[ 2 ] - aku minta maaf

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

___________

Kus semangat!

Apabila larian sudah kian menjauh dari bangunan tiga tingkat barulah dia dapat hembuskan nafas lega. Berlari marathon dengan kain bukanlah cara yang baik ya. Bayangkan kalau jatuh tersungkur? Kan dah dapat malu.

Rona pipi sudah berubah warna. Gila! Dia dah buat perkara yang gila. Lantas, beg yang dibimbit di belakang bahu tadi diambil lalu dengan langkah berani, beg yang berat itu digunakan sebagai beban untuk mengetuk kepalanya. Dihentak lagi namun rasa sakit itu tidaklah serasa sakit kerana malu dengan perkara tadi.

Dengan badan yang lemah longlai akibat berlari tadi, kaki dipasakkan menuju ke arah sebuah stesen bas yang terletak di penjuru kaki sekolah. Muka jangan cakap, blushing habis. Macam baru lepas habis lakukan pembatalan air sembahyang.

Hujung penjuru tempat duduk bas diambil agar dia boleh menyandarkan badan di tiang. Mata yang mula memberat, dipaksa juga untuk berjaga, takkan nak tidur di sini? Kang ada benda yang tak diingini berlaku. Lantas, perasaan buruk sangka itu dibawa jauh.

Awan berarak perlahan, mendominasikan cairan hujan mula berjuraian jatuh. Lantas, Nuha mendongak. Langit dah bertukar hitam. Suasana sejuk itu mengamit rasa kegetaran sehinggakan dia mengigil kesejukan. Zip beg dibuka lalu matanya terlopong, lupa nak bawa payung atau baju hoodie. Keluhan terbit di bibir itu. Tanpa dia sedari, beg yang tidak tertutup dengan zip secara rapat membuatkan beberapa kertas melayang ke bawah dan kertas itu penting. Kerana kertas itulah yang akan dia buat study revision di rumah nanti. Latihan subjek Matematik Tambahan, Kimia, Biologi dan semua pelajaran elektif ada di situ. Dan itu akan dibawa memasuki dewan kerana pihak sekolah menjemput beberapa influencer terkenal seperti Teme Abdullah untuk mempromosikan buku dan ada beberapa lagi influencer yang dikenali turut bersama.

Lebih menyayatkan hati, di belakang stesen bas itu ada longkang walaupun longkang itu hanya bersaiz sederhana namun ketika hujan kelajuan air di dalam longkang tetap akan mengalir laju.

Setelah keluhan dilepaskan, matanya terpaku ke arah beg kerana sebahagian daripada beg sudah basah disebabkan bumbung stesen bas itu ada yang beberapa seni. Berlubang di sekitar sana sini. Untuk melindungi beg dari kebasahan dibiarkan sahaja tudungnya dititik kebasahan.

Hampir melorot kanta mata dari soketnya, dia mula gelabah mencari kertas yang dia masukkan di dalam beg setelah cikgu kelas mereka mengedarkannya. Lantas, matanya memicing ke arah lantai konkrit jalan. Mahu luruh jantungnya, kertas habis basah namun yang lebih mengejutkan lagi, entah datang daripada mana, desiran angin cuba meniup kertas itu walaupun hampir kesemua kertas itu sudah lencun habis. Kaki dan fikiran tidak bertindak drastik, terus sahaja dia mengejar kertas itu tanpa mempedulikan hal lain.

Sesampai sahaja di hujung longkang, tangannya menggapai sebatang kayu panjang yang kebetulan ada disitu sebagai joran. Dia tunduk sikit demi kepalanya agar menyamai ketinggian longkang, diturunkan lagi kepalanya namun satu jerkahan mematikan niatnya. Tangan yang cuba berpaut pada pokok dikuatkan. Walaupun ini masih lagi berada di kawasan sekolah, namun kedudukan longkang itu sedikit membukit dan agak sedikit menjunam.

"Nuha!" jerit Affan kuat dia cuba meninggikan suara agar suaranya dapat menepis dentuman guruh, dikuatkan lagi. Dan lagi, sehingga koklea gadis itu dapat menangkap alur jeritannya.

Ya, dia dengar suara Affan walaupun sipi-sipi. Tangannya sudah tidak kuat untuk menggengam erat ranting pokok itu lagi. Dia pasrah kalau dia terjatuh di longkang ini. Biarlah dia pergi dengan tenang, agar semua bebanan dan tanggapan orang terhadapnya berlalu pergi.

Seketika dia terasa ada tangan yang cuba menariknya ke atas. Nuha cuba membuka mata, namun untuk sekejap mata memedih tika rintik hujan itu meluru memasuki kanta matanya. Dibuka kembali, dalam samar-samar dia melihat Affan yang sudah basah kuyup sedaya upaya menariknya ke atas. Dia serba salah dengan lelaki ini baru hari pertama sudah melakukan hal luar biasa.

"Aku nak kau tahan Nuha, tahan. Aku cuba angkat kau dan aku minta maaf kalau aku terpegang badan kau tapi ini hal mustahak, maafkan aku..." ujar Affan. Lantas, dengan seluruh kudratnya sebagai seorang lelaki, akhirnya separa dari badan Nuha berjaya dia tarik ke atas. Lagi dan lagi sehingga gadis betul-betul berada di puncak. Dibuang rasa malu, sebab urgent dia terpaksa menolak tepi segalanya. Dia tak nak nanti dipersoalkan oleh Allah jika dia hanya melihat sahaja dari jauh.


























Baju hujan full berwarna hitam dicampakkan ke arah Nuha manakala Affan pula laju menyarung hoodie ke tubuh. Topi berjenama Supreme berwarna merah, dipakaikan ke kepala Nuha, ya dia dah terpandang benda yang bukan sepatutnya milik dia. Lantas, satu lagi baju ala-ala wanita korea pakai ketika sejuk juga dicampakkan ke arah Nuha lalu dia mula mendekat ke arah Nuha namun telinga Nuha dijadikan sasaran untuk dia berbisik. Keadaan mereka sebegini, maknakan orang sekeliling tidak memandang serong.

"Lain kali kalau nak acah-acah mati jangan depan aku. By the way, kau berhutang dengan aku lagi, baju dengan topi aku kau bawa balik dulu. Esok aku datang tuntut okay bye dear..." ujar Affan. Dengan secara tiba-tiba jantung Nuha mahu meluruh untuk kali yang ke berapa. Lelaki di hadapannya kini, dengan satu refleksi pantas dan mendadak bangun sebegitu sahaja.

Baru satu langkah, Affan menapak semula ke arah Nuha yang sedang terduduk di atas tanah. Lantas bibir sinisnya tersenyum dengan senyuman yang sukar diertikan.

"Terima kasih sebab benarkan aku menikmati masa ni dengan kau. Esok aku tuntut janji aku waktu kita nak turun tangga tadi..." ujar Affan lalu pantas berlari ke arah motosikal yang ditongkatnya.

Gila!

Nuha boleh jadi gila bila difikirkan balik bahawa dia masih ada beberapa bulan lagi untuk menghadap mamat kerek ini. Lantas, dari posisi duduk dia bangun. Belakang tangan berperanan menyapu debu-debu tanah yang melekat. Bibirnya terkumat-kamit mengutuk Affan. Gatal lelaki itu tidak bertempat. Hari pertama dah jadi sejarah. Seketika kemudian, kelihatan Pak Samad selaku driver kepada keluarga angkat Nuha, menjemputnya.





























Tap!

Kertas semalam yang sudah dibuai arus mengamit keluhan di bibir Nuha. Untuk hal ini dia harus bertebal muka untuk meminta tolong rakan sekelas atau paling resah jumpa cikgu di bilik guru.

Jam ditilik, ada 30 minit lagi sebelum waktu rehat habis. Selepas ini mata pelajaran Bahasa Melayu yakni Cikgu Zul menyapa pandangan mata. Aura cikgu itu begitu mengasyikkan bayangkan jelah dari jauh cikgu itu dengan begitu mudah mampu menghidu bau-bau penipuan.

Tiba-tiba satu petikan jari mematikan lamunan Nuha, Qayyum dihadapan dipandang bersahaja. Jelas kelihatan aura Qayyum dan Affan jauh sekali berbeza. Dia tahu personaliti antara mereka berdua berbeza. Lantas, Nuha memberikan senyuman kepada Qayyum sebagai tanda menghormati lelaki itu.

"Nah" ujar Qayyum. Beberapa helai kertas yang sudah distapler ditunjukkan di hadapannya. Apabila diperhatikan baru dia tahu apa hajat Qayyum datang kemari. Lantas, kertas bertukar tangan. Belum sempat ucapan terima kasih terbit di bibir mungilnya, Qayyum sudah melambaikan tangan dari jauh.

"Terima kasih..." ujar Nuha perlahan. Tersenyum dia akhirnya kertas itu sudah berada di genggaman tangan. Tanpa dia sedari, ada sekeping sticknote berwarna hijau pudar dilekatkan di belakang.

-

Agak-agak siapa yang bagi tu? Orang yang sama ke bukan? Marilah berteka teki. Jawapan akan berada di chapter akan datang dan masih lagi jauh perjalanannya. Nak next chapter? (berharap anda sabar dan tunggu okay).

To be continue,
Full-edit : Sunday, 6 March 2022.
Last edited : Friday, 18 November 2022.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro