke sana, dengan menaiki sebuah van yang dimiliki oleh penduduk kampung di sekitar kawasan itu. Apabila ditanya, siapakah gerangan di sebelah laju sahaja dia menjawab tanpa sempat Nuha membalas.

"Dia isteri saya. Kami nak pergi honeymoon..." balasnya sahaja. Pautan pada bahu itu dieratkan lagi. Berlakon biar nampak seakan-akan betul.

Nuha apa lagi pada mulanya tidak selesa namun hanya untuk sementara kerana pakcik itu selalu sahaja memandang mereka dalam keadaan bergelut. Kalau dia menjerit, matilah dia dengan pisau yang sudah berada di genggaman lelaki itu.

Air mata sahaja yang mampu dia esakkan sekarang ini. Stres kerana diculik pula dia diugut macam-macam. Setelah van itu memasuki lebuhraya, Nuha dilepaskan sementara untuk dia menarik nafas. Terlalu ketat pelukan yang diberikan oleh manusia durjana ini.

Kepalanya terteleng ke kiri, menikmati panorama malam yang indah. Indah buat diri orang lain dan dia tidak kerana sepatutnya dia berada di rumah. Mengadakan qiamullail, membaca Al-Quran dan lain-lain lagi.

Lagu yang terpasang mengamit kenangan. Lagu kegemaran ibu bapanya juga. Kenapalah radio ini seakan-akan tahu bahawa hatinya sudah gundah-gulana. Terlalu sarat dengan rasa rindu yang tidak dapat diungkapkan.

Kasih sayang seorang ibu dan pengorbanan seorang ayah tiada siapa yang dapat menggantikannya. Datanglah beribu-ribu manusia sekali pun mengambil dia sebagai anak angkat dan menjaga seperti menatang dengan minyak yang penuh. Takkan ada yang sama, berbeza.











"Finally!"

"Kenapa Qay? Kau ada terjumpa apa-apa ke?"

"Aku dah dapat detect location terakhir telefon Nuha berada dan kawasan tak jauh dari kita. Kau ingat tak jalan yang kita terpaksa tolak motor tanpa dasar rela. Tapi aku tak sure yang telefon ini masih berfungsi atau tidak..."

"Kalau macam tu, jom kita pergi sekarang!"

"Kau gila ke Affan? Dah lewat malam ini. Kau tu dengan esoknya ada acara majlis lagi. Uruskan itu ini. Apa kata kau bagi aku dengan pihak polis uruskan..." ujar Qayyum tanpa berbasa-basi.

Bahu Affan ditepuk dia mahu salurkan kekuatan kepada lelaki itu. Siang malam mereka bertapa di dalam bilik security guard ini.

Manakala yang disebelah sana pula,

"Kalau aku tahu jadi macam ni, aku takkan biarkan Nuha balik seorang. Aku akan paksa dia ikut. Aku akan berkeras juga tak kira apapun sekali caranya..."

"Jangan salahkan diri kau Dar, aku dengan kawan-kawan lain rasa bersalah. Apatah lagi kau, sekarang ni kita doakan yang Nuha takkan diapa-apakan okay..."

Dinding yang berada di sebelah ditumbuk untuk melepaskan rasa kecewanya. Kenapa dia harus lakukan sebegini. Cintai tapi dalam masa yang sama dia yang cetuskan masalah. Sudahlah pergaduhannya bersama Affan menjadi viral dalam sekelip mata sahaja. Pejam celik pejam celik, video sudah pun berada pada pihak atasan sekolah dan misteri kehilangan Nuha masih lagi menjadi tanya tanya buat mereka.

















Bangkok, Thailand.

Usai visa dan passport diberikan. Mereka dibenarkan untuk memasuki kawasan tersebut. Tanpa melengahkan masa lagi, tuk-tuk yang membawa mereka terus bersiar-siar di kawasan itu. Dan sekeliling mereka di kelilingi dengan bermacam-macam gerai dan panorama.

"Kau jangan buat hal, kalau tak mati kau dalam laut tu aku lemaskan!" gertaknya kasar. Suka melihat gadis ini ketakutan dan mengikut apa yang dia mahukan.

"Sayang, awak nak ini?"

"Umm..., umm..."

"Oh saya lupa pula nak bukan kain dekat mulut awak kejap ya..."

Selepas kain dibuka, dengan pantas Nuha gigit tangan gerangan tersebut namun hampa dia lupa sesuatu yang tangan sudah terikat dengan gari. Habis tinggal bekas. Cubaan untuk melepaskan diri untuk kali pertama agak susah.

Manisan itu dibelikan buat Nuha. Dia mahu gadis itu rasakan kebahagiaan dalam penderitaan. Mungkin dia boleh ditarafkan sebagai penjahat yang masih ada belas kasihannya.

Usai segala selesai mereka melangkah masuk ke arah satu tempat yang asing. Asing buat Nuha dan bukan buat dirinya. Di sinilah, tempat kancah dia melakukan kejahatan.

Membunuh, menculik, mengedar dadah dan sebagainya sudah dia lakukan kecuali satu itu. Dia masih hormatkan wanita. Takkan sesekali tangannya mencemarkan kesucian itu.

"Waa lu bawa mari ayam baru ma. Mau kasih sama gua ka? Berapa harga ini ayam?"

"Tokey, ini bukan untuk dijual. Dia milik aku. Lagipun dah lama aku tak lawat tempat aku membesar. Bos kau mana?"

"Oh bos, ada dekat dalam. Kau nak jumpa?"

"Takpalah aku tak nak jumpa. Cakap dekat dia yang aku datang kali ini ada hajat..." ujarnya sebelum beredar pergi bersama Nuha. Tak mahu gadis itu tahu kisah silamnya. Biarlah masa yang menentukan.

Petang itu, mereka menikmati panorama senja. Jika dilihat pada kali pertama, memang nampak macam suami isteri tapi tidak. Takkan lah suami sanggup gari tangan isteri kan?

"Kenapa awak baik dengan saya?"

Itu soalan yang keluar dari mulut gadis di sebelahnya ini. Adakah otak gadis ini sudah tercabut? Macam ini pun dia boleh kata baik? What?

"Kau merapu. Bila masa aku baik?"

"Kalau awak tak baik. Awak takkan belikan saya makanan, awak takkan bagi saya hadiah dan awak takkan bawa saya rentas negeri macam ni. Bagi saya kalau awak betul-betul penculik, dah lama saya mati. Saya mati dekat genggaman awak dan itu yang membuatkan awak puas hati. Bukan itu ke matlamat penculik?"

"Dan kenapa awak pakai topeng macam ini? Awak malu atau ini fesyen? Saya tak pernah nampak penculik pakai full mask macam ini. Ini awak sampai semua tertutup tak panas ke?"

"Untuk pengetahuan kau, ini bukan sekadar topeng. Dia berasal dari Jepun dan topeng ada maknanya tersendiri. Mengenai aku panas atau tak, aku dah biasa. Kau ingat penculik buat kerja mencuri tu show off muka?"

Tiba-tiba Nuha tergelak sendiri. Mungkin lucu. Biarpun dia digari, namun apabila ada yang sudi bersembang biarpun kasar nak mati cara jawabnya sungguh buat dia terhibur. Seolah-olah dia dikirimkan seorang kawan walaupun dalam keadaan yang begitu tidak masuk akal. Berkawan dengan penculik?

"Asal kau gelak?"

-

Stay tuned untuk tiga bab lagi dan aku akan stop sebentar update story ini dan fokus pada story aku yang lain pula.

Ini rupa tuk-tuk :

Ini rupa Kitsune Mask (kalau korang tengok anime Demon Slayer/Hotarubi no mori e ada watak yang pakai mask ni :

To be continue,
Full-edit : Sunday, 6 March 2022.
Last edited : Friday, 18 November 2022

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro