[ 7 ] - gula-gula, 20 sen

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

____________

Pin! Pin!

Dari jauh, kelibat motor terlihat. Yeay! Masa untuk beli jajan. Matanya dibesarkan untuk menangkap kelibat gula-gula itu. Warna-warni, dan sedap. Itu sudah mampu mengiur kanak-kanak sepertinya.

"Pakcik!" jerit beberapa kanak-kanak di situ. Tepat sahaja pukul 4:00 hingga ke 5:00 petang, mesti motor Pak Rahman memecahkan kesunyian jalan. Hon dipicit tanpa berhenti, itu sudah menjadi tugasnya. Mencari rezeki, di awal pagi dan lewat petang itu yang boleh menjadi sumber rezeki untuk menyara keluarga. Disebelah awal pagi pula, dia meniaga nasi lemak dipinggir jalan.

Dalam kesesakan dan penolakan yang dialami, salah seorang daripadanya ditolak secara tidak sengaja sehingga terjatuh. Paling sadis, sikunya terheret jalan tar. Sakit, satu patah perkataan yang sesuai untuk diperkatakan saat ini.

"Auch, cakit..." ujar dia perlahan. Jajan tak dapat beli, sakit juga dia dapat. Senanglah mereka, kesemuanya tinggi manakala dia hanya separas bahu mereka. Nak melompat pun tidak lepas.

Dalam sibuk memerhati lukanya itu, jelas terlihat dari hujung ekor mata, ada seseorang sedang menghulurkan kapas kepadanya yang sudah berisikan minyak gamat dan tangan gadis kecil itu ada plaster.

"Nah, ambil ni ubatkan. Ibu kita kata jangan biar lama-lama nanti kuman masuk..." oceh gadis kecil di hadapannya ini.

Dia yang sedang menahan sakit, pantas mendongakkan kepalanya memandang ke arah gadis kecil, mungkin sebaya. Kapas telinga yang berisikan minyak gamat dan plaster itu diambil perlahan.

"Terima kasih" ujar budak lelaki itu perlahan. Dibuka balutan plaster setelah dia selesai menyapukan kapas tersebut ke lukanya. Ringis kesakitan, terluah sedikit di celahan bibirnya. Dia syukur ada juga yang nak menolongnya.

Sedang leka mengamit luka itu, dia tidak menyangka yang Pak Rahman mula menghidupkan enjin motorsikalnya. Dengan pantas dia bangun dan meluru ke arah Pak Rahman yang sedang sibuk mengemaskan motornya. Dia perlu bergerak ke kampung sebelah, untuk meneruskan seisi jualannya.

"Pakcik dah nak balik ke? Awalnya..." ujar dia perlahan. Agak sedih disebabkan dia terjatuh tadi, dia dah terlepas peluang nak beli jajan untuk adik yang sedang berada di rumah menunggu kepulangannya.

"Maaf adik, pakcik dah kena pergi ni. Esok datang lagi ya..." ujar Pak Rahman dengan rasa bersalah. Dia tahu anak kecil di hadapannya ini orang pertama yang setia dan sentiasa hadir menunggu dirinya memunggah dan menyusun atur makanan dan minuman yang sudah disiapkan dari rumah.

Matanya hanya memandang wajah Pak Rahman, dia faham. Lantas, satu senyuman diberikan buat Pak Rahman. Tangannya dibawa ke arah Pak Rahman lalu tangannya mengamit telapak tangan Pak Rahman. Pak Rahman yang memahami terus membiarkan anak kecil itu menyalami tangannya.

Keluhan berat dilepaskan. Dia tak dapat jajan, bagaimana dia nak balik ke rumah, mesti adiknya akan merajuk. Basikal yang dituntut tadi, segera dinaiki tapi dia belum mula kayuhannya.














"Emm awak..." panggil Nuha. Penat dia cuba mengejar langkah dia yang sudah jauh. Dengan nafas tercungap-cungap, Nuha mendekati dia lantas tangannya menghulurkan plastik yang berisikan jajan yang dibeli sebentar tadi dari Pak Rahman.

"Ambil, ibu kata kita kena berkongsi dengan semua orang. Sedekahkan amalan yang mulia..." ujar Nuha lagi. Plastik sudah pun bertukar tangan.

Perkataan terima kasih muncul di bibir budak lelaki itu. Satu senyuman manis yang kekok diberikan kepada Nuha. Lantas, senyuman dibalas. Nuha melambaikan tangan kemudian berlalu pergi meninggalkan dia bersendirian lagi di sini.

Dicari semula gula-gula yang dilihatnya tadi, ada. Gula-gula yang berharga 20 sen ini sudah menjadi bibit permulaan kisah mereka.









Setelah selesai ceramah tadi, semua pelajar dibenarkan masuk ke dalam kelas masing-masing. Tiga hari, berpenat lelah. Qayyum dan Nuha masih mendiamkan diri, mungkin ada efek dari penceritaan mereka. Kisah yang mahu dilupakan, terluah kembali.

Qayyum di sebelah sana, merenung ke arah luar tingkap, memerhatikan segumpulan awam di balik dada langit sedang berarak perlahan. Hatinya dipagut rasa sayu. Sedih, tragis semuanya sudah sejati. Di kala umurnya meningkat ke usia 15 tahun, dia tinggal di rumah sewa yang disediakan oleh pemilik kedai makan tersebut. Ya dia masih bekerja di situ. Membanting tulang empat kerat, di atas kudratnya mencari rezeki di bumi Allah ini.

Indah jika kehidupannya seperti pelangi, datang bila hujan mula menfiksikan diri. Menghadiahkan sebuah keindahan berteraskan cahaya mentari yang memancar menghasilkan 7 warna yang membawa maksud yang berlainan.

Namun, dia tetapkan hati. Takkan datangnya ribut, jika tiada hujan. Takkan datang kekuatan, jika tiada ujian yang dikehendaki-Nya, hanya untuk melihat hambanya masih memohon pertolongan mahupun tidak.

Di sebelah sini pula, Nuha juga mendiamkan diri. Lama dan cukup lama untuk dia memerhatikan sandiwara dan paparan layar seisi dunia ini. Bukan manusia diciptakan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini? Bukankah Allah sudah menjanjikan janji-janji bahawa setiap amalan yang baik akan diberikan pahala dan disebaliknya akan diberikan dosa.

Puas mengelamun memikirkan perihal tadi, Nuha lantas menarik sebuah buku novel bersumberkan komsas sekolah dari bawah laci dan diletakkan di atas meja.

Dibelek-belek buku itu ke sana sini, dia tidak tahu nak buat apa lagi. Kerja sekolah yang diberikan oleh guru sebelum bermulanya ceramah itu, sudah selesai disiapkan. Pusing punya pusing, akhirnya dia terfikir mahu mengemaskan laci meja itu. Mana tahu pengguna sebelum ini meninggalkan cebisan kertas atau sampah.

Setelah puas dia membersihkan laci meja, seperti ada sesuatu yang mengamit pandangan matanya. Sebuah bungkusan parcel dari poslaju berada di bawah laci meja. Rasa sangsi mula merayap ke dalam diri. Takut-takut dia buka dan koyakkan parcel itu, tetapi alamat dan nombor telefon pengirim tidak kelihatan kerana sudah dicontengkan dengan pen marker hitam. Hanya tentera namanya sahaja di situ.

Puas, membuka bungkusan parcel itu. Matanya dilarikan ke arah satu sticknote kecil. Sehelai tudung bawal berjenama Fareha mengamit pandangan matanya. Bagaimana pemilik ini tahu dia sukakan bawal dan warna bawal yang berada di genggamannya ini berwarna maroon.

Dibuka pula bungkus di dalamnya. Sticknote tadi diletakkan bersebelahan tudung tadi. Mata membulat besar, ada beberapa coklat kegemarannya dan hanya satu sahaja yang menyentak tangkai hati.

Gula-gula, 20 sen? Kenapa gula-gula itu boleh berada di bungkusan ini. Satu benda kecil yang mengamit pelbagai kenangan zaman kanak-kanak. Dia rindu gula-gula kecil ini. Dibuka plastik tesebut, lalu disuakan ke mulut. Dia mengemam gula-gula itu perlahan.

Dibaca sekilas tulisan yang tercatit di sticknote itu.

'Hope you happy with this present. Happy belated birthday girl'.

From F.L

-

Hi, this is last update for this weekend. Finally saya dah selesaikan janji saya yang terbantut. Ada clue di chapter ini juga. Selamat meneka dan stay safe. Saya tak tahu untuk weekend yang akan datang, adakah saya still sempat nak update. Nak next chapter? (Stay tuned)

To be continue,
Full-edit : Sunday, 6 March 2022.
Last edited : Friday, 18 November 2022

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro