[ 19 ] - kemunculan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

_______________


"Aku nak kau layan aku!"

"Layan!"

Dagu Nuha dipagut kasar tanpa menyedari yang kereta mereka naiki sekarang sudah bertentangan arah. Dan kini dihadapan mereka, ada sebuah treler.

Puas bergelut, Nuha cepat-cepat meleraikan ikatan tangan dari gerangan tersebut. Suasana hujan sebegini, macam-macam prasangka buruk boleh berlaku. Kita tidak tahu.

"Awak!"

"Berhenti sekarang!"

"Awak tak nampak ke yang kereta kita dah bertukar arah. Tolong fikir secara waras dan kawal stereng!"

"Lantak!"

"Biar aku dengan kau mampus!"

"Kau nak mati sangat kan!"

Pang!

Pipinya terasa pedih akibat tamparan Nuha. Dia kisah apa kalau mereka mati bersama pun. Dunia ini terlalu kejam buat mereka. Itu sahaja yang dia mahukan, biarkan Nuha bersamanya.

Pin!





















"Affan bangun, dah lama kau tak sedarkan diri. Kau tak kesian dekat aku ke?"

"Affan..."

Cawan air yang berada di atas meja bersebelahan Affan diambil lalu dibawanya bersama. Perlahan-lahan Qayyum bangun lalu menghampiri tetingkap wad yang menempatkan Affan. Wad eksklusif, wad peribadi.

Sebelum dia bergegas ke sini kelmarin, ibu bapa Affan ada titipkan pesan supaya apabila Affan bangun nanti, tolong jangan ingatkan dia tentang Nuha. Dia faham, punca kehilangan Nuha membuatkan lelaki di hadapannya ini terlalu overthinking sampai diri sendiri terabai.

Dan dia pun sama, sudah tidak menghadiri kelas sejak kes Nuha didapati hilang. Semua warga sekolah turut berduka cita dan memberikan mereka ruang untuk belajar secara sendiri. Jika mahukan pertolongan, ada kawan lain yang sudi membantu.

Qayyum mula mengeledah begnya untuk mencari surah yassin. Dia mahu habiskan masa yang ada ini untuk bacakan yassin buat Affan. Mendoakan kesejahteraan buat lelaki itu agar sentiasa kuat dalam menghadapi ujianNya.

Bacaan dimulakan, sambil-sambil matanya bertaut ke arah Affan yang masih lagi lena tidak sedarkan diri. Digenggam lengan sahabat itu erat. Siapa sahaja yang tidak menangis jikalau ada orang yang mereka sayangi mahupun rapat tiada sedarkan diri dalam keadaan genting sebegini?

Manakala,

"Affan..."

"Affan..."

Satu bayangan putih menjelma dalam mimpi. Seraut wajah yang gentangan.

"Affan..."

Affan mula berlari ke arah punca suara itu. Puas dia berlari ke sana sini namun hampa dia tidak menjumpai punca suara itu. Semakin lama, semakin kelam.

"Affan, awak okay?"

Suara itu kembali lagi tapi kali ini dia rasa yang punca suara itu berdekatan dengannya. Namun hampa, apabila matanya mengamit suasana sekeliling, kesemuanya putih.

"Assalamualaikum..."

Bunyi ketukan pintu mematikan bacaan Qayyum. Usai memerhatikan kelibat Affan di sebelahnya, dia berura-ura mahu membuka pintu untuk menyambut kedatangan tetamu. Sekarang sudah masuk waktu melawat.

"Aku datang nak melawat, boleh aku masuk?"

"Silakan"

"Terima kasih..."

Haidar mula mengambil tempat di hujung kaki katil hospital Affan. Dipandang seraut wajah itu, rasa bersalah kian menikam. Semua berpunca dari dirinya sendiri, kalaulah waktu itu dia paksa Nuha untuk balik bersama mereka, perkara ini takkan terjadi.

Bakul buah-buahan diberikan kepada Qayyum lalu Qayyum mula berura-ura pergi. Tidak mahu mengganggu sesi percakapan sebentar lagi.

"Aku percayakan kau, jangan biarkan Affan terluka. Sekali kau lukakan dia, dia akan ingat selama-lamanya walaupun ungkapan minta maaf, aku maafkan itu ringan untuk dituturkan."

Haidar cuma menganggukkan kepalanya sebagai tanda dia memahami. Satu envelope misteri dia keluarkan dari celahan poket seluar. Dan sekali lagi, pandangan matanya diterbarkan ke arah Affan yang masih lagi tidak sedarkan diri.

"Affan, dalam ini ada rahsia. Aku harap kau jaga sebaiknya dan ini berkaitan hidup dan mati. Aku harap yang kau takkan terlalu overthinking soal Nuha. Aku tengah usahakan dan aku nak minta maaf sekiranya kehadiran aku dalam hidup kau, terlalu menyusahkan."
















"Macam mana?"

"Perempuan tu tak mampus lagi ke? Affan still ada dekat hospital?"

Setelah mendapat apa yang dia mahukan, lantas telefon pintarnya dimatikan. Cermin mata hitam diturunkan lagi hingga tepat-tepat mengenai batang hidung. Nuha, nama itu dibaca sekilas dan akan dia singkirkan gadis itu dari kehidupan Affan.

High heels, mula menetak lantai. Rambut blonde ungu keperangannya disisir lembut. Bibir dioles liptint. Masih ada lebih kurang 24jam dia akan sampai ke negara tercinta. 10 tahun dibesarkan di negara orang, akhirnya dia akan memunculkan diri. Yang pasti kepulangannya akan menggugat kedudukan Nuha di carta kehidupan Affan.

Manakala,

"Sayang, kau nak pergi mana?"

Tangan Nuha dia cuba gapai namun tidak kesampaian. Biarpun kemalangan yang mereka alami tidaklah begitu dashyat, namun titik hitam ini bakal menghantui kehidupan gadis itu.

Nuha yang masih boleh bergerak lagi biarpun keadaannya ketika ini, amatlah menyakitkan. Dia gagahkan diri untuk keluar dari pintu kereta dengan bantuan dari orang sekeliling.

"Cik, sebelah tu suami cik ke?"

"Nak kami selamatkan ke?"

Tanya seorang orang awam disitu, apa peliknya jika mereka berdua suami isteri, kenapa gari itu mesti ada lagi di lengan Nuha?

"Tak, awak dah selamatkan saya, terima kasih. Dia bukan suami saya, biarkan dia. Dia ja-hat, dia ja-hat..." mengogoi Nuha.

"Encik, dia isteri saya. Jangan ikutkan sangat cakap dia, emosi dia tak stabil ah maklumlah tengah nak tunggu zuriat..." sempat lagi si dia menipu. Peluang yang ada ini dia takkan biarkan Nuha terlepas.

Digapai lagi tangan itu, dia hanya mahukan Nuha. Hanya Nuha.

Nuha mula mengagahkan diri untuk bangun. Dia mahu lari, hanya itu sahaja yang ada fikirannya sekarang. Lari dari semua kenyataan pahit yang harus dia terima.

Jauh di sudut hatinya, yang dia mahukan hanyalah kebebasan bukan dibuat sebegini. Diculik, dipaksa ugut lalu apabila dia berunding minta untuk dibebaskan dan hal ini yang menyekat padangan umumnya.

"Tolong pergi, pergi..."

"Why sayang? Aku ada buat apa-apa salah dengan kau ke?"

"Kita dah janjikan nak sehidup semati? Why you ask me like that? Benci sangat ke awak dekat saya?"

Tangan itu cuba menggapai tangan Nuha. Badannya merengkok, sebelah tangan lagi cuba menarik kaki Nuha. Manakala sebelah lagi, masih tersepit di bawah remukan cermin kereta.








"Asal aku tak sedap hati. Aku rasa macam Nuha dalam keadaan bahaya. Allahu..."

"Itulah, aku pun. Walaupun Nuha tu tak cakap banyak dengan kita tapi dia still kawan kita lagi..." ujar Aulia.

Peluang yang ada dia cuba ambil. Mata terus ditebarkan ke arah hutan yang berada di hadapan. Biarpun anggota badan luka sana sini tapi itu tidak mematahkan semangat Nuha untuk larikan diri. Kali ini dia bertekad.

Jeritan yang kedengaran dibiarkan sepi. Trauma dengan apa yang dilaluinya sekarang. Jauh di sudut hatinya, berharap yang akan ada insan baik menolongnya larikan diri dari kehidupan lelaki itu.

-

To be continue,
Full-edit : Sunday, 6 March 2022.
Last edited : Friday, 18 November 2022

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro