[ 24 ] - aku ada

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

ini sambungan bab 22 (siapa kau!), part Haidar dengan kawan dia.

last update, enjoy it!

___________________

"Dar..."

"Kau betul-betul tekad ni?"

"Kalau kedatangan kau tak diterima apa yang kau nak buat? Affan still tak sedarkan diri. Kau masih nak fikirkan kerja gila ni! Bahaya weh! Aku tahu kau rasa serba salah dengan Affan but libatkan nyawa kau untuk cari Nuha benda tu membahayakan. Bukan senang tambahan lagi, kita tak tahu dekat mana Nuha sekarang. Tolong fikir waras Dar. Aku tak nak kau fikir cetek macam ni."

Gudang yang berada di hadapan menyembunyi begitu banyak tanda tanya. Mengikut kata orang kampung, kali terakhir mereka melihat kelibat sesorang yang sangat dicurigai sekitar sebulan yang lalu. Tepat-tepat dengan tarikh Nuha disyaki hilang.

Pintu kecil yang berada di sisi kanan gudang yang sudah lusuh disepak sekuat hati.

"Nuha!"

"Nuha!"

"Kalau awak ada dekat sini, keluar..."

"Jangan risau, saya dengan kawan-kawan ada untuk awak."

Sepi.

"Nuha!"

"Nuha!"

Sepi lagi.

Digeledah ruangan gudang itu, sehingga mereka menemui satu projekter yang terpasang bersama layaran.

Haidar mendekati meja itu, tambahan pula dari tadi dia perasaan keadaan gudang ini bersepah masakan ada satu ruangan yang tersedia elok seperti ditempat mereka sekarang.

Alat kawalan jauh (remote online) diambilnya lalu ditekan punat 'ON' lantas terpapar sebuah ruangan gelap dan di mana terdapat sebuah kerusi di situ tidak sehingga mereka dikejutkan dengan satu suara

"HAHAHA!"

"HAHAHAHAHA!"

"HAHAHAHA!"

Tiga kali. Aafiyah yang mula ketakutan berlari anak lalu bersembunyi di belakang Aulia.

"Siapa kau!"

"Mana kau sembunyikan Nuha!"

"Apa salah Nuha dekat kau bangsat!"

"HAHA!"

"HAHAHAHA!"

"HAHAHA!"

"Kau semua bodoh! Selamat datang ke perangkap aku. Dan kau tanya, siapa aku?"

"Tak perlu susah-susah nak tahu. Aku ada di sekeliling kau dan kau siapa nak ambil Nuha dari aku hmm..."

Kerusi yang berada berdekatan dilempar ke arah projekter di hadapan. Haidar sudah diamuk amarah. Urat leher mula tegang dan membentuk. Rambut dicuak kasar, penumbuk dilayangkan ke arah simen. Ditumbuk sekuat hati.

Darah yang memercik dari celahan tangan, dia tak hiraukan.

"Dar, tenangkan diri kau! Dar... sedarkan diri. Ini bukan diri kau yang sebenarnya."

Kolar baju Ariq ditarik rapat dan hampir membuatkan lelaki itu kehilangan nafas. Satu penumbuk dilayangkan ke arah Ariq.

Ariq yang lemah, mudah sahaja tercampak ke tepi. Namun, itu tidak mematahkan semangatnya. Dia mahu Haidar cepat-cepat sedar.

Buk!

Buk!

Buk!

Aafiyah dan Aulia mula ketakutan. Lantas mereka memecut meninggalkan gudang dan berlari memohon bantuan ahli kampung yang berdekatan. Pergelutan itu harus dihentikan.






































"Pergi mampus lah sial!"

"Aku bodoh, aku bodoh..."

Haidar makin berfrustasi, apa sahaja yang berada di sekelilingnya boleh dijadikan bahan melempias amukan yang membara.

Seketika, dirinya ketawa. Lucu, melihat Ariq yang sudah terkulai lemah. Dasar lemah!

"Tunjuk muka bangsat kau tu, aku tak takut langsung. Kalau kau jantan, keluar! Keluar jangan jadi pengecut! Jantan tak main sembunyi-sembunyi!"

"Dar... sedarkan diri. Aku tak nak kau makin tenggelam dengan emosi kau. Dar... jangan getback kepada diri kau yang dulu. Dar... kau tahu aku gembira sangat dapat perkenalan dengan kau. Aku ada untuk kau. Berkawan dengan kau... " ujar Ariq sebelum dia didapati tidak sedarkan diri.

Penduduk kampung berpusu-pusu menolong Ariq dan membawa ke hospital yang berdekatan. Beberapa orang lagi, membawa Haidar keluar dari gudang setelah mendengar cerita dari Aafiyah dan Aulia walaupun pada mulanya cerita mereka disangkal.

Setibanya di hospital, suasana kelam menyelubungi jiwa Haidar. Nuha disyaki hilang, Ariq ditempatkan di wad. Biarpun sudah sedar, Ariq masih lagi tidak diberikan kebenaran untuk keluar. Dia perlu discharge.

"Dar... kalau kau sayangkan Riq tolong jangan jadi macam ni. Aku harap sangat yang kau boleh sayangkan Riq. Dia satu-satunya yang pandang kau saat kau macam ni. Kitaorang tak pernah menyesal dapat kenal kau."

"Jangan pernah jadikan diri kau kepada yang dulu balik."

Haidar hanya mampu menikus. Deretan kerusi yang berada di situ dipandang lemah sebelum dia berfikir untuk tenangkan diri di taman hospital.





























"Abang..."

Haidar mula pelik. Seketika matanya tak berkelip memandang ke arah seorang budak lelaki. Mungkin dalam lingkungan sembilan ke sepuluh tahun begitu.

"Apa kau nak?"

"Belanja Qalish aiskrim boleh?"

"Ais–krim? Untuk apa? Aku tak kenal kau..."

"Kedekutlah abang ni, Alish mungkin dah tak lama dekat sini. Menunggu hari itu akan tiba, mesti bestkan abang. Alish, nak rasa semua keindahan dunia yang Allah pinjamkan sementara untuk Alish. Alish tak dapat rasa kasih sayang ibu abah dari kecil. Alish membesar dekat rumah asuhan. Arwah tokma selalu cerita yang ibu abah sayangkan ALish, kalau diorang sayangkan Alish, kenapa Alish ditempatkan di sini?"

"Sebab penyakit Alish ke? Atau sebab Alish dah tak sempurna macam orang lain?"

Pertanyaan dari budak kecil, meragut simpatinya. Siapa sangka, ketika di mana dia uji hebat ketika ini nyatanya masih ada lagi insan di luar sana, dilanda badai ujian.

"Oklah jom aku bawa kau, kau ambil je apa yang kau nak. Aku bayarkan tapi sebelum tu kasitahu misi dengan doktor yang kau nak keluar. Kalau diorang tak benarkan, kau tunggu dekat bangku, aku belikan untuk kau" ujar Haidar.

Setelah mendapat anggukan doktor yang merawat, Qalish dibenarkan untuk mengikuti Haidar asalkan dia tidak berpisah dengan IV Drip Stand. Haidar segera memimpin tangan Qalish perlahan-lahan mereka merapati trak aiskrim yang berada di hadapan.

"Chocolate chip dengan mint satu..."

"Kau?"

Qalish rambang mata melihat menu yang terpapar di hadapan. Terkecur air liur. Diamati senarai harga yang ada–mak ai ada yang mahal. Harga yahudi em. Perlahan-lahan dia mengelengkan kepala kepada Haidar. Haidar yang melihat pun sudah bingung.

"Kenapa?"

"Alish nak aiskrim tu—" tunjuk Qalish. Oh, dia nak aiskrim magnum. Haidar apa lagi, segera membayar yang dia ambil tadi bersama dengan aiskrim magnum milik Qalish.

Setibanya di bangku, Qalish diangkat dan didudukkan di sebelah. Kesian pula dia terpaksa memanjat bangku yang terang-terang agak tinggi dari ketinggiannya.

"Terima kasih abang. Alish gembira sangat. Alish tak pernah dapat apa-apa dari orang sekeliling kecuali ubat. Alish benci nak makan ubat. Alish benci nak tinggal terus-menerus dekat sini. Alish tak suka makanan hospital tapi apa yang Alish boleh buat... bila Allah berkehendak. Alish gembira dapat kenal abang—"

"Nama aku Haidar, panggil abang Haidar atau ikut kau lah asalkan tak salah sebut..."

"Abang Haidar, Alish berterima kasih sangat. Mungkin ada hikmah kita dipertemukan..."

"Kau sakit apa?" tanya Haidar. Diamati wajah budak ini. Pucat dan apa yang membuatkan hati Haidar meruntun sayu wajah ini masih boleh tersenyum lagi biarpun dia tahu yang peluangnya untuk hidup tipis.

"Alish disahkan menghadapi leukaemia stage 3".

-

To be continue,
Tuesday, 2 May 2022.
Last edited : Friday, 18 November 2022

By the way, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin . maafkan diri ini jika ada salah silap sepanjang kita berkenalan. yaaa, ini adalah bab terakhir sebelum aku hiatus panjang.

—Ada kata-kata? (boleh luahkan di sini).

1) Untuk Affan/Qayyum?

2) Untuk Haidar/Nuha?

Dan juga author?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro